Friday 7 November 2014

Tutorial: Steps nak delete Online browser advertising.

Hi, Assalamualaikum.

Korang pernah tak rasa annoying tahap dewa sakti time buka browsersebab ads bersepah-sepah?? Tak kisahlah Mozilla Firefox ke, Google Chrome ke, Internet Explorer ke or bla bla ke. Pernah notice tak kat browser korang ada ads sibuk mengacau kiri kanan, atas bawah or even kat gambar yang kita nak view pun ada ads by ni?? Eh pernah kena ke? Aku kan jenis buta kayu sikit, cam tak reti sangat ah nak install, uninstall software or delete kekdahnya. So, aku wonder sangat dah kenapa browser ni tetiba pop-up ads-ads bagai ni. Aku tak berminat nak bacalah oi! Lagi sakit hati kenkadang kita tak "Open link in new window" pun, tak memasal tetiba new window open. Mana aku tak hangin, bukan 1 window jer oi, 3 4 5 6 7.......Zzzzzzzz

Ads tu ada disebelah atas kanan, yang macam helai buku kena lipat.

Sehari kejadian (bhaha ayat poyo), aku still biarkan. Tapi dah nak masuk 3 4 hari browser asyik pop-up ads by ni hatiku makin meradanglah. Jadi aku cari alternative lain untuk buang ads or dalam bahasa kasaqnya mampuihkan ads ni selamanya dari browser aku. haha.

Gigihlah aku duk search cara-cara delete ads by ni, untuk pengetahuan korang aku ni paling tak suka belajar tentang laptop server bagai ni. Sebab dalam otak aku dah set susah, ni tau kat mak aku mau dia kejar keliling kubur. Malas, tak suka tu mak aku tak berkenan sangat sikapnya. Dah meh aku ajar cara-cara untuk delete ads by daripada browser korang. Maybelah kalau yang expert tentang laptop ni kata aku noob sangat sampai buat tutorial, tapi kau kena fahamlah tak semua orang expert apa yang kau expert. Macam aku expert sangat goreng telur dadar, kau pandai?? hehe

1. First sekali, time kita open browser korang akan nampak ads by ni merata-rata. Atas,bawah,kiri,kanan, tengah and suddenly ads akan pop up to new windows.

2. Next, go to computer menu. Cari Control Panel.



3. Go to Program and Features. Select menu itu.



4. Dalam tu, korang boleh nampak bertimbun-timbun software yang korang install kan? Mesti korang wonder, software ni bila aku install? Software ni untuk apa? Cuba cari programs yang korang rasa relates dengan ads tu yang jadi penyebab kenapa ads tu asyik pop up. Uninstallkan program itu. Kalau tak yakin tak sure nak uninstall program mana, buka balik browser tengok ads by ni dipromo oleh program apa. Macam dalam browser aku, ads by Inno. So aku turn back ke Program and Features, aku cari installer Inno. Uninstallkan program tersebut.









Kalau tak sure program ape yang nak kena uninstall, go back to browser then tolong check ads ni by dari mana. Yang aku bulatkan hitam tu menunjukkan ads by from Plus.. bla bla. So turn back kat program and features cari nama program tu.

5. Satu lagi, open browser korang. And kat menu bar atas sekali sebelah kanan nampak tak button yang 3 stack tu? (Open menu). Click button tu and chose menu untuk Add-ons. Dalam tu, kita boleh detect software apa yang kita terinstall tanpa sedar. Delete, remove atau disable software itu.



6. Dalam menu yang sama jugak, tolong jugak cek Plugins korang. Mungkin terselit unwanted program yang kita terinstall time open new tab, or click apa-apa link time search info dalam internet. Apply the same steps macam aku ajar, delete, remove or disablekan sahaja program tersebut.




7. Aku harap korang fahamlah serba sedikit tutorial ni, or if tak faham jugak; any inquiries boleh email aku di thelasttime53@gmail.com . Aku boleh tunjuk ajar sikit-sikit cara untuk delete ads by dari browser kita.
Ataupun kalau korang nak lagi faham, boleh jugak refer to:-

onlinebrowseradvertising.zendesk.com

Selamat mencuba! =D

Sunday 2 November 2014

#hidayahwanturns23

Hi..

Happy Birthday Kak Dayah! haha, dah berkurun baru nak hupdate pasal birthday, punya busy and malas nak buka blog. Aku anak tirikanlah blogspot ni.

Thanks untuk wish, untuk belanja makan, untuk sambut birthday aku ye kengkawan semua. Yang aku tak boleh blahnya, bebudak kelas spam "Selamat birthday dayah!" bebanyak dalam group whatsapp. Muntah hijau pening kepala aku baca spams tu.

Aku sebenarnya excited nak cerita tentang birthday present tahun ni. Sape yang kasi? Ofkoslah parents aku! Dah lama dapat present, tapi tunggu sabar nak hupdate je

Perempuan dan beg berpisah tiada, kau agree tu? yes, indeed kan?hehe, aku duk cakap kat umi nak beg galas yang boleh bawak gi jenjalan style orang pakai sekarang. Sebabnya aku malas nak bawak handbag, lenguh sebelah tangan. Mana taknya aku duk bawak memacam, powerbanklah, pouch make up (kononya aku ade, padahal compact powder and lip balm je), phone and tah ape-ape lagi aku sumbat dalam handbag. Pesen aku kalau tertinggal something jadi tak sedap berjalan, so kena bawaklah kan.

Jadi untuk memudahkan kerja-kerja mengangkut, aku mintak kat parents nak beli beg. Punya solehahnya perangai, "umi belilah kat along beg kecik yang galas tu. Beli yang biasa-biasa pun tak ape. Nak letak barang-barang banyak."

Then haritu pergi KL, just aku and parents je pergi. Kitaorang pergi beli barang-barang rumah kat Ikea, tetiba umi cakap "Jap lagi kita pergi beli beg along ye." Bling-blinglah mata aku, lepas ni boleh nari ngan beg baru. haha

Lepas dah penat pusing-pusing mall, cari sana sini. Akhirnya pendek cerita aku dapat beg dari Cosas United merangkap hadiah birthday. Ada banyak pattern and colour and kebetulan pulak Cosas United tengah buat sale. Ekeke,so aku pilih warna pink striking and looks very simple je. Alhamdulillah. Nak mintak Kipling macam over sangatkan, nanti kerjalah beli sendiri untuk diri and umi. bhaha. Thanks umi and abah belikan kita beg. Happy birthday hidayah wan.


















A few collection from Cosas United, time sale hari tu lagi rambang mata tengok macam-macam pattern, colour and types. Perempuan and beg tak dapat berpisah kan, hihi. Bye

Monday 13 October 2014

Istiadat Konvokesyen UniMAP ke-9

Assalamualaikum. 

#Entry aku bapak segala panjang lebar dengan gambar apa bagai, mintak maaf aku excited kawan-kawan grad. =D

 
Korang tahu tak sekarang kebanyakkan Universiti tengah sibuk buat Istiadat Konvokesyen. UniMAP baru je lepas Istiadat Konvokesyen ke-9. Supposely aku pun grad untuk tahun ni, tapi kita merancang Allah yang tentukan rezeki kita. InshaAllah aku akan grad tahun depan, terasa tu memang terasa macam-macam sedih, kecewa, rasa hilang aura kawan-kawan sama batch dengan aku selama ni. Tapi takpelah, aku kena kuat kat sini. 1 sem je dayah =D.

Btw, untuk yang banyak sangat tanya kenapa aku still kat UniMAP ni tak henti-henti, aku tak habis belajar lagi lah oi! Kau banyak tanya pulak kan? Bacalah blog, aku dah explain hari tu kat entry before this. Baca kat sini ek Last Semester.  

Kami cakap, penat-penat buat program. Hangpa tak mau datang pun kan, tetiba kata dah ada kat Pauh.Pelik depa ni.



Aku sebenarnya nak share kegembiraan kawan-kawan yang pre-shoot for convo, aku datang konvo and apa yang jadi time konvo. Actually, aku join program Festkon9, lahai yang buka-buka booth time konvo yang arrange program untuk festival time konvo tu. Mesti korang tahu and selalu pergi kan? Aku jadi crew untuk audience, so kerjanya menarik perhatian students untuk datang-datang and in charge untuk kolej kediaman yang kami dah set siapa cop. Eh panjang benor penerangannya. Program untuk Festkon9 start almost a week before Istiadat Konvokesyen, so aku berpindah randah ke Taman Bahagia selaku tempat menginap sepanjang program. Dekat sangat dengan Dewan 2020 where the Istiadat take place.


Pre-convo 1

Pre-convo 2

Pre-convo 3

Pre-convo 4


27 September 2014.

Hari ini first day of convocation, aku tak sure course apa sebenarnya yang terlibat. As I know, ppit, komputer n network, bahan, microeletronik mugkinlah. Aku datang jumpa kawan-kawan ppit yang dah grad, almost them yang aku kenal semua pernah join program sekali, Eyka, Affan, Shafiq, Dila and Faid. Aku datang dengan Wawa, Iena, and Kimmy. Almost sejam jugak tunggu depa ni nak keluar, dengan tak sempat makan and panasnya, memang haru. Korang pleaselah terharu untuk kami.

Tahniah semua!

Dila!
  
Affiaq eh Affan.

Eyka and Dila.
K.A.M.I

Muka happy,excited, kebulur lepas naik stage! Hilang debaran.

 
Bajet pakai monopod! Padahal Shafiq yang pegang phone keatas! Gila

Wefie!




Lepas dah habis tangkap-tangkap gambar, kami decide nak balik. Laporrrr wehhh! Kebulur tahap dewa dah, pastu tetiba Shafiq call kami and ajak bergambar dengan family dia. Aku macam, eh untuk family kenapa ajak kami? Disebabkan Shafiq call kami banyak kali, and taknaklah frustkan dia so kitaorang patah balik. Sempat lagi beli air tepi jalan, dahaga punya pasal. Sambil tunggu turn untuk Shafiq punya family, kitaorang duk borak-borak.Kebetulan Pika datang untuk sesi kedua, Kak Lin nak grad pulak untuk second session. So berjumpalah balik dengan Pika. Kau bayangkan, kami (aku, Affab,Pika,Kimmy,Wawa,Faid) join sekali tangkap gambar dengan family Shafiq! Haha.. Esok bila tua kau tunjuklah geng-geng time kau masuk U ye Shafiq! Thanks wei, terharu gila sangat gila kami ini jadi kawanmu! 


 
Dalam dewan Seri Malaysia, waiting for the turn nak photoshoot!

Pika yang dah kurus and lawa!

Gegadis comel. puih, muntah hijau!

Time ni aku tak nak masuk gambar, baru lepas nangis. Eee tak malu betul Dayah! Depa excited jumpa baby comel ni!

Then, time part Shafiq nak tangkap gambar dengan mak dia, tetiba dia macam sebak. Faid yang notice, aku tak nampak sebabnya aku duduk belakang. Bila dengar Faid cakap "Eh, Shafiq nangis wei". Aku dah macam bergenang air mata, kau dah kenapa dayah?hahah noob betul time tu, tapi Allah je tahu kenapa aku sebak and merah-merah mata aku nangis. How I wish to be part of you, grad tahun ni! Tetiba muka umi ngan abah berleggar depan mata aku, mana aku tak tersedu nangisnya. Wawa datang gosok-gosok and pujuk aku, Faid ngan Affan buat lawak bodoh "Oi Shafiq, hang bluetooth ka apa hg nangis? Dayah nangis kot ni!" haha gilos punya kawan, kau tak tahu aku sedih kemain tahap filem hindustan! Habis kat situ aku balik Pauh, oh lupa kasitau Festkon9 tahun ni first time buat kat Pauh where is the Kampus tetap UniMAP. 

28 September 2014.

Hari ini kawan-kawan kelas aku grad. Batch aku Bioprocess Engineering, harapnya aku tak nangis lah lagi macam semalam kan? And I made it, aku tak nangis pun kau! Yang aku tahu aku nak jumpa semua kawan-kawan aku, rindu baq ang! 

Jumpa Muni. Mila and Ganesh tapi gambar depa aku tak jumpa buh tang mana.

Pika dah convo!

Dean of Biprocess dikelilingi bunga! Kelas kami memang ramai perempuan hokay!

Depa dah konvo! T_T


Bioprocess Engineering batch 5.

Bioprocess Engineering.

Sedihnya berapa kerat sangat aku jumpa, sebab depa ni semua rushing nak balik. Mana taknya, esok Isnin lah woi! Parents ramai yang kerja, so aku sempat jumpa beberapa orang je. Takpelah, tak ada rezeki nak jumpa kome semua. InshaALLAH rezeki aku tahu depan grad, hangpa mailah noh. Aku alu-alukan kedatangan hangpa semua. hihi

Korang tahu kenapa Shafiq nangis? Aku ingat lelaki ni tak reti sedih, terharu bagai. Kami tanya, "Wei nape hg nangis?". Dia jawab "Mak aku nak tengok aku masuk U, dulu dia tak dapat masuk U sebab orang susah, dapat offer kena tolak". And aku faham kenapa dia nangis, tahniah Shafiq. Moga terus jadi pembakar semangat untuk mak hang.

Mutiara kata untuk hari ini.

Tahniah semua. Moga dipermudahkan untuk semua yang dilakukan sekarang dan masa akan datang. Moga jadi insan yang berguna berjaya dunia dan akhirat. Tata