Saturday 28 April 2012

i-Envex

assalamualaikum.. 
lama benar tak update blog, ada yang tanya kenapa saya tak update? maaf sahabiah, saya agak busy sejak 2 menjak ni. *mengalahkan PM. jadi apa khabar sahabiah? semoga sihat hendaknya.

untuk kali ini saya nak share pengalaman menjadi L.O. apa itu L.O? it stands for Liason Officer. atau dalam kata lain Usher atau Pegawai Pengiring. jelas ke?
apa tugas saya? tugas saya simple dan cukup senang. tapi memerlukan ketahan mental dan fizikal. kenapa mental? sebab kami deal dengan pelbagai jenis manusia yang pelbagai ragam dan karenah. 
saya menjadi L.O untuk kategori MIYIO. iaitu kategori bagi sekolah berasrama penuh (SBP). kira deal dengan adik-adik yang comellah ni =)

saya memegang sebanyak 4 buah sekolah, SMS Mohammad Jiwa Sg Petani Kedah, SMS Sultan Iskandar Mersing Johor, SMS Labuan, SMS Tunku Syed Putra Kangar Perlis.
tugas saya kutip kupon makanan, distribute makanan untuk student dan guru pengiring, sampai maklumat-maklumat terkini kepada peserta, usher untuk juri International (Korea,Eygpt, Germany dll), kadang-kadang semua benda saya nak buat but i enjoyed it!! seronok, seriusly (^_^)v
penat tu adatlah, mana ada kerja dalam dunia ini tak penat.kalau ada cuba bagitau pada saya, kerja apa dalam dunia ini tidak penat? tidur pun penat, aik kenapa? sebab kalau terlebih tidur and then after kita bangun badan mesti jadi penat balik.. wallahualam, saya kurang pasti tapi itu yang berlaku pada diri sendiri. *jauh saya melilau, back to the story.


apa itu i-envex? i-envex ialah pameran antarabangsa yang melibatkan beberapa buah negara termasuk Malaysia. di sini para peserta daripada pelbagai jenis universiti mempertandingkan produk mereka yang telah di inovasikan. berlansung selama 3 hari bermula pada 27 April sehingga 29 April 2012.

sejujurnya banyak pengalaman yang saya dapat melalui program besar sebegini. mengajar semangat team work, kepantasan melakukan kerja dan menyelesaikan masalah disamping mengeratkan hubungan antara pelajar. its awesome!


lastly, i just want to say thanks for all my friends. and my bestfriend how always be by my side, take care of me. advise malam tu sangat buatkan hati ini sentap, ye saya terima cabaran awak. doa semoga berjaya ye sahabat! nanti saya tuntut hadiah! =) sayang kawan <3
jaga iman dan diri baik-baik. SAYANG ALLAH, RASULULLAH DAN IBUBAPA. Assalamualaikum

Friday 13 April 2012

rahsia solat awal waktu

assalamualaikum sahabiah. apa khabar? lamanya saya tak update blog, ada yang tunggu?? jadi apa khabar semua? semoga sihat ALHAMDULILLAH ye.. solat, baik saya nak tanya sahabiah sudah solat? apa itu solat? kenapa kita solat? mesti sahabiah tertanya-tanya bukan? ada tak ibu atau ayah mengingatikan sahabiah tentang solat di awal waktu? pasti ada,jadi hari ini saya nak berkongsi rahsia solat awal waktu. menarik bunyinya bukan?

setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. walaupun pelbagai kaedah meditasi dicipta seperti tai chi dan qi-gong, tetapi kita perlu bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh ALLAH SWT tanpa perlu memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

waktu subuh
pada waktu subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisme tubuh. jadi warna biru muda atau waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan penawar atau rezeki dan komunikasi. mereka yang kerap tertinggal waktu subuhnya ataupun terlewat secara berulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalaha komunikasi dan rezeki.
ini kerana tenaga alam biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. di sini juga kita dapat cungkil akan rahsia diperintahkan solat pada awal waktu.
bermula sahaja azan subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. jadi mereka yang terlewat subuhnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

waktu zuhur
warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu zuhur. spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. warna kuning ini mempunyai rahsia berkaitan dengan keceriaan. jadi, mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat zuhur berulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

waktu asar
kemudian, warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan frekuensi prostat, uterus, ovari, dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. rahsia warna oren ialah kreativiti. orang yang kerap tertinggal asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau pada waktu asar ini, jasad dan roh seseorang ini terpisah(tidur). dan jangan lupa, tenaga pada waktu asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

waktu maghrib
menjelang waktu maghrib, alam berubah ke warna merah pada waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infrared) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. 
mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini untuk mengerjakan solat dahulu kerana banyak interferens(pembelauan) berlaku pada waktu ini yang mengelirukan mata kita. rahsia waktu maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

waktu isyak
apabila masuk waktu isyak, alam berubah ke warna ndigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. waktu isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian dimana frekuensinya bersamaan dengan frekuensi kawalan otak. mereka yang kerap ketinggalan isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu dimana is bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. tubuh septutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamulail.

alhamdulillah, cukup lima waktu rahsia perkongsian solat awal waktu. mesti sahabiah tertanya-tanya mana saya dapat artikel ini bukan?? saya dapat melalui bacaan majalah, rasa tertarik untuk berkongsi. ini adalah ilmu baru bagi saya, jadi apa salahnya saya berkongsi ilmu dengan sahabat sahabiah bukan??

betul kata orang, jangan tidur selepas asar, ada hikmahnya. kata ibu jangan masuk rumah sebelum maghrib, ada hikmahnya juga. setiap apa yang dilarang itu pasti ada hikmah di sebaliknya, maka bersangka baiklah kamu kepada sesuatu =)

baiklah sahabat sahabiah, cukup setakat ini perkongsian saya. insyaALLAH jika ada waktu kelapangan saya update lagi. jaga diri dan iman baik-baik. SAYNG ALLAH, RASULULLAH DAN IBUBAPA. jazakumullahu khairan katira =) Assalamualaikum

Sunday 1 April 2012

husnuzon =)

:: Bila perbuatan sahabatmu melukakanmu, hapuskan luka itu dengan

 zikrullah. Jangan kita kembali mencari kesalahan mereka, kerana

 jika itu yang kita lakukan, tiada bezanya kita dengan mereka. 

Biar

 tali ukhuwah yang hampir terputus itu kita yang sambungkan.

 Biarlah mereka seakan-akan cuba meleraikannya dengan prasangka

 yang wujud dalam hati mereka. Anggaplah prasangka mereka sebagai

 satu peringatan buat kita. Kita tak ada hak untuk marah pada

 mereka. Orang yang bertaqwa ialah orang yang menahan amarahnya

 dan memaafkan orang lain. Bila hilang kedua sifat itu dari diri

 kita, ke mana hilangnya taqwa kita? Hidup ini biar positif.

 Memang, luka itu mula-mulanya pedih..sehingga air mata pun boleh

 mengalir. Tapi biarkan masa yang menyembuhkannya. Parutnya boleh

 hilang jika kita pinta penawarnya daripada Allah :) ::