Saturday 29 September 2012

good things will come for those who wait?

salamAlaykum..

panjangnya tajuk! melampau betul hw..mukhadimah hari ini saya mulakan dengan perkataan lelaki dan perempuan? cerita apa pulak saya nak cerita hari ini.

Bismillahirahmanirahim...

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui "
 ( surah al-Baqarah ayat 216 )

lelaki dan perempuan memang tidak dapat dipisahkan. melengkapi antara satu sama lain, tapi pernah tak sahabiah berfikir sejenak apakah hikmah ALLAH menjadikan kita berpasang-pasang? Allah menjadikan isteri dari jenis yang sama supaya kamu cenderung ke atas mereka? pernah tak sahabiah terfikir untuk mempunyai pasangan yang menepati keinginan hati? jawapanya pasti ya bukan?

pernah atau tidak sahabiah cuba melakukan solat isthikarah untuk meminta petunjuk jodoh? alahai tipikal sungguh soalan saya bukan? tapi bila cakap pasal jodoh, semua tersengih-sengih semua ada idea, tanggapan sendiri. ada yang memilih untuk bernikah awal ada yang memilih untuk bernikah lewat. tapi pada saya yang mana satu pilihan itu adalah keputusan yang terbaik kita laksanakan. ALLAH akan menghantarkan jodoh kepada kita bila DIA tahu yang kita sudah bersedia, so anda dah bersedia? sedia maksudnya di sini bukanlah jumud sangat skopnya. sedia galas tugas sebagai suami isteri. no, bukan itu sahaja. sedia maksudnya di sini ialah dari segala aspek. sudah sediakah kamu bernikah dengan family sidia? sudah bersediakah kamu menghadapi dugaan dengan sidia dalam keadaan susah atau senang?

sahabiah, pernah tak terfikir - seronok betul tengok orang lain couple? tayang gambar sana sini dalam laman sosial. meletakkan status " in a relationship" ? cemburu tak? mungkin ada yang mengangguk, ada yang tidak.  sahabat-sahabat semua.. marilah kita renungkan, belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. kita "couple" bagai nak rak, tayangkan segala ke "sweetan" kepada umum. padahal HARAM hukumnya disisi Islam. lagi terang lagi bersuluh couple itu sudah cukup menghampirkan diri kepada zina. jadi mengapa masih kita dekati maslahat itu?? tepuk dada tanya iman. sedarilah bahawa semua itu adalah kebahagian yang sementara.

jika kita memperoleh cinta itu dengan senang, maka dengan senang jugak ALLAH menarik rasa cinta itu. pernahkan terlintas di minda sahabat, cinta kepada insan bernama manusia itu adalah ujian daripada ALLAH? jika kita tidak pandai mengaturnya, maka ALLAH dengan mudah menarik rasa indah itu.

jadi sahabiahku, saya ingin berkongsi doa dengan semua. marilah kita hayati dan amalkan doa ini. semoga doa Nabi Daud A.S  ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencintai ALLAH SWT  sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhluknya.


" Ya ALLAH, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-MU, Dan cinta kepada orang lain yang mengasihi-MU, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-MU, Jadikanlah cinta-MU itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon cinta-MU, Dan cinta orang yang mencintai-MU serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-MU,

Ya ALLAH , apa sahaja yang engkau anugerahkan kepedaku daripada apa  yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya ALLAH, Jadikanlah cinta-MU sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya ALLAH , jadikanlah aku mencintai-MU , mencintai malaikat-MU, Rasul-MU dan hamba-MU yang soleh, Ya ALLAH hidupkanlah hatiku dengan cinta-MU dan jadikanlah aku bagi-MU seperti apa yang Engkau cintai, Ya ALLAH, jadikanlah aku mencintai-MU dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-MU.

tidak perlu couple, tidak perlu bercinta bertahun lamanya. jika ALLAH sudah tetapkan dia adalah pasanganmu, maka sejauh mana pun kita lari dan menidakkannya ia tetap akan berlaku.KunFayakun, itu janji ALLAH. jadi doalah yang terbaik untuk Jodoh kita dan sentiasa bersangka baik terhadap ALLAH SWT =). 

happy ever after till Jannah..
Wallahualam, salam sayang..

-hw-

Thursday 27 September 2012

hey! im third year students already??


SalamAlaykum..

10 September 2012 - Alhamdulillah im officially as a third year students. what a long journey, long steps, and too many moments here. nothing change here, my PPK still in the Dragon and whole of my classes only in the Dragon! What a great! hehe, tak payah nak kejar-kejar bus pi sana sini.
actually back on the plan, i wanna take a licence.umi cakap aku KAYU betul tak ada licence.bukan tak nak buat, sebabkan aku malas yang melampau nak pi ceramah and practice drive. so i cancel it!! tudia, tak ada licence lagilah jawabnya. the answer is next semester, inshaALLAH i will have the licence. =)

UNIT OPERATION, INDUSTRIAL WASTE TREATMENT, REACTION ENGINEERING, BIOCHEMICAL ENGINEERING and CANOE. 
 thats tough enough right? 4 3 4 credit hours, will make me sway~~ aha, but all the subject actually not bad. more challenging and more interesting. tiap minggu we all ada quiz, quiz and quiz.. 

kami otw nak pergi kelas =)
apa lagi nak cerita? semester ini ramai sangat junior. then our course offer a new course, sistem pertanian. apa tu? entah , i also dont know. so plus minus, just now we our school have 4 courses. Bioprocess, Biosystem, Biotechnology Industries, and the last but not least Sistem Pertanian.

life as a third year Students? NOT REALLY HECTIC but too Challenging. aha, apa kebendanya dayah? apa hang duk merapu ni..yelah mana taknya, sekarang ni time hujan je kat Perlis ni. habis lencun pi kelaih! kalau kat rumah seronok, kami hari-hari masak. mentang-mentang ada dapur baru kan? habis segala kuih kami buat. rupanya lain negeri, lain panggilan and cara masak. bila masing-masing dah jadi chef, habis semua benda nak dimasak. aku? expert masak Sardin sampai aku dah naik muak. tapi ipah cakap dia tak puas lagi makan sardin aku? oho, puji diri ek dayah? then, nak masak melampau-lampau  macam kari, gulai tak boleh. kena jimat gas and barang bukan ada sangat. masak mana barang hat dicapai tangan ja.

cuba korang teka, ni kuih ape?
cukuplah merepek ni, penat. tak ada arah tuju. aku nak siapkan proposal untuk LI pulak. apadia tu? LAWATAN INDUSTRI, kami nak pi jalan-jalan kat Petronas Fertiliser 15 Oktober ni. eloklah hadiah untuk birthday aku. ngeeee, ok nanti aku update pasal LI kat sana ok? jaga diri dan iman baik-baik. salam sayang! 

-hw-

Monday 10 September 2012

PPMS

salamAlaykum..

apa khabar? hope you guys do well, inshaALLAH.. long time not update my blog, so today i brought to you a brand new story.. kiki, Bismillahirahmanirahim..

PPMS? ape kebendanya tu?? PMS ke? aha, not that so.. sebenarnya PPMS tu stands for Pembantu Pelajar Minggu Suaikenal. atau dalam kata lain ialah Fasilitator atau Fasi.. kat Unimap ni Fasi dikenali sebagai PPMS. intresting right? disebabkan bunyi macam menarik, maka saya dengan rela hati join PPMS.. hidayah wan now officially being as PPMS.

ini saya nak cerita kejadian sebelum start MSK (Minggu Suaikenal). alkisahnya raya ke- 5 saya kena balik Perlis. sapelah sanggup kan? kecuali orang yang betul-betul semangat sangat nak jumpa 'junior'.. hidayah wan lah tu =)

so 23 August 2012 saya balik perlis. sampai pagi tu kat perlis kitaorang terus gerak pergi Kuala Perlis. nak buat ape kat sane? tu lah tempat penginapan kami before start MSK. 26-28 August kami pergi Pantai Merdeka Beach Resort. kat mane tu? kat Sg. Petani, Kedah lah. seumur hidup saya, 1st time sya jejakkan kaki kat Sg. Petani ----> Pantai Merdeka!! DULU MASA kecik-kecik time belajar Kajian Tempatan cikgu selalu sebut Sg. Petani. maka terbayang-bayang kat kepala otak dalam sungai tu banyak 'PETANI'. ALLAHURABBI tahap pemikiran masa muda-muda dulu, terhad sungguh. and sekarang dah jejak pun kaki kat Sg. Petani. =)

okok, nak cerita apa kami buat kat Pantai Merdeka? sepanjang 3 hari 2 malam macam-macam aktiviti kami buat. tapi aktiviti lebih kepada kerja dalam kumpulan. Malam 1st day kat Pantai Merdeka tu kami buat Night Walk. Depa lepas sorang-sorang, takut ke? tak pun, rasa nak lempang-lempang je hantu-hantu dalam tu. ada hantu tu siap mandi air mineral lagi. ni kes kena simbah air lah, sape suruh kejutkan budak-budak ni kan? sudahnya basah semua hantu-hantu dalam tu.kikiki =)

pembahagian biro dan tugas. so saya pilih biro Logistik dan Teknikal. Skop tugas kami ialah penyediaan tempat before acara mula, dalam kata lain set up tempat tu lah. macam susun kerusi, tong sampah, PA sistem dan sebagainya. kalau student or parents tak cukup kerusi kami lah yang cari. tapi bukan tu je kerja kami. actually bila duduk dalam satu kumpulan yang besar, tugas kita tak terhad kepada kerja dalam biro sahaja. kami buat semua kerja, kerja biro kebajikan pun kami buat, biro makanan pun kami sapu. bukan bermakna kami gila kuasa, tapi sebenarnya nak tolong PPMS lain. kalau tolong cepat-cepat, maka kerja pun siap cepat-cepat lah kan?? malam last kami kat Pantai Merdeka, ada BBQ. awesome! sedap! kenyang perut, Alhamdulillah makanan kat situ sedap tambah-tambah pemandangan yang chantek, bilik yang selesa (bukan bilik pun, kami duduk dalam dorm) tapi fully aircond. Kelas kau jah! =P then keesokkan harinya kami balik Perlis.

Gerak kerja mengikut Biro bermula. so saya incharge tempat untuk luggage. dorang ni bawak barang macam nak pindah rumah terus, banyak betul. kesian tengok duk mengangkat barang berat-berat tengah panas. freshie-freshie (-_-)zzzZZZ. MSK bermula dari 2-6 Sept then proceed to My Campus pulak. banyak pengalaman baru, kawan-kawan baru, cerita-cerita baru. suka duka penat lelah terbayar dengan kerjasama antara student baru dan PPMS. malam akhir MSK dan My Campus ialah Malam Ramah Mesra. PPMS duk naik atas pentas duk nyanyi lagu 'Untuk Dia' dan 'Saya Anak Malaysia'. penutup malam kebudayaan tu ialah penyerahan title untuk King and Queen Of the Night. Alhamdulillah tamat sudah riwayatku sebagai PPMS. dan hari ni kelas dah start. 1st day as third year student. THE END (^_^)v 

salam sayang semua. Jaga Iman dan Diri baik-baik.