Sunday 23 February 2014

Perempuan

Assalamualaikum.
Tajuk nak cliche sangat kan? 
Perempuan, kalau aku cakap perempuan pelik semua lelaki angkat tangan. Even kalau boleh angkat kaki, dengan kaki-kaki kot dorang angkat! Aku tak nak kutuk perempuan, sebab aku sendiri perempuan. Tapi aku nak cerita perihal perempuan.

Perempuan ni memang payah nak paham character mereka. Kalau study pHD perihal perempuan pun kita tak mampu nak paham siapa perempuan. Setiap perempuan sifat, karenah dan perilaku tersendiri berbeza. Perempuan terlalu complicated! Perangai mereka pun kita tak mampu nak predict, kejap dia ok, kejap lagi dia menyinga, kejap lagi dia ngis, kejap lagi dia itu kejap lagi dia ini kejap lagi dia bla bla bla.

Satu lagi perempuan memang suka marah-marah time datang bulan. Tak payah cakap korang boleh sabar, korang cool tak marah-marah sebab time tu hormon tak betul. Time tulah dia nak meroyan, even hal-hal kecil pun dia nak marah bagai. Terasa hati hal remeh temeh ,dia nak merajuk, salah cakap dia terasa hati. LOL perempuan perempuan.

Ustaz Azhar Idrus kata perempuan ni keras kepala, dengil nak mampuih! Kaum lelaki kena banyak bersabar, jangan pukul dia jangan marah-marah dia sebab Nabi kata mereka kurang akal adik beradik gila. haha Jadi kena banyak sabar! 
Dan perempuan perangainya lebih daripada budak-budak. Jadi kalau banyak masalah jangan sesekali gunakan kekerasan. Sabarlah, inshaALLAH ALLAH akan balas dengan ganjaran yang lebih hebat. Sebab itu lelaki dijadikan sebagai ketua untuk memimpin kaum wanita. 

Dan pesanan tulus dari hati akulah kan;

"Perempuan kalau happy memang gegila, Tapi kalau dia marah, dia nak hentak je kau pakai kayu. Dah kecik besor kecik besor aku tengoknya" LOL

Dah memang adat, perempuan suka membebel. Suka marah-marah hal remeh temeh, suka merajuk tak tentu pasal. Suka bergaduh tak tau kehala. Sudahnya kena banyak bersabar, kena banyak mengalah. Budak-budak kalau kita layan makin menjadi pijak kepala, tapi kita perlu tegas bukan berkasar. =P


Dah pompuan ni kenapa nak menara 1000 ni ha? haha

Tuesday 18 February 2014

Murid sekarang.....

Assalamualaikum. 

Hi semua, sebulan aku tinggal blog yang usang ini. Malas nak hupdate pun ada, malas nak menaip. Hai manusia, kalau tak dibelenggu dengan setan M tu tak sah kan. Nak jugak setan M tu melekat pada diri.

Tengah aku duk sedap scroll FB dari atas ke bawah, bawah ke atas aku terpandang artikel yang Sir Lai post di wallnya. 

"Rotan xleh, pukul xleh, cuit xleh, marah xleh, bebel xleh. Semua tak boleh, apalah nasib anak murid sekarang. Cikgu doakan moga masa depan kamu semua cerah".

Yang aku nak gelak terbahak tu siap ada "Artikel- Etika Guru". LOL


Seriusly, sebagai student aku rasa macam hampeh je rules cenggini. Apa nak jadi kalau sampai tahap cikgu tak boleh membebel or berleter? Jangan cakap semua hukuman ni tak relevan untuk zaman globalisasi macam sekarang. Kelautlah gamaknya, sebab tu kes buli, gadoh kat sekolah menjadi-jadi. Apa funtion Unit Disiplin kalau sampai gunting rambut pun tak boleh? Sungguh aku tak paham!

Time aku sekolah dulu, aku ingat lagi pernah kena balik buku latihan laju je keluar kelas dengan cikgu. Buku tu koyak terbelah dua, kes aku tak siap kerja rumah, wahahah rasakan kau sape suruh tak siapkan homework. Masa tu bapak segala malu dengan kawan-kawan! Balik rumah tak berani aku nak report kat umi ngan abah, takot ceq oi. Takut dapat "nasi tambah" lain. =P

Pastu masa darjah dua, kelas kami bising gila-gila. Before kejadian cikgu dah bagi warning kat kami jangan bising. Tapi budak-budak memang dasar tak dengar kata bising ngalahkan pasar, upahnya berdiri atas kerusi. Haaa, tu makan dia. Kami semua senyap sunyi time tu, tak berani nak bukak mulut even nak gi tandas pun takut nak cakap. Hasilnya adalah hamba-hamba ALLAH yang terpilih kencing dalam seluar. Haha, lawak gila. Tapi tak ada pun parents datang marah-marah cikgu denda kami berdiri atas kerusi. Mak bapak time dulu takdak meroyan macam zaman sekarang.Memanglah sayang anak, tapi berpada-pada. Budak-budak kalau bagi muka sangat menjadi-jadi perangai mereka. Take note ya parents sekalian!

Time result keluar, aku lagi rela kena bebel dengan cikgu sebab result macam hampeh! Yelah daripada parents tahu result,dah tu dorang bantai kejor sampai kubur! Haaa, padan muka. Mana taknya, yang ko pepandai sangat tiru signature then hantar balik report card kat cikgu buathape dong?? hahaha 


Actually banyak je kena lanyak ngan cikgu dolu-dolu. Maksud aku kena marah, leter, warning, denda. Tapi kami cool je, xdek pun ngadu kat mak bagai. Takde pun report polis kesudahnya. Result SPM Alhamdulillah baik, sekarang dah masuk Universiti dah nak grad pun. InshaALLAH doa dipermudahkan untuk aku ye.

Apa-apa pun aku nak nasihat satu je,

"Hormat guru, jangan pernah lawan cikgu. Sekali kau lawan kau ngata cikgu tak berkat ilmu-ilmu yang kau amik dari dia"

WatlexWatcool

(*_*)