Thursday 18 September 2014

Tutorial: Site Connection Error!

Assalamualaikum, hi!

Aku nak share tips pada sesiapa yang agak tak reti, tak pandai, tak bijak nak handle bila search engine dalam lappy buat hal. Bila internet tak boleh pakai, rasa macam no functionnya laptop ini. Bungkus bawak balik rumah much better, haha bapak kejam. Aku salah seorang yang buta kayu. Bila dah tahu lappy tak boleh nak connect dengan wifi aku jadi gelabah 360' hehe. So ini tutorial untuk korang yang pernah jadi macam aku.

Ini contoh search engine yang tak boleh connect dengan internet.

 Mesti korang macam wonder, dah kenapa laptop ni? pagi tadi elok je aku pakainya, ni buat hal pulak? kan

Jawapannya: mungkin disebabkan troubleshooting berlaku. File dalam laptop become corrupted. Jadi first stepnya:-

1. Buka mozila, cari button yang ada 3 jalur kat atas hujung sekali tu. Then click help, yang tanda (?) dan pilih Troubleshooting Information. The Troubleshooting Information tab will open.

2. Cari Application Basics section, click pada (Show Folder). Window dalam profile files akan open.

3. Then tutup mozila, tapi jangan tutup profile files yang buka tadi.

4. Cari file named cert8.db or cert8. Click files itu.

5. Right click to delete the files.

6. After dah delete files tadi, open back mozila. Page akan keluar macam dalam gambar kat bawah ni.


 
Dalam gambar tu ada banyak pilihan. Korang pilih I Understand the Risks. Then Continue, lepas tu search engine dah boleh pakai macam biasa. Selamat mencuba! =D

Tips: cert8.db files will be created when you restart Firefox. This is normal. =)

Wednesday 17 September 2014

Awal waktu.

SalamAlaykum.. Hi!

Pernah dengar tak orang cakap "Malam terasa panjang bila kita solat Isyak awal", atau sendiri pernah terasa macam tu? Aku sendiri selalu rasa macam tu dan tertanya-tanya juga kenapa. Tapi bila difikirkan semula, bukan setakat solak Isyak. Bahkan untuk setiap waktu solat, kalau tidak tunaikan pada awal waktu, kita akan terasa bahawa masa itu lebih panjang jika nak dibandingkan dengan waktu yang kita solat lewat.

Ini semua ada kaitan dengan keberkatan masa. Berkat itu semua ertinya ziyadah. Apa itu ziyadah? Ziyadah ialah pertambahan, kekal atau tempoh panjang yang terisi kebaikan. Jadi bila orang kata, "semoga dapat rezeki yang berkat", itu bereti kita berdoa supaya dapat rezeki yang tidak cepat habis, dan digunakan dengan cara bermanfaat.

Keberkatan masa pula bagaimana? Bererti masa terasa panjang, sentiasa cukup waktu untuk menyiapkan kerja-kerja kita atau perkara yang tidak sia-sia. Pernah tertanya tak? Bila kita tengok seseorang itu nampak sibuk, anak ramai, jawatan besar, tapi banyak kerja-kerja yang dapat dia siapkan seperti menulis banyak buku, khidmat masyarakat, join program itu dan ini, serta pelbagai lagi tugasan yang menuntut banyak masa darinya tapi sentiasa sahaja dia berjaya melakukannya dengan baik.

Subhanallah, begitulah jika kita menjaga apa yang Allah suruh dan tidak leka dengan dunia, inshaALLAH keberkatan itu sentiasa akan mengiringi solat awal. =D


Tuesday 16 September 2014

Evening walk at Gua Kelam.

Hi..

Last weekend tak buat apa-apa, kebetulan pulak housemate aku sewa kereta nak pergi tinjau port explorace untuk Kelab GETS di Gua Kelam. Dah alang-alang orang ajak, aku pun ikut menyibukkan diri. Bila datang Gua Kelam balik teringat time mandi kat sungai dengan classmate. Last day before semua berangkat pulang ke place masing-masing. Imbau kenangan ni something yang akan buatkan kita teringat and tersenyum sorang-sorang (ish mana boleh senyum sorang-sorang, makhruh).

Sampai kat Gua Kelam, kami terus bayar tiket masuk gua. Murah je, RM 1.00. Time weekdays, gua dibuka pada pengunjung start dari 8.00 pagi- 5.00 petang and for the weekends start dari 8.00 pagi- 6.30 petang. If I'm not mistaken, aku tak sure betul or tak sebabnya that day pandang sekilas je jadual kat entrance.

Time kami pergi tu hujan renyai-renyai, so air sungai a bit cloudylah. Air jadi dalam compared to usual days. Masuk je Gua Kelam teringat lagi kenangan time first time masuk untuk program ISOL, yang kami bawa students dari Walailak University (Eh, banyak sangat kenangan hw kan). 

Actually I didn't expect pun nak masuk dalam gua. So, I bantai pakai sandal. Tapak sandal tu a bit licin, aku cukup gerun jalan time lantai licin. Boleh katakan nightmare,kaki aku akan automatic shaking bhahaha. Tapi gigih jugak panjat situ sini, so moh ler kita cuci mata dengan beberapa keping gambau yang aku and housemate snap.

















Panjat situ sini pakai sandal then kaki shaking. Ekeke mak nenek



Last time visit dengan classmate. I'm happy!


Nampak tak muka kami yang teruja??
Itu saja yang aku nak share, aku dah sampai ke Gua Kelam. Korang bila lagi? Oh ya, korang boleh survey-survey tempat menarik untuk melancong kat laman web rasmi pelancongan. Come visit Malaysia!


 

Friday 12 September 2014

Birthday celebration for my bestie- Nini.

SalamAlaykum..


Aku nak cerita about birthday celebration untuk Nini. Sebenarnya kitaorang sambut birthday dia awal 2 hari, sepatutnya birthday Nini 25 August 2014. Tapi kitaorang sambut awal sebab birthday dia jatuh hari Isnin, dia kan kerja nun jauh kat KL tu. Alhamdulillah dia rajin pulak balik Kuantan hari Jumaat before birthday. Ekeke

Kitaorang (Aku & Ya) sambut birthday kat pantai, kunon ah nak buat lain daripada yang lain. Kemain kami gi Daiso beli set pinggan kertas, belon, pam belon, tali bagai. Punya nak buat surprise kat Nini. Kitaorang set kat whatsapp group konon nak keluar date pukul 3 petang, tapi sebenarnya kami dah keluar awal dari time tu. Pukul 12 tengahari kau Kak Limah tu datang ambil aku, lepas hantar cousin Ya pergi sekolah kami sempat lagi pergi shopping sandal. Kami beli kasut sebijik sama, but Ya colour peach aku colour biru. Sempat lagi kan perempuan ni bershopping bagai.hahaha

Then terus shoot pergi ECM (now nama dah tukar Kapital Mall), kitaorang terus pergi Daiso cari barang-barang. Perempuan kalau membeli kalau tak sejam pusing kedai tak sah kan? Sebab tu kena bawa checklist terus, kang ada yang tak sepatutnya pun disambar. Dan memang adalah yang tak patut dibeli aku sambar, aku pergi beli rantai untuk kucing.Bhahaha

Lepas solat zuhor kat masjid, kitaorang terus pergi Teluk Chempedak. Time tu dah agak lambat, pukul 3 tak silap aku. Mula gelabah, mana nak tiup belon mana nak cari tempat, mana nak gantung. Huwaa, aku tak pernah buat kerja gila sambut birthday kat pantai dengan angin bapak segala kuat. Nini kau patut hargai usaha kami yang sweet ni. Ekeke.. 

Ini birthday set complete sudu,garpu, pinggan and cawan. Comel tak?

Lilin tu tak nyala habis pun, mana nak nyala angin bapak segala kuat.
 
Nampak tak sosej tu? Buruk sangat rupanya. Aku yang kerjakan.bhaha

Inilah birthday girl. Kemain senyum potong kek kan?Kiki

We chose pandan cake. Marvellous =D

Nadia, Ya, Nini, Dayah.





Cinta hati <3

I <3 YOU

Bye!
 Korang pernah datang TC? Situ one of the most popular beach kat Kuantan ni. Macam-macam ada kat situ, dah banyak kemudahan. So tak payah risau kalau lapar, dahaga or nak beli reload or apa-apa saja. Tapi kat situ pantai sebelah (aku tak ingat nama), teluk apa entah banyak monyet. Aku takut gila kat monyet, huntung ada Ya yang gagah perkasa. Dia jalan slumber je depan monyet bawa kek. Monyet kat situ pantang nampak kita pegang plastik,bekas minuman or what so ever. Diaorang ingat makan and akan cecepat grab dari tangan kita. Scary sangat kerakusan monyet-monyet kat situ. hahaha.

Okay,tu saja aku nak share. Happy Birthday to you Nini, May ALLAH protect you. Cecepat kawen and moga persahabatn kita ini takkan pernah putus. Luvya =D.


Thursday 11 September 2014

20 facts about me!

Title nak retis je kan kau? Bhaha, tak kisah ah. Aku pun tak tahu apa 20 Fakta tentang aku, sebab terlalu banyak yang aku nak list.









SATU... Nama aku Wan Nurul Hidayah binti Wan Othman. Aku selalu pakai nickname "Hidayah Wan". Masa mula-mula nama ni tercipta aku tak suka, rasa cam ah peliknya. Tapi lama-lama iolls jatuh cinta dengan nama sendiri. hek poyo.

DUA... Tinggi aku 165cm. Ramai orang cakap aku ni tinggi, tapi aku tetap rasa aku kecik pendek comel. Oh ni tipu, haha. Aku selalu wonder camne perasaan orang pendek kecik comel ni?

TIGA... Aku peminat setia "tea & coffee" oh Latte too! Aku boleh minum bercawan-cawan tea and coffee sehari.

EMPAT... I is cinta Dark Chocolate! Orang cakap pahit, tapi aku suka gila rasa pahit tu. Sebab dalam pahit-pahit ade manisnya. Ekekeke

LIMA... Aku makan tak berlauk banjir. Faham ke? Kiranya aku takkan cedok kuah, nasi aku putih kering kalau makan. And aku tak boleh hidup takde SUP! Saiko gila makan benda-benda kaitan ngan sup! Most fav Soto Umi akulah. Dan tak suka sawi, terung, peria T_T

ENAM... Aku prefer slow music. Jazz and country songs mostly prefered. Jiwa melancholic sangat! Aku tak suka dengar rock kapak bagai. And I am a loyal little star for my cutest Taylor Swift!

TUJUH... PERFECTIONIST! Sangat cerewet bab-bab mengemas! Aku tak suka rumah bersepah, lantai kotor-kotor. Tapi aku tak suka lipat baju, take time nak lipat baju. bhahaha. Bakal suami, please rajin lipat baju ek.

LAPAN... My passion is all things related to cooking. Aku suka memasak even hakikatnya aku tak reti sangat memasak. I'm keep upgrading my cooking skills.Haha

SEMBILAN...  Aku tak suka make up, tapi suka pakai lipbalm and eyeliner. Ekeke

SEPULUH... I love to wear mini dress with the cardigan. A bit crushes with skirts. Cinta mati kat tudung syria and shawls.

SEBELAS... Aku tak suka pen BIRU! Dalam pencil case just ada sebatang pen biru and mostly semua pen aku warna hitam.

DUABELAS... Suka baca blog, boleh tak tidur baca blog. Punya saikonya hidayah wan. haha

TIGABELAS... Kucing. Nama kucing kesayangan aku Dreamer, PetPet & Ulat. haha mesti korang pelik kenapa nama 'Ulat' kan?

EMPATBELAS... Sangat pendiam dengan orang yang tak kenal tapi bila dah kenal aku suka bercakap. Easy going tapi aku cepat terasa. Sangat tak cool perangai camtu.

LIMABELAS... Berangan sangat nak gi SABAH since aku Form 2. UPU aku mohon semua kat UMS ngn UNIMAS, tapi takde kesempatan lagi nak jejak kaki.

ENAMBELAS... Suka sangat number 7 & 8. Dulu aku jenis suka tukar-tukar phone number sampaikan aku pernah mintak kawan belikan number phone yang just ada number 7 & 8 saja. 

TUJUHBELAS... Bekas pelajar SK Beserah, SMK Tengku Afzan Kuantan (ni sekolah perempuan je) and KMPh.

LAPANBELAS... Suka macam-macam colour, pastle and striking colours. Tapi mostly sekarang barang-barang aku semua pink. Striking pink pulak tu, ko dah kenapa dayah?haha

SEMBILANBELAS... Payah nak tidur siang tapi cepat tidur waktu malam. Before pukul doblas mata aku dah layu. But, if aku tidur lebih dari pukul 12 means aku ada problems or tengah fikir somethinglah.

DUAPULUH... Aku tak suka lelaki yang merokok, pakai-pakai hiasan. Dah macam pokok krismas jadinya, first impression aku mesti 'kau ni jahat'. Aku kurang berkenan lelaki yang suka pakai selipar, pakai sandal or kasut much better. Tapi kena ikut situasi jugak, takkan gi pantai bahan pakai kasut.

DUASATU... Jatuh hati dengan lelaki yang ada goatee. Bukan goatee yang panjang-panjang macam kambing tu, yang seciput je. Nampak comel. haha poyo tak termasuk pun, sebab dah lebih satu fakta aku listkan. Bye




 

Monday 8 September 2014

HeartBeat so LOud!

Melting!



Last Semester..

Assalamualaikum semua!

Lama berbulan aku tak update blog, bapak malas punya pasal kan so aku anak tirikan saja blog ni.bhaha
Sebenarnya banyak sangat cerita aku nak share time cuti semester 3 bulan hari tu, actually tak 3 bulan pun. Lebih kurang 2 bulan lebih sikit je. Nanti aku update entri aku buat tempahan biskut raya (aku tolong makcik time puasa), sambut birthday Nini kat TC (Teluk Chempedak) and new things about me aku still bergelar students.

Korang mesti pelikkan? Dah ko kenapa still jadi students? Aha, disebabkan kecuaian aku maka untuk tahun 2014 aku tak dapat nak graduate. Aku terlupa untuk daftar 1 subjek universiti, demikianlah dengan begitu rendah dirinya aku daftar balik masuk untuk 1 semester last. (ayat tak poyo tak sah) Sedih? A bit terkilan jugak sebab aku tak dapat grad untuk tahun ni, tapi tak kisahlah because I'm happy to meet all my junior again. Aku dah pindah stay kat Uniciti Alam, Sg. Chuchuh. Rumah kat sini sangatlah cantik but sangat jauh dari Kangar and kelas!!

Aku ada mengadu kat bff aku time matriks dulu, Anisah. Aku cakap sedih bla bla xdapat grad tahun ni. Then jawapan dia tenang je and buatkan aku positive. 

"Takpe Dayah. Dayah seronoklah still dapat belajar, kita bosan kat rumah xdapat kerja lagi. Sekurang-kurangnya Dayah ada aktiviti and dapat beraktiviti kat sana. Pasti ada hikmah disebaliknya, mana tahu ada junior-junior yang perlukan pertolongan Dayah."

And nasihat aku untuk students yang sealiran, seangkatan- 

Yang penting belajar itu jihad, tak ada batas umur kau nak belajar. Kau nak ulang berkali-kali pun tak apa sebab yang bawa diri kau atas muka bumi ni ialah diri kau sendiri bukan orang lain. Pedulikan pandangan orang yang belajar tinggi tapi sentiasa negative thinking kat orang lain, bukan dia yang tanggung kau. Dan bukan dia rasa apa kau rasa, kalau dia rasa dia hebat kau lagi hebat. Kerna orang yang hebat tak akan memandang rendah kepada orang lain. Positive thinking katakau. Ingat pesan: Tuntut ilmu dari kita lahir sampai ke liang lahad, no full stop. Okay, bye!