Thursday 9 October 2014

Aidiladha 2014

Assalamualaikum. Hi!

Salam Aidiladha semua, maaf salah silap. 


Seronok beraya ke kakak? Banyak dapat daging korban? Aku beraya di perantauan kali ni. Nun jauh di Perthlis katakau sangat. Iolls raya kat Perlis, raya sensorang umi, abah,angah, acik, adik tak de kat sisi. Sadis betul, pagi raya bangun, mandi-mandi terus call umi. Nampak sangat tak nyempatnya tunggu solat raya, makan bagai. haha

Bila orang tanya kenapa tak balik? Aku jawab tiket tak dak, cuti sikit. Tak kose aku nak balik Kuantan kalau cuti kejap-kejap,bukan dekat (ni bukan kes anak derhaka ye,hehe aku dah mintak maap pagi raya).

Jadinya, aku beraya dengan kengkawan yang tak balik. Rupanya ramai je kawan-kawan yang tak balik. Wawa memang tak dapat balik, Ina last minute beli tiket. Jadinya aku and Wawa je beraya. Tetiba, kawan aku baik hati sangat nak beraya sekali ngan kami. Kebetulan kawan aku datang daftar untuk master dan cari rumah sewa, jadinya kami beraya berempat sekali gus.



Raya Pertama.

Pagi, after solat raya kami pi berjalan rumah Ereka. Kawan sekelas aku, ex-housemate, ex-gelpreng, ex-roomate, haha. Rumah dia dekat je dengan rumah Wawa, so pepagi dah serang rumah dia. Iolss is malu sebab bawa kawan-kawan yang kebuluran, depa ni tuan rumah tak jemput makan dah balun kek coklat dalam bekas. Kau tak malu ke ada kawan cam depa? ekeke..

Thank you Ereka sudi jemput kami datang beraya. #gengPPMS

 
Tuan rumah yang baik hati.


Habis makan, borak bagai kami terus shoot pergi open house FTK. Kebetulan dekan FTK buat rumah terbuka untuk pelajar Uniciti yang tak balik, heaven sangat makan sate tahap kebulur dewa. Hujan lebat time tu, tapi gigih jugak duduk bawah khemah makan and borak-borak macam tak jumpa setahun.

Ini semua geng PPMS, kami still close sampai sekarang even dah grad.


Then, kami terus pergi beraya rumah mak angkat Wawa. Family mak angkat Wawa sangatlah baik, mesra gitu. Hidang ketupat palas and rendang plus milo panas, kami makan lagi. Syok betul hujan renyai-renyai minum milo panas. Aku duduk berborak dengan kakak angkat Wawa, depa ni sangat baik siap offer suruh datang lagi next time. Macam-macam aku berborak, tak adalah rasa hilang mak ayah sangat time raya ekeke 


Raya Kedua.

Pagi-pagi bangun kejut kuli-kuliku gangster, eh gurau je! Janjinya pagi nak beraya, sekali tengahari baru datang jemput kami. Tak ke penat menunggu? Kami terus shoot pergi Simpang Empat- rumah mak angkat Shafiq. Mak angkat Shafiq pun sangatlah mesra alam, baik and peramah. Depa hidang Nasi minyak untuk kami. Tak banyak borak sangat, sebab time kami pergi tu mak angkat tengah sibuk kat dapur baru lepas korban and memasak.

Selepas itu, last destinasi kami beraya ke rumah kawan baik aku Haznisya. Dekat 10 tahun tak jumpa, and sepanjang 4 tahun aku kat Perthlis ni tak pernah jumpa. Punyalah besar sangat Pertlis ni, epic betul! Sampai-sampai terus Isya hidang makan, makan lagi kau tahu! Dia join korban so lauk berasaskan daging. Kau bayang empat lauk semua daging, sup daging, daging kicap, daging goreng, daging kunyit (kau mampu?) hahaha.. After makan berborak then balik.

Ni mesti korang raya, eh bapaknya skema post aku kali ni kan? Aku tak tahu nak cerita apa sebenarnya, kalau boleh rakam apa kami buat time raya kat Perth ni aku rakam je. Tak payah taip bagai kan. hihi Okaylah tu saja, Selamat Hari Raya Korban!

-----------------------------------------------------------------------------

Pernah datang ke Kuala Perlis? Aku suggestkan kalau nak tengok sunset, Kuala Perlis one of the nice view. Cantik! Sambil borak-borak, boleh nikmati udara pantai sambil fenfeeling nak pergi bercuti. Tempatnya kat sebelah Masjid Terapung Kuala Perlis.











No comments:

Post a Comment