Saturday 26 May 2012

# "tragedi sungguh dinner kita ni kak dayah" part 1

SalamAlayKum..

“tragedy sungguh dinner kita ni kak dayah” aha.. bak kata khairul junior aku. Si khairul ni pun terlibat untuk paperwork dinner PPK Bioproses.

Lama betul aku tak update blog, nak dekat sebulan. Biasanya ada je benda merapu nak di update, tapi disebabkan terlampau busy dengan macam-macam aktiviti, mid term 2 , plus-plus dengan broadbandnya aku tak nak bayar *sakit hati dengan celcom, aku mogok tak nak bayar.sekian…. So tak terupdatelah blog.
Betul kata orang, bila kita duduk kat bawah bukan main sedap kita bahan orang kat atas. Itu tak kena, ini tak kena. Itu tak cukup, ini tak cukup. Pesanan aku, cuba korang duduk dalam organisasi tu dulu, baru korang tahu betapa ‘hectic’nya kitaorang buat kerja. Tu tak termasuk ahli-ahli yang lepas tangan tak buat kerja. Semua perasaan bertukar jadi satu, rasa nak marah. Tak logic, korang dah besar. Orang dah bagi tanggungjawab, jalankanlah elok-elok. Duk buat ragplah awat??

Aku start busy time aku jerumuskan diri handle paperwork untuk dinner. Rasanya bukan kerja aku, tapi takpelah buat jelah. Sebab pada aku kalau sorang tak gerak, takkan ada orang nak gerak. Tarikh dah dekat sangat, tapi satu habuk tak gerak. Speechless!
Disebabkan rasa nak tolong aku tinggi melampau-lampau kalahkan Gunung Kinabalu, aku tolong edit balik paperwork. Sebenarnya, paperwork ni dah lama siap. Dan tak silap aku, dah dihantar pun untuk HEP proses. Katanya mula-mula kami buat dinner kat DEWAN WARISAN,KANGAR. Before kejadian, macam-macam jenis nama dewan disenaraikan, kunon nak buat dinner kan.hehe, aku bahagi tugas, ainon call/incharge untuk Dewan Warisan, Bell untuk Dewan Belia, and lastly Meor Dewan Matrikulasi Perlis dan Hotel Seri Malaysia.
Dipendekkan cerita, Dewan Belia tak boleh buat dinner sebab tak dibenarkan bawak masuk makanan dalam dewan tu. Ok 1 dewan dah reject, then Hotel Seri Malaysia pun direject sebab kapasiti dewan tak mampu nak tampUng jumlah student dan staf PPK yang ramai. 2 dah direject, senyap seminggu tanpa kata or apa-apa berita last sekali, ainon call aku cakap Dewan Warisan boleh disewa. Seronok tak terkira aku, yelah hal dewan dah settle, catering pun dah settle.

Maka dinner mesti jalan kan?? Tup tup tiba-tiba cancel, tahu sebab apa? Cadang kami nak buat dinner 31 Mei 2012, tapi time tu Dewan Warisan dah dibook seminggu  untuk Pilihanraya Umum.so, nak tak nak kenalah redha, pasrah, akur dan segala jenis perasaan menerima jelah. Paperwork entah kemana, surat permohonan entah kemana. *time tu aku tak incharge lagi untuk kerja-kerja call mengcall, menaip surat(pelik je bahasa), bidang terjun ke.  Ni semua bukan profession aku.chewaahh

Sukan antara PPK yang buatkan aku kena handle paperwork, dah nama kau setiausaha kau buatlah kalau kau rasa tanggungjawab kan Dayah? Paperwork tu sebenarnya Aza dan Khairul yang kena handle. Tapi disebabkan mereka-mereka ini terlibat dengan sukan PPK dan aku pun telah bersara dari terlibat dengan sukan PPK. Pemalas! Maka aku take over siapkan paperwork.

Bila paperwork dah nak siap, masalah timbul dewan tak ada. Haru biru sungguhlah, tapi berlagak cool lagi even aku ni memang kalut kadang-kadang orangnya. Najeeb take part settle hal dewan, haa kau carilah dewan dalam negeri Perlis ni. Aza bagitau akau Dewan Matrikulasi Perlis ok, boleh guna. So aku buat surat permohonan nak sewa dewan. Dah call, dah faks surat ke Matrik. Aku ingat lagi ayat skema aku

“jadi bila tarikh kami boleh tahu jawapan tentang sewaan dewan ya?”
tak pernah aku cakap skema gitu, aha nerd dayah nerd. Dah nak deal dengan pihak atasan, kenalah nerd. Jawab mereka
 “ result kami akan bagitahu dalam masa 1 atau 2 hari lagi ya”.
 “oh ok, terima kasih ya. Apa-apa contact number dalam faks tu ya.”

Ok dah settle, 3 minggu menjelang tarikh dinner 31 Mei 2012. Tunggu sehari, tak ada jawapan, tunggu 2 hari tak ada jawapan. Manalah Matrik ni, tak call-call. Paperwork tak jalan-jalan sebab belanjawan tersangkut. Hari kelima, weekdays pulak tu. Aku text Najeeb tanya pasal dewan, jawapan menyedihkan. Tak ada respon. Hari Isnin, aku mintak Najeeb call Matrik. Sadis, Najeeb call, time tu pukul 2,

“adik, boleh call balik pukul 3? ”. Call pukul 3.
“adik, boleh call balik pukul 4? ”. Call pukul 4.
“adik, boleh call balik ESOK? ”. Esok ye esok, ok baik.
Esoknya, aku pulak yang call. Lemah lembut, sopan santun macam perempuan melayu terakhir aku cakap. Dorang tanya,
“dah hantar surat ke? “ aku jawab “dah, saya dah faks MINGGU LEPAS”.
“ SEKEJAP ya, saya cari surat”. “ so bila kami boleh tahu jawapan ya? “
“ kejap lagi kami call adik balik ye.” “ok baik, terima kasih” . aku tinggalkan nama dan no phone.

 Sejam aku tunggu tak ada jawapan, 2jam tunggu sama je. Last sekali pukul 5, orang mesti dah balik kerja kan? Gumam aku sorang-sorang. Bersangka baik, maybe esok diaorang call ni. Sekali sampai sudah tak call, kalau tak nak bagi sewa at least bagitahu, aduhai. Penat ,berjanggut aku tunggu-  macam tunggu buah jatuh ke ladang gandum. Dan jadilah koko krunch!. *start dah merapu, dayah oh dayah…………….zzzzzzZZZZ

And korang nak tahu apa jadi? Tunggu aku update next entry ye, kita tengok, dinner tu jadi or tak? Dewan? Catering? Tarikh? Apa jadi next-next? Sabar nah, ok jaga diri dan iman baik-baik. SAYANG ALLAH, RASULULLAH DAN IBUBAPA. Assalamualaikum =)