Monday 23 December 2013

9 hari lagi tahun baru, 1 January- Happy Birthday adikku comel!!

Assalamualaikum semua!

Aku tahu memang tak ada pun orang baca blog ni, then adik aku pun entah baca ke tidak. Tapi aku tetap eksetaid nak hupdate her coming birthday! yeay- 9 hari lagi 1 January. Means birthday angah dah tak lama!


 Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........

Aku tak tahu nak beli hadiah apa! Kalau boleh balik, aku ingat nak baked cake je! Cheese cake ke, moist chocolate cake ke! haaa, suprise-suprise!
 Tak ada idea betul nak beli ape kat semek ni. Kering kontang idea, terbelenggu dengan kerja yang banyak, hal duniawi melampau timbun macam bukit! haha (kemain sangat ayat). Nanti ah ngah pikir hadiah ape nak bagi kat awak. tunggu habis exam ek ek?

.................................................................



Rindulah sebenarnya, dah lama tak jumpa! tak tido sekatil, tak gadoh-gadoh. tak buli. "ngah amik air!" "ngah potong bawang cepat, nak masak ni", "ngah masak nasi cepat", "ngah itu, ngah ini". Sampai kadang-kadang memberontak budak kecik ni! haha.. Jahat betul Kak Long! Tapi aku sayang sangat, dialah satu-satunya adik perempuan aku. Walaupun minat kitaorang berbeza, dia suka K-pop aku memang benci anti gila kat K-pop. Hari-hari aku duk kutuk dia tengok cerita Korea, dengar lagu Korea tapi mak cik ni wat derk jer, wat relax jer. Menyampah betul aku. Tapi kan kitaorang share impian yang sama, kitaorang nak bukak coffee house or kedai makan sama-sama. Walaupun angah aku ni tak pandai masak, tapi aku paksa gak google resepi-resepi.

Pernah lah sekali dia nak jadi chef sangat kan, sampai dia pergi petik lemon kat belakang rumah dan mixed dengan telur. Motif apa pun aku tak tahu, bila siap rasa "Eh, tak boleh terima tekak- telur kebenda entah jadi tu. Sumpah tak nak masak dah". Haha, padan muka!

Then time raya, adik-adik aku ni memang jenis suka mengorder kuih. "Ngah, korang banyak sangat order ni. Awak tolong sekali ek buat. Tak tolong, tak payah ade kuih raya. Punyalah jahat aku mengugut!".. "Yelah, nanti orang tolonglah".. Sudahnya baru baked 1 tray kuih, semua hilang. Termasuk adik aku yang perempuan ni, akulah yang terbongkok-bongkok siapkan kuih raya dari lepas subuh sampai ke maghrib. =..=' 
How dare you adik-adikku!

...................................................................................................................................................................

Dahlah ceritanya, aku hupdate ni sebenarnya nak wish birthday untuk angah je.

So..


Nah! Amik kek Hello Kitty ni! Ni nak wish sekali. Pre-Birthday. Ekau ingat kawin je ade pre-pre ni??

Selamat hari lahir, Selamat hari ketuaan, Selamat Ulangtahun ke-20. Oh dah tua ghupernya adik aku?? Semoga panjang umur, murah rezeki. Cepat-cepat kawin ah. Iloveyou more more ever after! Jaga diri baik-baik, jadi anak yang solehah dengar kata umi abah along, jadi manusia yang berguna di dunia dan akhirat. Jangan tinggal solat, jaga iman jaga hati baik-baik. Doa banyak-banyak nanti keluarga kita bersatu sampai syurga. Amin amin.Semoga berjaya dalam impian yang di mimpi-mimpi. Kumpul duit banyak-banyak nanti kita gi Umrah sama-sama, kita pergi jalan sama-sama. Nak sangat gi jalan-jalan dengan awak, acik, adik 4 horang kita gi pulau. Pulau Langkawi ke, Pulau Perhentian ke! Oh man, seronok lompat kera! haha

 *Peluk ketat-ketat.


-loveAlong-


p/s: Angah baca tau entri ni, and sila bawa tisu tuala etc. Harap terharu dengan entri entah apa-apa ni. hihi :-*

No comments:

Post a Comment