Tuesday 31 January 2012

Sri kandi: SAIDATINA KHADIJAH KHUWALID

KHADIJAH penyuntik semangat RASULULLAH s.a.w



sebaik-baik wanita di semesta alam ada empat, iaitu Asiyah isteri Firaun, Maryam puteri Imran, Khadijah binti Khuwalid dan Fatimah binti Muhammad “ – HR. Bukhari dan Tirmidzi
Siti Khadijah binti Khuwalid adalah isteri kesayangan Rasulullah s.a.w.  Walaupun umur mereka jauh berbeza, namun jodoh telah menemukan baginda dengan wanita mulia ini. Rasulullah s.a.w mengahwini Saidatina Khadijah bukan keran status sosialnya yang tinggi, terkenal sebagai seorang hartawan lagi dermawan tetapi adalah sifat Saidatina Khadijah itu sendiri yang mempunyai peribadi dan akhlak mulia.

Siti Khadijah binti Khuwalid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai adalah dari golongan pembesar Makkah. Beliau bertemu jodoh dengan Nabi Muhammad s.a.w ketika berumur 40 tahun, manakala Nabi Muhammad pada ketika itu baru sahaja berumur 25 tahun. Khadijah merupakan perempuan kaya dan terkenal dan beliau boleh hidup mewah dengan hartanya sendiri. Meskipun memiliki kekayaan yang melimpah ruah, namun Khadijah merasa kehidupannya sepi tanpa suami.

Pada suatu hari, saat pagi buta, dengan penuh kegembiraan beliau pergi ke rumah bapa saudaranya, iaitu Waraqah bin Naufal. Khadijah berkata “ malam tadi aku bermimpi sangat menakjubkan. Aku lihat matahari berputar-putar di atas kota Makkah, lalu turun kea rah bumi. Ia semakin mendekat dan semakin mendekat. Aku terus memperhatikannya untuk melihat ke mana ia turun. Ternyata ia turun dan memasuki rumahku. Cahayanya yang sangat agung itu membuatku terperangah. Lalu aku terbangun dari tidurku “.

Waraqah mengatakan, “ aku sampaikan berita gembira kepadamu, bahawa seorang lelaki agung dan mulia akan datang meminangmu. Ia memiliki kedudukan penting dan kemahsyuran yang semakin hari semakin meningkat. “

Tak lama kemudian Khadijah ditakdirkan menjadi isteri Rasulullah, Muhammad bin Abdullah. Ketika itu Muhammad masih muda dan dikenali pemuda yang lurus dan jujur. Tetapi yang lebih banyak menarik perhatian Khadijah ialah kemuliaan jiwa Muhammad s.a.w. Khadihahlah yang terlebih dahulu mengajukan permohonan untuk menikah dengan Muhammad. Semua itu berlaku dengan usaha orang tengah iaitu Nafisah binti Munyah dan peminangan dibuat melalui bapa saudara Nabi iaitu Abu Talib. Walaupun keluarga terdekat Khadijah tidak bersetuju dengan pernikahan ini, namun Khadijah tidak dapat menolaknya lantaran sudah tertarik dengan kejujuran, kemuliaan hati dan sifat-sifat istimewa Nabi Islam ini, sehingga beliau tidak memperdulikan segala kritikan dan kencaman daripada keluarga dan kerabatnya. Khadijah yang juga seorang yang cerdas pernah mengatakan, “jika segala kenikmatan hidupdiserahkan kepadaku, dunia dan kekuasaan para Raja Iran dan Romawi diberikan kepadaku, tetapi aku tidak hidup bersamamu, maka semua itu bagiku tak lebih berharga daripada sebelah sayap seekor nyamuk”.

Mengakui kenabian suaminya, dan wanita pertama yang memeluk serta menerima Islam. Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah s.a.w ,Khadijah begitu setia menyertai baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira’, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluaan. Seandainya Rasulullah s.a.w agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamtan baginda. Sekiranya baginda khusyuk bermunajat,beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga baginda pulang. Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan penganaiyaan yang dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah s.a.w, Khadijah pasti bersama dan membantu baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wudhuk.

Saidatina Khadijah juga adalah seorang wanita yang berfikiran tajam, sabar, berpandangan, benar-benar memahami keadaan suaminya. Beliau sebenarnya adalah seorang isteri yang mampu menyuntik semangat seorang suami dalam menyempurnakan amanah kepada ALLAH SWT. Pendek kata, dalam diri Khadijah ditemui teladan wanita terbaik, iaitu wanita yang subur dengan kasih sayang yang juga telah melahirkan anak-anak baginda iaitu Al-Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqayya, Umm Kulthum, dan Fatimah.

Dalam perjuangan baginda menegakkan agama Islam, Khadijahlah orang yang paling banyak berkorban, harta dan tenaga dalam mempertahankan baginda dari disakiti oleh kaum Quraisy. Begitu banyak peranan yang telah dimainkan oleh Khadijah bahkan boleh dikatakan bahawa beliau telah menjadi tulang belakang dalam kegiatan dakwah Rasulullah saw. Dan berpadanan dengan jasa dan pengorbanannya itu ALLAH SWT telah mengurniakannya sebuah rumah di dalam tempat yang paling mulia iaitu syurga.
Sebagai seorang isteri, Khadijahlah menyiapkan sebuah rumah yang sempurna bagi Nabi saw. Khadijah adalah sebaik-baik wanita yang menolongnya dengan jiwa, harta dan keluarga. Peri hidupnya harum, kehidupannya penuh dengan kebajikan dan jiwanya sarat dengan kebaikan.

Rasulullah saw bersabda, “kenapa kita bersusah payah mencari teladan di sana sini, padahal dihapan kita ada ‘wanita terbaik di dunia’ ”. Khadijah binti Khuwalid, Ummul Mu’minin yang setia dan taat, sentiasa baik dan mesra dengan suami dan sering membantunya sebelum dilantik menjadi Nabi. Dengan itu, ALLAH SWT membalas jasa beliau terhadap agama dan NabiNYA dengan sebaik-baik balasan dan memberinya kesenangan dan kenikmatan di dalam istananya, sebagaimana yang diceritakan Nabi saw semasa hayatnya.

Ketika Jibril A.S datang kepada Nabi saw dia berkata “wahai Rasulullah, inilah Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah dan makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan salam kepadanya dari Tuhannya dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga dari mutiara yang tiada keributan di dalamnya dan tidak ada kepayahan.”- (HR Bukhari) Imam Adz-Dzahabi berkata, “kesahihannya telah diakui”.
Bukankah istana itu lebih baik daripada istana-istana di dunia. Hai orang-orang yang terpedaya oleh dunia, Khadijah r.a adalah wanita pertama yang bergabung dengan rombongan orang mu’min iaitu orang yang pertama yang beriman kepada ALLAH di bumi sesudah Rasulullah. Khadijah membawa panji bersama Rasulullah saw sejak saat petama, berjihad dan bekerja keras. Beliau menghabiskan kekayaanya dan memusuhi kaumnya. Beliau berdiri di belakang suami dan Nabinya sehingga nafas terakhir, dan patut menjadi teladan tertinggi bagi para wanita.

Sesungguhnya Siti Khadijah adalah seorang wanita yang mulia dan kedudukan yang diperolehinya tidak mungkin sepertimana diantara para sahabat yang terdahulu dan pertama masuk Islam serta Khulafa Ar-Rasyidin. Khadijah mendampingi Nabi saw selama seperempat abad, berbuat baik kepadanya di saat baginda gelisah, menolongnya di waktu-waktu yang sulit, membantunya dalam menyampaikan risalahnya, ikut serta merasakan penderitaan yang pahit saat jihad dan menolongnya dengan jiwa dan hartanya. Siti Khadijah telah hidup bersama-sama Nabi Muhammad saw selama 24 tahun dan wafat dalam usia 64 tahun 6 bulan.

Walaupun beliau telah tiada, namun jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh beliau tetap menjadi ingatan dan teladan kepada seluruh umat islam di seluruh dunia. Namun yang pasti, pengorbanan Siti Khadijah terhadap suami tercinta, Rasulullah saw memang tiada tandingannya.

yang baik diambil sebagai pengajaran wahai sahabat-sahabiahku, yang buruk dijauhi. jaga diri dan iman baik-baik. semoga dalam lindungan ALLAH senantiasa. SAYANG ALLAH! Assalamualaikum =)

Sunday 29 January 2012

pergi tak kembali

setiap insan pasti merasa
saat perpisahan terakhir
dunia yang fana akan ditinggalkan
hanya amalan yang akan dibawa

terdengar sayu surah dibaca
sayunya alunan suara
cemas di dada lemah tak bermaya
terbuka hijap di depan mata

selamat tinggal pada semua
berpisah kita selamanya
kita tak sama nasib di sana
baikkah atau sebaliknya

amalan dan taqwa jadi bekalan
sejahtera, bahagia pulang
kesana.......

sekujur badan berselimut putih
rebah bersemadi sendiri
mengharap kasih anak dan isteri
apa mungkin pahala dikirim

terbaring sempit seluas pusara
soal bicara terus bermula
sesal dan insaf tak berguna lagi
hancurlah jasad dimamah bumi

berpisah sudah segalanya
yang tinggal hanyalah kenangan
diiring doa dan air mata
yang pergi takkan kembali lagi..


ya ALLAH kiranya aku mati esok hari, matikan aku dalam redhaMU
ya ALLAH kiranya aku mati esok hari, matikan aku dalam ISLAM-MU
ya ALLAH kiranya aku mati esok hari, ampunkan dosa-dosaku
samaada aku lakukannya dengan sengaja atau tidak sengaja
samaada aku sedar atau aku tidak sedar lakukannya
ya ALLAH kiranya aku mati esok hari, matikan aku dalam berprasangka baik terhadap setiap saudaraku
ya ALLAH kiranya aku mati esok hari, KAU sampaikanlah salam rinduku salam kemaafanku terhadap saudaraku....

ya ALLAH hidupku, matiku adalah untukMU 
untuk ISLAMku..


Wednesday 25 January 2012

allahumma yusahhil alaina..

pinjam gambar naa, chantek sungguh pengatin ni.. tak jemu jemu mata saya melihat, sejuk memandang. bila saya pula wahai ALLAH? permudahkanlah jalanku

indahnya berniqab itu, bila diriku pula wahai ALLAH?
ya ALLAH, kiranya niatku ini yang terbaik untuk diriku.
maka aku berhajat, aku bermohon KAU permudahkan.
ya ALLAH KAU kuatkanlah hatiku untuk menempuhi ujianMU ini.
sabarkan hatiku wahai ALLAH.
tetapkan niatku.
ikhlaskan hati akan tujuanku ya ALLAH.
ya ALLAH aku mohon KAU usirlah segala rasa yang tidakku duga ini.
jauhkan segala prasangka burukku terhadap sahabat di luar sana.
KAU tetapkan hatiku kepada niatku, impianku.
wahai ALLAH aku mencari redhaMU.
KAU permudahkan aku menjadi salah seorang bidadari syurgaMU.
kiranya ya ALLAH tiada cinta untukku di duniaMU ini.
maka kau usir segala sedihku menunggu gerangannya.
KAU permudahkan aku untuk berubah kearah redhaMU.
ALLAH aku tak mampu ungkapkan segala isi hatiku ini.
KAU maha mengetahuinya ya ALLAH.
KAU memahami segala apa yang tersembunyi, tersurat dan tersiratnya.
ALLAH aku mahu berniqab, tetapi jalannya sukar ku lihat.
walau kerap kali aku di datanginya.
ya ALLAH kiranya sewaktu ini aku tak mampu untuk melaksanakan ia.
KAU permudahkan ia nanti seusai ijab dan kabulku.
ALLAH tiada tempat untukku mengadu.
aku menyerah segala-galanya kepadaMU setelah usahaku.
KAU perkenankanlah ia, KAU permudahkanlah ia wahai ALLAH.
kasihanilah hambaMU ini.
niatku, hidupku, matlamatku hanya untukMU ya ALLAH....
AMIN YA RABB

12 jam perjalanan?

assalamualaikum sahabat.. aha, dah lama tak update, apa khabar semua? apa khabar iman? suka sangat intro macam tu, huhu yelah iman harus ditanya dulu, almaklum kita ni manusia.. iman ada turun naiknya. tapi selalulah berdoa agar ALLAH sentiasa pelihara iman kita. ok sahabat sahabiahku??

kisahnya entri ni tentang 3 hari di kuantan. apa yang saya buat? ini nak cerita tentang perjalanan yang sangat dahsyat sejuknya dalam bus. 12 jam dalam bus, aha sangat menguji kekuatan diri. *sejuk sangat-sangat dalam bus tu. dalam hati bilalah nak masuk pahang ni.

bus lambat! oh lambat setengah jam. berpeluh-peluh tunggu bus. kawan saya dah resah gelisah, saya tengok sorang-sorang pergi tanya kat kaunter *encik bila bus sampai? . saya buat cool, ehe konon.. kenapa ye saya buat cool? iyelah saya pernah kena, dah ada pengalaman sejam lambat. so sekarang saya coolkan diri even dalam hati dah kena tinggal bus ke aku ni?? 9 setengah barulah start perjalan saya ke Kuantan. awesome, bus baru jalan berapa minit tapi sejuk dalam tu macam dah 12 jam duduk dalam bus. SubhanALLAH, saya doa banyak-banyak janganlah kebas lagi kaki ini, janganlah buat hal. susah nanti, sudahlah jauh. housemate saya banyak kali pesan *dayah hang bawak selimut tak? *hang pakai selimut tau, sejuk nanti. perjalanan balik hari itu, ramai kawan-kawan teman kan saya *ehe maksud saya sms saya. korang ni excitedye saya nak balik?? tapi sorang je buat saya kecewa, saya tunggu dia skype tapi buat-buat lupa. entah, abaikan.huhu *mood happy nak balik kuantan!

seperti biasa, makin larut malam makin kuat aircond bus tu, makin sejuk, makin syahdu suasana. bosannya, tidur? insomnia, itu jawapan tepat untuk diri saya. puas saya paksa diri untuk tidur, sudahnya tak tidur-tidur jugak. at last saya replay playlist "hw" sampai saya tertidur. sesekali saya terjaga, kesejukkan melampau dalam bus sedikit sebanyak ganggu saya.

9.30 pagi, Alhamdulillah saya selamat sampai kat kuantan. bersinar-sinar mata saya, seronok tak terkata. macam tak pernah balik kuantan lagaknya. aha, saya dah jarang balik kuantan. mengenangkan jauh,sejuk, tiket mahal berkira-kira rasanya nak balik. *motif utama tak sanggup tahan sejuk 12 jam.. *_*

tak sampai beberapa jam pun saya balik, dah keluar. hebatkan? lepas zuhur, saya dan ya keluar. kami ke ECM, gigih betul? macam tak ada hari esok. okay tak apelah, saya kebosanan di rumah. tak tahu nak buat apa. otak saya ligat fikir saya nak makan. list makanan berderet-deret. macam-macam saya nak makan. kira balik ni motif saya nak "gain weight" balik. so kami keluar makan vs makan. ofcourse saya menang, makanan saya lah akan licin habis, kalau ya mesti ada yang tak habis. err kalaulah dia baca entri ni, siap saya kena pancung.


saya makan inari, nebayaki udon, dengan ice honey lemon. aha, makan ke apa ni? kempunan punya pasal, ya pulak makan inari, burger bla bla *entah saya tak ingat nam peliknya dengan sate ikan? oh ini satu lagi, saya lupa namanya, tapi sedap tersa nak order lagi.enough for today.

hari esok

saya, angah dan ya pergi TC a.k.a Teluk Chempedak. motif utama kami nak makan Burger King. baru buka? dah lama, just baru nak menyinggahkan diri ke situ. *jakun lagi





siap makan, kami jalan-jalan. ok chantek! itu je saya nak cakap, baik korang datang. tapi tujuan utama saya tangkap gambar-gambar ini nak jeleskan kawan saya yang jauh. kikiki, so anda jeles tak? *saya tanya, dibilangnya saya sengal. aha, jeleslah tu. misi saya berjaya =D







okay cukuplah untuk gambar-gambar ini, moga dapat saya kongsi gambar chantek TC itu dengan kalian semua. ada masa free boleh datang sini, panas tu memang panas. pantai mana ada tak panas. tapi, InsyaALLAH pemandangannya chantek. siapa yang suka pantai boleh datang, insyaALLAH saya boleh jadi tourist guide korang XD.

Moral gambar-gambar ini, kejadian ALLAH itu sangat indah tak tercapai dek kewarasan akal. hargai dan pelihara ia sebaiknya, jangan lakukan keburukan di muka bumi ALLAH kerana kelak bakal beroleh kemurkaan ALLAH.panjang sungguh entri ini. so, jaga diri dan jaga iman baik-baik ye sahabat. SAYANG ALLAH! assalamualaikum

Thursday 12 January 2012

chanteknya kalau tutup aurat

assalamualaikum wahai sahabat-sahabatku. apa khabar kalian semua?? tak ada apa sangat yang saya mahu berkongsi, cuma mahu bercakap sedikit tentang penutupan aurat. lately, saya selalu berjumpa dengan ramai kaum hawa yang menutup aurat. ada yang mula berjinak-jinak untuk berhijab pun ada. SUBHANALLAH, berita gembira. seronok saya lihat. ada yang bertudung labuh tak kurang ramai saya jumpa sahabat yang berniqab! ALLAHU ALLAH bila pula masa saya mahu berniqab?? saya nantikan saat itu, saya berkongsi cerita dengan dua orang sahabat baik tentang berniqab ternyata respon mereka buatkan saya senyum sampai telinga! ALHAMDULILLAH syukran jazilan sahabat-sahabatku.

masih saya teringat beberapa ayat sahabat semasa perbualan tempoh hari.

sahabat A 

saya: " sahabat, saya mahu berniqab tapi orang tak pandang pelik ke?? "

sahabat: "yeke? ALHAMDULILLAH. bagusnya =D . eh taklah, orang tak pandang pelik pun. lagipun sekarang ramai yang dah berniqab, mungkin ada certain kawan akan tegur. tapi biasalah, benda baru. macam pakai beg baru nanti orang pun tegur kan? heee jadi dayah kena kuat sikitlah kat situ. awal-awal memang agak segan or tak biasa. tapi 3 or 4 hari dah biasa "

saya: " saya nak berniqab, tapi hati saya ragu-ragu lagi?! "

sahabat: " Alhamdulillah, dayah pakailah. saya sokong! saya pun teringin nak berniqab, tapi entahlah. heee, gembira & happy dengar berita ni. saya pun rasa bersemangat nak pakai. INSYAAALLAH, dayah jangan lupa betulkan niat, sebab syaitan bolak balikkan hati kita! kuat semangat ya dayah! go dayah go! "

saya: " amin. terima kasih sahabat yang saya sayang! INSYAALLAH saya tengah perbetulkan niat, semoga dipermudahkan =D "

sahabat: " amin, syukran dayah. semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat daripadaNYA. amin ya rabbal' alamin "

sahabat B

saya: " tak tahu macam mana nak story kat awak, baca blog and you know why "

sahabat: " ALLAH sungguh sejuk niat anda. saya doakan yang terbaik untuk anda, sungguh mulia "

saya: " entahlah.. "

sahabat: " ALHAMDULILLAH, mungkin dah tiba masanya "

saya: " bennda ni dah lama saya fikir (niqab) "

sahabat: " ALHAMDULILLAH, bagusnya. sepanjang saya berkawan dengan wanita, tak pernah ada yang ada keazaman yang kuat macam awak. itu mungkin satu petanda, petanda untuk awak berubah ke arah yang lebih baik and ALLAH pilih anda. saya menanti =D semoga ALLAH permudahkan sahabatku ini untuk berubah. amin ya rabb "

ALHAMDULILLAH, syukran jazilan sahabat sahabiah. syukur kalian banyak menyokong, INSYAALLAH saya juga berharap semoga dipermudahkan. sebenarnya, ramai yang menyokong dan ramai yang menyedari sedikit demi sedikit perubahan saya. ALHAMDULILLAH, tak henti-henti saya mengucapkan syukur. saya harap doa kalian semua, untuk saya kuat hadapi semua ni. =D

okay sahabat, berbalik kepada penutupan aurat. banyak article-article saya jumpa. semua menyeru kearah kebaikan, kearah penutupan aurat yang lebih sempurna. bagi saya, saya rasa kalian patut menghargai usaha-usaha sahabat lain menyampaikan ilmu. baik melalui facebook, twitter, blogger, skype dan etc semua itu nasihat-nasihat berguna. peringatan yang cukup jelas, jadi janganlah menidakkannya. (^_^)v

" wahai nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya semasa mereka keluar, cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal sebagai perempuan baik-baik maka dengan itu mereka tidak akan diganggu. dan ingatlah bahawa ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. " (al-AHZAB 59)

" CANTIK bukan bererti buka-bukaan dan CANTIK juga bukan bererti selalu berdandan tapi CANTIK yang sebenar bila tertutup rapi dan diiringi hati yang suci murni "

" CANTIK wanita hakikatnya pada AKHLAK dan AGAMAnya. bukan pada DANDANAN, SOLAT juga aspek utama kerana baik solatnya maka baiklah dirinya. wanita perlu lebih YAKIN dan UTUH jati diri "

syukran jazilan kak zubaidah bagi share <3

antara pesanan untuk sahabat:






okay, sampai sini sahaja perkongsian saya. yang baik diamalkan, yang buruk ditinggalkan. ingat ya sahabat! jaga iman, jaga diri baik-baik. SAYANG ALLAH! Assalamualaikum

Tuesday 10 January 2012

SYAMAIL MUHAMMADIYAH

andainya RASULULLAH masih ada...
ingin sekali aku mendengar dan melihat baginda berbicara


Al-Hasan bin Ali r.a meriwayatkan:
"Aku pernah bertanya kepada bapa saudaraku, Hindun ibnu Abi Halah yang sangat pandai menggambarkan sesuatu. aku katakan kepadanya, 'Gambarkanlah kepadaku bagaimana cara RASULULLAH berbicara.' "

lalu dia pun berkata, " RASULULLAH adalah seorang yang kelihatan amat prihatin dan berbicara hanya pada apa yang perlu sahaja. Baginda memulakan dan mengakhiri perbualan Baginda dengan menyebut nama ALLAH.

ucapan Baginda selalunya padat, terperinci, dan jelas - tidak lebih dan tidak kurang, tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. baginda selalu mensyukuri nikmat walaupun sedikit dan sama sekali tidak pernah mencelanya. baginda juga tidak pernah mencela mahupun memuji makanan. Urusan dunia beserta isinya pula tidak pernah membuat Baginda marah.

Jika kebenaran dilanggar, Baginda tidak akan diam sehingga kebenaran itu ditegakkan. Baginda juga tidak pernah marah dan tidak pula memperjuangkan hak kepentingan peribadi. ketika menunjukkan sesuatu, Baginda selalu menggunakan seluruh tapak tangannya. Apabila dalam keadaan takjub atau terkejut, Baginda selalu membalik (telapak tangan).

ketika berbicara, Baginda terbiasa menggunakan tangan untuk memperjelas perkataan dengan cara memukul-mukulkan telapak tangan ke ibu jari kiri. ketika marah, Baginda berbalik dan berpaling. ketika berasa tenang, Baginda menundukkan pandangan. tawa Baginda adalah senyuman, dan gigi Baginda kelihatan seperti butiran salju. ' " (Riwayat al-Tarmizi)

Saturday 7 January 2012

berdoalah kepadaNYA

" ALLAH does not judge you on how bad you in the past,  but rather on how good you strive to be now "

such a beautiful words is it??. Bismillahirahmanirahim and assalamualaikum to my dearest sahabat =D .

" sesungguhnya Tuhan-mu Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu pemalu lagi mulia. Dia ( ALLAH ) malu terhadap hamba-hambaNYA yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi olehnNYA akan permintaan itu " Riwayat Tarmizi dan Abu Daud



"sudah banyak kali saya berdoa tapi adakah ALLAH SWT akan makbulkan?? " MASYAALLAH, perkataan ini sering atau pernah bukan terkeluar dari mulut kalian semua?? tipu kalau tak pernah. sebenarnya sahabatku, mari saya bawa anda berjumpa jawapannya. cuba renung jawapan ALLAH SWT menerusi firmaNYA dalam ayat 60 surah Ghafir yang bermaksud " berdoalah kepadaKU, nescaya AKU (ALLAH) akan perkenankan doa permohonan kamu ". saya yakin tentunya kita tidak akan merasa ragu-ragu tentang doa kita sama ada dalam perhatian ALLAH ataupun tidak. sahabatku, apa doa yang kamu doa setiap hari?? jangan sombong ya, doalah kepada ALLAH walau sepatah doa pun. ALLAH suka kepada hambanya yang berdoa! =D

setiap daripada kita tentunya mempunyai impian dan hajat dalam menyempurnakan perjalanan hidup di dunia ini. hanya dengan kalimah " KUN FAYA KUN " , maka doa, hajat ataupun istilahnya harapan akan menjadi kenyataan. waktu itu, bertapa girangnya hati yang kecil kudus itu bukan?? tapi ada lagi malas nak berdoa. alahai, mengingati diri dan sahabat. daripada sekecil-kecil permintaan sehingga ke sebesar manapun sesuatu harapan itu hanya ALLAH SWT yang berkuasa menjadikannya kenyataan.

Pohon Hidup vs Pohon Mati

namun bagaimana pula bagi orang hidupnya tiada harapan, tiada impian, malah jauh sekali untuk mengangkat tangan berdoa- rasa malas berdoa. tentunya orang yang dalam hatinya ada rasa " malas meminta " pastinya tidak akan memperoleh apa-apa. orang yang malas berdoa adalah orang yang sombong. mari sama-sama kita periksa hati masing-masing. tentunya pernah terdetik rasa "malas meminta", bukan? orang yang tidak mempunyai apa-apa tentunya nanti perjalan hidupnya semakin lama semakin merosot - lemah jiwa dan pemikiran - hatinya kering. ibarat pokok yang akan layu dan mati. ini berbeza dengan pokok yang selalu disirami air, sudah tentunya dari jauh sudah nampak kehijauannya. sesungguhnya berdoa adalah baja kehidupan.

Doa dan Sabar


bermacam ragam dalam berdoa : ada yang baru satu atau dua kali berdoa tapi mengharap ia terus dikabulkan oleh ALLAH SWT; ada pula jarang berdoa tapi memohonya banyak; ada juga yang "rasa rajin nak berdoa" hanya apabila berada dalam kesusahan atau kesakitan sahaja...... ketika sihat dan senang berat sekali hendak mengangkat tangan walaupun untuk menyatakan syukur kepada ALLAH SWT atas nikmat yang diberi. bertapa ruginya orang sedemikian rupa. agak-agak kita dalam golongan mana? 

kalau ALLAH itu boleh malu andai tidak memberi kepada hambaNYA, apatah lagi kita sepatutnya lebih malu kerana malas meminta, jarang meminta kepadaNYA. namun, ramai antara sahabat yang tidak sabar-sabar agar doanya dimakbulkan ALLAH, tetapi bagaimana ALLAH akan memakbulkan doa kita andai kita berdoa "ikut mood" semata-mata? apabila ada hajat, kita menadah tangan, tapi kalau tiada hajat, lansung seusai solat kita terus bangun. ehem ehem, pernah buatkan? jangan menidakkan, itu sifat manusia leka dengan godaan dunia!

doa adalah permintaan atau harapan kita kepada ALLAH SWT. doa juga adalah talian kita secara terus debgan ALLAH SWT. untuk berdoa bukan semata-mata pada setiap kali selesai solat, malah di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. andai hati terdetik untuk berdoa, maka segeralah berbuat demikian.

kita sering mendengar ungkapan, " kata-kata itu adalah doa ". andai terdetik dalam hati akan sesuatu, maka itu juga dikira sebagai doa. jadi, berkata-katalah - di mulut atau di hati- hanya yang baik-baik saja. ini adlah kerana malaikat kiri dan kanan kita juga selalu mengaminkan doa kita. =D

pintalah apa jua kepada ALLAH SWT dengan penuh keikhlasan dan bersungguh-sungguh. ibarat sebaik saja kita aminkan doa, ALLAH terus menyambut doa kita. dalam apa pun doa kita kepadaNYA, ketahuilah bahawa rahmat ALLAH itu sentiasa mendahului daripada kemungkaranNYA. MasyaALLAH baik sungguh ALLAH!

ingatlah sahabatku, jangan kalian berburuk sangka kepada ALLAH SWT. bagi doanya sudah di makbulkan, bersyukurlah banyak-banyak dan jangan berhenti berdoa. tetapi bagi yang belum dimakbulkan doanya, usahlah berputus asa mengharapkan rahmat ALLAH SWT dan teruskan berdoa. mungkin ada hikmah di sebaliknya. ingat sahabatku, dengan mengingati ALLAH maka hati-hati akan menjadi tenang. tak nak hati tenang ke? pasti mahu kan? maka dekatkan diri dengan ALLAH SWT, berdoa adalah cara paling senang! ini keran doa mampu mengubah takdir. jadi selamat berdoa! ^_^

wahhhhhhhhhhhhh... panjang lebar entri saya kali ini, semoga bermanfaat kepada sahabat sahabat di luar sana. yang baik kita ambil, yang buruk kita tinggalkan. okaylah sahabat ku sekalian, jaga iman, jaga diri baik-baik ya. SAYANG ALLAH! assalamualaikum.




Friday 6 January 2012

tanda mukjizat ALLAH

assalamualaikum sahabat sekalian? sedang buat apa kalian sekarang? semoga tiap hari ada sumbangan sahabat kepada ISLAM. masyaALLAH indah bukan? 



sedarkah sahabat bahawa begitu banyak tanda-tanda kebesaran ALLAH SWT yang dapat diamati sama ada pada diri atau alam? daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar ciptaanNYA. walau sehebat mana pun makhluk bergelar manusia, mereka tetap tidak mampu untuk menandingi kehebatan ALLAH SWT. tidak percaya? seharusnya percaya, ini terbukti daripada kisah Firaun yang mengaku dirinya sebagai tuhan. bermegah bahawa alam semesta ini miliknya, tetapi akhirnya lupus dari dunia hanya kerana air. subhanALLAH, hebatnya kuasa pencipta! tanda-tanda daripada kebesaran ALLAH itu tidak perlu dilihat jauh tetapu perhatikan saja pada tubuh badan anda.

    1. pada telinga anda terdapat jaringan yang mirip dengan mata dan didalamnya terdapat 30 ribu sel pendengaran untuk memindahkan suara-suara yang paling halus. manakala, di dalam otak terdapat perangkat yang mengukur tingkatan masa agar suara sampai ke setiap dua telinga iaitu kanan dan kiri. tingkatan itu berfungsi untuk menyingkap sisi suara        bagi diri manusia

    2. pada kepala anda ada rambut. mungkin anda tidak tahu bahawa diatas kepala mempunyai 300 helai rambut. pada setiap rambut itu terdapat pembuluh darah, otot, urat saraf, kelenjar lemak, dan pelbagai lagi.

    3. adakah anda percaya bahawa pada bahagian lapisan di dalam  mulut terdapat 500 sel? dan setiap lima minit, setengah juta sel mati di dalam dinding mulut bahagian dalam sehingga akhirnya digantikan dengan setengah juta sel yang baru. sungguh luar biasa ciptaan ALLAH SWT.

    4. di dalam hati, terdapat 300 sel yang mungkin keseluruhannya dapat membentuk menjadi hati yang baru dalam jangka masa empat bulan. fungsi hati begitu banyak, sangat penting dan sungguh mengagumkan yang mana manusia tidak akan dapat hidup tanpa hati dalam masa tiga jam.

    5. pada jaringan mata jugak terdapat sepuluh tingkatan. bahkan, didalamnya turut terdapat 140 juta alat yang menerima cahaya. bukan itu saja, dari mata hinggalah ke otak, terdapat urat saraf mata yang terdiri daripada seribu jaringan urat saraf lagi. SubhanALLAH begitu halus ciptaan ALLAH kan sahabat??

    6. menarik lagi, dibawah permukaan kulit terdapat lima belas juta alat adaptor untuk meningkatkan kepanasan badan iaitu kelenjar peluh. pada setiap kelnjar peluh terdapat adaptor yang mengatur paras suhu kepanasan badan dan juga mengubah suhu kelembapannya.

    7. beralih kepada lidah pula, di bahagian permukaan lidah terdapat 9 ribu alat perasa untuk mengenali rasa manis, masam, pahit dan juga masin. apabila ia dapat dikenalpasti, rasa tersebut dipindahkan olehnya ke bahagian otak





    8. sesungguhnya, jantung berdenyut sebanyak 60 hingga 80 denyutan dalam satu minit. pada setiap hari, jantung berdenyut sebanyak 100 ribu kali manakal mengepam lapan ribu liter darah. sedangkan, 200 liter bersamaan dengan satu tong. kajian turut dilakukan oleh para ilmuwan dan para pengkaji berkenaan pengepaman jantung terhadap darah di usia manusia. ia terbukti bahawa jantung telah mengepam sebanyak 56 juta gelen dimana satu gelen bersamaan dengan 5 liter.

    jaga iman, jaga diri baik-baik ya sahabat sekalian. SAYANG ALLAH! assalamualaikum =D

    Thursday 5 January 2012

    fikir sebelum cakap

    Bismillahirahmanirahim, assalamualaikum sahabat sekalian. Apa khabar iman anda? Semoga bertambah cinta kepada ALLAH. Sukanya saya menggunakan perkataan ini kan? Seronok gembira jika cinta kepada ALLAH dalam diri sahabat semakin hari semakin bertambah.

    Baiklah, tajuk saya pada hari ini simple saja. “fikir sebelum cakap”, alahai di zaman serba moden ini bukan saja alatan canggih, bahasa yang digunakan pun tak ketinggalan canggihnya. Orang tua-tua selalu berpesan, cakap biar beralas, maksudnya bila kita bercakap sebaiknya kita fikir apakah kesannya di kemudian hari. Mana tahu disebabkan kata-kata yang keluar dari mulut kita menyebabkan hubungan silaturahim terputus. Banyak benar keadaan seperti ini berlaku. Subhanallah, ALLAH jadikan kita bersaudara jadi mengapa kita putuskan persaudaraan yangs ekian lama terjalin itu? Sahabat, mari muhasabah diri. Semoga sentiasa berada dalam redha ALLAH. Wahhhh, panjang “intro” saya kan? Sekadar mengingati diri dan sahabat =D

    Rasulullah s.a.w bersada yang bermaksud : “ sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, hendaklah berkata-kata baik atau diam. “ riwayat  al- Bukhari dan Muslim

    Dalam mengulas hadis ini, Imam al- Shafie berkata bahawa Rasulullah menyarankan kita agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata. Jika sesuatu yang mahu disampaikan kita ada baiknya, maka teruskanlah. Tetapi jika bimbang akan menimbulkan keburukan, maka adalah baik kita diam saja. Pernah sahabat terfikir begini??? Pasti pernah kan “perlu ke aku cakap? “ , “eh eh kalau aku cakap ni dia terasa tak? Dia salah paham tak?? “ , pasti ada bukansoalan-soalan ini sebelum sahabat bertanyakan sesuatu kepada orang lain? baik mari kita teruskan.

    Pada kebiasaanya, kita hanya akan berkata-kata yang baik-baik jika mahu orang lain selesa bergaul dengan kita. Kita akan mengelakkan daripada mengeluarkan kata-kata yang bakal menyinggung perasaan atau menyebabkan sakit hati. Ya ALLAH minta dijauhkan dari dalam diri kita kan sahabat?

    Berkata-katalah hanya yang perlu saja, tanpa meleret-leret dan panjang lebar. Rasulullah s.a.w sendiri ketika berbicara hanya mengeluarkan kata-kata yang sedikit tetapi dapat menjelaskan banyak hal. SubhanALLAH , hebat kekasih ALLAH ini! Mahu jadi seperti baginda? Kurangkanlah berkata tentang sia-sia, perbanyakkan kata-kata ilmu. =D
    Menurut Abu Muhammad bin Abu Zaid, setiap hadis yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w mengandungi makna yang amat hebat dan mendalam. Kesemua pesanan baginda dalam hubungan dengan manusia (hablum minannas) dibangunkan atas prinsip-prinsip berikut:

    ·        Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, hendaklah ia berkata baik atau diam.
    ·        Salah satu tanda baiknya seseorang adalah dengan meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya.
    ·        Jangan mudah marah =D
    ·        Tidak sempurna iman seseorang antara kamu sehingga ia mencintai kebaikan untuk saudaranya sebagaimana is mencintai kebaikan untuk dirinya.

    Seseorang pernah ditanya, “ mengapa engkau selalu diam? “ Dia menjawab “ Aku tidak akan menyesal kerana diam, tetapi aku sering menyesal kerana banyak bercakap “. Walaubagaimanapun, tidak boleh bersikap diam terhadap kebenaran keran ia akan menyebabkan kemungkaran bermaharajalela. Ingat itu sahabatku sekalian!
    Al- Imam al-Mawardi yang merupakan salah seorang ulama tafsir yang terbilang menjelaskan dalam tafsirnya berkaitan tuntutan menjaga percakapan, bahawa setiap perkataan yang dilontarkan hendaklah memenuhi syarat-syarat:

    ·        Isi kandungan percakapan itu haruslah untuk sesuatu keperluan
    ·        Ia disampaikan sesuia dengan tempat dan masanya
    ·        Ia difokuskan kepada perkara yang berkaitan dengan apa yang sedang dibicarakan
    ·        Ia disampaikan sesuia dengan keperluan
    ·        Memilih kata-kata yang tepat, ringkas dan padat agar sampai maksudnya.

    Tanpa mengambil kira fakta-fakta ini, dibimbangi ia akan mendekati perkara-perkara “lagha” yang menyebabkan pelakunya dipersalahkan di sisi ALLAH s.w.t.
    MasyaALLAH sahabat, kata-kata inibesar kuasanya. Sering kali kan kiata diingatkan, jaga kata-kata. Bak kata pepatah “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Rosak binasalah ia “. Aik aik hw reka pepatah sendiri, tapi ikhlas saya mahu kongsi bersama sahabat semua, jagalah setiap bait yang keluar dari dirimu.

    “ Jika kamu tidak mampu menggembirakan seseorang dengan kata-kata mahupun perbuatan, maka jangalah kamu menambah luka dihatinya ”

    Sekian sampai disini saja perkongsian saya pada hari ini, yang baik itu datang daripada ALLAH s.w.t. yang salah itu daripada diri saya sendiri, sama-samalah kita perbaiki diri dalam mencari redha ALLAH s.w.t. jaga iman, jaga diri baik-baik ya sahabat. Sayang ALLAH! Assalamualaikum =D

    Sunday 1 January 2012

    ahlan wa sahlan 2012

    assalamualaikum sahabat..
    SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALILLAHAILLAH WALLAHUAKHBAR..
    Alhamdulillah, bernafas lagi kita untuk tahun baru masihi ini. tahun baru hijrah sudah lama berlayar. apa-apa pun saya harap semoga tahun baru ini membawa seribu barakah kepada para sahabat. saya mulakan entri tahun 2012 ini dengan berkongsi sedikit wadah kepada para sahabat.

    10 Muwasafat Tarbiyah

    sekadar ingin saya berkongsi, semoga tahun ini kita sama-sama kita berhijrah ke satu jalan yang lebih diberkati oleh ALLAH SWT.

    1. Aqidah yang sejahtera

    2. Ibadah yang shahih

    3. Akhlak yang mantap

    4. Luas pengetahuan

    5. Sihat tubuh badan

    6. Mampu berdikari

    7. Melawan nafsu

    8. Sangat menjaga masa

    9. Tersusun urusannya

    10. Bermanfaat pada orang lain



    petua penting IMAM SYAFIE

    4 PERKARA MENGUATKAN BADAN

    1. MAKAN DAGING

    2. MEMAKAI HARUMAN

    3. KERAP MANDI

    4. BERPAKAIAN DARIPADA KAPAS

    4 PERKARA MELEMAHKAN BADAN

    1. BANYAK BERKELAMIN 
    ( Student sekarang suka tengok blue-blue, jaga pandangan ya sahabat)

    2. SELALU CEMAS

    3. BANYAK MINUM AIR KETIKA MAKAN

    4. BANYAK MAKAN BAHAN YANG MASAM
     ( ini student perempuan suka sangat)

    4 PERKARA MENAJAMKAN MATA

    1. DUDUK MENGHADAP KIBLAT

    2. BERCELAK SEBELUM TIDUR
    ( Student perempuan bercelak untuk ke kelas saja )

    3. MEMANDANG YANG HIJAU

    4. BERPAKAIAN BERSIH

    4 PERKARA MEROSAKKAN MATA

    1. MEMANDANG NAJIS

    2. MELIHAT ORANG DIBUNUH
    ( Ramai student yang suka melihat, kononnya berani)

    3. MELIHAT KEMALUAN
    ( Apatah lagi melihat bahan yang lucah )

    4. MEMBELAKANGI KIBLAT

    4 PERKARA MENAJAMKAN FIKIRAN

    1. TIDAK BANYAK BERBUAL KOSONG

    2. RAJIN BERSUGI

    3. BERCAKAP DENGAN ORANG SOLEH

    4. BERGAUL DENGAN PARA ULAMA

    4 CARA TIDUR

    1. TIDUR PARA NABI
    ( Tidur terlentang sambil berfikir kejadian langit dan bumi )

    2. TIDUR PARA ULAMA DAN AHLI IBADAH
    ( Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam )

    3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA 
    ( Mengiring kesebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan )

    4. TIDUR SYAITAN
    ( Menelengkup / tiarap seperti tidurnya ahli neraka - student ada yang suka tidur macam ini. salah itu, so sila ubah ya sahabatku )


    baiklah sahabat, cukup setakat ini perkongsian saya pada hari ini. yang baik kita amalkan, yang buruk kita tinggalkan. semoga senantiasa berada dalam lindungan ALLAH. jaga iman, jaga diri baik-baik ya. SAYANG ALLAH! =D assalamualaikum