Thursday 19 June 2014

Dont be too lazy.

Hi..

Entri ini aku nak tulis pendek saja, just untuk remind adik, kakak dan kawan-kawan aku kat luar. Maaf jika ada terasa hati atau marah dengan apa yang akan aku bangkitkan. Dulu aku selalu merungut kat umi, 
"Umi rumah(kat Uni) along bersepah, kalau along tak sapu tak ada pun orang nak sapu".

"Umi, sampah kat rumah tinggi bukit pun still tambun-tambun, tak ada pun budak-budak ni tergerak hati nak buang".

Mak aku just tanya satu soalan daripada berpuluh-puluh rungutan aku selama ni. 

"Habis, along buat tak? Along buat tu sebab apa?"

(Eh dua soalan tapi dalam satu nada, hehe)

Aku jawab, "Buatlah, tak tahan duduk dalam keadaan bersepah sampah situ sini".

"Good". Umiku jawab, then she said "Macam nilah along, kita buat bukan untuk tunjuk-tunjuk kat orang. Kita buat untuk diri kita dan untuk dapat pahala. Kalau diaorang tak nak buat kita tak boleh paksa".

I'm sorry kalau aku kata aku pernah duduk dengan housemate dan roomate yang agak berat bab hal-hal mengemas. Aku tak tahu kenapa, mungkin nak buang sampah dalam tong tu perkara yang menggelikan, nak angkat penyapu macam gadis melayu ke kiri kanan hayun penyapu tu tak cool kot. So, jalan mudah tak payah buat apa-apa just duduk saja biarkan bersepah dan tunggu saja orang lain buatkan untuk kita, Oh dah selamat kan?

Macam nilah untuk Si Rajin dan Si Kurang Rajin, aku nasihatkan supaya buatlah. The main reason is awak adalah PEREMPUAN. Sampai satu masa nanti, awak dah kahwin ada anak, nak tak nak awak akan buat semua kerja. Sekarang awak kata malas nak masak, still boleh diterima sebabnya macam tak berbaloi ah nak masak berapa kerat sangat makan. Tapi kenapa tak rajinkan tangan mengemas, mencuci benda-benda simple?? Please jangan terlalu selesa and jangan terlalu pemalas untuk buat itu ini. Kita pergi kelas pun kita rajin cantik-cantikkan diri, make up, pakai lawa-lawa siap wangian bagai. Tapi kenapa kalau kat hostel tak boleh nak buat benda sama?

Berubahlah adik-adik, kakak-kakak dan semua Si Kurang Rajin. Jangan pejamkan mata buat tak nampak saja apa yang berlaku, kadang-kadang kawan kita tak mampu nak tegur depan-depan. Mungkin sebab takut kita terasa hati, bergaduh or apa-apa yang tak best jadikan. So pendekatan yang terbaik, kita sama-sama bekerja bantu membantu.

Aku nasihatkan untuk diri aku sebagai teguran dan ingatan bersama. Please don't be too lazy. Gambar kat bawah ini jadi pencabar aku. Malu beb jadi perempuan pemalas. Korang pernah dengarkan, "rajinyaaaaaaaa awak". Dah tu kenapa awak pun tak rajin macam dia?? hehe renungan bersama =D



 

 

Thursday 5 June 2014

FYP Poster Presentation Day

Hi semua!

 Rajin pulak aku nak update blog kan. Sekarang free sikit, kerja dah banyak nak siap. Alhamdulillah, setelah macam-macam jadi dengan lab kelaut, thesis tak siap tulis, log book, design project, integrated arghh banyak sangat masalah duniawi. Kadang-kadang aku fed up sangat aku terus tido, nehi-nehi sentuh buku. bahahaha

Aku nak cerita pasal semalam, aku tak tido siapkan log book, lab report  bagai. Drag masa sampai ke subuh, padahal kejap lagi pukul 9 pagi aku nak present poster untuk FYP. Dah tak tido kenapa kan? Ting tong tak yah cakaplah kepala hotak ni, tapi paksa berjaga jugak sebab nak siapkan nak hantar hari ni. Pukul 5 lebih baru siap, dah alang-alang baik aku tunggu subuh terus. Siap-siap kemas beg, solat aku terus kuak lentang atas katil. Time ni dah tak boleh fikir apa, fikir i need take a nap first. Kunci jam pukul 7.40 pagi, 7.50 pagi dengan harapan menggunung aku akan bangun masa tu. Memang aku bangun, tapi aku bangun pukul 9 pagi okay. Pukul 9 program dah start, masa tu mashaALLAH kelam kabut aku mandi dan siap. Kalut bagai nak rak, lipas pun tak laju macam Kak Ton. Tengok muka kat cermin, buruknya muka sembab tak cukup tido. Hah, padan muka!

Otw ke Dragon aku rasa nak patah balik je, yelah malu kot datang lambat. Time tu berbelah bahagi, nak pergi ke tak, nak ke tak. Tapi last-last pergi jelah, takkan aku sorang je tak pergi. Lagi malu. Sampai Dragon, aku terus pergi galeri cari tempat poster aku. Alhamdulillah program baru saja start time tu, turn aku belum lagi. Lagipun panel picked randomly, so masih sempat nak present poster. Kebetulan turn aku last sekali presen. 

Satu perangai aku, aku tak suka praktis before present. Aku tak tahulah kenapa, tapi aku lebih suka baca point then olah sendiri ayat. Macamlah tu aku apply time present tadi, hahaha horror betul. Please jangan ikut perangai aku. Aku jenis tak reti baca ayat skrip-skrip ni, nanti jadi macam robot  duduk uuk aak uukk akk. Kan dah macam monkey, hehe.. Dah malas aku nak cerita, tengoklah gambau-gambau dibawah ini.


Presentation project to the panels.



Suasana di galeri Bioprocess. Student Biosystem pun take part program ni. Banyak sangat poster colour-colour cantik-cantik menarik da bomb.


Senarai nama peserta


Separation of butanol-water mixtures using single stage liquid-liquid extraction process =D.

Nak sangat tajuk berkata oils kan, since second year dah bercita-cita. Allah makbulkan doa, dapat tajuk biofuel. 


K.A.M.I
(Fas, Erik, Syaza, Dayah, Wirda)

Jiran poster Kak Ton, Si Najeeb buat extraction oil jugekk.





 Alhamdulillah, aku menang best one of the research. Terkejut pulak time nama kena panggil, Alhamdulillah terbayar penat lelah korban masa tenaga semua. Tak balik cuti mid sem, sabtu ahad pergi lab, tukar tajuk 3 4 kali, macam-macam lagi dugaan nak siapkan thesis. Tapi sabar hadapi, Allah balas anugerah ini. Thanks Allah, thanks to my parents, thanks to all my friends jadi supporters to me completing my thesis.


Hencik poster =D


Kami tiga orang intern sekali dan kami bertiga menang poster. Alhamdulillah

Okaylah itu saja nak cerita, bye! SalamAlaykum




Sunday 1 June 2014

Bioprocess Gala Dinner 2014

Hi..

Tajuk kemain lagi kan? I'm a quite busy lately, yelah nak siapkan thesis FYP, thesis Bioprocess Plant Design (BPD), Integrated Project lagi dengan assignment, test, quiz yang melambak-lambak. So, I have limited time for updating my blog. Actually banyak sangat cerita yang nak share, apa yang jadi bila kat mana tapi because of the time is limited cansolll sahaja agenda itu. hihi

Ini cerita yang sebulan lepas, let me flashed it back. haha, hari tu school buat dinner. Macam kebiasaan, semester kedua mesti akan ada dinner untuk anugerah kecemerlangan akademik. So, tarikh dan tempat telah ditetapkan, where? when? Itu ha kat Putra Palace, Kangar on April 23rd 2014. Semua dijemput hadir dan tema malam itu ialah glamorous. Aku tak pakai pun glamour-glamour sebab baju banyak dah punggah bawak balik rumah kat Kuantan. Okay, tak nak cerita banyak korang tengok jelah gambar kat bawah ni ye.


The main stage. Cantik banner, lip lap lip lap uollss.


Kak Farah Biosystem Eng.


Us at Photobooth.
Ereka. Fasihah. Syaza. Hidayah. Syafika 


Le senior with Le junior. Suhail and Zhafri


Class of 2010/2011


 Amirah. Ereka and Munirah =D
 

The flowers in the class of Bioprocess Eng.

 
The one and only International student in the class, Hemavathi.


Abang Ganesh. hi hi


The only foods yang aku sempat capture gambar, yang lain tak sempat pun nak tangkap dah licin. Nampak sangat meja kami ni kebuluran.

 
  Fourth Year of Bioprocess Engineering

 
 Afifah. Syazwani and Akmal.


One day, I will missed all of you.



Si Najeeb jadi King on the night. Suka kemahen ye kau.


 Lee Zhen. Owi. Ee. Amirah

Wak Doyok of Bioprocess (Syabil). Syaza. Fasihah

 
Jejaka-jejaka Third year Bioprocess and Biosystem Engineering.


 Nabilah dan Hazwani. =D

Malam tu makanan bertemakan seafood. Aku dahlah tak makan udangkan, ada pulak slot butter prawn. Ha sudah, si Fitri pergi humban 3 4 ekor dalam pinggan, nak tak nak aku makanlah 2 ekor. Yang lain Pika ngan Fitri makan. Makanan malam tu overall okaylah. Tapi aku tak suka style makan kat hotel makanan keluar satu-satu. Kak Ton is kebuluran kot, ade ke mula-mula kena kunyah satay bagai. Tak kenyang wei, pastu makan tom yam sahaja! Korang tengok jakun sangat Kak Ton kat hotel. haha Takdelah aku pernah je makan kat hotel, tapi aku cukup tak suka style hantar makanan macam tu. Itu saja hihi
 
Thats all. Banyak sangat gambar sampai aku pun pening nak letak yang mana, korang yang tak ada dalam entri ni aku mintak maaf. By the way, thanks alot for the joy and happiness, untuk suka duka tangis sepanjang empat tahun kat utagha ni. Aku tak pernah keluar duduk jauh-jauh dari family, untuk siapa-siapa yang pernah kenal aku. Aku mintak maaf jika ada terkasar bahasa, tersilap kata, tersalah bicara, terguris hati or what everlah kan silap-silap ni ampun dan maaf (Dah macam speech dalam kad raya). Aku sayang kelas aku, dah dekat nak habis ni lagi terasa hiba, sedih. Habis final maka tamatlah pertemuan kita, entah bila lagi boleh jumpa. Siapa yang dapat kerja dulu, sambung belajar, nikah and dapat anak. Harap bila semua dah berjaya kita boleh buat reunion together-gether ye. Bye peeps~~