Sunday 26 February 2012

aiwah!


assalamualaikum sahabat-sahabiahku. khaifahluk? Alhamdulillah masih bernyawa kita sehingga ke saat ini. dah lama saya tak berbicara tentang cinta. oh ok, hidayah wan dah start menjiwang. -bukan ye saudaraku sekalian, ini sekadar peringatan untuk kita bersama. mendalam bukan maksud ayat dalam gambar kat atas tu?

baiklah, ini sekadar nasihat saya untuk kita berkongsi bersama. sebagai pagar kepada diri juga =)

"... Letakkanlah cinta Allah kukuh dihati. Genggamlah cinta manusia hanya ditangan, kerana kelak andai terlepas, sakitnya tidak terasa dihati ..."


"Akan tiba saatnya di mana kita harus BERHENTI MENCINTAI SESEORANG,
bukan kerana kita PUTUS ASA untuk mencintainya,
tetapi kerana kita MENYEDARI bahawa ada insan lain yang lebih mencintainya,
dan kita merasakan bahawa insan yang kita cintai itu akan LEBIH BAHAGIA apabila kita MELEPASKANNYA..."

jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan..
Semoga Dia menghadirkan seseseorang yang mengimpikanmu..

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan..
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang merindukanmu...

"CINTA itu adalah TANGGUNGJAWAB,
ianya perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin,
CINTA itu adalah FITRAH,
setiap manusia memiliki fitrah untuk mencintai dan dicintai,
tapi CINTA itu hendaklah dibina atas dasar KEIMANAN..."

"Mencintai tidak semestinya memiliki,
Jika hanya ingin memiliki, itu BUKAN CINTA namanya..."

“Ubat rindu ialah Sunat Hajat,
Ubat cinta ialah sunat Tahajjud,
Ubat dosa ialah Sunat Taubat,
Ubat penyakit ialah Selawat”.

bersama kita suburkan cinta dibumi Allah,
-seindahcintaislam...:)

jaga diri dan iman baik-baik ya sahabatku, avoid ikhtilat =)
yang baik diambil pengajaran, yang buruk ditegur dan dijadikan sempadan. SAYANG ALLAH, RASULULLAH DAN IBUBAPA. Assalamualaikum 

Wednesday 22 February 2012

hargai bila dekat, sayangi bila kejauhan =)

assalamualaikum dan bismillahirahmanirahim..

pertama sekali alhamdulillah selamat sampai di Perlis. syukur Alhamdulillah, 10 jam perjalanan yang sangat penat. kaki jadi lenguh dek kerana duduk tak berapa elok. tapi tak mengapalah, demi niatku balik sini nak belajar. kita buka lembaran baru untuk sem yang baru.

sem ni juga, Alhamdulillah banyak perubahan berlaku. allahuma yusahhil alaina, semoga ALLAH sentiasa permudahkan diriku dan sahabat.
Alhamdulillah sem ni juga still bersama dengan housemate yang lama, cuma berbeza bilik je. =)
umi chantek
tak saya
 kemas almari baju?
 bersepah *oklah tu umi
 warna baju dah
ikut kaler.penat nak kemas,


banyak berlaku sem ni, maksud saya tentang hal pendaftaran subjek. Allahu Rabbi, ujian dariMU ya ALLAH. sabarlah wahai hati. alkisahnya, tentang CP (Computer Programming). nasihat saya kepada adik-adik or sesiapalah jangan sesekali atau sesuka-suka hati drop subject. kelak akan menyusahkan kita, sekarang tersangkut nak ambil CP. banyak sangat kesulitan nak ambil Cp ni, last but not least akhirnya terpaksa drop balik. kira sem ni tak dapat nak amik CP, hikmah apakah ini? husnuzon.. apa pun terjadi,  "ingat ALLAH lebih mengetahui akan apa yang tidak kamu ketahui, sesungguhnya berserah kepada ALLAH itu adalah yang terbaik selepas usaha "

cukuplah tentang kisah subjek-subjek yang memeningkan kepala itu. tak sanggup mahu berfikir lagi, InsyaALLAH sem-sem akan datang boleh ambil balik kan?? *memujuk hati ^_^

yang ingin saya ceritakan ialah kerinduan yang melampau-lampau kat umi dan abah dan adik-adik. T_T
hari ni baru hari rabu, *bilang dengan jari berapa hari tinggalkan rumah, satu...dua...ti..gaaaa...
oh ya, dah 4 hari tinggalkan rumah. kira empat hari tak tengok muka ABAH yang hensem! UMI yang menyenangkan hati! ANGAH yang comel! ACIK yang cool! ADIK BABY yang nakal! oh sangat rindu *mengada betul.

angah  comel =)
dek kerana rindu yang melampau-lampau kat umi, ok umi saya masuk dalam mimpi semalam! tapi mimpi yang tak best, janganlah mimpi macam tu lagi ya. menangis air mata darahlah kalau mimpi macam tu lagi. saya bagi tahu kawan saya mimpi umi, kawan cakap * ko rindu mak ko lah tu! dalam hati memang pun, Alhamdulillah kawan memahami. bagitahu kawan sorang lagi. aha ini jawapannya :

"alhamdulillah..yeke? Kalau camtu kena selalu lah k0l ummi awak tanya khabar..sembang2 ngan dia then mintak maaf salah silap awk dr kecik till n0w..tp papep0n mimpi nie biasanya permainan syaitan..jgn amik berat sgt..at least, mimpi ni akan membuat kita lebih menghargai ummi2 kita..0k..buat la kebaikan selagi ummi kita semua masih ade..jgn sedeyh2..kalau Allah amik ummi awak dulu..maybe Allah lebih sayangkan ummi awak..awak jgn la sedeyh2..selalu la doakan ummi n abi kita..doakan mereka semua diampunkan dosa2 mereka..ok..semoga mereka akan ditempatkan didalam syurga bersama2 kalangan Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w..insyallah..amin..la takhof wa la tahzan..innallaha maana..insyallah "
amin, insyaALLAH sahabatku. syukran jazilan atas nasihat itu.
*moral of the story is "hargai bila dekat, sayangi bila kejauhan.

hari-hari call umi abah adik-adik pun tak pe, dah boleh buat saya senyum sampai ke telinga! XD 
lagi gembira bila call dengar suara umi yang riang gembira, abah yang kuat mebusik *tak habis-habis mengusik!
NIKMAT yang tiada tandingannya ialah mempunyai keluarga Bahagia!

oh ye, lupa nak says syukran jazilan my deary cuzzy and deary bestie.. hadiahkan buku-buku ni, dah lama saya *berangan-rangan kalaulah ada orang nak hadiahkan saya buku-buku ni ALLAH seronoknya. sekali dapat! syukur, dah banyak baca tau! =)
thanks bestie <3

   
thanks cuzzy (^_^)



                                      
















syukran jazilan sahabat-sahabiahku. yang dekat yang jauh, yang sentiasa gembirakan hati ini. thanks atas segala keprihatinan, kebaikan dan nasihat. akan di gunakan untuk tempuhi tiap detik berlalu * ayat nak puitis sokmo! so jaga iman dan diri baik-baik ya! Sayang ALLAH, RASULULLAH DAN IBUBAPA! Assalamualaikum =)

Sunday 19 February 2012

Sri kandi : Al-Khansa binti Amru’

Ibu para syuhada

Al-Khansa binti Amru’ dilahirkan pada zaman jahiliyah dan dibesarkan di tengah suku bangsa arab yang mulia iaitu Bani Mudhar, sehingga banyak sifat mulia yang terdapat dalam diri Al-Khansa. Beliau seorang yang fasih, mulia, murah hati, tenang, berani, tegas, tidak kenal pura-pura, suka berterus terang. Selain itu, Al-Khansa juga pandai bersyair. Beliau terkenal dengan syair-syairnya yang berisi kenangan kepada orang-orang yang dikasihinya yang telah tiada, terutama kepada kedua-dua saudara lelakinya iaitu Mu’awiyah dan Sakhr.

Diriwayatkan ketika Adi bin Hatim dan adiknya, Safanah binti Hatim datang ke Madinah untuk bertemu Rasulullah saw, Adi berkata, “ Ya Rasulullah, dalam golongan kami ada orang yang paling pandai dalam bersyair dan orang paling pemurah hati, dan orang yang paling pandai berkuda.” Rasulullah saw bertanya, “siapakah mereka itu. Sebutkanlah namanya.” Adi menjawab “orang yang paling pandai bersyair ialah Umru’ul Qais bin Hujr, dan orang yang paling pemurah hati ialah Hatim Ath-Tha’i, ayahku. Yang paling pandai berkuda ialah Amru bin Ma’dikariba.” Rasulullah saw berkata,” yang telah engkau katakana itu salah , wahai Adi. Orang yang paling pandai bersyair ialah Al-Khansa binti Amru, orang yang paling murah hati ialah Muhammad Rasulullah, dan orang paling pandai berkuda ialah Ali bin Abi Talib.”

Jarir r.a pernah ditanya, “siapakah yang paling pandai bersyair?” Jarir r.a menjawab, “kalau tidak ada Al-Khansa tentu aku.” Al-Khansa sering bersyair tentang kedua saudaranya, sehingga hal itu pernah di tegur oleh Umar bin Khattab r.a. Umar pernah bertanya kepada Khansa, “mengapakah matamu bengkak-bengkak?” Khansa menjawab “aku terlalu banyak menangis atas pejuang-pejuang Mudhar yang terdahulu.” Umar berkata, “wahai Kahansa, mereka semua ahli neraka.” Jawab Khansa, “itulah yang membuat aku lebih kecewa lagi sedih. Dagulu aku menangisi Sakhr atas kehidupannya, sekarang aku menangisinya kerana ia adalah ahli neraka.”

Al-Khansa bernikah dengan Rawahah bin Abdul Aziz As Sulami. Hasil perkahwinannya itu, ia mendapatkan empat orang anak lelaki. Al –Khansa Berjaya mendidik keempat-empat anak lelakinya ini telah menjadi pahlawan-pahlawan Islam terkenal dan Khansa sendiri terkenal sebagai ibu daripada para syuhada. Hal itu disebabkan dorongannya terhadap keempat-empat anak lelakinya yang telah gugur syahid di medan Qadisiyah.
Sebelum peperangan bermula, terjadilah perdebatan yang sengit di rumah Al-Khansa. Di antara keempat-empat puteranya telah terjadi perebutan kesempatan mengenai siapakah yang akan ikut berperang melawan tentera Persia dan masing-masing saling tunjuk-menunjuk siapakah yang harus tinggal di rumah bersama ibu mereka. Masing-masing ingin turut berjuang melawan musuh. Rupanya, pertengkaran mereka itu didengari oleh ibu mereka, Al-Khansa.

Maka, Al-Khansa telah mengumpulkan  keempat anaknya dan berkata, “wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi ALLAH, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini putera-putera dari seorang lelaki dan seorang perempuan yang sama. Tidak pantas bagiku untuk mengkhianati bapamu, atau menconteng arang pada keluargamu. Jika kalian telah melihat perang, sinsingkanlah lengan baju dan berangkatlah, majulah paling depan nescaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat, negeri keabadian.

Monday 13 February 2012

Hidayah Wan so please stop berangan..

assalamualaikum sahabatku? apa khabar diri sahabat? apa khabar iman? semoga sihat hendaknya insyaALLAH. Allahuma Solli Ala Saidina Muhammad, Wa'ala Saidina Muhammad. Jangan lupa berselawat ke atas nabi junjungan kita, Nabi Muhammad saw =)
ALLAHU ALLAH, sahabat saya nak tanya sahabat pernah atau tidak menonton 30Minit Ustaz Don?? ada orang cakap ya pernah, ada yang cakap tidak bukan?

kenal Ustaz Don? sempena cuti 3 minggu lebih ni, malam-malam pukul 10 saya selalu cop tv! dulu masa mula-mula cuti saya heran, kenapalah abah asyik tukar tv al-hijrah. asal pukul 10 je tv akan bertukar ke channel lain. yang tertera kat depan saya Ustaz Don, first time tengok.. *saya dah mula berangan..
*ALLAH sukanya tengok muka dia, nak cakap hensem tidaklah. tapi ada rupanya. oh lupakan, saya tak fokus itu pun.
yang saya duduk mengusha ialah bila saya tengok wajahnya, hati saya rasa tenang sangat. orang tua cakap - sejuk mata memandang. * Hidayah Wan so please stop berangan.

itu saya baru cerita tentang luarannya, belum masuk intipati rancangan yang dikendalikannya. ya ALLAH, tinggi ilmu orang di depan saya ini. setiap tutur katanya penuh ilmu, setiap bait penuh nasihat. suka saya mendengar ceramahnya. *erk nak consider ceramah ke? kejap je pun, 30 minit. 
tapi 30 minit yang sarat dengan ilmu, kalau sahabat tak percaya sila google. * pi buka cik YouTube dan search 30Minit Ustaz Don, tapppp berderet-deret video tentangnya =)
seronok! ya itu ayat tepat bila mendengar Ustaz Don berbicara. kebetulan, time saya tengok rancangan ini kita dalam pelukan MauludNabi. ALLAHU ALLAH, banyaknya cerita tentang Nabi diceritakan kembali. T_T saya turut kesedihan mendengar intipati cerita tentang junjungan Nabi kita Nabi Muhammad saw.

kenapa tajuk entri saya macam tu ya? saya jatuh hati dengan Ustaz Don! *blushing
fikir pelik-peliklah tu kan sahabatku? oh ya, dalam hati 
*kan best kalau zauj saya nanti macam Ustaz Don?
tiap masa saya dapat dengar kata-kata baik saja keluar dari mulutnya.
* kan best kalau zauj saya nanti macam Ustaz Don? tenang dan sejuk saja hati memandang wajahnya
*kan best kalau zauj saya nanti macam Ustaz Don? boleh tegur saya tiap masa, boleh ubah saya menjadi lebih baik. ALLAH.. allahuma yusahhil alaina =)

* Hidayah Wan so please stop berangan.
apa pulak? betullah apa saya cakap, itu memang cita-cita cinta saya. oh sudah melalut. bual kosong apakah ini hw?
3 minggu cuti bakal melabuhkan tirainya, dan saya tak ada tv kat kolej kediaman. dan saya tak boleh tengok 30Minit Ustaz Don lagi kecuali tengok melalui YouTube. tapi....
*berkira-kira nak tengok melalui YouTube, cable sah-sah tak dapat tengok - kecuali kalau pandai hebat menggodam. bolehlah tengok YouTube guna cable. kalau pakai BB, oh saya takkan buat.. nanti BB lagi lambat berlari dari siput. banyaknya dugaan, ALHAMDULILLAH bagus benar rancangan seperti 30Minit Ustaz Don dan etc. kita dapat tambah ilmu, dapat memperingatkan semula. manusia ini sikapnya lupa, alpa, cuai. jadi melalui rancangan ini kita dapat tambah ilmu kembali, Biznillah ya sahabat.

Ustaz Don
sampai sini sahaja sahabatku semua, yang baik kita ambil pengajaran yang tidak baik kita jadikan sempadan dan tegur. tafaddal ya ukhti, ya akhi =) .AVOID IKHTILAT. jaga diri dan iman baik-baik ya! SAYANG ALLAH, RASULULLAH DAN IBUBAPA. Assalamualaikum

Saturday 11 February 2012

Sri Kandi : Fatimah binti Abdul Malik

Yang hidup penuh kesederhanaan

Seorang wanita yang berasal daripada keluarga kaya dan terkenal, berubah corak hidupnya setelah berkahwin dengan pemimpin yang cintakan Islam. Wanita itu, Fatimah binti Abdul Malik berkawin dengan Umar bin Abdul Aziz. Umar pemimpin sebuah kerajaan yang memilih hidup secara sederhana.

Fatimah puteri kepada orang ternama. Dia pernah hidup di mahligai yang indah, kini tinggal bersama pemimpin yang sederhana. Fatimah tidak mempunyai pembatu rumah. Dia membuat segala kerja rumah dengan tangannya sendiri. Dia menjahit baju untuk dirinya serta anak-anak. Fatimah juga memasak makanan dan menghidangkan kepada suami dan anak-anaknya. Sungguhpun, dia seorang isteri seorang pemimpin kerajaan yang besar, dia tidak pernah mengeluh apabila melakukan kerjanya sendiri.

Malah, dia turut membantu suaminya membersihkan rumah mereka apabila diperlukan. Tidak menghiraukan kehidupan dahulu, kedudukan dan keturunan mulia. Fatimah bahagia melakukan semua kerja kerana dia mahu mencari keredhaan ALLAH SWT semata-mata.
Pada suatu hari, datang seorang wanita yang mahu berjumpa dengan Umar atas urusan rasmi. Wanita itu bertanya kepada orang yang ada di hadapan rumah Umar, “ adakah rumah Umar mempunyai langsir yang menghalang saya berjumpa dengannya?”
“tidak ada. Silakan masuk”

Wanita itu pun masuk dan berjumpa dengan Fatimah yang sedang duduk menyulam kain. Fatimah mempelawanya duduk. Wanita itu melemparkan pandangan ke sekeliling ruang tamu rumah. Dia tidak melihat barang berharga di rumah tersebut. Tidak ada gelas-gelas berukir, bantal mewah, dan permaidani tebal. Rumah ini tidak seperti rumah pembesar. Wanita itu bersungut kepada dirinya, “ sungguh pelik. Rumah saya lebih cantik daripada rumah yang hamper roboh ini”.

Kemudian wanita itu melihat seorang lalaki masuk ke dalam rumah. Lelaki tersebut sedang melakukan sesuatu sambil matanya melirik kepada Fatimah. Lelaki itu berpakaian seperti oaring biasa sahaja. Tetamu Fatimah itu menjadi hairan kerana lelaki itu asyik memandang Fatimah. Wanita itu berkata kepada Fatimah, “ wahai Fatimah, saudari perlu membeli kain bagi dibuat tabir supaya saudari tidak dilihat oleh lelaki lain. Seperti lelaki itu yang sering mengerling saudari. Lelaki itu kelihatan seperti tidak waras, sedangkan saudari adalah wanita mulia dan dipandang tinggi kedudukannya.”

Fatimah tergelak kecil dan tersenyum dan berkata kepada wanita itu, “wahai hamba ALLAH, lelaki itu bukanlah tidak waras. Itulah pemimpin kerajaan ini, Umar Abdul Aziz dan suamiku.”

indah bukan sikap tawadduk Fatimah Abdul Malik? semoga sahabat sahabiah mengambil ikhtibar daripada kisah ini. jaga diri dan iman baik-baik ya. SAYANG ALLAH, RASULULLAH DAN IBUBAPA! Assalamualaikum =)

Friday 10 February 2012

pantai pelindung

assalamualaikum sahabat semua? apa khabar? semoga sentiasa sihat ye. oh ye, baru-baru ni saya pergi pantai, mulanya nak balik rumah tapi tiba2 semangat inkuiri yang terlampau tinggi nak main pantai so singgahlah kat pantai. pantai pelindung, long time not to see you. dulu masa kecik selalu main pantai *i mean mandi pantai. ini dah dikala tua tak mandi dah, segan *_* hehe
malas nak bebel banyak sangat, nak tunjuk beberapa gambar yang sempat di tangkap *gambar tak chantek.. datang sini tengok sendiri lagi chantek!

aktiviti kami

# main air laut
# makan goreng pisang
# makan keropok goreng
# makan ABC







adek miyah

abby =*




dekat Maghrib dah, balik rumah.
* dah lama tak jumpa pantai, sekali sekala jadi ulu bila jumpa pantai.
* best goreng pisang + keropok goreng + cicah dengan sos lada plus kacang + ABC

nikmati keindahan ciptaan ALLAH with my bestie <3
ukhwah fillah abadan abada (^_^)

jaga diri dan iman baik-baik ya sahabat-sahabiahku. semoga dalam lindungan ALLAH sentiasa. SAYANG ALLAH DAN RASULULLAH! Assalamualaikum =)





Tuesday 7 February 2012

SABAR, besar ganjarannya..

assalamualaikum. apa khabar sahabat? semoga sihat diri dan iman ya. saya nak tanya, jika sahabat ditimpa sesuatu musibah sejauh manakah tahap kesabaran sahabat sahabiah sekalian? wahai sahabatku, ingatlah sabar itu pemecah segala panyakit hasad dengki, iri hati dan prasangka buruk. ya, kita memang tidak sehebat nabi terdahulu ditimpa musibah dan ujian yang mana tahap kesabaran mereka amatlah tersangatlah tinggi. sahabatku tanamkan dalam diri bersikap sabar dalam melalui liku-liku hidup. bersangka baik sentiasa. jadi saya mahu berkongsi ganjaran bagi orang yang bersabar.


Ikhlas memohon kepadaNYA
“ sesungguhnya kita adalah milik ALLAH. Dan kita pasti akan kembali kepadaNYA. Ya ALLAH.. berikanlah ganjaran pahala atas musibah hambamu. Dan gantikanlah ia dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya.” (HR Muslim)
Dan untuk tuhanmu, bersabarlah.” ( surah al- Muddatstsir, ayat 7 )


Bersyukur
Dari Abu Yahya, Syuaib bin Sinaan r.a berkata, Rasulullah saw bersabda, “sungguh menakjubkan urusan orang yang beriman, semua urusannya adalah baik.” Tidaklah hal itu didapatkan kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila dia ditimpa kesenangan maka bersyukur. Maka itu adalah baik baginya. Dan apabila dia ditimpa masalah maka dia pun bersabar. Maka, itu pun baik baginya.” (HR Muslim)

Tidak mengikut orang kafir
“ maka bersabarlah kamu untuk (melaksanakan) ketepatan tuhanmu, dan janganlah kamu ikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara mereka. ( surah al- Insaan, ayat 24 )

Menantikan ganjaran syurga
Dari Anas bin Malik r.a ia berkata Rasulullah bersabda, “ sesungguhnya ALLAH berfirman, apabila Aku menguji hambaku dengan kedua-dua matanya, kemudian dia bersabar, maka aku gantikan syurga baginya.” (HR Bukhari)

Pemaaf dan tidak berdendam sesama manusia
Firman ALLAH, “ dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik.” ( surah al- Muzzammil, ayat 10 )

Memupuk sifat sabar
1.     Tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada ALLAH.
2.    Menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran.
3.    Memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan.
4.    Tenang menghadapi cubaan atau musibah.

jadi sahabat dapat apa yang ingin saya sampaikan? semoga dalam redha dan rahmat ALLAH sentiasa. jaga diri dan iman baik-baik. SAYANG ALLAH DAN RASULULLAH! Assalamualaikum =)

Sunday 5 February 2012

Sri kandi: Halimatun Armiah

Menundukkan singa

Ada seorang wanita bernama Halimatun Armiah yang bekerja sebagai tukang masak istan Raja Yarmuz. Dia disayangi oleh Raja Yarmuz kerana kepandaiannya dalam bidang masakan. Namun Raja Yarmuz seorang raja yang benci kepada agama Islam. Dia mahu semua rakyatnya menyembahnya sebagai tuhan.

Pada suatu gari, Halimatun mendapat petunjuk dan akhirnya memeluk Islam. Malah seluruh ahli keluarganya juga turut ikut serta. Walaupun telah memeluk Islam, Halimatun tetap menjalankan tugasnya seperti  biasa tanpa mendedahkan pengislamanya.
Suatu hari Raja Yarmuz membuat lawatan mengejut ke dapur istana. Setelah selesai membuat pemeriksaan, Raja Yarmuz berpuas hati dengan ketekunan pekerja-pekerja dapur istana melakukan kerja.

“ Halimatun, tolong bawa bekas makanan ini ke meja besar santapan Raja Yarmuz.” Perintah ketua tukang masak Halimatun menatang sebuah bekas berisi pelbagai makanan menuju ke meja besar. Tiba-tiba dia terlanggar sesuatu dan menyebabkan bekas yang dipegangnya terlepas.

“ALLAH!” Halimatun menyebut nama ALLAH tanpa disedarinya. “apa! Kamu menyebut nama tuhan orang Islam. Adakah kamu juga memeluk Islam.” Tanya Raja Yarmuz kepada Halimatun yang dipanggil menghadapnya.

Raja Yarmuz tidak berpuas hati selagi tidak mendapat jawapan daripada Halimatun. Raja Yarmuz mendesak halimatun beberapa kali sehingga Halimatun mengaku sudah bergelar Islam. “ beta mahu kamu meninggalkan agama Islam dan mengaku beta sebagai tuhan!” Raja Yarmuz murka mendengar pengakuan itu. Tetapi Halimatun tetap teguh dengan peganganya. Dia enggan menurut perintah Raja Yarmuz.

Oleh yang demikian, Halimatun dikurung ke dalam kandang singa. Singa-singa kelihatan garang dan mahu menerkamnya. Halimatun menjadi takut dan teringat kepada ALLAH lalu berdoa “ Ya ALLAH! Sekiranya Engkau Maha Berkuasa, berikan perlindunganMU ke atas diriku,”.
Tiba-tiba singa itu menunduk seolah-olah member penghormatan kepada Halimatun. Lantas Halimatun menadah tangannya mengucapkan kesyukuran. Raja Yarmuz yang menyaksikan kejadian itu kemudiannya membuat keputusan menghalau Halimatun dari negeri itu. Maka bebaslah Halimatun daripada kekejaman Raja Yarmuz. 

jaga diri dan iman baik-baik ya! SAYANG ALLAH DAN RASULULLAH! Assalamualaikum =)

Saturday 4 February 2012

Sri kandi : UMMI UMARAH

UMMI UMARAH wanita kental di medan perang

Ummi Umarah atau nama sebenarnya Nasibah binti Ka’ab bin Amru bin Auf bin Al-Anshariyah, merupakan isteri Ghazi bin Amru iaitu seorang sahabat utama dan pejuang bersenjata. Ummi Umarah mendapat kedudukan paling depan antara wanita-wanita Muslimah. Dia seorang sahabat yang mulia, pejuang yang terulung, lurus, kuat beribadat, sangat rajin dan sentiasa kepada diri sendiri. Dia juga antara wanita-wanita yang pertama memeluk Islam.

Ummi Umarah sering menyertai kaum Muslimin di dalam medan perang, berjihad sambil memberi minum kepada pejuang-pejuang yang luka, mebalut luka-luka dan jika perlu turut sama mengangkat pedang bertempur di samping kaum lelaki.ndi perang Uhud, Ummi Umarah antara 10 orang yang tetap di samping Nabi untuk melindungi baginda.

Ketika pertempuran antara tentera Muslimin dengan tentera Quraisy, ramai daripada kaum Muslimin yang gugur, ada juga yang melarikan diri sehingga yang tinggal di sekitar Rasulullah hanya beberapa orang sahaja. Mereka terus berjuang bermati-matian untuk melindungi Rasulullah daripada serangan Quraisy yang bertubi-tubi. Di antara orang-orang yang masih bertahan di sisi Rasulullah ialah Ummi Umarah, suaminya serta dua orang puteranya.

Di tengah-tengah pertempuran hebat itu, tentera Quraisy membuat pelbagai percubaan untuk memecahkan pertahanan Rasulullah. Pada masa itulah, Ummi Umarah telah menunjukkan sikap kepahlawananya. Lalu dia mencapai sebilah pedang dan memikul busur dan panah, lalu dia menghentam ke kanan dan ke kiri dengan pedangnya. Ummi Umarah antara orang yang kuat semangat dan teguh kedudukannya ketika berhadapan dengan musuh di medan perang. Akhirnya peperangan itu memihak kemenangan kepada tentera Islam.

Apabila Rasulullah kembali ke Madinah, pertama yang dibuat oleh Baginda ialah mengutus Abdullah bin Ka’ab Al-Mazini untuk bertanyakan tentang kesihatan Ummi Umarah. Utusan itu telah menemui Ummi Umarah, kemudian telah kembali kepada Rasulullah memberitahunya, bahawa kesihatan Ummi Umarah baik-baik saja.
Baginda sungguh gembira mendapat tahu berita tentang Ummi Umarah itu. Kemudian baginda selalu datang menziarahinya dan kadang-kadang makan roti jagung bersama-sama. Ummi Umarah mengalami cedera parah di bahunya ekoran serangan Ibnu Qamiah ketika perang Uhud.

Ummi Umarah mempunyai kelebihan kerana menunjukkan contoh baik bagi seorang wanita Muslimah alam berjihad, yang mengambil tempat seiring dengan lelaki di medan pertempuran.

Alhamdulillah, banggakan sahabat-sahabiahku? banyak sungguh kisah sri kandi yang dapat kita jadikan idola. allahuma yusahhil alaik, jaga diri dan iman baik-baik ye. SAYANG ALLAH DAN RASULULLAH! Assalamualaikum =)

Friday 3 February 2012

Sri kandi: Asma’ binti Abu Bakar

Wanita yang sanggup berkorban

Asma’ binti Abu Bakar dikenali sebagai wanita besi yang berumur panjang. Nama wanita ini pendek sahaja, tetapi perjalanan hidupnya tidak seringkas seperti namanya. ALLAH SWT memberinya umur panjang dan kecerdasan berfikir sehingga dia dapat mewarnai perjalanan hidup generasi tabiin (pengikut Rasulullah) dengan kehidupan pada zaman Rasulullah.

Asma’ termasuk kelompok wanita yang pertama memeluk Islam. Permulaan Asma’ tidak boleh dipisahkan dengan peristiwa hijrah Rasulullah dan ayahnya Abu Bakar. Dialah yang mengirimkan bekalan makanan dan minuman kepada mereka. Lantaran peristiwa inilah, Asma’ digelar sebagai “dzatun nithaqain” yang bermaksud wanita yang mempunyai dua ikat pinggang.

Gelaran ini diberikan ketika Asma’ hendak mengikat karung makanan dan tempat minuman yang akan dikirim kepada Rasulullah dan Abu Bakar. Pada waktu itu, Asma’ tidak memiliki tali untuk mengikatnya. Maka dia memotong ikat pinggangnya menjadi dua. Satu mengikat karung makanan dan satu lagi mengikat tempat air minum. Ketika Rasulullah mengetahui hal ini, baginda berdoa semoga ALLAH akan menggantikan ikat pinggang Asma’ dengan dua ikat pinggang yang lebih baik dan indah di syurga.

Tidak hanya itu pengorbanan Asma’. Peristiwa hijrah ini turut menyaksikan kekuatan berfikir dan perancangan strategi yang dimiliki oleh seorang muslimah hasil daripada aktiviti politik dan kecemerlangan berfikir yang diadun dengan ketaqwaan dan keimanan yang teguh. Asma’ bukan sekadar menjadi penghantar makanan kepada dua orang sahabat yang berperanan penting bagi umat Islam, malah beliau juga menyampaikan berita-berita penting tentang rencana-rencana pihak musuh terhadap kaum Muslimin.

Ketika itu Asma’ hamil dan beliau sebenarnya mengambil risiko yang turut membahayakan nyawanya. Beliau bukan sahaja mempertaruhkan nyawanya, malah lebih daripada itu nyawa Rasulullah saw dan ayahnya turut sama terancam. Memikirkan kemarahan musuh Islam lantaran Rasulullah terlepas daripada kepungan orang Quraisy pastinya berusaha bersungguh-sungguh mencari-cari Rasulullah untuk dibunuh kerana bencinya mereka terhadap dakwah Islam dan pejuang-pejuangnya.

Di saat-saat genting seperti itu, Asma’ mampu meramal segala kemungkinan yang bakal berlaku dengan kecerdikan dan penuh perhitungan, beliau berjalan menuju Gua Tsur sambil menggembala kambing-kambingnya berjalan di belakangnya. Taktik ini dilakukan untuk mengaburi mata pihak musuh kerana jejaknya terhapus oleh jejak-jejak kambing gembalaannya itu. Tindakkan itu belum tentu mampu dilakukan oleh seorang lelaki yang berani sekalipun kerana ia bakal mengundang bahaya, kezaliman, dan kekejaman orang-orang kafir Quraisy.

Permasalahan ini tidak cukup sampai di situ. Setelah kejayaan Rasulullah dan Abu Bakar keluar dari tempat persembunyian dan berhasil berhijrah ke Madinah, Asma’ dan keluarganya didatangi beberapa orang Quraisy, di antaranya Abu Jahal yang telah bertindak kasar menampar pipi Asma’ dengan sekali tamparan yang mengakibatkan subangnya jatuh. Asma’ menjawab dengan penuh diplomasi disaat beliau ditanya tempat persembunyian Rasulullah dan ayahnya dengan berkata, “demi ALLAH, aku tidak tahu di mana ayahku berada sekarang!”.

Hijrah Asma’ dan suaminya, Zubir bin Awwam ke Madinah berlaku ketika Asma’ sedang sarat mengandungkan Abdullah bin Zubir dan hanya menantikan detik-detik kelahiranya. Perjalanan yang jauh dan berbahaya ditempuhi jua sehinggalah angkatan para sahabat tiba di Quba’. Kelahiran anak pasangan sahabat ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Dialah bayi pertama yang dilahirkan di Madinah. Asma’ wafat di Makkah ketika berusia 100 tahun, pada ketika itu gignya kuat dan akalnya masih sempurna.

allahumma yusahhil alaik, sahabat sahabiah ku semoga kalian bertambah cinta kepada Islam. sesungguhnya banyak cerita tentang sri kandi Islama yang harus dan mesti kita banggakan. jaga diri dan iman baik-baik ye. SAYANG ALLAH! Assalamualaikum =)

Thursday 2 February 2012

sri kandi : Fatimah Khattab

Keberanian Fatimah Khattab

Fatimah binti Khattab memeluk Islam pada awal penyebaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Dia wanita mulia yang berasal daripada keluarga terhormat kaum Quraisy. Fatimah memeluk Islam bersama suaminya secara rahsia daripada pengetahuan keluarga terutama abangnya, Umar. Bagi menambah ilmu dan kefahaman tentang Islam, Fatimah dan suaminya belajar membaca al-Quran daripada Khabbab yang selalu berkunjung ke rumahnya.

Abang kandung Fatimah, Umar adalah antara orang yang paling kuat memusuhi Nabi Muhammad saw. Pada suatu hari, Umar keluar dari rumahnya dalam keadaan marah dan bengis. Umar berazam mencari Nabi Muhammad sawa dan membunuhnya apabila ada peluang. Apabila diketahui adik iparnya, Saad bin Zaid dan adiknya, Fatimah telah memeluk Islam Umar berasa sangat marah dan terus menuju ke rumah Fatimah.
Kebetulan pada ketika itu Khabbab berada di rumah Fatimah untuk mengajar mengaji al-Quran kepada Fatimah dan suaminya, Saad. Dari jauh Umar terdengar bacaan yang tidak difahami dari rumah adiknya. Dia menghampiri rumah itu perlahan-lahan supaya tidak diketahui penghuni di rumah tersebut. Apabila dia berasa yakin yang adiknya merahsiakan sesuatu, Umar mengetuk pintu tersebut dengan kuat.

Fatimah membuka pintu rumah setelah Khabbab Berjaya bersembunyi. Umar tanpa berlengah masuk ke dalam rumah. “ adakah ada orang lain bersama kamu sebentar tadi?” tanya Umar dengan keras. “tidak ada,” jawab Fatimah dengan segera. “kami berdua sahaja.” “apakah yang aku dengar tadi? Apa yang kamu baca tadi?” Tanya Umar bertalu-talu. “apa yang kamu dengar?” Fatimah bertanya lalu dan kemudian berkata, “ kau tidak mendengar apa-apa.” Sambil itu Fatimah menyembunyikan kepingan kepingan tulisan-tulisan ayat al-Quran di belakangnya. “ betul, aku mendengar apa yang kamu baca tadi. Aku tahu kamu berdua sudah mengikuti ajaran Muhammad. Adakah benar?” kata Umar dengan tegas.

Umar menghampiri adik iparnya, Saad dan mahu memukulnya tetapi Berjaya dihalang oleh Fatimah tetapi pukulan Umar terlebih dahulu mengenai Fatimah. Kepala Fatimah luka dan darah meleleh di tepi mukanya. Dengan perasaan marah Fatimah berkata “ ya, kami sudah memeluk Islam. Kami percaya kepada ALLAH dan RasulNYA. Apa yang abang mahu lakukan kepada kami, lakukan saja!” Fatimah menangis apabila habis bercakap. Sementara itu, Khabbab yang bersembunyisemakin bertambah bimbang dan kecut perut. Apabila melihat darah bercucuran daripada kepala Fatimah, Umar menyesal atas perbuatannya itu. Dia kasihan melihat adiknya menangis teresak-esak. Dia menyesal atas tindakkannya yang tergesa-gesa.

“ Berikan aku bahan yang kamu baca tadi. Aku berjanji tidak akan membuat perkara yang tidak elok. Aku ingin mengetahui apa-apa yang di bawa oleh Muhammad itu,” sikap garang Umar berubah menjadi lembut. “ kami bimbang abang tidak akan mengotakakn kata,” ujar Fatimah. “usah bimbang! Aku bersumpah kepada tuhan Muhammad, aku akan kembalikan setelah membacanya.”
Fatimah melihat wajah abangnya dan merasakan abangnya jujur. Fatimah meminta Umar mandi, jika dia masih mahu memegang al-Quran. Umar mengikut kata Fatimah dan dia pergi membersihkan dirinya. Kemudian, Fatimah menyerahkan kepingan yang bertulis al-Quran di atasnya. Umar menerima dan membaca dengan penuh teliti. Ayat-ayat al-Quran itu daripada surah Taha. Apabila selesai membacanya, Umar berkata “sesungguhnya indah kata-kata ini!”

Selepas itu, Umar terus menuju ke tempat Nabi Muhammad saw dan para sahabatnya berkumpul bersama dengan Khabbab untuk memeluk ajaran Islam. Apabila Fatimah mengetahui abangnya memeluk Islam, dia berasa sungguh gembira dan tenang.

sahabt-sahabiahku, ambillah pedoman dari kisah sri kandi Islam ini. semoga kalian dalam lindungan dan rahmat ALLAH sentiasa. INSYAALLAH, jaga diri dan iman baik-baik ye. SAYANG ALLAH! Assalamualaikum. =)

Wednesday 1 February 2012

Sri kandi : Zinnirah

Diseksa tidak mengubah pendirian Zinnirah

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh ALLAH untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah ALLAH pada peringkat awal dakwah Rasulullah saw iaitu sewaktu baginda berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan pertama memeluk islam inilah yang banyak menerima ujian daripada ALLAH. Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba.

Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. Rasulullah saw memulakan dakwahnya secara  sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu terutamanya mereka yang berada pada golongan bawahan. Antara yang menerima cahaya keimanan ini ialah Zinnirah. Beliau telah menerima cahaya  Islam dengan sepenuh hatinya. Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan Islam secara sembunyi-sembunyi kerana takut diketahui tuannya Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca al-Quran dan berdoa kepada ALLAH dengan penuh syahdu dan keinsafan. Pun begitu, semua dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui tentang keislamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya itu telah meninggalkan agama nenek moyang dan menerima tauhid yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah dan agama Islam sebelum beliau memeluk agama Islam. Beliau selalu mencerca Nabi Muhammad saw. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sifat berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah mendorong Rasulullah saw berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum Muslimin. Teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan ajaran Islam.  Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan ,hentakan, sepak terajang, di jemur di tengah panas terik adalah rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan ALLAH SWT. Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas sehigga buta. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Walaupun matanya buta tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.

“ini untukmu, YA ALLAH. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. Aku terpaksa menanggih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.” Inilah rintihan hati Zinnirah kepada ALLAH SWT ketika bermunajat kepada ALLAH disetiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi.

Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh. Pengorbanan zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan ALLAH mengizinkan ianya berlaku. Walupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada ALLAH tidak berubah. ALLAH memberi rahmat kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan kehendak ALLAH SWT. 

Yang baik di ambil teladan, yang buruk sama-sama kita perbetulkan. insyaALLAH ya sahabat-sahabiahku. jaga diri dan iman baik-baik. SAYANG ALLAH! Assalamualaikum =)