Wednesday 19 March 2014

Sedih.

Assalamualaikum..

Lately banyak sangat cerita yang menyedihkan. Antaranya kehilangan MH370, 6 remaja mati overdose. Yang paling menyedihkan ialah 6 remaja mati, dan rata-rata yang terlibat ialah remaja Melayu beragama Islam. Malu dan terkilan, kenapa konsert maksiat itu boleh diluluskan sedangkan negara masih diselubungi kesedihan kehilangan pesawat. Siapa yang mahu bertanggungjawab?

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Korang pernah dengar tak orang tua larang kita amik gambar bertiga? Tak baik atau tak elok katanya. Salah seorang tak panjang umur atau akan pergi dulu. Mitos, kepercayaan atau fakta?? Aku selalu dengar, tapi aku tak endahkan pun sebab aku rasa tak ada kaitan lansung. Tapi tadi aku dikejutkan dengan kematian sahabat baik acik. Diaorang berdua memang bestpreng, pergi mana-mana mesti berdua. Arwah ni tua dua tahun dari acik kalau aku tak silap. Aku dapat tahu tentang kematian arwah pun dari update wechat angah. Lepas baca aku terus tersentap, rasa macam tak percaya. Terkedip-kedip mata aku. Aku baru lepas post gambar acik & kawan-kawan dia kat instagram 6 minggu yang lepas. Tiba-tiba hari ini dah tak ada. Kesian acik.

Sebelum kejadian berlaku, masa siang hari tu arwah datang ke majlis Anugerah Dekan. Arwah dapat anugerah, Alhamdulillah rezeki dia kali ini, sudah semestinya mak ayah akan bangga jikalau anak-anak mendapat kejayaan.

Pendek cerita macam biasa acik and the geng akan kuar makan malam around lepas isyak dan ke atas. Before keluar arawah peluk acik kuat-kuat. Sedih aku dengar cerita ni, time ni mata dah bergenang. Masa dengar cerita ni aku kat kedai, tengah kerja. Kang kalau aku ngis malu plak, dah kenapa tetiba ngis dalam kedai. Customer datang tak berhenti. Payah plak aku nak jawab. Aku kuatkan hati, tapi still lagi duk dengar sambungan cerita. Diaorang keluar ramai-ramai naik motor, biasanya acik akan naik motor sekali dengan arwah. Tapi malam tadi, acik naik motor dengan kawan lain. 

Masa kejadian, arwah naik motor sorang. Diaorang berkonvoi pergi ke kedai makan & motor arwah 2 daripada belakang. Dah lama berkonvoi, mereka baru sedar si arwah tak ada kat belakang. So diaorang decide nak patah balik cari si teman. Masa sampai kat simpang, diaorang nampak sekujur tubuh atas jalan. T_T Aku rasa melayang-layang dengar, even aku tak kenal sangat kawan acik ni. Tapi aku selalu dengar cerita tentang dia. Kebetulan ada seorang pak cik kat tempat kejadian bagitau, dia nampak si arwah langgar tiang kat tepi jalan. Mungkin arwah bawa laju kat selekoh. Lepas langgar tiang, arwah ada bangun berdiri dan tiba-tiba arwah terbujur atas jalan. Masa acik sampai tu arwah dah tak bernyawa, dia dah menghadap Illahi. 

Aku terbaca status acik "Sahabat baik aku dah tak ada". Tiga orang adik-adik aku semua pernah merasa kehilangan & hampir kehilangan sahabat mereka.

Sama macam angah, tahun lepas aku dapat berita kawan baik dia dua orang terlibat dalam kemalangan. Masa tu dua sahabat ni otw nak balik UniTEN, time nak memotong tak nampak rupanya depan dorang ada treler panjang bawak balak. Sudahnya aku menangis teruk dengar cerita ni. Aku tak tahu kenapa aku rasa sedih melampau. Kawan angah tu masuk ICU dan doktor bagitau chance untuk hidup 50-50, koma dan sorang lagi buta sebelah mata sepanjang hayat. Serpihan front screen tu masuk dalam mata & mata dia cedera sehingga jadi buta. Aku mampu berdoa, aku pesan kat angah jangan lupa doa dan sedekah Al-fatihah kat dua orang. Tapi sekarang Alhmadulillah, kuasa Allah tak ada siapa yang tahu. Kawan angah recover, sekarang beransur pulih but still kena pergi check up.

Kawan adik pulak, meninggal accident otw balik ke rumah. Petang tu adik, dia and the geng main squash kat Taman Gelora. Time otw balik, mangsa mungkin bawak motor laju dan langgar tiang elektrik yang ada kat tepi jalan. Motor mangsa hancur dan mangsa mati di tempat kejadian. Aku terbaca status adik "Macam tak percaya, petang tadi aku baru lepas main squash dengan dia. Sekarang dia dah tak ada".

Aku cukup risau dengan adik-adik aku. Terutama yang lelaki 2 orang tu. Acik dah 2 kali kalau tak silap aku accident motor sepanjang study kat Perak. Adik pun tak nak kalah, ada accident jugak. Aku risau betul dengan dua orang ni, aku tak nak dengar kejadian tak diingini. Aku pernah nangis-nangis sorang-sorang bila fikir adik-adik aku. Yelah dari kecik kot main, makan, gado sekali. Aku nak hidup sampai ke tua dengan dorang, tak nak berpisah. Sekarang ni pun dah jarang jumpa. Masing-masing belajar and kerja, sibuk dengan hal masing-masing. Kami jumpa pun time cuti belajar, tu pun tak lama. Aku selalu doa moga aku dengan adik-adik selalu bersama sampai bila-bila. Sedih benar hati aku dengar cerita adik-adik ni, bila dorang sakit or accident or jadi apa-apa aku kemain lagi membebel mesej panjang2 cakap itu ini. Sebab aku takut, aku sayang dorang dunia akhirat. Itu je harta yang betul-betul milik aku.

Al-Fatihah......


No comments:

Post a Comment