Monday 28 November 2011

subhanALLAH..

haha, tak ada kaitan pun gambar dengan entry ni =D




assalamualaikum w.b.t.. hye readers! apa khabar hari ini?apa khabar iman kalian?? semoga bertambah cinta terhadap yang Maha Esa ok >_< .
tajuk entri hari ini ada sangku paut dengan kisah yang terjadi malam semalam.. masih diconsider malam ke hw?? oh tidak! pagi buta kot, menghampiri subuh.. 
ceritanya bermula sebegini,(ini mungkin cerita yang akan menaikkan bulu roma untuk orang-orang yang penakut seperti aku) hehehe... alkisahnya, semalam aku tido lambat. sibuk duk alter balik project EE aku dan sibuk bermukabuku! cis! dalam sibuk-sibuk tu mahu lagi bermukabuku.. hey-hey untuk release tension aku membaiki proposal EE ni kot balik?? hermmmm okay-okay tukar cerita, jam dah pukul 4 suku pagi! hebat! dahsyat! ganas! kau hw, a big clap.. kalaulah umi tau mahu berlubang telinga aku ni, (kenapa awak tido lambat?kenapa awak tu?kenapa awak ini?) -- ada orang serabot kan? tapi aku suka bila umi bebel, rindu nak dengar umi bebel.. sekian cukup merapu!
dalam aku duk mamai semalam, aku terfikir macam manalah aku nak baiki lagi project tu, melihatkan aku terpaksa membuat pembohongan besau punya tentang harga produk-produk itu. maka otakku ligat berfikir secara aktif dikala pagi buta (even duk atas katil, masih bergiat aktif mahu buat EE) alahai cukup, aku penat dah.. esok pula kita sambung ye kekasih "hati"?? herrrrr, sweaaattt...
masa untuk bergelimpangan! haha, seperti kebiasaan segala jenis makhluk-makhluk atas katil (bantal ikan, bantal bujur,bantal petak) aku campak ke kaki yang ada bantal alas kepala dan peluk ja.. aduhaiiii, banyaknya bantal aku kan?? tak payah selimut! aku panas!
dalam keadaan sedar tak sedar, masa tu tak silap aku baru nak mulakan pengembaraan mimpi? dan tiba-tiba aku terasa katil digoncang dengan kuatnya! arghhh itu mungkin perasaan aku yang separuh sedar ni, lupakan!masa tu aku tido dalam posisi terlentang sambil peluk bantal.
tiba-tiba aku terasa bahagian kaki kebas, terasa macam ada sesuatu merayap. masa tu aku still dalam keadaan pejam mata dan sedar tak sedar je.. ok fine! aku kena tindih! subhanALLAH, ya ALLAH apakah ini ya ALLAH. aku cuba untuk bangun, tapi tak boleh! bila kau dah kena tindih dengan makhluk itu, mungkin susah untuk kau bangun! berat nak mati, siyesly aku cakap aku tak pernah kena. selama 20 tahun aku hidup atas muka bumi ini, ini adalah kali pertama aku kena tindih! selama ni aku just dengar cerita kawan-kawan aku kena tindih je =D
sekarang aku merasa. dah dayah dah merapu, sambung cerita balik.. 
bila semangat juang untuk bangun tak mampu! aku reliaze dah masa tu aku kena tindih! ya ALLAH, aku bagaikan nak nangis, apa aku fikir masa tu ialah baca ayat Kursi, segala ayat yang aku tahu, dan kerap kali aku laungkan ALLAHUAKBAR!
degil nak matikan menatang tuh! perghhh, kau memang menguji aku. dalam aku duk berusaha bangunkan diri aku, aku nampak warna hitam merah depan mata dan badan aku sangat kebas (especially sebelah kiri, sebab dia naik ikut bahagian kiri dulu)..
dan beberapa saat kemudian, makhluk itu pun hilang! siyesly aku dengar macam dia buka pintu bilik tu keluar! argghh macam menipu ayat aku ni kan? aku tak pandai nak explain hiperbola, simile segala yang aku tau makhluk itu dah hilang!
dengan pantas kilat aku cari phone, aku pasang al-Mulk! aku pasang kuat-kuat! oh ye, lupa nak bagi tahu roomate aku tak ada! balik rumah, so aku tidolah sorang-sorang.. mungkin sebab sorang-sorang makhluk itu pun datang "menjenguk" aku.. heeeee =D
so readers bila dah kena macam tu, maka mata aku ni berkelip-kelip tak mahu tido. otak aku sibuk menghadam apa ke betul perasaan ditindih tadi?? ye lah, baru hari isnin lepas ereka (ini roomate aku) cerita dia kena tindih, siap ditunjuk kesan luvbite (kesan lebam) sebab kena  tindih tu.. aku sekadar tersengih dan tak mampu mendebatkan apa-apa.. iyelah aku tak pernah kena kan?? sekarang aku dah kena dan aku tahu perasaan pabila ditindih!! subhanALLAH aku ditindih umi abah!


p/s:

  • malam tadi aku buka tingkap masa study? orang cakap tak elok buka tingkap malam-malam, terpaksa panas lah.
  • before nak tido selalunya aku baca 3 Qul, doa tido, ayat Kursi tapi malam tadi aku kepenatan aku terlupa rutin harian! padanlah (-__-)'
  • aku tido terlentang, so please readers tido cara hikmah Rasulullah kita tido menindan atas rusuk kanan.. (ayat keling apa ni?, senang cerita tido mengiring ke kanan. thats the best way!)
  • aku ni memang penakut! untuk pengetahuan korang aku paling tak suka menonton cerita hantu! if aku tengok pun semangat inkuiri aku untuk mutekan sounds lappy! dan skrin tu kalau boleh sekecik-keciknya aku aku buat!haha -- so apa kes kau tengok cerita hantu cik hw?? hakhak..
  • jangan tido lambat lagi! bila badan kita penat, secara otomatiknya makhluk itu senang je datang "jenguk" kita!
  • pagi tadi, semangat aku call umi di pagi buta semata-mata nak cerita hal ini. & umi cakap takpe along dia lalu je tu, tak payah takut ok.. baca ayat yang along tahu, insyaALLAH dia lari =D baik umi! thanks ya, muah-muah umi abah

okay itu saja aku nak kongsi hari ini, jangan jadi macam aku ye?? sangat clumsy semalam!dah lah aku nak siap-siap, sat gi ceq mau p kangaq.. assalamualaikum semua, tak jawab dosa, kalau jawab sayang! =D

keistimewaan puasa sunat part 2



assalamualalaikum w.b.t
sihat? Alhamdulillah, still ingat entry ni lagi?? i ada post before this, tapi tak full lagi post tu.. tangguh nampak sangat i malas nak menaip kan? sebenarnya bukan malas menaip, cuma kadang- kadang semangat inkuiri untuk menulis itu kurang =D
enough enough merapu, okay i nak sambung keistimewaan puasa sunat part 2. that day i share 3 jenis kan? readers ada buat? kalau ada buat Alhamdulillah, kalau tak buat pun tak mengapa.. nanti readers buat ok? tak rugi apa-apa pun kan? baik ada 3 lagi jenis puasa yang i tak share lagi.. mari terjah! (ingat melodi je tau terjah- terjah ni?? )

* puasa bulan Muharram
 Rasulullah bersabda " sebaik - baik setelah Ramadan ialah puasa di bulan Muharram dan sebaik- baik solat selepas solat fardu ialah solat malam"
di dalam bulan Muharram itu sendiri terunggul untuk berpuasa ialah pada hari kesembilan dan kesepuluh. ia disebut sebagai hari Asyura. Rasulullah pernah ditanya tentang Puasa Hari Asyura, lalu baginda menjawab " Ia akan menghapus dosa-dosa sepanjang tahun yang telah berlalu".

* puasa Hari Arafah
bagi mereka yang tidak menunaikan haji, maka ada peluang untuk berpuasa pada tarikh sembilan Zulhijah yang bersamaan dengan Hari Arafah. Rasululllah pernah ditanya tentang Puasa Hari Arafah, lalu baginda menjawab " puasa itu akan menghapus dosa-dosa satu tahun yang lalu dan akan datang"
dosa yang dimaksudkan dalam kedua-dua puasa sunat di atas ialah dosa-dosa kecil. adapun dosa-dosa besar, ia memerlukan taubat kepada ALLAH.

* puasa enam hari bulan Syawal
Rasulullah bersabda " siapa yang berpuasa Ramadan kemudian diiringi dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa"




jadi readers dah tahu kan kesemua jenis puasa-puasa sunat? Islam itu Indah kan sahabat?? ALLAH itu maha pemurah, setiap amalan ada saja ganjaran pahala, tapi mengapa kita masih sombong?? tak nak kejar nikmat pahala yang ALLAH tawarkan?? sempena MAAL HIJRAH ini, mari kita berpuasa sunat seterusnya kita berubah ke arah yang lebih baik.. bak kata orang kita minum dulu!! heeee,, tak adalah, kita tutup buku lama kita buka buku baru.. bukan memanjang buka mukabuku?? alahai memerli diri sendiri i ni sebenarnya =D. maka demikianlah beberapa puasa sunat yang disyariatkan oleh islam. renung-renungkan, dan selamat beramal!

assalamualaikum kembali, tak jawab dosa kalau jawab sayang! (^_^)

Sunday 27 November 2011

senarai 65 Universiti Terbaik di Malaysia





assalamualaikum.. apa khabar semua?
dah baca tajuk entry kat atas?? mesti kalian excited nak tahu Universiti apa kan??
sebelum tu i nak tanya, readers tau ke apa maksud Universiti??
Universiti bermaksud sejenis institusi pendidikan tinggi dan pengkajian yang menawarkan ijazah akademik di pelbagai peringkat. perkataan universiti dipinjam daripada perkataan bahasa inggeris (University) dan dipetik dari bahasa Latin iaitu universitas magistrorum et scholarium yang bermaksud "masyarakat pakar dan pengkaji". di Malaysia terdapat banyak Universiti yang hebat.
okay, mari i bawak jenguk senarai Universiti hebat-hebat kat Malaysia ni:



  1. 1. Universiti Sains Malaysia (Rank dunia: 629)
  2. 2. Universiti Teknologi Malaysia (Rank dunia: 694)
  3. 3. Universiti Kebangsaan Malaysia (Rank dunia: 731)
  4. 4. Universiti Putra Malaysia (Rank dunia: 771)
  5. 5. University of Malaya (Rank dunia: 788)
  6. 6. Universiti Malaysia Perlis
  7. 7. Multimedia University
  8. 8. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  9. 9. Universiti Malaysia Pahang
  10. 10. International Islamic University of Malaysia
  11. 11. Universiti Utara Malaysia
  12. 12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  13. 13. Universiti Tenaga Nasional
  14. 14. Universiti Malaysia Sabah
  15. 15. Open University Malaysia
  16. 16. University of Nottingham Malaysia
  17. 17. Universiti Teknologi Petronas
  18. 18. Universiti Sains Islam Malaysia
  19. 19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  20. 20. Taylor’s University College
  21. 21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  22. 22. Universiti Tunku Abdul Rahman
  23. 23. Universiti Malaysia Terengganu
  24. 24. Universiti Malaysia Sarawak
  25. 25. Universiti Tun Abdul Razak
  26. 26. Monash University Malaysia
  27. 27. Universiti Industri Selangor
  28. 28. Wawasan Open University
  29. 29. UCSI University
  30. 30. Curtin University of Technology Sarawak Campus
  31. 31. Asia Pacific Institute of Information Technology
  32. 32. International Medical University
  33. 33. Help University College
  34. 34. Tunku Abdul Rahman College
  35. 35. Al Madinah International University
  36. 36. Universiti Kuala Lumpur
  37. 37. National Defence University of Malaysia
  38. 38. Segi College
  39. 39. Universiti Sultan Zainal Abidin
  40. 40. Universiti Malaysia Kelantan
  41. 41. Limkokwing University of Creative Technology
  42. 42. KDU College
  43. 43. Selangor International Islamic University College
  44. 44. Sunway University College
  45. 45. Malaysia Theological Seminary
  46. 46. Malaysia University of Science & Technology
  47. 47. Olympia College Malaysia
  48. 48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  49. 49. Malaysian Institute of Management
  50. 50. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
  51. 51. INSANIAH University College
  52. 52. Taman Pertanian University
  53. 53. Kuala Lumpur Infrastructure University College
  54. 54. International Centre for Education in Islamic Finance
  55. 55. Majlis Peperiksaan Malaysia
  56. 56. Cyberjaya University College of Medical Sciences
  57. 57. Disted-Stamford College
  58. 58. Berjaya University College of Hospitality
  59. 59. Asia e University
  60. 60. KBU International College
  61. 61. New INTI College
  62. 62. TATI University College
  63. 63. Nilai International College
  64. 64. Asia Pacific University College of Technology & Innovation
  65. 65. AIMST University
tahu tak kenapa i boldkan no. 6 tu?? sebab itulah Universiti i.. hohoho, bangga sekejap.. tapi yang sedihnya ramai lagi orang tak kenal UniMAP tu.. sangat kuciwa! bila orang tanya awak belajar mana?? UniMAP, hah?? kat mana tu?? Universiti Malaysia Perlis, tahu! tahu! kat Perlis lah! grrrrrrr.. marah kejap, tapi redha.. Kalau sebut UIAM, Uitm semua orang tahu kan?? tak mengapalah, yang penting niat kita.. nawaitu kita pergi U nak apa murid-murid??? nak belajar kan?? jadi mari kita tanamkan azam dan tekad untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya.. sekian

assalamualaikum kembali semua, kalau tak jawab dosa kalau jawab sayang! haha.. tag line "Maria Elena" so sweet =D

Saturday 26 November 2011

aku dan kau

assalamualaikum
entry ini khas untuk ramz
aku tak tahu kau baca or tak ramz
siapa ramz??
haha
ni kawan aku sejak dari
1. taski
2. sekolah rendah beserah
3. sekolah menengah
4. aku matrix dia KPJ college
5. sampai sekarang dan sampai bila-bila



kenapa aku buat entry ini untuk dia?
sebab, hari tu dia mengadu tak ada pun list dia dalam im introduce you my lurvely friends part 1
haha, macik ini terasa.. bukan aku tak nak buat, gambar ko tak ada..
jadi sekarang aku buat sebab aku "curi gambar kau dalam blog & pesbuk" hehehe

okay mari aku ceritakan tentang dirinya,dia ini anak kawan ayahku. kami kenal since umur 5 tahun lagi. so kalau ditambah ditolak didarab dibahagi berapa tahun dah ye??
15 tahun dah, tapi aku tak rasa 15tahun.. aku just assume je tuh kan b?? yang sebenarnya tarikh kita mula berkawan-- hakhak aku tak ingat tapi yang aku paling sure kita dah lama kawan..
seperti biasalah bila dah kawan aku suka ada duka, ada kelahi ada marah, ada bebel, ada terasa, ada sayang ada rindu, aku terasa kehilangan, ada rasa " i wont let you go eventhough the time will always ask us to walk past "
alahai abby, aku sayang gila kat kau!kau tau kan? kan? kenangan yang aku paling ingat setelah bertahun lamanya kita lost contact.. seingat aku lepas darjah 6 sampai akhir tahun form 5 (masa tu kita nak SPM  dah kan??)
kita study sama-sama, kita p exam sama-sama even kita tak sama sekolah pun.. haha, tapi bukan jauh pun sekolah kita..
disebabkan kita amik kos berlainan maka, jadual exam aku dengan kau lain.. jadi kau sanggupkan datang amik aku even hari itu kau tak ada exam??
T_T
aku terharu..terima kasih abby =D
bila result SPM keluar,aku tinggi sikit je dari kau.. tu pun kau puji menggunung!
setinggi gining kinabalu itu.. kau pulak aku nampak mata kau berkaca kan abby?? kesian kau, tapi apa aku mampu buat??aku hanya dapat jadi pendengar setia kau-- tapi dalam hati aku, aku berdoa semoga result ini bukan pemutus semangat kau!
dan aku teman kau pergi medical check up, aku teman kau pergi interview?? eh ye ke, bukan kau pergi dengan anis??haha, aku teman kau pergi medical check up je kat Kuantan Specialist =D
hari-hari berlalu..
maka aku mendapat tawaran matrik dan kau dapat sambung dekat KPJ college kan??
kita contact lagi kan?
aku merajuk dikala kau senyap, yeah padan muka kau! baru kau tau apa itu memujuk dan erti rindu! hahaha
kalau kau merajuk, aku tak nak pujuk.. lalala
dan kini aku masuk U dan kau menyambung lagi baki-baki pengajian?? nanti kau kerja dulu dari aku! yeay! aku ada supporter tak terlatih lah!
siapa sangka masa aku sekolah dulu aku yang menggelumangkan diri aku dalam bidang BIOLOGY.. kau tak amik tau lansung kan? sekian, apa kau tau?? kimia, fizik? tu je kerja kau kan?
dan kita kita dah terbalik aku bergelumang dengan ape yang kau gelumang dulu, dan kau gemulumang dengan apa aku gelumang dulu!! (ayat keling apa aku cakap ini??) hahaha
apa-apa pun semoga kita berjaya sama-sama kan??
aku tak nak kau sedih-sedih lagi,aku tak nak kita lost contact lagi.. kau buat gitu aku cincang kau 14 macam mona fendi buat!haha nak b??
jaga kesihatan kau, jaga diri..sekarang aku mengaku, baik kau or aku.. masing-masing busy, mana ade masa.. kunonkan b? padahal pantang kau on9 skype kita ber"webby" je =D.. duk gedik-gedik dua orang, duk gelak merapu tah apa-apa aku pun tak tahu! berjam-jam!



tapi abby..
seriously i told you that, we never had a picture together! nah kau! akrab tak akrabnya kita! aku baru sedar!

okaylah abby, aku malas dah nak melalut tentang kau! kalau aku melalut banyak kot sangat ceritanya, cerita kita tak pernah habiskan?? dan senantiasa ada cerita batu antara kita!

last things i hope that,
we'll be friends till we are old and senile! and we will be a friend again and again =D

<3 R a m Z <3



bila tak ada kerja =D

assalamualaikum..
hehe, sebenarnya entry ini untuk sahabatku
"szt" a.k.a doc ina, insyaALLAH.. come to be right ina??

i just want to let you know that i want to meet you!!
haha
ina, bilakah mahu jumpa ini??

sitiwanzarinanurultamchikhidayah

haha ina boleh ke baca caption tu?? forget it..

thanks ina jadi pendengar setia, kadang-kadang jadi pembebel setia, pengusik yang penghibur( apekah ayat ini), pemberi semangat inkuiri.. peneman kesedihan dikala menyampah kat orang-orang "itu" hahaha..
penyayang kucing yang tercinta!
(we love cats, and thats how we show our love! )



i love being cruel with my SUPER duper gedik kucen!
~ sesi membuli M A N J A ! ~



by the way, nak cakap yang aku sayangkan nenek ini je
(^O^)/



ina buatkan ini untuk saya


sweetkan ina nih??
heeee..malu-malu
thanks dear ina, suka!
nah! amik
---]@ bunga ni..
hahaha

okaylah cukup nak merapu tentang nenek kesayangan ku ina




tata makcik ina!

p/s:

  • my hope, nak jumpa mak cik nanti!
  • tunggu saya pi sabah ye makcik =D
  • sambut saya dengan dadih + nasi ayam ye makcik
  • thanks dengar celoteh tah apa-apa saya makcik! ( seronok duk "ngumpat" orang tu =D , kalaulah dia tahu.. berlubang telinga ni kan ina?? hahah)
  • belajar rajin-rajin, semoga kita berdua berjaya.. bila dah berjaya senang nak jumpa nanti! insyaALLAH.. amin cepat aminkan doa ni!
  • semoga doa kamu untuk ehem2 dengannya tercapai ye! ku selalu dokan! wooooo =D
  • dah cukup pesanan untuk kamu!
  • last ni, last! nak jumpaaaaaaaaaaaaaaaa!! hahaha
kiss & hug for ina <3