Tuesday 18 February 2014

Murid sekarang.....

Assalamualaikum. 

Hi semua, sebulan aku tinggal blog yang usang ini. Malas nak hupdate pun ada, malas nak menaip. Hai manusia, kalau tak dibelenggu dengan setan M tu tak sah kan. Nak jugak setan M tu melekat pada diri.

Tengah aku duk sedap scroll FB dari atas ke bawah, bawah ke atas aku terpandang artikel yang Sir Lai post di wallnya. 

"Rotan xleh, pukul xleh, cuit xleh, marah xleh, bebel xleh. Semua tak boleh, apalah nasib anak murid sekarang. Cikgu doakan moga masa depan kamu semua cerah".

Yang aku nak gelak terbahak tu siap ada "Artikel- Etika Guru". LOL


Seriusly, sebagai student aku rasa macam hampeh je rules cenggini. Apa nak jadi kalau sampai tahap cikgu tak boleh membebel or berleter? Jangan cakap semua hukuman ni tak relevan untuk zaman globalisasi macam sekarang. Kelautlah gamaknya, sebab tu kes buli, gadoh kat sekolah menjadi-jadi. Apa funtion Unit Disiplin kalau sampai gunting rambut pun tak boleh? Sungguh aku tak paham!

Time aku sekolah dulu, aku ingat lagi pernah kena balik buku latihan laju je keluar kelas dengan cikgu. Buku tu koyak terbelah dua, kes aku tak siap kerja rumah, wahahah rasakan kau sape suruh tak siapkan homework. Masa tu bapak segala malu dengan kawan-kawan! Balik rumah tak berani aku nak report kat umi ngan abah, takot ceq oi. Takut dapat "nasi tambah" lain. =P

Pastu masa darjah dua, kelas kami bising gila-gila. Before kejadian cikgu dah bagi warning kat kami jangan bising. Tapi budak-budak memang dasar tak dengar kata bising ngalahkan pasar, upahnya berdiri atas kerusi. Haaa, tu makan dia. Kami semua senyap sunyi time tu, tak berani nak bukak mulut even nak gi tandas pun takut nak cakap. Hasilnya adalah hamba-hamba ALLAH yang terpilih kencing dalam seluar. Haha, lawak gila. Tapi tak ada pun parents datang marah-marah cikgu denda kami berdiri atas kerusi. Mak bapak time dulu takdak meroyan macam zaman sekarang.Memanglah sayang anak, tapi berpada-pada. Budak-budak kalau bagi muka sangat menjadi-jadi perangai mereka. Take note ya parents sekalian!

Time result keluar, aku lagi rela kena bebel dengan cikgu sebab result macam hampeh! Yelah daripada parents tahu result,dah tu dorang bantai kejor sampai kubur! Haaa, padan muka. Mana taknya, yang ko pepandai sangat tiru signature then hantar balik report card kat cikgu buathape dong?? hahaha 


Actually banyak je kena lanyak ngan cikgu dolu-dolu. Maksud aku kena marah, leter, warning, denda. Tapi kami cool je, xdek pun ngadu kat mak bagai. Takde pun report polis kesudahnya. Result SPM Alhamdulillah baik, sekarang dah masuk Universiti dah nak grad pun. InshaALLAH doa dipermudahkan untuk aku ye.

Apa-apa pun aku nak nasihat satu je,

"Hormat guru, jangan pernah lawan cikgu. Sekali kau lawan kau ngata cikgu tak berkat ilmu-ilmu yang kau amik dari dia"

WatlexWatcool

(*_*)

No comments:

Post a Comment