Tuesday 24 December 2013

Mencari Al-Andalus

Assalamualaikum. 
Rajin pulak aku nak hupdate-hupdate blog time-time study week ni. Actually aku nak share sikit tentang Andalusia. Kalau sebut tentang Andalusia semua mesti akan terfikir tentang semenanjung Iberia yang menjadi bumi Muslim pada kurun 711 sebelum Masihi sehinggalah kejatuhan Granada pada tahun 1492 Masihi. Kan-kan?? Baik cakap ye, kalau tak aku sumbat tomato 40 biji dalam mulut!hehe..
Kemain lagi kan? siap hafal kurun masihi tahun bagai?? Peminat sejarah yang tegar, phewww! Info-info ni korang mesti pernah belajar time form 4 and form 5 kan?? Aku ingat lagi tiap minggu selalu ade homework sejarah, tiap minggu kena siapkan berpuluh soalan untuk setiap bab! Fuhhhhh! Kemain cikgu bagi kerja kaw-kaw punya, Alhamdulillah sejarah aku A. hehe


Okay continue cerita tentang Andalusia, situated in Spain (Sepanyol), Andalusia is divided into 8 region which is Almeria, Cadiz, Cordoba, Granada, Helluva, Jaen, Mallaga and Seville.
Selain pengaruh Muslim dan Rom, sejarah Andalusia terbentuk dengan kedatangan bangsa Iberia, Carthagians/ Phoenicia, Rom, Vandal, Visigoth dan Byzantine. Ternyata bumi Andalusia ini meraikan kepelbagaian penghuninya yang berbilang-bilang kaum.

Antara tempat-tempat yang harus dikunjungi ialah Cordoba. Diiktiraf sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO, Cordoba menjadi bukti kekeuasaan kerajaan Moor yang merupakan bangsa pedangang dan golongan cendekiawan. Di sinilah terletak Masjid Cordoba yang mampu memuatkan 30, 0000 orang jemaah pada suatu masa!

Hati anda pasti akan tertawan dengan gaya hidup ala santai di tempat-tempat seperti istana Alcazar, monumen Mezquita serta Medina Azahara.

Alhambra waktu siang!
Dari Cordoba, make sure also you go to Granada! Granada- kota metropolis yang terletak di kaki bukit Sierra Nevada. Kota yang menjadi kubu terakhir kerajaan Muslim Moor ini jatuh ke tangan raja-raja Katolik pada akhir kurun ke-15. Kesan daripada ini terbinalah AlHambra, sebuah istana merah yang juga dilindungi oleh UNESCO.

Untuk menghayati sepenuhnya keindahan crimson castle ini, pastikan anda mengikuti 'Night Tour' yang disediakan. Di bawah sinaran bintang-bintang malam, istana AlHambra kelihatan bertukar warna daripada merah menjadi perak. Ia dibina suatu masa dahulu bagi tujuan ketenteraan. AlHambra berfungsi sebagai alcazaba (kubu), alcazar (singgahsana) dan medina(kota).

Di Gibraltar, jangan ketinggalan untuk melawat istana Moorish dan Menara Homage. Jatuh ke tangan British pada tahun 1704, tempat ini juga dikenali sebagai The Rock dalam kalangan penduduk tempatan. Pelawat juga pasti akan kagum melihat selat Gibraltar yang menjadi pelabuhan maritim yang tersibuk di dunia!

Bagi mereka yang gemar membeli belah, Gibraltar pastinya menyediakan sesuatu yang istimewa untuk dijadikan hadiah tanda kenangan dan bebas cukai. Mata wang yang digunakan adalah Gibraltar Pound (GIP), tetapi Euro (EUR) juga diterima bagi urusan jual beli.


Inilah dia Alhambra waktu malam!
Dalam gambar pun dah cantik, kalau depan mata??
Pengsan! *_*
.................................................................

So, kalau korang berminat nak berjalan-jalan ke Andalusia. Nak pergi Alhambra, Masjid Cordoba, Istana Moorish, Menara Homage and many more boleh refer kat sini http://www.twtravel.com.my/ . Diaorang akan guide macam mana nak pergi sana dari A to Z. They all also provides:

 1. Tiket penerbangan
2. Urusan perjalanan individu & berkumpulan
3. Penginapan
4. Nasihat perjalanan
5. Lawatan ke tempat menarik
6. Pemandu pelancong

Or else, kalau nak keterangan lanjut bolehlah direct contact En. Kasmadi.

Akhir tahun ni ramai sangat nak berjalan kan? So, aku suggest bolehlah usha2 untuk ke Andalus. One of the main reason is ofcourselah tempatnya menarik! cantik  kebaboom and penuh dengan sejarah. Mesti blink-blink mata korang nanti. Okay, salam sayang semua. bye!

Monday 23 December 2013

9 hari lagi tahun baru, 1 January- Happy Birthday adikku comel!!

Assalamualaikum semua!

Aku tahu memang tak ada pun orang baca blog ni, then adik aku pun entah baca ke tidak. Tapi aku tetap eksetaid nak hupdate her coming birthday! yeay- 9 hari lagi 1 January. Means birthday angah dah tak lama!


 Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........

Aku tak tahu nak beli hadiah apa! Kalau boleh balik, aku ingat nak baked cake je! Cheese cake ke, moist chocolate cake ke! haaa, suprise-suprise!
 Tak ada idea betul nak beli ape kat semek ni. Kering kontang idea, terbelenggu dengan kerja yang banyak, hal duniawi melampau timbun macam bukit! haha (kemain sangat ayat). Nanti ah ngah pikir hadiah ape nak bagi kat awak. tunggu habis exam ek ek?

.................................................................



Rindulah sebenarnya, dah lama tak jumpa! tak tido sekatil, tak gadoh-gadoh. tak buli. "ngah amik air!" "ngah potong bawang cepat, nak masak ni", "ngah masak nasi cepat", "ngah itu, ngah ini". Sampai kadang-kadang memberontak budak kecik ni! haha.. Jahat betul Kak Long! Tapi aku sayang sangat, dialah satu-satunya adik perempuan aku. Walaupun minat kitaorang berbeza, dia suka K-pop aku memang benci anti gila kat K-pop. Hari-hari aku duk kutuk dia tengok cerita Korea, dengar lagu Korea tapi mak cik ni wat derk jer, wat relax jer. Menyampah betul aku. Tapi kan kitaorang share impian yang sama, kitaorang nak bukak coffee house or kedai makan sama-sama. Walaupun angah aku ni tak pandai masak, tapi aku paksa gak google resepi-resepi.

Pernah lah sekali dia nak jadi chef sangat kan, sampai dia pergi petik lemon kat belakang rumah dan mixed dengan telur. Motif apa pun aku tak tahu, bila siap rasa "Eh, tak boleh terima tekak- telur kebenda entah jadi tu. Sumpah tak nak masak dah". Haha, padan muka!

Then time raya, adik-adik aku ni memang jenis suka mengorder kuih. "Ngah, korang banyak sangat order ni. Awak tolong sekali ek buat. Tak tolong, tak payah ade kuih raya. Punyalah jahat aku mengugut!".. "Yelah, nanti orang tolonglah".. Sudahnya baru baked 1 tray kuih, semua hilang. Termasuk adik aku yang perempuan ni, akulah yang terbongkok-bongkok siapkan kuih raya dari lepas subuh sampai ke maghrib. =..=' 
How dare you adik-adikku!

...................................................................................................................................................................

Dahlah ceritanya, aku hupdate ni sebenarnya nak wish birthday untuk angah je.

So..


Nah! Amik kek Hello Kitty ni! Ni nak wish sekali. Pre-Birthday. Ekau ingat kawin je ade pre-pre ni??

Selamat hari lahir, Selamat hari ketuaan, Selamat Ulangtahun ke-20. Oh dah tua ghupernya adik aku?? Semoga panjang umur, murah rezeki. Cepat-cepat kawin ah. Iloveyou more more ever after! Jaga diri baik-baik, jadi anak yang solehah dengar kata umi abah along, jadi manusia yang berguna di dunia dan akhirat. Jangan tinggal solat, jaga iman jaga hati baik-baik. Doa banyak-banyak nanti keluarga kita bersatu sampai syurga. Amin amin.Semoga berjaya dalam impian yang di mimpi-mimpi. Kumpul duit banyak-banyak nanti kita gi Umrah sama-sama, kita pergi jalan sama-sama. Nak sangat gi jalan-jalan dengan awak, acik, adik 4 horang kita gi pulau. Pulau Langkawi ke, Pulau Perhentian ke! Oh man, seronok lompat kera! haha

 *Peluk ketat-ketat.


-loveAlong-


p/s: Angah baca tau entri ni, and sila bawa tisu tuala etc. Harap terharu dengan entri entah apa-apa ni. hihi :-*

Wednesday 18 December 2013

Yeay! Blog tak dianak tirikan dah + Tahun Baru! Azam Baru!

Assalamualaikum & Hello readers!

Sebenarnya, aku baru tukar ghupher blog ni, tukar calour background and apa yang aku rasa harus ditukar. Lain sikit dah kan??ihii.. Yelah kesian tak bertukar-tukar baju blog cinonet ni.. Aku dah lah tak selalu update, layout pun tak tukar- sangat melampaulah! Kehidupan sebagai 4th year student sangat hectic okay! Busy macam hape je. Then, aku rasa nak tukar header tapi aku takde idea nak tukar, kering kontang kepalaku memikirkannya. eceh ayat macam Ajis Satar.. & nasib baiklah password still aku ingat.. hehe =D

Dah masuk pertengahan bulan Disember ni, dah nak akhir tahun.. So, apa azam tahun baru? Tahun depan 2014, mesti dah banyak list azam tahun baru kan?? Banyaklah yang pasang niat "Tahun ni aku bla..bla..bla". Ada yang berjaya ikut azam mereka, and ada jugak yang separuh jalan give up. Oh man! jangan ah macam tu, kuatkan semangat tunjukkan contoh yang terbaik pada semua.


...................................................................................................................................................................







Aku pun sedang dan sedang dan masih memikirkan azam tahun baru, memandangkan aku tengah bergelumang dengan FYP... Maka azam tahun baru aku akan, mesti, wajib dapatkan A untuk FYP! Then aku berazam nak tamatkan zaman bujang, eceh kemain! InshaALLAH, moga ALLAH permudahkan niat aku. Yeayy! umi nak nikah? haha..  










Then niat aku habis belajar aku nak belajar dengan mendalam lagi tentang pastri & kek. Dan sementelah itu, akan ku buka coffee house, lebih kurang macam aku jadi supplier kek, cookies and segala jenis pastri, bun.. (dah lama aku pasang niat, tapi tengah belajar so tak mampu nak aktif lagi). So sad,  doakan moga aku dipermudahkan ye.. =D


Lagi, azam tahun baru aku nak backpackers dengan kengkawan. Nak gi pulau-pulau (hari-hari duk google pasal pulau-pulau, how I wish to go there!).

Pulau Perhentian. Pulau Langkawi. Pulau Tioman

And lastly, aku nak khatam lesen kereta. InshaALLAH by this year aku wajib ada lesen! (buat lesen sesuatu yang paling aku tak suka!)

Aku rasa bangga nanti ada License Card, nanti aku nak eksyen!
Kutuk aku takde lesen ek! takpe-takpe
Style ke idok? hehe
Aku dah nak final ni, start 6 January till 16 January 2014. Semester ni tak banyak sangat paper, hopefully aku boleh score and dapatkan pointer yang tinggi. Amin, amin, tolong amin kan cepat! grrr..hehe. Doakan aku ye semua. Okaylah got to go, slide-slide and assignment berderet mintak dipelempang! 

SalamAlaykum



Saturday 7 December 2013

Final Year Project

Assalamualaikum.. 
Ada readers lagi ke blog ni? Lama betul tak update, tahap kemalasan melampau nak update. Tambah sekarang memang sibuk mengalahkan Perdana Menteri (aku yang katalah kan, hihi)..


So tajuk hari ni Final Year Project (FYP). FYP sama je dengan thesis, just panggilan dia je lain. Ada certain universiti panggil thesis, and bla bla bla.. 9 September hari tu finalize tajuk kami as 4th year students. Before kejadian, kami diminta buat selection sebanyak 5 tajuk pilihan, ikut suka hatilah nak pilih tajuk apa pun. Tapi tajuk yang dah di"list"kan dalam senarai, ada lebih kurang 45 tajuk. If i'm not mistakenlah, dah lupa. Aku pilih 5 tajuk, kesemua tajuk pilihan aku tak ada lansung deal dengan microbes. Haa, memang aku taknak tajuk deal dengan microbes. Salah satu sebabnya sebab aku rasa microbes payah nak cultures then selalu contaminate. Itu kalau kita jenis yang tak ikut guidelines time handling the culture tu. Tajuk pilihan aku more to biofuel, antioxidant and no steps in fermentation. At the last aku dapat tajuk "Separation of NaCl by reverse osmosis". Hek hek tajuk dengar simple je kan, kira aku buat R.O water lah. Dengar kata supervisor(SV) project aku ni kena dealing dengan kilang gula kat Chuping. Tapiiiiiiii, sebab problem dengan R.O machine (katanya result out, memang tak boleh pakai punya result) so aku kena tukar tajuk. 


Tajuk kedua aku pulak "Separation of acetic acid using liquid-liquid extraction". Okay, takpelah dimaafkan tukar tajuk sebab machine tu rosak. Aku semangat cari information tentang acetic acid, LLE unit. Tiba-tiba SV sms aku kata "hiadayah awak tukar tajuklah, buat tajuk tentang butanol". Ok fine, aku nak tak nak terpaksa tukar, takkan aku nak buat keras kepala kan? Makanya, tajuk ketiga aku ialah "Butanol recovery from ABE mixture using a pilot scale extraction column". Tajuk ni memang tajuk biofuel! Kira aku kena cari alternatif lain untuk produce and recover butanol. But i did'nt make a fermentation process. Aku just mixed up all prepared chemicals (modelling) --> ABE mixtures. Paham ke apa aku bebel ni? Mesti takkan?hihi, Kalau nak paham tunggu aku siap buat Thesis ya =D.

Aku pulun siapkan proposal, siang malam tak cukup tido. Dah macam zombie, tapi kadang-kadang kalau aku rasa nak tido aku masuk je bilik letak kepala terus tido. Jadi 4th year student ni memang dramatic sangat, bukan FYP je projectnya. Aku ada banyak project, Plant Design =..=', Integrated project tak termasuk test, presentation and proposal defence. Banyak dah tak terkata, sampai kadang-kadang aku tak endah sangat waktu makan. Ramai yang dah tegur, dayah makin kuruslah sekarang. Allah, tak suka dengar. Tapi aku jadi tak selera makan, entah. Tak tahulah kenapa tak nak makan, tido pun lewat malam kadang-kadang lepas subuh baru nak tido (kerja still tak siap. Pagi pukul 8- 10 dah ada kelas, dahsyat sungguh aku kerah badan.

Tapi yang paling sedih, aku pulun-pulun siapkan tajuk ketiga tu. Hari selasa nak kena hantar final draf, hari Isnin aku datang jumpa SV. Tengah bincang-bincang sekali SV kata macam ni "saya rasa awak kena tukar tajuklah, tapi kalau awak nak teruskan juga tajuk ni awak kena betul-betul defence tajuk ni". Allah dugaan apa lagi ni, esok nak hantar tau? Mana mungkin aku dapat siapkan proposal dalam masa kurang 24 jam. TIDAK!! Akhirnya memang aku tukar tajuk untuk kesekian kalinya, tajuk ke-4. "Separation of Butanol-water mixtures using single stage liquid-liquid extraction". Bayangkan bertapa pilu sedih tak terkatanya hatiku. Aku sms coordinator, aku mintak tolong extendkan masa untuk aku siapkan proposal tajuk baru. Menangis aku sorang-sorang dalam bilik air, penat tahu tak. Sangat penat! Coordinator reply sms, "Saya bagi masa sampai hari Khamis. Hari Khamis hantar di Pejabat saya sebelum pukul 11 pagi". Menagis air mata darah.

Pukul 3 pagi aku pulun duk download and baca jurnal. ZZzzz
3 hari 3 malam aku tido 2 jam, kadang-kadang sejam. Seriusly aku tak tido sangat. Siang kelas, malam aku bergelumang dengan proposal tajuk baru. Time tu aku doa "Wahai ALLAH, aku dah tak larat nak baiki. Moga ini last tajuk aku tukar."- Sambil kesat air mata. hewhewhew Tragik sangat. hihi Aku cuba sedaya upaya siapkan, orang lain dah sedap tido aku pagi-pagi buta duduk download jurnal. duduk edit proposal, nak tido! Tapi ada kerja yang aku mesti dahulukan sebelum tido (T_T). Alhamdulillah pukul 7.45 pagi aku siap proposal baru. Time tu ting-tong tahap dewa! Aku decide mandi dulu then baru aku tido. Pukul 10 ada kelas, tapi before pukul 11 kena hantar proposal. Aku tido sejam je, 8-9pagi. Bangun-bangun siap terus hantar proposal, mulanya aku nak skip kelas pukul 10 tu. Tapi aku fikir dah alang-alang ada kat school baik aku pergi kelas je, aku rasa hari tu paling serabai. Paling buruk muka paling huru hara hari. Siap juga akhirnya, tapi dalam masa 3 hari. Aku tak tahu macam mana rupanya, orang lain 2 bulan lebih siapkan proposal. Aku siapkan proposal 3 hari, sedih tahu tak!

Now, Alhamdulillah aku dah siap hantar Final correction. Dah habis Proposal Defence. Tapi entahlah, aku tak tahu hasilnya macam mana. Sedih memang sedih, tapi aku kena redha. Dah usaha, dah buat sebaik mungkin (ye ye je, aku tak puas hati!) tinggal tawakal dan berserah saja. Readers yang baca entri kali ni, tolong ye doakan aku dipermudahkan. Semester depan dah start dengan thesis writting and experiment.

Gelak sensorang aku tengok gambau ni,
yelah yelah kami macam nilah sekarang. >_<


Salam sayang semua. xoxo =D