Friday 21 December 2012

The End of Semester 1 3rd year...


SalamAlayKum..

Alhamdulillah, hari ini (21/12/12) berakhirnya kuliah untuk semester1 tahun 3. Banyak sangat cabaran, ujian sepanjang semester ini. Dan juga banyak sangan kenangan manis, kenangan pahit yang tak mungkin aku lupakan.
Bermula dengan PPMS, seterusnya watikah perlantikan MPKK, dan last sekali IMT-GT 14th. Ppms & MPKK tu aku dah cerita kan? So aku beralih cerita sikit pasal IMT-GT. Sebenarnya program ini gabungan 3 negara, iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand. So, time tu aku jadi L.O ( Lison Officer ) untuk Prince Songkla University (PSU). Time ni kena speaking. Apa merumitkan aku, rupa- rupanya nak bercakap dengan orang luar ini susah. Mana taknya, korang kena betul-betul faham apa yang dorang  cuba nak sampaikan, bayangkan nak pergi mall or kedai contohnya macam kat Kangar or Changlun siap dengan tangan bagai nak explain. Ditambah dengan campur aduk bahasa (English + lohgat Thai) memang buat aku kompius. But nice, Uni yang aku jaga ni awek-awek thai yang cun dan peramah. Kebanyakkan mereka yang datang ni sebaya aku and kalau the advisor tu barulah lebih tua sikit dari aku.
Program tu berjalan selama seminggu, mula dari 30 November sampailah 4 Disember 2012. Dalam program tu terbahagi kepada seminar, sukan, dan kebudayaan. Kira macam pertukaran idea, pendapat, dan budaya. Tahun lepas program ini kat Indonesia, then tahun ini Malaysia jadi tuan rumah. Tempat berlansung program ini kat UniMAP, sekitar kampus tetap Pauh Putra. Part aku ialah aku incharge untuk Uni yang ambil bahagian dalam seminar saja.
Dalam jadual program, kami adalah kena bawak depa ni pergi Muzium Padi, Pekan Rabu dan Pusat Sains. Tahu tak dekat mana? Kat Kedah je pun, start dari pagi sampailah ke petang harinya. Sangat – sangat penattttttt! Tapi seronok, bolehlah aku berjalan =) cuci-cuci mata kan? Hihi.. tu jelah aku nak cerita pasal IMT-GT 14th. So next year, Thailand will be the representative. Sampai ketemu ya! Take a look on this picture below =)

Muzium Padi yg unik!
aku tak bayar pun, semua free. saja nunjuk tiket! hihi 

 

its gorgeous!

 

 

IMT-GT 14th =)
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Next, program ialah “ Fruitty Party” yang berlansung kat PPK Bioproses pada 19 Disember 2012. Sebenarnya nama program ini " Gathering for Us" , tapi aku tak tahu masa tok kaduk bila si Najeeb tukar nama. dah tu tak bagitahu aku pulak tu! grrr, but its ok lah. yang penting program berjalan dengan lancar hendaknya =). Kira ini last program dari aku dan rakan-rakan MT (Majlis Tertinggi) PPK Bioproses yang lain. So what’s going on? Hari itu, start dari pagi sampailah ke petang hari. Aku memang tak duduk diam, aku, Wani dan Najeeb. Pagi-pagi dah kena datang Dragon, set up tempat untuk program. Kami 3 oranglah duk mengangkat-angkat segala jenis meja dan kerusi. Berat kot! Then kemas-kemas bagi cantik-cantik sikit meja tu, macam tak rupa meja dah. Perempuan biasalah, nak Nampak cantik je kan semua benda? Semua dah siap set up, then tunggu barang-barang sampai. Dalam lab Process Instrument dah menyucuk-nyucuk ( bahasa hape benda nih? ) bau si duri Durian. Huuu pening aku! Aku dengan Wani, toksah cakap duk ke hulu ke hilir cari barang, siapkan boring, apa lagi banyaklah kami siapkan. Person incharge tak ada! Ko bayangkan masa tu, penat sangat kitaorang.
Program tu start pukul 2-6 petang. Tapi dah pukul 2, still tak Nampak students berkumpul. Buat-buat tak tahu, tapi dalam hati aku dah buat hebahan dalam FB school kan?? Dah tampal memo kat library kan? Dah acane ni, tak ada orang? Nampak je cool, tapi dalam hati dah kelam kabut. Tapi still aku buat rilex paotong-potong buah. Nak buat rojak! Si Wani pulak hari tu, suka sangat derma darah. Aku tak tahulah kenapa, jari dia dua-dua belah tangan luka kena pisau, darah tak berhenti! Menitik –nitik atas lantai, ya RABB  (geleng-geleng kepala).
Kerja tak berhenti-henti datang, asyik kena kupas buah, kena make sure makanan students cukup, kena kemas meja yang bersepah. Hai penat dah ni wei! Cepatlah pukul 6, tak larat dah aku ni.
Hari tu memang best, mulut aku ni tak berhenti mengunyah. Sampai Fatin tanya aku,

Fatin: “ Dayah tak makan lagi ke hari ni? ( maksud dia, before program start)”
Aku : “ Eh, dah makanlah Fatin. Kenapa? “
Fatin : “ Tak Fatin tengok Dayah macam tak makan lagi (ayat lapik, padahal nak cakap aku kebulur kan? ) HAHA..
Aku : “ Bukanlah, dayah excited tengok banyak sangat makanan. Tu yang berhenti lagi makan dari tadi)

I see, muka aku masa tu Nampak jakun ek? Haha, alah dah makan free. Ape lagi? Kita bedal jelah kan?hihi.. serius hari tu banyak sangat buah, sampai tak cukup ruang dah dalam mulut ni nak sumbat makanan mana satu, dengan mee, bihun, kuey teow goreng, sosej dan segala benda. Mana aku tak tempting kan?? Ce kabo sikit, haaaa.. hihi tak termasuk buah-buah lagi. Durian bergolek-golek atas meja, tapi aku makan 2 3 ulas je. Sebab tak minat durian rasa macam tu, durian kat Kuantan jugak tetap menjadi pujaan hati! Pendek cerita, time tu ade slot kena cipta maskot dari bahan terbuang. So , engineer- engineer ni ape lagi! Memang kreatif, kelakar, macam tak logic pun ada ciptaan mereka! Kalau korang tak percaya, nanti tengok gambar-gambar kat bawah. Ada jugak slot ukir buah tembikai, cantik dan menarik. Rupanya berseni jugak ye si engineer =). 



 










Ok panjang lebar entri ni, penat menaip, penat membaca. Fairlah kan? Sempena nak dekat-dekat final ini, aku nak mintak maaf banyak-banyak kalau aku ada buat silap or salah or guris-guris hati ke. 0-0 lah ye! Paper first aku start 8/1/13 till 17/1/13. Do pray for me ye sahabat sahabiah sekalian! Jaga diri & iman baik-baik. Bye =)