Friday 6 September 2013

Intership #1

              Assalamualaikum semua, apa khabar? Lama betul dayah tak jengah blog ni, bersawang dah. Almaklumlah, sejak format laptop rasa tawar hati nak jengah. Bukan apa, entry yang lepas dayah ada janji nak update pasal jalan-jalan kat Tahiland. Tapi belum sempat entry tu siap, semua gambar jenjalan kat Thai hilang. Padahal dayah dah save gambar-gambar tu, tapi dayah tak tahu macam mana boleh hilang. Allah saja tahu bertapa sedihnya hati ni, bukan selalu pun jejak kaki ke negara orang tambahan lagi free. Sekali semua gambar dalam masa 5 hari di Thai hilang sekelip mata. Bukan rezeki, husnuzon ya hidayah wan. =)

             Entry kali ni dayah nak cerita tentang "Intership". Apa tu intership? Intership tu adalah latihan industri atau dalam kata lain praktikal. Ada juga orang panggil "training". Di UniMAP, student tahun 3 akan melakukan intership pada akhir semester kedua. Apa yang dorang ni kena buat? First, student akan hadirkan diri ke taklimat latihan industri (l.i). Dalam taklimat tu, koordinator akan brief sedikit sebanyak tentang buku log, resume,borang intra, borang maklum balas, dan report. Next, student akan hadir ke talk latihan industri. Di sini pihak UniMAP akan menjemput beberapa orang panel dan senior-senior yang telah menjalani praktikal berkongsi pandangan, pendapat dan menceritakan pengalaman mereka. Disamping itu, student juga didedahkan cara untuk berinteraksi dan menjadi pekerja yang lebih baik. Wahhh, bunyi kemain lagi kau! hihi . Seterusnya koordinator akan "upload" senarai nama company berserta nombor telefon untuk dihubungi. selain itu, student boleh usaha cari sendiri tempat intership yang dorang suka!. Time tu semua dah sibuk siapkan resume memasing.Siap menampal gambar yang sehabis skema senyum macam kambing berlatar belakang papan biru. kheeelas gituuuu ^_^. Maka sesi telefon menelefon pakcik makcik kat semua company pilihan bermula, top up kredit bukan main banyak. Mana taknya, kalau jenis syarikat yang pakai operator caj panggilannya ya ampun, mahal!!

              Pendek cerita, dayah dapat intership di JKMM. Apa tu? Kat mana tu?? JKMM stands for Jabatan Ketua Menteri Melaka. Maknanya kat MELAKA Bandar Bersejarah lah. Oh ya, bukan dayah sorang tau kat sini. Ada 3 orang lagi kengkawan dayah yang intern setempat. Taklah rasa awkward sangat kan? Mesti ada yang cakap, mak ai jauh kemain dayah mintak tempat praktikal. Bukan apa nyah oi, dayah dah banyak apply kat Kuantan tapi satu pun tak dapat. Sedih, sadis nak nangis guling-guling rasanya bila tahu kena reject application kat Kuantan! Mula fikir entah apa-apa time tu. 

Mila. Dayah. Pika
First time jejakkan kaki kat Pantai Tanjung Bidara.
 Kilang TBE tu dekat dengan pantai ni dan Pengkalan Balak
            Dayah start intership 17 Jun hingga 8 September 2013. Hari ni 6 September 2013, maka sudah sampai ke penghujungnya internship dayah. Hoooraaayy! Dua minggu di JKMM kami 4 orang tak tahu nak buat apa, iyelah tempat inter kami macam tak suit dengan kos kami belajar. Tambah dengan jerebu yang menjadi-jadi, banyak sungguh dugaan. Kami decide tukar tempat intership baru. So, kami minta kad buisnes dari pegawai di Unit R&D dan kami try call satu demi satu kilang yang ada kat Melaka ni. Alhamdulillah usaha kami berhasil, kami berempat dapat tawaran intership di Tropical Bioessence Sdn. Bhd. Mak ai, kemain jauh. Korang pernah dengar TBE? Itu hah kat Masjid Tanah! Kalau korang nak tahu apa dayah buat kat TBE dan macam mana dayah survive kat Melaka ni tunggu entry akan datang ye. InshaALLAH dayah akan sambung. Oh ye, minggu depan 9/9 kelas dah start! Dayah dah 4th year!!! Dah nak habis study, seminggu lepas dayah dah buat pemilihan untuk tajuk "Final Year Project (FYP)". Korang semua, tolong doakan kejayaan dayah ok? Thanks for reading, SalamAlaykum.


Next entry dayah akan cerita tentang jalan-jalan kat Melaka.
 Stay tuned ^_^