Saturday 31 December 2011

alhamdulillah penutup bagi 2011 saya akhiri dengan...

asslamualaikum sahabat. apa khabar iman kalian? ya ALLAH, sedar tak sedar 2011 bakal melabuhkan tirai. jadi hari ini saya mahu akhiri blog ini bercakap tentang para akhwat.

saya rasa kalian pernah baca dalam blog, dalam majalah atau mana-mana sumber sekalipun. suka untuk saya bercakap tentang tajuk ini "awak, jangan buat saya jatuh hati. kesian saya nanti. " pernah dengar? okaylah mari saya bawa sahabat menyelam tentang soal hati. sebenarnya wanita itu punyai satu cinta. anda tahu apa itu cinta? cukup meluas maksudnya, ehem-ehem ini esti ada orang bosan. apalah hw cakap tentang cinta, tak habis-habis tentang cinta. bukan saya nak bercakap, tapi melihatkan perangai anak muda sekarang. satu saja doa saya "saya harap kita senantiasa dalam redha ALLAH SWT " . anak muda sekarang bercinta, kalau perempuan itu bagaikan tiada malu. sya yang melihat pula menjadi panas muka, yang lelaki lansung tidak menghormati si akhwat. subhanallah dunia akhir zaman bukan?

okay, berbalik kepada tajuk entri 
"wanita" 

teringat saya nasyid daripada kumpulan DeHearty
tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat dibahu untuk dilindung
dekat jua dihati untuk dikasihi
engkaulah wanita hiasan duniawi

awak, jangan terlalu rapat dengan saya. sebab nanti saya akan jatuh hati dengan awak. awak tahu, hati perempuan ini mudah tersentuh?? awak jangan terlalu baik dengan saya, sebab nanti saya akan mula suka pada awak. awak janganlah text saya kalau awak tak ada apa-apa yang penting sebab nanti saya akan jadi rindu pada awak. itu belum masuk tentang zina hati ( rindu kepada bukan muhrim ialah antara contoh zina hati) 

awak, jangan buat saya terlalu gembira dengan perhatian yang awak berikan pada saya, tolonglah...
saya tak dapat mengelak dari menyenanginya. Saya tahu, walaupun awak layan saya macam tu, awak anggap saya kawan je kan? awak, saya nak bagitahu awak, perempuan hati mereka lembut, cepat tersentuh. bila saya dah start suka dekat awak, baru awak cakap awak anggap saya macam kawan je. bila saya dah start sayang pada awak, baru awak cakap kita just kawan je. sekarang baru saya faham kenapa ALLAH dah tetapkan garis panduan dalam hubungan sesama muslimin dan muslimat. sebab ALLAH tak nak saya dan perempuan lain terluka kerana wanita hanya punyai satu cinta~~

" tell the believing men to lower their gaze and be modest. that is purer for them. ALLAH is Aware of what they do. and tell the believing women to lower their gaze and be modest (An-Nur 30-31) "
ALLAH sudah banyak peringatkan kita tentang perhubungan antara lain jantina ini. tapi susahnya kita nak faham bukan? (alahai termasuklah diri ini) bila mana kita menjaga pandangan, kelakuan kita InsyaALLAH akan terjaga. benda ini nampak je remeh, kecil je tapi impact dia sangat besar. jadi wahai kaum adam, kaum hawa jagalah kelakuaanmu.

"perempuan yang baik untuk lelaki yang baik! " yes! itu janji ALLAH. jangan sesekali denykan fakta itu, dan wahai kaum wanita kalian ingatlah sejahat mana pun lelaki itu, seteruk mana pun perangainya. mereka tetap akan mencari perempuan yang baik untuk menjadi suri hidup mereka. maka wanita, tutuplah auratmu seeloknya. jangalah peragakan auratmu untuk tontonan kaum adam diluar sana. jangan letak dirimu serendah rumput diatas tanah. jadilah sepeti pohon semalu, bukan ke indah pekertinya?? ia memepengaruhi kehidupan kita. jadi jaga hati, jangan biarkan hati bermaharajalela mentadbir diri kita.

avoid ikhtilat

bukan apa sahabat sekalian, kadang-kadang orang itu layan kita biasa-biasa saja macam kebanyakan sahabat mereka. tapi disebabkan hati perempuan ini mudah tersentuh, maka perempuan akan jadi mudah jatuh cinta, sayang dan sebagainya. so, beware girls. the heart is fragile, handle with care. ( ingat barangan kaca saja "handle with care" hati perempuan tu lagi bernilai dari kaca )

" there must be certain distance between car for safety, as such there must be a distance between male and female for safety "

lately, saya sering melihat couple-couple yang bagaikan belangkas. ya ALLAH daripada buat dosa macam itu, lebih baik nikah kan? apa salahnya kalau nikah di awal usia? tak sedia? aik aik bercinta tu tanda dah sedialah, pergilah jumpa ibubapa. nak malu apa? benda baik bukan? bukan sahabat buat perkara tak elok.

to akhwat kalian dambakanlah sepeti ini. bila para ikhwah melihat anda, maka terdetik dihati mereka

" Dalam diam aku tertarik dengan agamanya, sifatnya, ilmunya, akhlaknya, kecantikannya, gaya pemakaiannya...Aku diam kerana aku tahu dia milik ALLAH, aku hanya perlu minta kepadaNYA....


>> Jodoh milik ALLAH, tiada lafaz cinta melainkan mendahulukan lafaz akad nikah<<


ya allah brikanlah kpda kami isteri dan anak2 kami sebaik2 pandangan dan jdikanlah kami org yg bertaqwa kepada kamu ya ALLAH. amin "



baiklah sahabat semua, sampai di sini sahaja perkongsian saya. yang baik itu datang dari ALLAH SWT dan yang salah itu dari khilaf diri saya. semoga kalian berada dalam lindungan ALLAH sentiasa. jaga iman, jaga diri baik-baik. sayang ALLAH! =D assalamualaikum

Thursday 29 December 2011

study group vs study week

assalamualaikum..
apa khabar semua? semoga baik saja ok?
hari ini saya rasa mahu update blog terlebih awal, mungkin kerana bosan. mungkin jugak hendak refresh kembali, saya baru balik dari study group. iyalah, kebiasaannya selagi jam pada laptop ni tak berdetik ke pukul 2 3 pagi, saya tak akan update blog. sibuk menelaah buku-buku. 


chantek bumi Perlis ini dikala senja

berada dalam minggu study week sesuatu yang sangat "seronok".mana tidaknya, jika sebelum ini mana pernah nak belek sangat note-note yang diberi. even dapat note itu awal, tetapi disebabkan kekangan masa mana mungkin sempat nak habiskan berjela-jela printed slide itu. sangat dukacita. bila time saya baca? itu hah! time waktu-waktu genting, maksud saya disini time mid term atau test. masa itu tahu ya saya luangkan masa untuk baca note-note itu?? itu pun bukannya habis semua saya baca. masa itu juga macam-macam ura , hikayat bakal kedengaran, "eh masuk tajuk ini" , "eh masuk tajuk itu". sudahnya jadi macam lipas tak reti baca bukulah jawabnya (errr lipas pandai baca buku ke? ), belek muka surat macam belek surat khabar. laju semacam! dalam hati "scan je apa yang patut" . konon berlagak pro , star kan? ( ini memang tabiat say, kawan-kawan jangan ikut ya =D ). padahal bila tengok kertas soalan jadi blank! mulalah spend banyak masa menghadam apakah, apakah formula, definisi, "step" yang dibaca tadi. alahai kesian betul. bila keluar saja markah, tup tup tinggi untunglah. kalau tup tup rendah hampir-hampir fail?? masa itu baru nak buat azam baru kan? tiba-tiba muncul semangat inkuiri, "balik ni aku nak mandi, aku nak solat, aku nak makan, then aku nak study subject sekian.. sekian.. ". memang buat tapi tak istiqomah betul semangat itu. inilah masalah yang membelenggu, kuatnya hasutan "setan" ini ya sahabat??

" belajar itu adalah diperintahkan, menjadi orang pandai adalah dikehendaki, ilmu dalah sangat diperlukan dalam kehidupan, tetapi menjadi orang pandai itu kalau bukan atas nama ALLAH ia merosakkan "

sebenarnya saya nak cerita benda lain, tentang tajuk entry ini. study group vs study week. bila time dah nazak macam ini, saya rasa study seorang macam tak berbaloi di kala waktu genting seperti ini. ini utuk diri saya =D. study group mungkin yang terbaik, even kita habiskan berjam-jam untuk selesaikan satu soalan yang sangat high level tetapi ia cukup berbaloi jika kita dapat jawapan itu. dengan kata lain group mate mampu mengesan kesalahan then perbaiki. cuba bayangkan anda habiskan berjam-jam waktu untuk selesaikan soalan yang high level seorang diri. masa itu muncullah soalan-soalan puaka " eh eh aku belajar ke tajuk ini", " ada ke formula ni?? ", " soalan ni nak apa sebenarnya?? " , " soalan ni typing error ke?? " , ahah ada tak kalian terpikir macam ini? sudahnya mulalah pengembaraan mimpi, pengembaraan movie, pengembaraan mukabuku dan pengembaraan tawaf kawasan rumah bukan? awesome! bagus! duk hadap buku berjam-jam, at last final answer tak keluar-keluar. haha, sebenarnya bukan salah soalan, salah kita. cuba ambil jalan yang terdekat. kita buat study group, bukan ke mudah? handphone sudah canggih, siap boleh ber"tweeter", ber"facebook", ber"skype" kenapa tidak chat sahaja classmate tu? tak pun cara paling senang, buat study group dengan housemate. ehem rumah saya ini seluruh ahlinya coursemate saya. so saya buat study group dengan housemate saya saja. mudah dan senang. kalau mengantuk, lapar, dahaga terus saja boleh ambil dalam rumah.



banyak lagi kebaikan study group, bak kata kawan saya "kalau kita tak mulakan, tak ada seorang pun yang akan mulakan". jadi nilai-nilai approach kepada itu perlu ada. nilai tolong menolong harus ada. jika kita memnudahkan orang, nescaya ALLAH akan memudahkan kita. faham apa maksud saya? maksud saya, melalui study group anda dapat menolong orang lain disamping anda belajar dan baiki kembali kesalahan anda. kadang-kadang kita merasakan ilmu yang kita ada adalah betul, tetapi sayangnya kita manusia tidak lepas dari melakukan salah, cuai dan sebagainya. jadi melalui study group, kita dapat "detect" sedikit sebanyak kesalah. "misconcept", "misunderstanding" dan segala bagai "mis-mis" itu boleh dielakkan. INSYAALLAH. lagipun tak rugi jika kita menolong orang lain, sudahlah dapat pahala, dapat ilmu lagi =D

~study week versi hw~

study week saya bagi sem ini sangat seronok, segala-gala saya buat menggunakan konsep "study group". saya lebih tekankan "study group" untuk subject yang menuntut jasa bakti, jasa baik si incik "calculator". faham ke? mesti ada yang blur-blur. maksud saya subject yang memerlukan pengiraan contohnya " Mathematics 3 ". soalan simple tetapi jalan kerjanya yaALLAH, menuntut banyak kesabaran. jika tersalah kira, INSYAALLAH markah anda pun salah. hehe

bagi subject yang menghafal seperti TITAS, EE saya tak buat study group. errr bab menghafal ini memerlukan ketenangan, so kalau buat study group saya bimbang bukan saya bincang tentang subjek tu, tapi saya bincang tentang topic-topic "HOT lagi PANAS". baik tak payah kan? bazir masa saya saja. =D

tinggal beberapa hari saja lagi sebelum saya melangkahkan kaki ke dewan peperiksaan, pejam celik pejam celik " dah habis ya perjuangan aku untuk sem 1 tahun 2 ini??". macam-macam kenangan, pengalaman suka duka saya temui. pengalaman dan tarikh-tarikh yang tak mungkin saya putar kembali, indah. benar kata orang, pengalaman mematangkan seseorang. semoga saya menjadi matang harungi sem-sem yang seterusnya. amin..

okaylah sahabat sekalian, sampai sini saja entri saya pada kali ini. jaga iman dan jaga diri baik-baik. sayang ALLAH ! =D assalamualaikum

Tuesday 27 December 2011

15 tahun....

Assalamualaikum.. nothing to share just terasa happy, gembira. First sekali I just want to thanks to ALLAH,  I met my old friends after 15 years. Ya, itu suatu masa yang terlalu lama. We are in the same kindergarten. Wah! Hidayah wan jumpa kawan lama. Sebenarnya saya terjumpa beliau dalam facebook, perempuan lelaki? Tidak perlulah saya mentionkan di sini. Nanti berbangga diri pula si sahabat. Apa- apa pun ALHAMDULILLAH kini kita bertemu kembali, semoga ukhwah ini akan berkekalan sehingga ke akhirnya. MasyALLAH indah bukan? Indah bila berjumpa dengan sahabat lama, terlalu banyak kenangan yang mahu dikongsi, diimbau. Tapi bukan semua mampu diingati, iyalah masa mengubah diri dan keadaan.



Okay berbalik kepada cerita facebook, saya tak pernah sedar yang saya berkawan dengan sahabat. Iyalah facebook connects people yang tak kenal pun buat-buat kenal. Sesuka hati add, then tak keep in touch pun. Saya selalu perasan akan dirinya, dalam hati “aku kenal ke dia ni? “ , “rajinya dia on9” , “eh eh dia macam kawan aku masa affan “ , “ suka betul dia like-like status orang ?! “.. haha itu adalah antara soala-soalan pelik yang selalu terkeluar dari kepala saya yang besar ni.
Sampai satu masa, I still  remember it 21 September 2011  saya pernah inbox dia di facebook. Harapan saya, saya ingin kepastian saja. Kalau betul dia, maka saya akan berjumpa balik dengan cikgu saya yang lama. Ha ! ini satu lagi, dia adalah anak kepada cikgu saya semasa di tadika. Cikgu saya yang sangat baik, sangat meninggalkan bekas di hati saya, lemah lembut orangnya, penuh sifat keibuaan. Alangkah rindunya saya kepada sang pendidik itu. Walaupun saya tahu dimana rumah sahabat, tetapi hati saya berbolak balik. Betul ke? Eh eh nanti aku salah teka, buat malu saja. Inbox saya kepada dirinya, sangat simple. “ASSALAMUALAIKUM” .  nah ! Ambil kau dia reply inbox itu,  “WAALAIKUMUSALAM” err tapi saya tak punya ayat untuk teruskan. Maka saya biarkan sahaja mesej itu. Sepi, senyap dan berbulan-bulan saya biarkan sahaja. Sahabat pun senyap, memang sah dia lansung tak ingat tentang saya. Kalau dirinya ingat, tak mungkin dia biarkan sahaja mesej itu sunyi bukan?
Selepas berbulan-bulan, saya proceed seperti biasa. Saya buat hal saya, dan dia pun buat hal dia. Actually saya pernah stalk dia! Haha, sorry ya, saya just nak dapatkan  kepastiaan. Tetapi yang hairannya saya tak pernah tergerak hati nak selongkar profile picture dia. Pelik kan? Stalk apakah itu? Stalk-stalk ayam =D
Saya kurang pasti tarikhnya, tetapi yang saya ingat saya balik ke Kuantan untuk cuti raya korban. Tentang sahabat dah lama saya abaikan! Sejak saya tak reply mesej dia di facebook, saya lupakan terus tentang dirinya. Sebenarnya tujuan saya mencari kawan itu kawan ini di facebook ialah untuk saya get close balik dengan sahabat-sahabat lama. Sungguh saya rindu waktu kecil-kecil! Banyak betul kenangan saya masa itu! Jadi, tujuan saya inbox sahabat-sahabat lama utuk saya sambung kembali ukhuwah bersama mereka. Aik aik, saya dah lari topic ini. Okay kembali kepada waktu balik Kuantan, dipendekkan cerita pak cik saya buat makan-makan sedikit. Kebetulan rumah sahabat memang terlampau dekat dengan rumah pak cik saya. Korang tahu apa saya jumpa dekat sana? Saya jumpa cikgu saya! Umi beliau! Wah! Berkelip-kelip mata saya, saya jadi speechless. Ya! Saya mengaku saya rabun, tetapi saya ini seorang yang degil. Saya keluar bukan saya tahu nak pakai cermin mata, errr saya rimas! Sekian. Hehe, saya perasan itu cikgu saya lepas umi saya cakap “ eh Along, itu cikgu tadika awak kan? “ . saya pula masa tu terpingga-pingga, dengan tak nampaknya (masa tu terkenyit-kenyit mata saya nak focus gerangan di hadapan saya, nah! Padan muka kau! Siapa suruh tak pakai cermin mata) .ya ALLAH cikgu, gembira seronok! Itu saja saya mampu describe =D . saya salam cikgu, saya salam dua orang budak perempuan (mungkin pangkat adik kepada saya sebab saya tengok mereka muda lagi) anak cikgulah tu monolog saya dalam hati. Lepas itu saya cakap-cakap dengan cikgu, cikgu Tanya saya belajar mana, buat apa dan diperkenalkan jeng jeng jeng.. hehe itu sahabat saya.
Awak saya dah sure, itu memang awak! Saya dah agak dari mula. Tapi a bit ragu-ragu tu still bermaharajalela dalam hati. Tapi lepas umi awak bagitahu saya awak belajar dekat sana, maka betullah tekaan saya selama ini. Cool dayah, cool! Petanda dah ada, kepastiaan pun dah ada, tunggu saya bertanya tuan badan saja.



Tapi saya still buat tak tahu, saya proceed saja keadaan seperti biasa. Nantilah saya jejaki kembali sahabat-sahabat lama.  Lagipun masa itu saya dah mula sibuk dengan Mini Project. Ini satu lagi, project ini buat hidup saya jadi haru biru! Baru kena siapkan mini project tapi ketensionannya mengalahkan buat FYP! Haha kalau budak 4th year tahulah kelakuan kami, maka akan perasaan pelik mereka terhadap junior menjadi square! Hehe =D.
Hari itu saya on9 facebook, sedang saya membelek-belek news feed tiba-tiba mata saya tertangkap kepada satu status. Status itu bercakap tentang jodoh, wah ramainya like status dia! Hati saya bercakap. Saya pun tidak ketinggalan untuk like status dia, dan siap saya komen lagi (ehem ehem tiba- tiba saya komen, tak tak pernah saya komen dan like status dia). Oh!  Saya baru teringat saya dah dapat jawapan. Jadi mesej yang berbulan-bulan saya tinggal sepi tanpa balas itu saya buka kembali. Saya inbox dia “ASSALAMUALAIKUM” dan dia pun menjawab “ WAALAIKUMUSALAM”. Saya bertanya “ awak ni anak cikgu tadika saya tu ke? “ dan dia manjawab “Ya”. Hehe.. yeay! Saya dah jumpa kawan saya, maka awak lah kawan yang saya cari selama ini, hebatnya! Kami reply mesej macam biasa, tetapi sangat kesian, dia lansung tak ingat tentang saya (saya dah agak dah =..=’ ) . memanglah dia tak ingat, muka saya pun dah berubah apatah lagi dirinya. Tapi dia tetap chantek comel macam dulu. Syukur ya ALLAH kau telah pertemukan diriku dengan sahabat. Saya gembira, tak mengapalah jika dirinya tak ingat tentang saya. Bukankah kita boleh bina persahabatn itu kembali.
Untuk sahabat, syukran jazilan. Terima kasih jadi kawan baik saya, penasihat saya, oh tak lupa jokes awak yang kelakar tu. Semoga kita sama-sama berjaya, kalau dah berjaya senang kita nak jumpa nanti. Ukhuwah fillah Abadan abada.
Okaylah sampai sini saja entri saya kali ini. Jaga diri, jaga iman ya sahabat sekalian. Sayang ALLAH! Assalamualaikum (^_^)v

p/s

~ alahai panjangnya entri saya kali ini, niat nak pendek saja =D

~ sorry kalau sahabat tak suka entry saya ini, i just want to share my happiness having you friends =D

~ InsyaALLAH ada jodoh kita jumpa ya =D

Monday 26 December 2011

jodoh

assalamualaikum.. apa khabar semua? semoga sihat dan baik-baik sahaja ^_^
actually minggu ini dah start study week, maka saya pun bergiat aktif ber"facebook". SubhanALLAH, macam tak ingat duniakan? hehe, tak adalah i main-main saja.
okay dalam sibuk bermukabuku, tiap kali saya perasan ramainya saudara dan saudari yang megupdate status facebooknya tentang jodoh, perkahwinan dan macam-macam lagi. saya pun tak ketinggalan nak update tentang itu, alahai semenjak menginjak ke angka 2 ini, hormon tak menentu. eh eh apa saya cakap ini? tak adalah, baguslah perkahwinan itukan mulia jadi jika sudah berseru maka percepatkanlah ia. seronok bukan? alahai kalau umi saya baca, mau taknya dia cakap saya ni gatal nak kawen? opsss sorry umi, im not mean it! lately saya selalu perasan kawan-kawan seangkatan i, umur sama dengan saya dah jadi suami isteri. wahhh, bahagianya anda.syukur! saya sangat sokong khitbah! bagus! dari awak duk ke hulu ke hilir tanpa ikatan yang sah, menambah dosa ayah bagi perempuan. bukankah lebih elok, molek manis awak end up hubungan itu ke jalan yang diredhai olehNYA?

~jodoh~

bila bercakap tentang jodoh, mulalah anak muda sekarang tersengih-sengih bukan? bohonglah kalau sedikit pun tidak ada rasa ingin bernikah dalam diri anda. saya pun mengalaminya. anda malu? buat apa hendak malu, itu perkara mulia bukan? just matter of time.

" ALLAH has already written the names of your spouses for you, what you need to work on is your relationship with ALLAH SWT. HE will send her/him to you when you're ready. it is only a matter of time "

see. anda faham apa maksud ayat di atas? sebenarnya ALLAH itu cukup adil, DIA telah catatkan siapa jodoh kita, perlukah kita mencari? ya! pada pandangan saya pada masa kini, di era kini kita perlu mencari. disamping itu jagalah hubungan dirimu dengan ALLAH. kalau dulu mungkin orang fikir tunggu jodoh dari ibubapa, tetapi kini bukalah sedikit pemikiran diri kalian carilah jodohmu. cari jodoh yang terbaik, yang dapat membimbing dirimu. ehem, entri ini saya lebih beratkan kepada kaum hawa, maaf ya akhi.


jika anda telah mencari dan berjumpa yang berkenan maka simpanlah dia di dalam hati, simpan rahasia cintamu terhadap dirinya. jika anda luahkan dikhuatiri ALLAH akan kurangkan rasa cinta itu. jadi SABAR! sabar ya ukhti, itu semua kerja ALLAH. jika dirinya yang terbaik untuk dirimu, maka ALLAH akan satukan jua hatimu dengan hatinya. indah bukan? hanya perlu sedikit kesabaran, INSYAALLAH serumu akan sampai.


janganlah anda khuatiri tentang siapa jodoh dirimu. bukankah perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan begitulah sebaliknya. ingat ukhti, jagalah dirimu, jaga dengan sebaiknya. lelaki yang baik akan mencari jodoh yang baik untuk menjadi ibu kepada zuriatnya. bermula dari situlah akan lahir keluarga sakinah, anak-anak yang soleh dan solehah. terasa sempurna bukan hidup? hidup berlandaskan ISLAM. indahnya =')

~jodoh versi hw~

bercakap tentang jodoh, alahai seronok betul saya ingin teruskan.banyak benda yang saya mahu berkongsi dengan pembaca. tetapi maaflah semua, saya tidak mempercayai apa itu couple. saya bukanlah seorang yang suka kepada couple. pada saya..

" kalau suka jumpalah ibu bapa, sayangnya tiada yang berani tanda tak sedia. kalau tak sedia kenapa nak bercinta? bukankah itu pintu kepada berlakunya zina? NAUZUBILLAH "

Anda semua bersetuju dengan saya? ada yang setuju ada yang tidak bukan? baiklah saya tidak kisah jika saudara saudari tidak kisah, kerana itu pegangan saya. saya mengaku terkadang saya berasa mahu bernikah (alahai gatalnya? ). saya rasa biarlah saya ikat diri saya kepada seseorang, tetapi malangnya... :-

~ saya masih belajar
~ saya tiada calon yang baik
~ saya perlu cukupkan ilmu agama saya
~ saya sulung, jadi saya perlu menjadi contoh tauladan yang terbaik untuk adik-adik
~ awak suka saya? maaf saya percaya cinta selepas nikah saja =D
~ saya pandai masak, tetapi saya kena belajar lagi. nanti kesian imam saya kena makan maggi
~ banyak lagi harapan saya masih tidak tertunai
~ harapan parents saya " along sila habiskan study dulu ya, jangan mengada nak kawen?! " (alahai kalau dah sampai seru saya nikah juga )
~ saya muda lagi, saya kena matang lagi? mungkin

okay cukuplah saya berbicara tentang jodoh. jodoh itu meluas tajuknya, jika mahu bercerita tentangnya saya rasa tidak cukup satu dua entri bukan? oh ya, ini untuk bakal jodohku..


ehem lately saya selalu melayan lagu nasyid dari kumpulan InTEAM:-

 ~ cinta hakiki
 ~ bisikan nurani
 ~ damba kasih
 ~ nur kasih
 ~ siti khadijah
 ~ doa seorang kekasih
 ~ kalimah cinta

dan sebagainya, aik aik saya jadi jiwang lah? hairan pelik.. saya jatuh cintakah?? okaylah semua, assalamualaikum jaga iman jaga diri. sayang ALLAH ya =D

Thursday 22 December 2011

UniMAP

assalamualaikum. hye semua, actually tak ada apa sangat pun i nak update. i just want to share with all of you, my UniMAP (^_^)v
its awesome! its totally awesome, sangat chantek.. bila mana kaki menjejak ke Ulu Pauh, perasan bangga terserlah dalam diri. eh1 ini UniMaP? "awat chantek lagu ni?? " you alls tak percaya? okay nanti i tunjukkan okay? dan sila tengok picture-picture di bwah, dalam hati i cakap tak sangka bangunan dia mengagumkan!

okaylah semua, mari usha UniMAP? kenal ke UniMAP? isangat sedih bila orang tanya, you study mana? bila i cakap UniMaP, mereka tercenggang. tu dia, belum i cakap i study dekat UNSW? wahaha, maybe itu lagi mereka tak kenal. so kalian, mari i nak kenalkan UniMAP or stands for Universiti Malaysia Perlis






and the last thing i nak tunjuk is picture of my classmate?? erk ayat tunggang terbalik..






okaylah, cukup merapu hw. cukuplah gambar-gambar itu? nak tengok banyak lagi tengok dekat facebook i okay??thanks for reading. assalamualaikum bye~ ^^,







makarimal akhlak



assalamualaikum semua. apa khabar?hari ini saya nak bercakap tentang akhlak. bercakap tentang akhlak, terpanggil saya untuk menceritakan tentang kisah " Usamah Bin Zaid ". sahabat kenal? INSYAALLAH, semoga sahabat kenal gerangan beliau ini. baiklah, mari saya ceritakan tentang beliau.

" Usamah Bin Zaid , hitam kulitnya putih hatinya di sisi Rasulullah " - Pada hari peperangan Uhud, beberapa sahabat yang masih kecil datang meminta izin untuk berjihad di jalan ALLAH s.w.t. sebahagian mereka diterima dan yang lain ditolak oleh Rasulullah s.a.w kerana usia mereka yang sangat kecil. antara yang tidak diterima oleh Rasulullah s.a.w adalah Usamah Bin Zaid. beliau beredar dengan linangan linangan air mata keran sedih tidak dapat berjihad di bawah panji Rasulullah s.a.w.
dalam peperangan Khandaq pula, sekali lagi Usamah bin Zaid yang ketika itu telah meningkat remaja datang bersama-sama sahabat sebayanya meminta izin untuk berperang. beliau berdiri sambil kakinya berinjit-injit agar nampak lebih tinggi dan nanti supaya diberi keizinan oleh Rasulullah. Akhirnya Nabi s.a.w bersimpati kepadanya dan memberi keizinan kepada beliau. dengan itu Usamah bin Zaid telah membawa pedang berjihad di jalan ALLAH ketika berusia 15 tahun. 
siapakah Usamah Bin Zaid sebenarnya? pasti sahabat mahu mengetahui siapakah beliau bukan? baiklah, beliau adalah anak kepada Zaid bin Harithah dan ibunya bernama Barakah al-Habasyiyah yang juga dipanggil sebagai Ummu Aiman. dahulunya Ummu Aiman adalah hamba perempuan yang dimiliki oleh bonda Rasulullah s.a.w dan beliaulah yang menguruskan Rasulullah s.a.w sewaktu ibunya masih hidup dan mejaga Rasulullah s.a.w selepas ibunya meninggal dunia. Rasulullah sangat mengasihi Ummu Aiman dengan sedalam-dalamnya. baginda juga selalu menyebut "dialah ibuku selepas ibuku, dan ahli keluargaku yang lain" . Beliau itulah ibu Usamah bin Zaid.
manakala ayah Usamah iaitu zaid bin Harithah adalah "hibb" (orang yang dikasihi0 Rasulullah s.a.w. beliau merupakan anak angkat Rasulullah s.a.w sebelum Islam, yang menjadi teman dan penyimpan rahsia Baginda sehingga beliau dianggap sebagai salah seorang ahli keluarga Baginda dan orang yang paling dikasihi oleh Baginda selepas Islam. sememangnya Rasulullah s.a.w sangat mengasihi beliau.
usia Usamah adalah lebih kurang usia cucu Rasulullah s.a.w, al-Hasan- anak lelaki Fatimah al-Zahra; Al-Hasan berkulit cerah, cantik dam]n menyerupai datuknya, Rasulullah s.a.w. Manakala Usamah berkulit gelap, kemek hidungnya dan menyerupai ibunya yang berasal dari Habsyah.
namun begitu, Rasulullah s.a.w tidak sesekali membezakan antara mereka berdua dalam memberikan kasih sayang. Baginda akan mengambil Usamah dan meletakkan pada salah satu pahanya, kemudia mengambil al-Hasan dan meletakkan pada paha satu lagi. Rasulullah s.a.w akan memeluk mereka berdua ke dadanya sambil berkata, "YA ALLAH, sesungguhnya aku mangasihi mereka berdua, maka kasihanilah mereka".
apabila Usamah bin Zaid memasuki usia dewasa, sifat yang mulia dan akhlak yang terpuji terserlah pada peribadi beliau. semua itu sememangnya melayakkan beliau endapat kasih Rasulullah s.a.w. ternyata beliau seorang yang sangat cerdik, berani, bijaksana meletakkan urusan di tempat sepatutnya, menjaga maruah, bencikan perkara keji, mesra dan disukai ramai serta bertakwa lagi warak.
dalam peperangan Mu'tah pula, Usamah berjihad di bawah panji ayahnya, Zaid bin Harithah. usianya ketika itu belum mencecah 18 tahun. dalam peperangan itu tentera Islam berhadapan dengan tentera Rom yang seramai 200 ribu orang dengan kelengkapan ketenteraan yang cukup. sedangkan tentera Islam hanya 3000 orang.
ketika berperang, Usamah menyaksikan melalui kedua matanya sendiri melihat kematian ayahnya. namun beliau sedikit pun tidak merasa lemah dan hilang semangat.
sebaliknya beliau terus berperang di bawah panji Ja'far bin Abi Talib sehingga Ja'far juga turut terbunuh di depan matanya sendiri. kemudian beliau terus berjuang di bawah panji Abdullah bin Rawahah sehingga Abdullah juga terbunuh.
akhirnya Khalid bin Al-Walid memegang panji sehinggalah tentera kecil ini dapat diselamatkan daripada cengkaman tentera Rom dan Usamah bin Zaid dapat menyaksikan dan merasai kejayaan tentera Islam.
Ya ALLAH, terharu dan bangga saya rasakan. sebenarnya Islam mempunyai banyak tokoh-tokoh yang disegani, jadi mari kita jadika sebagai contoh, semangat bagi menapakkan lagi kekukuhan  empayar Islam sehingga hari pembalasan! sungguh kalian, dewasa kini banyak kezaliman tehhadap diri sendiri telah dilakukan, manusia seakan alpa denga nikmat yang diberikan. jika perempuan ibarat berpakaian tetapi hakikatnya bertelanjang, manakala lelaki gagal menjadi imam! sungguh, sangat menyedihkan. marilah sahabat, marilah kita sama-sama berubah kearah yang lebih baik. berubah kearah jalan yang diredhainya, ke arah kehidupan yang lebih sempurna sebagai khalifah di dunia ini. jadi dengan perkongsian saya pada entri kali ini diharaps edikit sebanyak dapat membuka mata sahabat sekalian. sesungguhnya yang baik itu datang daripada ALLAH s.w.t dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri. semoga kita sentiasa diampunkan segala dosa-dosa yang dilakukan sama ada sengaja atau tidak sengaja. sedar atau tidak sedar, InsyaALLAH. husnuzon, inallaha ma'ana. =D assalamualaikum semua

Sunday 18 December 2011

aku mahu berniqab


assalamualaikum semua.apa khabar akhwat, ukhti? semoga kalian sihat dan sentiasa dalam rahmat ALLAH. ALHAMDULILLAH, sampai kehari ini kita masih bernafas bukan?
berniqab, kalian tahu apa itu berniqab? SUBHANALLAH, itu sudah lama saya cita-citakan. untuk pengetahuan sahabat, sudah lama hasrat saya mahu berniqab, tapi sehingga kini saya masih tidak melaksanakan ia.sebenarnya berniqab bukanlah perkara yang susah, ia sangat senang dan mudah. apa yang bermain difikiran saya sebenarnya? dikala ini, hati saya mebuak-buak mahu berniqab. kenapa? kerana saya malu dengan diri saya, saya tidak mahu lagi menjadi fitnah kaum ADAM. saya pernah menagis seorang diri, waktu itu ketika saya selesai mengerjakan solat Asar. seusainya saya berdoa, tiba-tiba hati saya menjadi pilu. saya berfikir sejenak, mungkin ALLAH sudah bukakan hati saya untuk berniqab. tetapi hati saya masih berbolak balik, mengapakah? saya sangat hairan, saya takut untuk memberitahu yang lain saya mahu berniqab. jadi saya hanya pendamkan hasrat itu.    kalian, tujuan saya menulis entry ini adalah untuk saya berkongsi rasa,. ya! hati saya pada ketika ini sangat melonjak-lonjak mahu berniqab! saya rasa sudah tiba masa, hati saya sering berbisik kepada diri "hidayah berniqab itu indah, ALLAH dah bukakan hati awak untuk berniqab, kenapa awak masih ragu-ragu?"
ya, saya masih ragu-ragu. saya tidak tahu kenapa, jadi saya harap kalian doakan saya. doakan saya berniqab. saya berasa malu dengan diri saya sekarang, saya rasa saya tidak mahu keluar, saya tidak mahu berjumpa sesiapa. baiklah kalian semua, satu pesanan saya. saya harap jika kalian membaca entri ini, doakan saya. doakan saya berniqab.kerana, bukankah itu perkara mulia?
assalamualaikum


Friday 16 December 2011

empty fruit bunches

assalamualaikum..
first-first sekali i nak cakap syukur ALHAMDULILAH. thanks ALLAH, terima kasih ya ALLAH. hasil penat pulun i and groupmate selama ini, akhirnya siap jugak report mini project kami. syukur, tersangat bahagia, tersangat happy. kalau boleh nak meloncat-loncat.. opps-opps melampaui batas sudah. hehe by the way girls, thanks alot banyak menolong, marah, gelak ketawa i'll keep it as my sweetest memories! (^_^)v
actually, tak boleh nak happy sangat. sebab our viva still not proceed yet! jeng jeng jeng, cuak sejuk takut gentar semua bercampur menjadi satu. (=_=)' next week adalah minggu yang haru biru, dengan lab test, mid term, viva, submit segala bagai assignment. oh man! eh-eh next week jugak ialah minggu last untuk sem ini. next another weeks are our study week, and then FINAL?? +_+
terasa sangat sekejap sem ini, dan terasa bagaikan baru saja start sem 3. sekejap je ya, tup tup dah sampai ke penghujung sem. tak sedar pun, and i realize alot of things happen during this sem. sungguh terima kasih ya ALLAH, terima kasih umi, terima kasih abah, terima kasih adik-adik, terima kasih sahabat, terima kasih kawan. kalian semua pemberi semangat pada i. (^_^)
hehe, actually tajuk entry tak ada kaitan dengan apa yang i merapu kat atas kan? tak relate lansung, hehe.. maaflah, i memang suka merapu, my friend said.. "you should be matured" oh really? insyaALLAH, MATTER OF TIME.. satu hari nanti i akan jadi matured. sahabat i cakap lagi ciri-ciri matured, i not really remember but the most things i sure is dia cakap " bila kita hadapi banyak ujian, ia akan bantu kita untuk jadi matured" ..baiklah, stop mengarut or what ever hw!
okay, i nak cerita tentang Empty Fruit Bunches (EFB) . This is my title for mini project, sebenarnya tajuknya panjang. kalau you baca entry before this you tahulah apa tu. i bukan nak fokus tentang EFB, tapi i nak cerita tentang P&ID.. supposely tajuk entry ini P&ID kan?? tapi i mengarut pergi letak EFB, hehe..
i nak cakap i dah siap buat P&ID aje sebenarnya! haha tapi seriously semalam i memang stress! sangat stress, macam-macam update i merapu dalam skype!
disaat akhir, banyak lagi flow kena tukar and it make me feel "ok i nak terjun bangunan!". seharian i mengadap lappy, sesekali i stop nak solat then makan, almost 12 hours i spend semata-mata nak siapkan P&ID itu saja.
and semalam i buat julung kalinya, ceh menipu! i tido pukul 4.30pagi semata-mata nak siapkan P&ID. macam-macam jadi semalam, lappy "hang" la, tak boleh nak paste lah, itu lah, ini lah.. i jadi fed up, tapi sabar lagi sabar. kalau i tak buat, siapa lagi yang nak buat?? itu my responsiblity, so i should finish it!
yang peliknya semalam, i tak mengantuk! wuhuuuu.. padahal i tak minum nescafe pun? sangat heran, mungkin ALLAH tolong i celik. mengantuk itu ada, tapi i cakap dalam hati "siapakan dayah,siapkan. pukul 5 pagi nanti fas nak ambik dah drawing ni. dia nak print"
macam-macam kata semangat i bagi pada diri ini. and then, i siap!
wahhhhhhh, syukur ALHAMDULILLAH! bangga i tengok drawing tu, and bangga i tak kecewakan my groupmate. (^_^)v
penat, ofcourse i penat. spend alot of time infront the lappy will make you "lembik" ! oh no, i tak nak buat lagi P&ID (berangan). tak nak buat padahal, next lab PI turn i kena buat P&ID. hurm sekian =_='
okaylah, i got to go. and kat bawah ini my works, sahabat ini i nak kenalkan you kepada P&ID. so sila lihat ya?


oh ini i print screen je, malas nak snap.  =D



picture of P&ID. you nampak ke? banyak lagi, tapi tak boleh nak insert. i dont know why, later i will update back. kami dah submit report mini project tu, wooowww. harap-harap skor! okaylah readers, assalamualaikum. kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ! peace =D


Monday 12 December 2011

minggu ke 14

assalamualaikum..
macam mana nak mula ya?? erm, i direct to the point saja lah. PFD i, i ingat dah siap! yeah, done sekali dengan P & ID.. sekali tadi i pergi jumpa incik Zulkarnain, hambek kau kena ubah lagi???? seriously i dah siapkan PFD & P& ID okay?? sekarang i kena buat lagi.. i kena alter balik.. apa yang bestnya hari ini, masa jumpa incik Zulkarnain tadi Puan Jamilah tiba-tiba menjenguk ke bilik incik Zulkarnain. haa, madam ini pun adalah calon-calon @ barisan-barisan mantap yang akan tembak kitaorang dalam viva minggu depan. minggu ke 15, anda tahu ini minggu ke 14 dah okay! supposely we submit our mini projevt report.
okay-okay cukup merapu, i nak cerita tentang apa yang berlaku dalam bilik incik Zulkarnain tadi. kami berhadapan dengan ala-ala boleh di kira sebagai pre-viva. madam tu tanya bagai peluru berpandu, sampai i jadi speechless! tak tahu nak jawab apa, padahal kami yang reka process tu kan?? 
draf before transfer dalam visio, tapi dah diconteng-conteng.. so sila tuka to new PFD & P&ID yea girlsss.. ='(
incik Zulkarnain tak habis-habis geleng kepala plus gelak kat kitaorang yang dah terkebil-kebil tak tahu nak jawab apa. huahuahuahua.. padan muka uollsss, eh yang paling tak boleh diterima dek kepala otak i when madam ask us.. ini berkenaan equipment yang kami guna, nama makhluk ini drier. makhluk ini tempatnya dekat last-last process extraction of citric acid dah. soalannya berbunyi.. " awak guna drier apa ini?? " and and dengan tak ngeknya Moga jawab "hair dryer!" hakhak.. masa tu i gelak macam nak biru muka! seriously, jawapan tak masuk akal! si fas pulak tak ada perasan, dia fokus kat kertas depan kitaorang ini je. senget punya MOga!hahaha, thanks lah Moga tolong jawab, i pun tak ada jawapan sebenarnya.. (^_^)v

maka dengan itu, i isyhtiharkan yang i akan berperang balik dengan PFD and P&ID..
draw balik ye hw draw balik =_='

herm, sangat menyampah! oh lupa, supposely kami ada 4 orang group members, tapi Jie Qi masuk ward. dia terkena infections, sekarang tunggu result scan penyakit dia.. huuuu, get well sooner ya Jie Qi. this week is "minggu ke 14" and next week "minggu ke 15 ". itu maksudnya minggu ke 15 presentation or viva akan start. tapi report pun tak hantar lagi. ya ALLAH, 2 minggu yang hectic. btw, thanks sahabat jauh, u bagi support pulak ya? thanks for cheer me up.. ukhuwah fillah (^_^)v

so sampai sini bebelan hari ini, assalamualaikum semua! kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang =D peace

Friday 9 December 2011

process flow diagram

nampak aje mudah, line keluar masuk, tapi nak siapkan susah yang amat. lainlah kalau korang pro!

assalamualaikum semua. apa khabar?terasa lama tak update blog, lagipun tak tahu nak update apa lagi. tapi hari ini ada satu topic, PFD. tahukah anda apa itu PFD? PFD is stands for Process Flow Diagram. topic ini dalam subject Process Instrumentation. okay, bercakap tentang PFD teringat pasal tugas aku draw PFD untuk mini project. actually, PFD untuk group kami banyak kali di reject. ahah, kenapa? sebab bila jumpa encik Zulkarnain, he said "ya ya dah okay dah, just tambah valve, pump dan apa-apa instrument yang diperlukan je lagi"
okay lah kalau macam tu, aku pun dengan semangat inkuiri nak draw PFD. tetiba beberapa hari kemudian, aku dengan group pika (classmate) pergi jumpa incik Mahfuz ( this is our PLV). dia cakap PFD ini terlalu complicated, boleh saja nak guna. tapi mungkin akan menyusahkan awak kalau nak present nanti. PFD group kitaorang dengan group pika nak sama je. sebab kami buat tajuk sama. " Production of Citric Acid from Empty Fruit Bunches by Aspergillus Niger " tapi group pika guna starch, then kami guna EFB ( Empty Fruit Bunches). topic ni agak menarik, tapi nak hasilkan processnya sangat susah. lain kalau ada pengalaman kan? okay berbalik kepada cerita incik Mahfyz tadi, kami realize yang PFD kami tak boleh pakai. so kami ambil PFD lain, aku & fas pergi jumpa incik Mahfuz. sekali lagi hahaha, aku dah tak larat nak sebut "direject". katanya dan incik Nabil, PFD awak terlampau simple. pulak dah?? aku jadi tak tentu hala, group member aku yang lain (Jie Qi, Fasihah, Moganeswari) semua dah mula buat part diaorang, aku je tak start-start lagi. risau sudah lagakku! =_='
then Jie Qi menggunakan usaha kerasnya, draw PFD. Alhamdulillah, esok harinya pergi jumpa incik Mahfuz & incik Zul PFD kitaorang diterima. Terima Kasih ya ALLAH. maka bermula sudah perjalanan aku memulakan tugas draw PFD dalam visio. korang tahu apa itu visio? visio adalah sebuah software, nama panjangnya microsoft visio, visio ni anak beranak microsoft power point, words & segala bagai yang korang tahu. kami dapat software ni pun incik Mahfuz yang bagi, seronok! itu yang aku mampu cakap! haha, ye sangat seronok draw PFD dalam visio, terasa macam seorang Engineer =D
hehe. then sekarang masalah aku PFD dah lukis, tapi tak includekan dengan valve, pump, control valve je lagi. 
so, sekarang dah settle pasal PFD termasuk valve dan anak beranaknya. sekarang tinggal P & ID je. eh ape tu? P& ID tu ialah Piping Instrumentation Diagram. yang ni guna Pfd yang sama just includekan loop pulak, dalam kata lain macam mana korang control process tu untuk dapatkan desired product.
nampak gayanya, insyaALLAH mini project aku hampir siap. kepada group member aku (Fasihah, Jie Qi, dan Moga) aku nak cakap thank you so much! bekerja dengan you alls sangat seronok, semoga berjaya viva nanti ye! harap kita cool je masa viva esok lusa.

PFD

ini pun PFD, P&ID tak siap lagi..hehe

okaylah semua, setakat ini saja kisah PFD yang mampu aku cerita. mungkin tak menarik, sebab korang proceed pun mini project ni. tapi if korang terlibat sama, bolehlah korang rasa saat-saat genting menyiapkan project ini. doakan kami berjaya time present nanti ye! assalamualaikum semua, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang =D <3
hw


Wednesday 7 December 2011

belajar merendamkan rasa tersinggung


assalamualaikum sahabat. faham apa maksud entri di atas?? ahaaa.. iyelah tu, betul lah.. tentang hakikat hidup bersahabat.Salah satu perkara yang selalu membuatkan kita lemah adalah timbulnya rasa tersinggung dihati kita. Munculnya perasaan ini sering disebabkan oleh ketidaktahanan kita terhadap sikap orang lain.
Ketika tersinggung, paling kurang kita akan sibuk membela diri sendiri, dan  akan memikirkan kejelekan orang yang membuat kita tersinggung itu. Perkara yang paling membahayakan dari rasa tersinggung adalah timbulnya penyakit hati seperti rasa merendahkan orang lain dan mengumpat. Malah mungkin menfitnahnya kembali.
Kesan yang biasa ditimbulkan oleh rasa tersinggung adalah kemarahan.Bila kita marah, kata-kata jadi tidak terkawal. Stress meningkat. Kerana itu, ketabahan kita untuk “tidak tersinggung” menjadi satu keharusan.
Apa yang menyebabkan seseorang itu tersinggung?
Tersinggung seseorang itu timbul kerana menilai dirinya lebih dari kenyataan, merasa pintar, berjasa, baik, tampan, dan merasa berjaya.
 Setiap kali kita menilai diri lebih dari kenyataan yang sebenarnya, apabila ada yang menilai kita kurang sedikit sahaja dari expectation kita, maka kita akan merasa tersinggung. Peluang untuk rasa tersinggung akan terbuka luas jika kita salah dalam menilai diri sendiri. Kerana itu, ada sesuatu yang harus kita perbaiki, iaitu cara menilai diri.
Teknik pertama agar kita tidak mudah tersinggung adalah tidak menilai secara berlebihan terhadap diri kita sendiri. Misalnya, jangan banyak mengingati bahawa kita telah berjasa. Saya seorang guru, saya seorang pemimpin, saya ini saya itu. Saya seorang pemurah. Saya banyak menolong rakan-rakan. Semakin banyak kita mengaku tentang diri kita, akan makin mudah untuk  membuat kita tersinggung.
Ada beberapa cara yang cukup efektif untuk merendam rasa tersinggung :
Pertama, belajar melupakan.
Jika kita seorang berijazah maka lupakanlah ijazah kita. Jika kita seorang pengarah lupakanlah jawatan itu. Jika kita seorang pimpinan lupakanlah hal itu, dan seterusnya. Anggap semuanya ini berkat dari Allah agar kita tidak tamak terhadap penghargaan.
Kita harus melatih diri untuk merasa sekadar hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa kecuali berkat ilmu yang dipercikkan oleh Allah sedikit. Kita lebih banyak tidak tahu. Kita tidak mempunyai harta sedikit pun kecuali sepercik berkat dari Allah. Kita tidak mempunyai jawatan ataupun kedudukan sedikit pun kecuali sepercik yang Allah telah berikan dan dipertanggungjawabkan. Dengan sikap seperti ini hidup kita akan lebih ringan. Semakin kita ingin dihargai, dipuji, dan dihormati, akan kian sering kita sakit hati.
Kedua, kita harus melihat bahawa apa-apa pun yang dilakukan orang kepada kita akan bermanfaat  
Kita tidak akan pernah rugi dengan perilaku orang kepada kita. Sebenarnya kita tidak boleh memaksa orang lain membuat sesuatu sama dengan keinginan kita. Apa yang boleh kita lakukan adalah memaksa diri sendiri memahami orang lain dengan sikap terbaik kita. Apa pun perkataan orang lain kepada kita, walaupun sangat mengguris hati, tentu itu terjadi dengan izin Allah. Anggap sahaja ini episod atau ujian yang harus kita lalui untuk menguji keimanan kita.
Ketiga, kita harus bersimpati.
 Melihat sesuatu tidak dari sudut pandang kita. Renungkan kisah seseorang yang sedang membawa gajah berjalan-jalan, dari depan dan seorang lagi mengikutinya di belakang gajah tersebut.
Yang berada di depan berkata, “Oh indah sungguh pemandangan sepanjang hari”. Pasti dia dilempar dari belakang kerana dianggap menyindir. Sebab, sepanjang perjalanan, orang yang dibelakang hanya melihat punggung gajah.
Oleh itu, kita harus belajar bersimpati. Jika tidak ingin mudah tersinggung, maka cari seribu satu alasan untuk boleh menyenangkan hati orang lain. Namun yang harus diingat, berbagai alasan yang kita buat semata-mata untuk menyenangkan, bukan untuk membenarkan kesalahan. Ingat!
Keempat, jadikan penghinaan orang lain kepada kita sebagai ladang peningkatan kualiti diri
Jadikan penghinaan orang lain kepada kita sebagai kesempatan untuk menyucikan jiwa, dengan memaafkan orang yang menyakiti dan membalasnya dengan kebaikan.
Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersama sahabat-sahabatnya sedang duduk bersama. Tiba-tiba baginda bersabda: “Akan datang selepas ini seorang ahli syurga.”
Maka muncul lah fulan bin fulan. Keesokannya juga sama, Rasulullah bersabda perkara yang sama, dan muncul fulan bin fulan yang sama. Keesokannya lagi juga sama. Rasulullah SAW bersabda perkara yang sama, dan muncul fulan bin fulan yang sama.
Akhirnya seorang sahabat Rasulullah pergi berziarah ke rumah lelaki itu, dan tidur di rumahnya untuk menyiasat apakah amalannya.
Selama tiga hari, sahabat Rasulullah itu tidak menjumpai apa-apa ibadah yang hebat, yang besar,yang menarik. Akhirnya dia menyatakan hajat sebenarnya tidur di rumah lelaki itu.
Lelaki itu menjawab: “Ibadahku adalah sebagaimana yang kau lihat. Tiada yang menakjubkan. Biasa-biasa sahaja.”
Sambung lelaki itu: “Tetapi di dalam hatiku tidak ada sangka buruk, rasa benci, kepada saudara-saudara mukminku.”
InsyaAllah yang lain akan datang kemudian. Kelapangan hati, ketenangan jiwa, kesegaran roh, akan hadir kepada kita insyaAllah. Pasti.
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka…” Surah Ali-Imran ayat 159


okay, assalamualaikum semua. kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang <3