Sunday 18 December 2011

aku mahu berniqab


assalamualaikum semua.apa khabar akhwat, ukhti? semoga kalian sihat dan sentiasa dalam rahmat ALLAH. ALHAMDULILLAH, sampai kehari ini kita masih bernafas bukan?
berniqab, kalian tahu apa itu berniqab? SUBHANALLAH, itu sudah lama saya cita-citakan. untuk pengetahuan sahabat, sudah lama hasrat saya mahu berniqab, tapi sehingga kini saya masih tidak melaksanakan ia.sebenarnya berniqab bukanlah perkara yang susah, ia sangat senang dan mudah. apa yang bermain difikiran saya sebenarnya? dikala ini, hati saya mebuak-buak mahu berniqab. kenapa? kerana saya malu dengan diri saya, saya tidak mahu lagi menjadi fitnah kaum ADAM. saya pernah menagis seorang diri, waktu itu ketika saya selesai mengerjakan solat Asar. seusainya saya berdoa, tiba-tiba hati saya menjadi pilu. saya berfikir sejenak, mungkin ALLAH sudah bukakan hati saya untuk berniqab. tetapi hati saya masih berbolak balik, mengapakah? saya sangat hairan, saya takut untuk memberitahu yang lain saya mahu berniqab. jadi saya hanya pendamkan hasrat itu.    kalian, tujuan saya menulis entry ini adalah untuk saya berkongsi rasa,. ya! hati saya pada ketika ini sangat melonjak-lonjak mahu berniqab! saya rasa sudah tiba masa, hati saya sering berbisik kepada diri "hidayah berniqab itu indah, ALLAH dah bukakan hati awak untuk berniqab, kenapa awak masih ragu-ragu?"
ya, saya masih ragu-ragu. saya tidak tahu kenapa, jadi saya harap kalian doakan saya. doakan saya berniqab. saya berasa malu dengan diri saya sekarang, saya rasa saya tidak mahu keluar, saya tidak mahu berjumpa sesiapa. baiklah kalian semua, satu pesanan saya. saya harap jika kalian membaca entri ini, doakan saya. doakan saya berniqab.kerana, bukankah itu perkara mulia?
assalamualaikum


2 comments:

  1. yup memang bnyk dugaan dan halangan nak berniqab..saya pon berniat tapi sampai sekarang tak terlaksana. the 1st thing come to my mind bile nak mula berniqab ni penerimaan orang sekeliling kita...hmm tapi insyaAllah saya akan cube jugak..hope anda jugak mampu ^_^

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..
    ada jugak orang sama niat dengan saya..
    insyaALLAH, KALAU niat itu baik akhirnya pasti ALLAH permudahkan jua =D
    btw, terima kasih sudi jenguk blog saya..
    salam ta'aruf

    ReplyDelete