Monday 13 October 2014

Istiadat Konvokesyen UniMAP ke-9

Assalamualaikum. 

#Entry aku bapak segala panjang lebar dengan gambar apa bagai, mintak maaf aku excited kawan-kawan grad. =D

 
Korang tahu tak sekarang kebanyakkan Universiti tengah sibuk buat Istiadat Konvokesyen. UniMAP baru je lepas Istiadat Konvokesyen ke-9. Supposely aku pun grad untuk tahun ni, tapi kita merancang Allah yang tentukan rezeki kita. InshaAllah aku akan grad tahun depan, terasa tu memang terasa macam-macam sedih, kecewa, rasa hilang aura kawan-kawan sama batch dengan aku selama ni. Tapi takpelah, aku kena kuat kat sini. 1 sem je dayah =D.

Btw, untuk yang banyak sangat tanya kenapa aku still kat UniMAP ni tak henti-henti, aku tak habis belajar lagi lah oi! Kau banyak tanya pulak kan? Bacalah blog, aku dah explain hari tu kat entry before this. Baca kat sini ek Last Semester.  

Kami cakap, penat-penat buat program. Hangpa tak mau datang pun kan, tetiba kata dah ada kat Pauh.Pelik depa ni.



Aku sebenarnya nak share kegembiraan kawan-kawan yang pre-shoot for convo, aku datang konvo and apa yang jadi time konvo. Actually, aku join program Festkon9, lahai yang buka-buka booth time konvo yang arrange program untuk festival time konvo tu. Mesti korang tahu and selalu pergi kan? Aku jadi crew untuk audience, so kerjanya menarik perhatian students untuk datang-datang and in charge untuk kolej kediaman yang kami dah set siapa cop. Eh panjang benor penerangannya. Program untuk Festkon9 start almost a week before Istiadat Konvokesyen, so aku berpindah randah ke Taman Bahagia selaku tempat menginap sepanjang program. Dekat sangat dengan Dewan 2020 where the Istiadat take place.


Pre-convo 1

Pre-convo 2

Pre-convo 3

Pre-convo 4


27 September 2014.

Hari ini first day of convocation, aku tak sure course apa sebenarnya yang terlibat. As I know, ppit, komputer n network, bahan, microeletronik mugkinlah. Aku datang jumpa kawan-kawan ppit yang dah grad, almost them yang aku kenal semua pernah join program sekali, Eyka, Affan, Shafiq, Dila and Faid. Aku datang dengan Wawa, Iena, and Kimmy. Almost sejam jugak tunggu depa ni nak keluar, dengan tak sempat makan and panasnya, memang haru. Korang pleaselah terharu untuk kami.

Tahniah semua!

Dila!
  
Affiaq eh Affan.

Eyka and Dila.
K.A.M.I

Muka happy,excited, kebulur lepas naik stage! Hilang debaran.

 
Bajet pakai monopod! Padahal Shafiq yang pegang phone keatas! Gila

Wefie!




Lepas dah habis tangkap-tangkap gambar, kami decide nak balik. Laporrrr wehhh! Kebulur tahap dewa dah, pastu tetiba Shafiq call kami and ajak bergambar dengan family dia. Aku macam, eh untuk family kenapa ajak kami? Disebabkan Shafiq call kami banyak kali, and taknaklah frustkan dia so kitaorang patah balik. Sempat lagi beli air tepi jalan, dahaga punya pasal. Sambil tunggu turn untuk Shafiq punya family, kitaorang duk borak-borak.Kebetulan Pika datang untuk sesi kedua, Kak Lin nak grad pulak untuk second session. So berjumpalah balik dengan Pika. Kau bayangkan, kami (aku, Affab,Pika,Kimmy,Wawa,Faid) join sekali tangkap gambar dengan family Shafiq! Haha.. Esok bila tua kau tunjuklah geng-geng time kau masuk U ye Shafiq! Thanks wei, terharu gila sangat gila kami ini jadi kawanmu! 


 
Dalam dewan Seri Malaysia, waiting for the turn nak photoshoot!

Pika yang dah kurus and lawa!

Gegadis comel. puih, muntah hijau!

Time ni aku tak nak masuk gambar, baru lepas nangis. Eee tak malu betul Dayah! Depa excited jumpa baby comel ni!

Then, time part Shafiq nak tangkap gambar dengan mak dia, tetiba dia macam sebak. Faid yang notice, aku tak nampak sebabnya aku duduk belakang. Bila dengar Faid cakap "Eh, Shafiq nangis wei". Aku dah macam bergenang air mata, kau dah kenapa dayah?hahah noob betul time tu, tapi Allah je tahu kenapa aku sebak and merah-merah mata aku nangis. How I wish to be part of you, grad tahun ni! Tetiba muka umi ngan abah berleggar depan mata aku, mana aku tak tersedu nangisnya. Wawa datang gosok-gosok and pujuk aku, Faid ngan Affan buat lawak bodoh "Oi Shafiq, hang bluetooth ka apa hg nangis? Dayah nangis kot ni!" haha gilos punya kawan, kau tak tahu aku sedih kemain tahap filem hindustan! Habis kat situ aku balik Pauh, oh lupa kasitau Festkon9 tahun ni first time buat kat Pauh where is the Kampus tetap UniMAP. 

28 September 2014.

Hari ini kawan-kawan kelas aku grad. Batch aku Bioprocess Engineering, harapnya aku tak nangis lah lagi macam semalam kan? And I made it, aku tak nangis pun kau! Yang aku tahu aku nak jumpa semua kawan-kawan aku, rindu baq ang! 

Jumpa Muni. Mila and Ganesh tapi gambar depa aku tak jumpa buh tang mana.

Pika dah convo!

Dean of Biprocess dikelilingi bunga! Kelas kami memang ramai perempuan hokay!

Depa dah konvo! T_T


Bioprocess Engineering batch 5.

Bioprocess Engineering.

Sedihnya berapa kerat sangat aku jumpa, sebab depa ni semua rushing nak balik. Mana taknya, esok Isnin lah woi! Parents ramai yang kerja, so aku sempat jumpa beberapa orang je. Takpelah, tak ada rezeki nak jumpa kome semua. InshaALLAH rezeki aku tahu depan grad, hangpa mailah noh. Aku alu-alukan kedatangan hangpa semua. hihi

Korang tahu kenapa Shafiq nangis? Aku ingat lelaki ni tak reti sedih, terharu bagai. Kami tanya, "Wei nape hg nangis?". Dia jawab "Mak aku nak tengok aku masuk U, dulu dia tak dapat masuk U sebab orang susah, dapat offer kena tolak". And aku faham kenapa dia nangis, tahniah Shafiq. Moga terus jadi pembakar semangat untuk mak hang.

Mutiara kata untuk hari ini.

Tahniah semua. Moga dipermudahkan untuk semua yang dilakukan sekarang dan masa akan datang. Moga jadi insan yang berguna berjaya dunia dan akhirat. Tata

1 comment: