Sunday 30 March 2014

Yakult

Assalamualaikum..

    Pernah minum Yakult? Jangan terkejut kalau ada kawan-kawan korang yang tak pernah pun minum Yakult. Apa rasa Yakult ek?? Masam manis sikit, rasa masam tu datang dari rasa citrus lime. Yakult hanya ada satu rasa je ye. Dan if minum sejuk-sejuk memang best!


    Apa maksud Yakult? Yakult berasal daripada perkataan Espreto iaitu bahasa perantaraan dunia pada zaman dahulu yang membawa maksud susu masam. Yakult bukan bahasa Jepun ye, so please take note =D

    Apa ada dalam Yakult? Strain Shirota ialah sejenis bakteria yang hidup. Setiap 1 botol kecil Yakult ada lebih kurang 30 billion Strain Shirota. So you must keep it under temperature below than 10C (dalam peti sejuklah senang cite), sebabnya dalam keadaan sejuk bakteria akan 'tidur' dan tiada proses fermentation berlaku. Tapi if letak kat room temperature bakteria akan sibuklah duk bekerja, means proses fermentation berlaku. At the end accumulation of Lactic Acid. Sebab tu kita boleh tengok susu akan jadi pekat likat memikat (err memikat ke masam-masam gitu?) ekeke..

    Yakult ni ada dua jenis, 1. Yakult Ace 2. Yakult Ace Light
Yakult Ace Light lagi mahal dari Yakult Ace, Kenapa ek? Padahal Ace light less sugar. Aku selalu tertanya kenapalah Yakult less sugar ni mahal, not Yakult sahaja tapi Vitagen pun sama. And jawapan dia, kalau korang baca kat packaging belakang tu dia ada tulis Fruktosa (in English is Fructose). Fructose ialah sejenis gula daripada buah-buahan, so ongkosnya lagi mahal daripada gula biasa. Untuk Ace pulak sucrose digunakan. By then, lepas ni jangan merungut lagi kenapa Ace Light lagi mahal dari Ace.


Yakult Ace Light

    Kebaikan Yakult? Banyak kebaikan Yakult, salah satunya ialah ia sangat baik untuk usus. Strain yang ada dalam Yakult mampu bertahan  dengan acid yang sangat kuat dikeluarkan oleh perut iaitu hydrochloric acid. Next, Yakult jugak adalah sebagai agen pencegah kanser. Kajian saintifik terhadap Yakult telah lama dijalankan dan ia terbukti dan diakui oleh pakar dan doktor. And sesiapa yang ada masalah buang air besar tu dah boleh jinak-jinak minum Yakult setiap hari. Yakult boleh disajikan dengan pelbagai variasi minuman sejuk. Tapi ingat, jangan panaskan Yakult sebab secara tak lansung kultur hidup yang ada akan automatik mati. Kultur hidup ni tak resistance dengan high temperature okay! 

    So far, itu je yang aku nak share. Minumlah Yakult: Setiap orang, setiap hari. Yakult tak ada food additive, stabilizer, and presevative. Ambil satu botol dah cukup untuk setiap orang setiap hari.

Bye =D

Our last Class Trip

Assalamualaikum..

 Apa khabar yop? Berapa hari ek aku hilang, sorry ioolls is busy. Kali ni aku nak cerita sikit je, ni entri bergambar ye. So, lets the picture stories everything. 

Hari rabu hari tu, aku pergi class trip a.k.a Industrial Visit bersempena dengan subjek Bioprocess Plant Design yang ada tiga kekdahnya Pharmaceutical, Food and Biofuel. Kengkawan aku sibuk siapkan paperwork, terima kasih banyak-banyak sebab bertungkus lumus siapkan paperwork ye kawan-kawan. Jasamu akanku kenangan sampai bila-bila. Trip kitaorang 3 hari berurut hokeh! Sila jeles, ihii..

Al-kisahnya, pagi 26 March semua dimintak turun kat tempat bus pukul 7.10 pagi. Tapi mesti ada yang lambat kan, termasuklah Kak Ton ni. Aku pack barangin awal, petang 25hb sebab malam tu aku kerja sampai pukul 12 so untuk mengelakkan aku ni buat kerja last minit alih-alih tinggal itu ini. Maka aku pun pack le barang awal-awal, kalau umi tahu mesti umi ngis gembira dengar aku pack barang awal. Biasalah aku ni kalau nak balik Uni mane reti nak pack barang awal-awal, sampai last-last umi bising itu ini baru aku terkulat-kulat pack barang. Oh menggg..haha

Bus gerak tepat pukul 8 pagi otw ke Sungai Petani, sape orang SP mesti tahu kat mana Idaman Pharma kan? Tu first visit kitaorang.





Lepas siap talk, pusing kilang tangkap gambar bagai kami otw fiuuuuuuu gi KL. Sepanjang jalan aku asik tido membuta tak habis, aku memang pantang duk dalam bus. Aura tido tu memang infinity ah. Aku terjaga pukul 6 lebih, haa lama tak Kak Ton tido.

Masuk KL, kami terus gerak gi Nilai untuk check in kat Usim. So far okaylah kot tempat menginap, just toilet je kureng sikit (oppss, mintak maaf).

27 March 2014:  Esoknya kami ke Petron, kat sini memang layanan dorang sangat awesome. Dari talk sampai ke makanan, Kak Ton suka tak terkata baq ang. Lepas tu, kitaorang terus gi AEON Seremban. pusing-pusing kat situ dalam 3 jam sampai nak patah kaki pi tempat sama tak tahu kehala nak buat apa. Balik Usim, malam tu turun makan kedai mamak kat bawah je. Aku, Pika, Ekin, Najeeb ngan  Fit duk borak macam-macam cerita. Dah semua orang terbang entah kemana, bilik masing-masing sunyi sepi tak ada sorang pun.

Muka Kak Ton pagi-pagi memang macam ni, mata tu tak nak bukak sangat.





Kak Ton is pelahap, makan tak beringat.
Kau mampu gi Industrial Visit orang jamu Kari Kepala Ikan, sedap mak oi!




28 March 2014:   Hari ni kitaorang lawat 2 kilang, 1. Kilang Yakult kat Seremban 2. Kilang Cerebos kat Shah Alam. Kilang-kilang ni bapaknya cantik kemahen layout plant. Tapi oppss tak boleh tangkap gambau, so kalau koang nak tahu macam mana ghupernya silalah datang melawat sdn bhd, ihii. Cerebos tu korang tau tak kilang ape? Tu kilang Brands Chicken Essence adik beradik Innershine Prune & Berries tu.. OOOoooo mesti tahu ken. Habis lawatan kitaorang antau budak-budak yang request nak balik rumah kat KTM then shoot terus balik Perlis. So far everthing okay, enjoy and no words to describe. SERONOK ya amat! 


Ni antara koleksi Yakult di seluruh dunia and barangan lain.
Nilah lawatan kelas yang terakhir, kitaorang dah nak habis belajar berapa bulan je lagi. Balik nak bertarung dengan FYP, Design, Integrated Project, Test & Assignment bagai. Mood study is turn on. ZZZzzzzzz...






Okay tu je aku nak cerita, nampak gayanya buka entri bergambau jugak ni. Aku type karangan berjela, ekeke mintak maaf aku klau dah dapat peluang tulis memang tak reti nak bajet-bajet stop. Bye semua!


Saturday 22 March 2014

Anak & Karakter

Assalamualaikum.. Hi semua =D

Korang mesti pernah baca pasal perihal anak sulung, anak kedua,ketiga and bla bla bla kan? Aku pun nak ceritalah sikit-sikit pasal karakter. Korang rasa aku anak yang ke berapa? Siapa-siapa yang kenal rapat aku tahulah kot aku anak ke berapa kan. Pernah dulu masa ice-breaking time teka-teka ada orang kata aku anak bongsu. Wahh bahagia sangat dengar jawapan SALAH tu. Hehe

Sebenarnya aku anak first, anak sulung. Sekarang mari tatap muka aku, and see ada gaya kakak yang garang tak? Kemahen garang sangat kan?? Petang tadi aku terbaca tentang list character anak sulung. Mak ai, panjiang betul (sumpah orang utara dengan mesti tampar-tampar aku laju-laju, panjang gi tukar panjiang). haha


Gambau Kak Ton tak nak kalah ngan gambau passport ha.

So, siapa anak first jom tengok ada tak persamaan dengan korang?

1.  Senang Memaafkan orang.

2. Garang macam harimau tp hanya pada sesetengah orang.

3. Kalau gelak tak ingat dunia.

4. Sensitif, hati lembut.

5. Ramai peminat.

6. Mudah menyanyangi orang lain jika orang itu mengambil berat tentang dirinya.

7. Sukar  melupakan orang yang dia sayang.

8. Selalu menjadi tumpuan orang ramai.

9. Senyuman tetap di bibir walaupun sedang sedih.

10. Sentiasa mengingati kawan lamanya.

11. Romantik & Penyayng.

12. Manja & pemurah hati.

13. Peramah.

14. Takut gelap.

15. Kaki shopping & suka melancong.

16. Suka memasak & bagi orang makan masakanya.

17. Rajin.

18. Nak tahu merajuk ke tak senang je. Kalau diam je tu tandanya tengah merajuk.

19. Kalau ada orang minta tolong mesti mereka akan ditolong.

20. Kalau tengah tidur senang je nak kejutkan sebab tak tidur mati.

Number 20 tu aku macam a bit musykil, sebab aku ade jugak tidur mati. Tu kalau time aku betul-betul penat mengalahkan menteri pasola buat kerja-kerja ken. Korang rasa ada kena dengan diri ke idok?? Okaylah, go to go. Malam buta dah, ioolss is nak tidur. Bye =D

Wednesday 19 March 2014

Sedih.

Assalamualaikum..

Lately banyak sangat cerita yang menyedihkan. Antaranya kehilangan MH370, 6 remaja mati overdose. Yang paling menyedihkan ialah 6 remaja mati, dan rata-rata yang terlibat ialah remaja Melayu beragama Islam. Malu dan terkilan, kenapa konsert maksiat itu boleh diluluskan sedangkan negara masih diselubungi kesedihan kehilangan pesawat. Siapa yang mahu bertanggungjawab?

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Korang pernah dengar tak orang tua larang kita amik gambar bertiga? Tak baik atau tak elok katanya. Salah seorang tak panjang umur atau akan pergi dulu. Mitos, kepercayaan atau fakta?? Aku selalu dengar, tapi aku tak endahkan pun sebab aku rasa tak ada kaitan lansung. Tapi tadi aku dikejutkan dengan kematian sahabat baik acik. Diaorang berdua memang bestpreng, pergi mana-mana mesti berdua. Arwah ni tua dua tahun dari acik kalau aku tak silap. Aku dapat tahu tentang kematian arwah pun dari update wechat angah. Lepas baca aku terus tersentap, rasa macam tak percaya. Terkedip-kedip mata aku. Aku baru lepas post gambar acik & kawan-kawan dia kat instagram 6 minggu yang lepas. Tiba-tiba hari ini dah tak ada. Kesian acik.

Sebelum kejadian berlaku, masa siang hari tu arwah datang ke majlis Anugerah Dekan. Arwah dapat anugerah, Alhamdulillah rezeki dia kali ini, sudah semestinya mak ayah akan bangga jikalau anak-anak mendapat kejayaan.

Pendek cerita macam biasa acik and the geng akan kuar makan malam around lepas isyak dan ke atas. Before keluar arawah peluk acik kuat-kuat. Sedih aku dengar cerita ni, time ni mata dah bergenang. Masa dengar cerita ni aku kat kedai, tengah kerja. Kang kalau aku ngis malu plak, dah kenapa tetiba ngis dalam kedai. Customer datang tak berhenti. Payah plak aku nak jawab. Aku kuatkan hati, tapi still lagi duk dengar sambungan cerita. Diaorang keluar ramai-ramai naik motor, biasanya acik akan naik motor sekali dengan arwah. Tapi malam tadi, acik naik motor dengan kawan lain. 

Masa kejadian, arwah naik motor sorang. Diaorang berkonvoi pergi ke kedai makan & motor arwah 2 daripada belakang. Dah lama berkonvoi, mereka baru sedar si arwah tak ada kat belakang. So diaorang decide nak patah balik cari si teman. Masa sampai kat simpang, diaorang nampak sekujur tubuh atas jalan. T_T Aku rasa melayang-layang dengar, even aku tak kenal sangat kawan acik ni. Tapi aku selalu dengar cerita tentang dia. Kebetulan ada seorang pak cik kat tempat kejadian bagitau, dia nampak si arwah langgar tiang kat tepi jalan. Mungkin arwah bawa laju kat selekoh. Lepas langgar tiang, arwah ada bangun berdiri dan tiba-tiba arwah terbujur atas jalan. Masa acik sampai tu arwah dah tak bernyawa, dia dah menghadap Illahi. 

Aku terbaca status acik "Sahabat baik aku dah tak ada". Tiga orang adik-adik aku semua pernah merasa kehilangan & hampir kehilangan sahabat mereka.

Sama macam angah, tahun lepas aku dapat berita kawan baik dia dua orang terlibat dalam kemalangan. Masa tu dua sahabat ni otw nak balik UniTEN, time nak memotong tak nampak rupanya depan dorang ada treler panjang bawak balak. Sudahnya aku menangis teruk dengar cerita ni. Aku tak tahu kenapa aku rasa sedih melampau. Kawan angah tu masuk ICU dan doktor bagitau chance untuk hidup 50-50, koma dan sorang lagi buta sebelah mata sepanjang hayat. Serpihan front screen tu masuk dalam mata & mata dia cedera sehingga jadi buta. Aku mampu berdoa, aku pesan kat angah jangan lupa doa dan sedekah Al-fatihah kat dua orang. Tapi sekarang Alhmadulillah, kuasa Allah tak ada siapa yang tahu. Kawan angah recover, sekarang beransur pulih but still kena pergi check up.

Kawan adik pulak, meninggal accident otw balik ke rumah. Petang tu adik, dia and the geng main squash kat Taman Gelora. Time otw balik, mangsa mungkin bawak motor laju dan langgar tiang elektrik yang ada kat tepi jalan. Motor mangsa hancur dan mangsa mati di tempat kejadian. Aku terbaca status adik "Macam tak percaya, petang tadi aku baru lepas main squash dengan dia. Sekarang dia dah tak ada".

Aku cukup risau dengan adik-adik aku. Terutama yang lelaki 2 orang tu. Acik dah 2 kali kalau tak silap aku accident motor sepanjang study kat Perak. Adik pun tak nak kalah, ada accident jugak. Aku risau betul dengan dua orang ni, aku tak nak dengar kejadian tak diingini. Aku pernah nangis-nangis sorang-sorang bila fikir adik-adik aku. Yelah dari kecik kot main, makan, gado sekali. Aku nak hidup sampai ke tua dengan dorang, tak nak berpisah. Sekarang ni pun dah jarang jumpa. Masing-masing belajar and kerja, sibuk dengan hal masing-masing. Kami jumpa pun time cuti belajar, tu pun tak lama. Aku selalu doa moga aku dengan adik-adik selalu bersama sampai bila-bila. Sedih benar hati aku dengar cerita adik-adik ni, bila dorang sakit or accident or jadi apa-apa aku kemain lagi membebel mesej panjang2 cakap itu ini. Sebab aku takut, aku sayang dorang dunia akhirat. Itu je harta yang betul-betul milik aku.

Al-Fatihah......


Monday 10 March 2014

#MH370: 10 tanda tanya berkenaan kehilangan pesawat MH370

Assalamualaikum semua? 



Korang semua pasti update @ tahu tentang kehilangan pesawat MAS MH370 kan? Pesawat ini dikatakan berlepas dari Lapangan Terbang KLIA pada Sabtu malam jam 0041. pada jam 0130 pesawat ini dikatakan telah terputus hubungan dengan pusat kawalan udara Subang, ia dijangkakan sampai mendarat di Beijing pada pukul 0630 pagi.

Sedih, pilu, terkejut dan macam-macam lagi aku rasa masa first time dengar tentang pesawat Malaysia yang terlibat. Macam tak percaya pun ada! Bergenang air mata bila aku dengar ada baby on the same flight. Allah berat sungguh dugaan kali ini. I have no words, ='(
 Aku hanya mampu istighfar panjang dan berdoa semoga MH370 pulang semula ke KLIA.

Tiap-tiap hari aku akan update berita daripada astro awani. Nak tahu apa jadi, sebab terlalu banyak rumors sekarang. Sampai naik pening membaca. So, korang yang nak tahu update terkini boleh check out kat link ni:







--------------------------------------------------------------------

Ada satu part berita yang aku rasa semua orang wajib baca. Iaitu 10 tanda tanya berkenaan kehilangan pesawat MH370.

1. Siapa yang berada di dalam penerbangan MH370?

Terdapat 227 penumpang termasuk 153 warganegara China dan 38 rakyat Malaysia. Menurut senarai penumpang, terdapat 2 penumpang kanak-kanak dan kesemua 12 anak kapal merupakan rakyat Malaysia.

Daripada kesemua warganegara China yang menaiki pesawat itu,19 daripadanya merupakan artis yang hadir ke sebuah pameran di Kuala Lumpur.

Dipercayai terdapat 2 penumpang yang menggunakan pasport curi.

2. Bilakah kali terakhir pesawat itu dikesan?

Penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 0041 pada Sabtu dan dijadualkan tiba di Beijing pada jam 0630. Pengawal trafik udara terputus hubungan pada jam 0130.

3. Di mana pesawat ini menghilang?

Pesawat ini menyeberangi Laut China Selatan dan di selatan semenanjung Ca Mau, Vietnam. Ia merupakan laluan biasa dengan memasuki ruang udara Kemboja dan juga Vietnam sebelum masuk ke ruang udara China.

Tiada isyarat kecemasan atau isyarat lain dihantar. Akan tetapi, pesawat ini dipercayai cuba berpatah balik dari jalan yang dijadualkan berkemungkinan ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

4. Di mana misi mencari dilakukan?

Tumpuan misi mencari MH370 adalah di perairan Timur Malaysia, di Laut China Selatan.

Kini diperluaskan ke Selat Melaka bahagian Pantai Barat Malaysia dan juga sekitar Laut Andaman.

5. Wujud teori berkaitan kehilangan pesawat ini?

Faktor yang diberi perhatian ialah keadaan cuaca yang kurang baik, kesilapan juruterbang dan juga kelayakan terbang.

Keadaan cuaca ketika penerbangan ini dilaporkan baik. Juruterbang pula mempunyai lebih daripada 18,000 jam penerbangan dan mula bertugas sejak 1981.

Malaysia Airlines ialah syarikat penerbangan yang mempunyai rekod yang baik. Pesawat Boeing 777-200  pula merupakan pesawat yang paling selamat serta dilengkapi dengan teknologi moden. Pesawat ini pernah mengalami kemalangan kecil sewaktu bergerak di landasan pada tahun 2012 tetapi telah dibaiki dan mendapat kelulusan untuk beroperasi semula. Kali terakhir pemeriksaan dilakukan adalah pada 10 hari lalu.

6. Adakah kemungkinan berlakunya serangan pengganas?

Pihak MAS tidak menolak sebarang teori. Namun, pegawai di Amerika Syarikat yang menghantar penyiasat FBI berkata tiada bukti berkaitan serangan pengganas buat masa ini.

Kehadiran 2 penumpang dengan pasport curi adalah pelanggaran undang-undang tetapi ia lebih berkisar kepada isu pemedagangan manusia.

Sebelum ini, penerbangan Air India yang terhempas di Mangalore pada 2010 sewaktu dalam perjalanan ke Dubai telah mengakibatkan kehilangan 158 nyawa dan 10 penumpang dengan pasport palsu telah dikenalpasti.


7. Mampukah pesawat moden lenyap tanpa meninggalkan jejak?

Pesawat Air France dalam penerbangan dari Brazil ke Perancis hilang di Lautan Pasifik pada 1 Jun 2009 yang mengakibatkan kesemua 228 orang turut hilang.

Serpihan pesawat itu dikesan pada hari berikutnya tetapi mengambil masa hampir 2 tahun untuk mencari perakam penerbangan dan juga mayat fiuslaj yang tenggelam ke dasar laut. Perairan di Laut China Selatan dan Selat Melaka adalah lebih cetek berbanding Lautan Atlantik.

Perakam penerbangan atau kotak hitam berkeupayaan untuk memancarkan isyarat ultrasonik yang boleh dikesan walaupun di dalam air. Pada keadaan yang baik, isyarat ini boleh dikesan beberapa ratus kilometer jauhnya.

Tanpa mengetahui trajektori kapal terbang menjunam mahupun pemahaman mengenai kelajuan angin dan juga keadaan ombak, pasukan mencari dan menyelamat terpaksa melakukan carian pada kawasan yang lebih luas.



8. Dikatakan pesawat MH370 cuba berpatah balik ke KLIA sebelum pergerakkannya hilang dari radar, adakah pesawat mengalami masalah?

Berdasarkan rakaman radar Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memang terdapat kemungkinan pesawat tersebut cuba berpatah balik sebelum komunikasinya terputus.

Namun, sehingga kini tidak diketahui permasalahan yang berlaku yang menyebabkan pesawat tersebut cuba berpatah balik.


9. Apakah negara-negara yang terlibat dalam usaha gerakan mengesan dan menyelamat ini?

Selain Malaysia,gerakan besar-besaran ini juga turut dibantu oleh negara Vietnam, Republik Rakyat China, Thailand,Singapura, Indonesia, Filipina,Australia dan Amerika Syarikat.

Operasi pencarian ini melibatkan penggunaan aset-aset ketenteraan dari pelbagai cabang udara, laut dan darat termasuk juga penglibatan agensi penguatkuasaan maritim dan polis dari negara-negara yang terlibat.

10. Bagaimana untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kehilangan pesawat MH370?

Sebarang informasi rasmi dan terkini boleh diikuti menerusi laman Facebook dan Twitter Penerbangan Malaysia (@MAS), Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan agensi-agensi yang terlibat dalam usaha mengesan pesawat MH370.

Selain itu juga, saluran berita Astro Awani 501 dan laman sesawang www.astroawani.com juga menyiarkan laporan mendalam dan berterusan termasuk siaran sidang media secara langsung berkenaan usaha mengesan pesawat MH370.

Aku dapat berita ni sahih dari laman astro awani, kalau korang nak dapatkan banyak lagi berita tentang pesawat MH370 sila follow update-update terkini. Dan banyak lagi channel-channel sahih yang korang boleh dapatkan.

--------------------------------------------------------------------

Wahai ALLAH permudahkanlah urusan kami, janganlah kau persulitkan. Wahai ALLAH jagalah keselamatan mereka. Peliharalah keberadaan mereka walau dimana sahaja. Wahai ALLAH, jika mereka tidak nampak jalan untuk pulang KAU tunjuklah kepada mereka. Hatiku sayu yaALLAH, walaupun mereka bukan saudara kandungku tetapi mereka tetap saudara seagama Islamku. Permudahkanlah yaALLAH, permudahkan usaha kami mencari menjejak dimanakah pesawat MH370. AMIN YARABBAL ALAMIN






Sunday 9 March 2014

MAN vs BOY


  1. A man knows what he wants, and goes for it. A boy may have somewhat of an idea, but not really. He doesn’t think too much about it, and even if he does, doesn’t exert much effort to get it. A boy is passive, a man is assertive.
  2. A man plans for his future and is working towards building a foundation and infrastructure in order to have a family (at some point in his life).  A boy lives only in the moment and his plans are mostly around which bar he’s going to hit up on the weekend.
  3. A man looks for a woman with intelligence, who is supportive, grounded and encompasses a shared set of values when choosing a partner. A boy cares mostly only for girls who are hot, wild and exciting.
  4. A man knows a good woman when he meets one and will take initiative to get to know her. A boy may make an attempt if you’re lucky, but gives up before ever really trying.
  5. A man has the courage to have uncomfortable conversations. He is honest with his intentions and lets people know where they stand. A boy avoids. He ignores confrontation or any serious talks about feelings. Instead of dealing with a situation, he runs away from it or creates drama or excuses to mask the fact he’s not that into you or a relationship.
  6. A man knows when to invest in a woman and jump in with two feet. A boy is always “testing” – he doesn’t fully commit because he never knows if he is quite ready. But the truth is, because he is a boy, regardless of who he meets, he will never be ready due to the stage of life he is in.
  7. A man knows how to have a good time and be social, but is often busy making strides in his career and building his life. A boy is getting crunk with his buddies at the bar every weekend.
  8. A man takes the time to reflect on the type of man he wants to be, the example he wants to leave and the vision for his life. He has put thought into his values. A boy has not established his moral compass or values and consequently, is often inconsistent.
  9. A man has integrity. He means what he says, and says what he means. He has follow through and actions his promises. And if he can’t he has the guts to tell you why. A boy makes promises but doesn’t follow through.
  10. A man is afraid of rejection but will put himself out there anyway. A boy is afraid of rejection and acts passive so that his pride and ego won’t ever get too banged up.
  11. A boy plays games. A man doesn't.

Majlis pernikahan: Darl Eika & Kasihmin

Assalamualaikum.

First sekali aku nak cakap, tahniah tahniah barakallah untuk Eika & Ah mie sempena tamatnya zaman bujang. Semoga pernikahan kalian sentiasa bahagia dan berkekalan hingga ke syurga. Eika jadi isteri yang baik ye =D 
Doakan dayah pulak cecepat jumpa jodoh, kemahen dayah =P

Macam biasalah, aku ni jenis kalau tak peram cerita tak sah. Sebab banyak sangat cerita, jadi aku tak tahu nak cerita mana kenn. Then aku decide kita cerita pasal majlis perkahwinan Eika. Kawan FB aku & pernahlah beberapa kali jumpa kat mall and dia ni kawan satu tuisyen nagan ya masa tingkatan 4 5 dolu-dolu. sekarang kami dah tua, dah layak kawin dah.

Pasal majlis pernikahan diaorang berdua ni, actually aku tahu Eika nak nikah pun dari ya. Ya siap whatsapp lagi gambar kad jemputan pernikahan dorang. Cencomel je kad tu, diaorang buat style konsep tiket wayang. Tapi aku tak ada pulak copy or snap gambar tu. Tak dopeklah nak tunjok kat ekau. Sebenarnya, aku pun not sure dapat pergi or tak memandangkan aku still melekat kat Perlis ku sayang nih ken. Duk gigih siapkan lab FYP. Tah bila nak siapnya, stress! 

Pendekkan cerita, aku jadi balik Kuantan. Then 1 February 2014, tamatlah zaman bujang mereka berdua ni. Memula kami rancang nak pergi bertiga (aku, nini & ya). Tapi disebabkan nini pun ada jugak jemputan perkahwinan lain, so aku pergi dengan ya je. Terkial-kial kami cari mana dewan or dalam kata lain main redah je sebenarnya. Kebetulan adik-adik ya and cousin dia ikut, so semua sibuk nak jadi penunjuk arah. Alhamdulillah kami sampai kat dewan tepat pukul 1.30 petang lebih kuranglah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Time tu dah teruja nak makan, gila bapak gelojoh kan? Yelah, aku tak makan apa dari pagi just minum air. Punya semangat simpan perut nak makan nasi kenduri, aku suka makan-makan nasi kenduri ni. Haktuii, konon sangat ko kan dayah. Tengok sekeliling dewan, cantik! Dalam hati aku, comei ngat haa, tersusun decoration dia. Kat sini candy buffet, kat sini photo site, kat sini tempat air, kat sini buffet lauk-lauk, sebelah sana meja goodies, sebelah sini meja guest book sebelah sinun pelamin. Macam-macam lagi, tema dia color biru turquoise kot. Tapi baju pengantin color biru tua. Aku sukalah kan biru-biru ni, mata jadi blink-blink je.




Dah habis tangkap-tangkap gambar dengan Eika, kami terus serbu meja buffet makanan. Lapar kebuluq macam 10 hari tak makan. Masa tu tak tengok kiri kanan dah, bapak jakunnya. Main kaut je lauk nasi, ahh aku peduli apa. Aku lapar tahap dewa dah, ko tengok aku tak ayu time tu pun aku tak kisah dah. muahahaha

Dah ni makan ke melantak?
Kak Ton amik makanan tak beringat
Habis makan, kami makan sikit candy. bebudak kecik tu pi serang meja candy buffet, amik cupcake, marshmallow and memacam lagi. Aku pun lupa apa lagi kami makan.

Oh lupa, Eika ni buat majlis resepsi dia kat dewan sekolah. Tapi dewan ni superb cantik, bersih! Dewan baru agaknya, dinding-dinding kayu cat still kilau milau. Before balik kami dapat goodies, budak-budak kecik tu hangkut 4 5 goodies. Aku ngan ya pun join sekaki, mak oih macam jakun kan? haha Alah tu kan kawan kami tak malu pun, buat cam rumah sendiri lah. Pastu pulang ke rumah. Wah ayat kata majmuk kata kerja semua ada. Dah lah korang tengok gambar je ye, aku tak ada idea dah nak cerita. 





Makanan semua tu dah habis, yang lain-lain tu bagi umi.
 Kemaheen kau!

Tu jelah, malas dah nak cerita. Thanks Eika lauk sesedap semua, kenyang perut Kak Ton. Salam

Sunday 2 March 2014

Goncang katil kau jah!

Assalamualaikum. 
Apa khabar semua? Sekarang musim panas yang amat kan? So banyakkan minum air kosong, kurangkanlah minuman berais tu. If tempat korang dah panas, Perlis ni lagi bapaknya panas. Habis menggelupas kulit muka, pecah kulit tapak kaki, ulser dalam mulut, dan bibir kering tu dah jadi bespreng aku. Hari-hari angkut air botol besau-besau pergi kelas.

Minggu lepas aku dengar cerita dari kawan yang budak rumah atas kena kacau-kacau. Haa, sudah. Aku tak sure rumah yang mana, tapi rumah atas katanya. Yelah, Kolej kediaman (KK) aku ni memang duduk tepi hutan, kawasan paling last sekali penghabisan jalan, rumah bertingkek-tingkek. Possibility untuk diganggu tu mengkin ada, nak-nak kalau yang jenis suka menjerit ketawa tak hingat dunia tu. Memey kena ah kan? Aku pun jadi meremang bulu roma, terus aku teringat kisah 2 tahun lepas aku kena kacau. Aku ni bukanlah berani sangat pun, aku tak suka duduk dalam gelap. Tapi kalau keadaan cerah aku payah nak tido, sebab tu aku tak suka tido siang. Badan aku akan automatik jadi lemah gemalai.

Tajuk aku pun dah rasa macam angker kan? haha Kisah dia camni, aku kena siapkan Integrated Project. Biasalah time due date nak dekat tulah duk pulun touch up itu ini. Aku pulak time tu jenis suka buat kerja lewat malam, awal-awal lepas isyak tu aku duk buat hal merepek. Aku online, aku pergi makan, boarak-borak biasalah students life katakan. Time tu pulak masuk study week, jadi lagilah kena cecepat siapkan assignment project tu. 

Aku duduk bilik berdua, roomate aku rumah dia tang Kuala Perlis. Jadi tiap kali weekend dia akan balik, if kerja banyak barulah dia akan stay kat KK. So, time tu roomate aku balik. Maka aku tinggal berseorangan dalam bilik tapi kawan-kawan lain ada je duk dalam bilik dorang. Hari tu aku rasa aku paling last tido. Malam tu pulak panas sikit, pasang kipas pun macam tak berfunction. Aku bukalah tingkap, meja study kami letak dalam bilik. Jadi tingkap duduk sebelah kanan aku facing hutan. Time tu aku tak fikir apa-apa pun, yang aku fikir nak siapkan kerja. Itu je motif aku duk berjaga sampai ke pagi.

Jam dah pukul 4 pagi, mata aku memang dah tak larat nak ngadap laptop. Aku decide nak tido je, sebenarnya nak tunggu subuh pastu baru tido. Tapi sebabkan mata macam apa dah time tu, aku terus baring. Aku tak tutup lampu time tu, takut tido sorang. haha So aku amik bantal aku peluk tido terlentang. Aku tak tahu macam mana nak explain, tapi masa aku pejamkan mata tu aku dapat rasa ada benda macam terbang melayang dalam bilik. Cuma aku tak buka mata, time tu aku tekup muka dengan bantal. Katil aku double decker ye tuan puan. Aku tido katil bawah. Time tu aku dah separuh mamai, antara sedar dan tido. Pahamkan maksud aku macam mana keadaan diri masa tu? 

'Benda' tu hinggap atas katil kawan aku, kira katil atas. Tiba-tiba aku rasa sendiri dia goncang katil. Kuat yang amat! Dalam hati aku cakap "Dah pebenda pulak ni duk goncang-goncang katil?" Sakit pulak hati aku, aku dahlah penat tambah ngantok gila time tu, ada pulak duk main goncang-goncang katil. Dah ko kenapa? Tapi aku still buat tak tahu je. Sampai tetiba, aku rasa ada benda merayap dari ibu jari kaki kiri aku terus naik sampai ke dada. Masa tu aku macam terkejut, apa benda ni? Aku try nak bangun tak boleh! Puas aku try angkat badan, tapi tak boleh T_T. Macam nak menangis pun ada time tu, dah lah 'benda' tu bunyi macam dalam hutan. Macam mendengus pun ada (Argghh aku tak reti nak describe acane bunyi dia). Mulut aku terkumat kamit baca ayat kursi. Banyak kali aku baca, and aku cuba lawan dia (aku cuba nak bangun). Tapi benda tu berat, aku jadi penat nak lawan. Jadi aku teruskan je baca ayat kursi. Lama lepas tu, aku rasa tangan dah boleh angkat, badan pun dah boleh bergerak. 

Benda tu aku tak tahu pergi mana, terbang kemana. Cecepat aku amik phone pasang Al-mulk. Aku keep repeating surah tu sampai ke pagi. Time tu pulak aku tengah cuti, xdapat nak baca surah. Sebab kepenatan tido lambat, aku tak sedar time bila aku tido. Aku terjaga dah pagi. 

Haa nampak tak macam buat karangan cerita macam dalam komik. Korang gelak ek, yang menanggung aku. Seriusly aku tak tipu, takut tu melampau time dia goncang katil and tindih atas aku. Siap bunyi bagai, nasib tak terkencing je atas katil. hahaha Lepas kejadian tu aku tido memang tak tutup lampu, kesian roomate aku tido dalam keadaan cerah sebab trauma akulah. Lepas 2 minggu baru aku okay balik tido keadaan lampu tutup. LOL

Jadi nasihat aku, kalau nak tido jangan main tido je. Bacalah ayat pendinding, tido mengiring ke kanan. Korang pernah dengar kan Nabi tido mengiring atas rusuk kanan baginda? Kalau perempuan pulak, time cuti tu jangan tido lambat. Kang adalah benda nak ngusik, mana taknya time tu kita tak bersih. So, benda-benda macam tu suka ngat-ngat nak bertempek bagai.

bye =D