Monday 12 November 2012

oh, please Gunung Jerai!!

SalamAlayKum..

" ku ukir namamu,
di awan Gunung Jerai,
bersaksikan daun,
daun nyiur melambai... "

ok, cukup berjiwang. bukan aku nak cerita perihal Pantai Merdeka. aku sebenarnya nak cerita pasal kecantikkan yang teramat tu atas tu hah, Gunung Jerai.

first time untuk aku atas Gunung Jerai, maka perasan "Jakun" dalam diri otometik switch on! heee 
Subhanallah, cantik sungguh kejadian ALLAH..
hati jadi tenang tengok kabus, bunga, langit, chalet-chalet and macam-macam lagi.
 2-4 November, maka kakiku terjejak kat The Regency. tempat dia memang cantik. kalau korang tak percaya ce google ce google.

http://www.theregency.com.my/JHR/homeJ.html

dah acane nak cerita ni?
okay, aku mukadimah pasal tentatif program kat sana dululah. program sana tak ada pun teruk memenatkan ke apa, semua santai-santai and relax sahaja =)


2- 4 November 2012
tahu tak kenapa aku aku pergi Gunung Jerai bagai? sebab utamanya ialah aku kena pergi watikah perlantikan MPKK. pe kebendanya tu? kalau korang student UniMAP, maka secara otematiknya korang akan tahu pe kebendanya tu. Majlis Penghuni Kolej Kediaman (MPKK). akhirnya, Alhamdulillah setelah setahun lebih aku merajuk.. uppps, tukar cerita.. setelah sekian lama aku menunggu, jadi pun kau cik kiyah propa MPKK. hehe


MPKK sesi 2012/2013 <3
program kat sana lebih kurang kepada pendedahan untuk kami bakal-bakal MPKK (time tulah bakal, sekarang dah jadi MPKK) untuk buat paperwork. kami diminta keluarkan idea-idea bernas untuk jalankan program. Untuk siapa? untuk hangpa lah student UniMAP tersayang, wah cakap nak bimbo je kan kau macam kau NC je dayah! haha
banyak benda aku belajar time tu, dan ramai kawan baru yang aku kenal. semua menyenangkan! tempat, kawan, makanan dan segalanya tentang Gunung Jerai buatkan aku tersengih macam kerang. *ALLAH buruknya rupa dayah, dah lah tak comey dah. pergi senyum macam kerang pulakkk..

 dah cukuplah merepek, lets picture talk everything 
(^_^)v

Bismillahirahmanirahim


group 2
group 3




group 5


group 4, kepochi seyh! haha
group 1


rumahku syurgaku, teratak ni bukan main lawa
dapat kat kami macam hampeh dikerjakan. =)



kabus i tell you!
 dan watikah perlantikan MPKK pun bermula...

this is what we call borang "Aku Janji"

ni geng-geng semeja makan aku.
kuat sangat makan!

im officially as MPKK =)
nama panjang bagai nak rak!
penat aku nak nulis dalam exam paper
=..=

ni hah aku nak tunjuk sebenarnya, pemandangan yang maha-maha chantek. tak pernah aku tengok pemandangan yang chantek terlampau XXX ni. tenang, release semua masalah, jauh dari hiruk pikuk kesesakan di bandar. pheww pheww ayat nak karangan BM je kau dayah kan?? haha

 

 

 

 

 


 







last but not least, pesanan dari penaja.





























Alhamdulillah, sampai jugak aku ke Jerai. melihat keindahan ciptaan Illahi. korang patut datang sini, rasa sendiri apa yang aku rasa. kejakunan yang terlampau. hihi, apa-apa pun Tahniah aku ucapkan kepada semua MPKK sesi 2012/2013. jalankan tugas dengan baik, amanah yang diberikan manfaatkanlah sebagai satu platform untuk majukan diri lebih ke hadapan. woooo macam PM tak aku cakap? sorry entry aku dikala malam hari memang merepek, kalau korang tak suka buat tak tahu je lah ye. anggap macam cekedis, kau telan-telan lama-lama habis jugak. =)
yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
jaga diri dan iman baik-baik.
bye

Thursday 1 November 2012

nak sangat balik awal, padan muka!

SalamAlaykum..
hi, salam aidiladha! mood raya lagi kan? aku harap macam tu lah. so banyak makan daging? masak apa je?

orang duduk beraya, berghumbira lagi kat kampung halaman. tapi aku dah kena balim peghlih hari ni. eh salah, semalam balik, sampai pagi tadi. what a terkejut beruk, sebab aku tak pernah tido mati macam tu. sedar-sedar dah sampai kangar. pak cik bus jerit-jerit "kangar-kangar". seriusly aku macam minah senget, cabut sweater, gulung-gulung shawl then aku terjun je tangga bus tu. terkocoh-kocoh nak ambik beg. sempatlah phone aku buat kuak lentang atas bus! for the second time kau jatuh ye hanpong kesayangan! werrrrr..alkisahnya, aku mimpi best. tu yang tak sedar dah sampai kangar. 

dah tu aku tak tahu nak buat apa, biasanya ada pak cik taxi yang tanya. "taxi dik??" kunon masa tu aku buat muka berlagak, takpe  tak nak. tapi sekarang, tak ada satu pun taxi. kepala aku still kosong, tak boleh fikir dengan elok lagi. melayang entah ke mana, heret bag gila berat! "hey, kau bawak balik penyu ke hape ni dayah? berat gila!"

aku heret beg, sampai depan kwsp! then aku buat muka jakun, tak tahu apa aku fikir masa tu. nasib baik ada kerusi batu. aku letak beg tepi. aku duduk, lama aku duduk. tengok manusia-manusia naik motor, naik kereta. dan orang-orang sekeliling semua pandang aku."eh, aku tak lari rumah lah. aku baru sampai je pun". 

30 minit berlalu.. 

kejap aku bangun, kejap aku duduk. phone pulak aku tutup, case battery habis. ada satu bar je lagi, tu pun dah nyawa-nyawa ikan. check phone contact. dari A to Z aku scroll down, tak tahu apa aku cari dalam tu. padahal nak cari nombor taxi, nasib kaulah dayah. jumpa pun nombor taxi, boleh lagi aku buat soal jawab. "nak call ke tak nak, ke nak tunggu bus shuttle je??" Ya ALLAH dayah, dayah kena sampuk ke hape ni? mamai dari tadi, puas otak aku nak menghadam perangai pelik di pagi 1 november ni. herm, last sekali aku call jugak.

aku: assalamualaikum, pak cik. boleh ambik saya tak? kat kwsp?
pak cik taxi : waalaikumussalam, haa boleh-boleh. kwsp sebelah mana? bank islam ke?
aku : eh bukan bank islam, maybank pakcik. eh ambik sy kat bank islam lah..pak cik sampai pak cik call saya ye?('eee macam hape dah cakap!')
pak cik: okok, baik.

aku pun heret beg pergi belakang kwsp, dekat dengan bank islam. then pak cik call.. balik wang ulu~~

sampai rumah, K. O. S. O. N. G.


dan

haa aku pun tak percaya perangai aku. padahal aku ni orang paling cerewet bab mengemas, semua nak tengok sama. bersih, tersusun.. tapi tahu apa aku buat dalam rumah?? 



aku sepahkan meja, aku teraburkan baju atas katil. macam orang hilang mak dah gayanya! dayah-dayah,cukup cukuplah tu.

then semangat aku nak pergi Kangar, nak beli baranglah kunon. punya semangat inkuiri gosok tudung. last-last, aku biarkan..


tudung terbengkalai atas papan gosok, aku hilang entah kemana, beli barang entah kemana, perut lapar entah kemana.



pandang luar dengan perasaan kosong sambil lambai-lambai tangan kat bus shuttle (T_T). tulah padah balik awal, orang semua cuti kau pulun nak balik awal. padan muka

p/s : entri mengarut, tak tahu apa motif aku update?? sorry kalau korang baca =D

bye, salamAlaykum :)