Wednesday 18 July 2012

" tragedi sungguh dinner kita ni kak dayah - Part 2 "

SalamAlayKum..

“ Kak Dayah, thanks for everything last nite.. and sorry sebab datang lambat, Alhamdulillah, dah habis dah dinner.. fuhhh~~ tak sangka kan, menjadi jugak dinner kita”
Disebabkan Matrik Perlis tak bagi respon apa-apa since aku call hari tu, tarikh pun tinggal seminggu je lagi. Amin dan budak-budak biosistem tak ada, dorang pergi KL untuk LI (lawatan industry) maka aku kerah Najeeb cari dewan hari isnin tu juga. Dengan pertolongan Fitri, Najeeb cari Dewan dalam negeri Perlis ni. Sebenarnya susah jugak nak cari. Petang Jumaat, Khairul mesej aku cakap Najeeb suruh buat surat permohonan untuk dewan. Alhamdulillah, baru lega sikit even tak sure lagi dapat or tak dewan tu tapi at least ada lah juga “calon-calon”dewan. First Dewan Sivik Arau and second Dewan IPG. Sebab excited terlampau, malam tu juga surat siap (aku punya kerja, hihihi). Then hari Sabtu aku send kat Najeeb, paperwork dan dua surat permohonan.  Hari Isnin, Najeeb hantar surat pada orang yang berkenaan urus dewan.
Nak jadi cerita, hari tu juga aku dapat phone call dari staf Dewan Sivik Arau. Permohonan sewa diterima, tapi tarikh je yang tukar- 30 MEI 2012. Cadang nak buat dinner 31 MEI 2012, tapi disebabkan ada event 1 JUN 2012, tarikh dipinda. Tak apalah, tak kesah. Alhamdulillah setelah pulun mencari Dewan finally dapat juga. Bayaran rm 750.
Aku mesej Fiza bagitau ada incoming problem, alahai lepas satu-satu. Tak paham aku, ingatkan HEP dah bagi fund untuk dinner. Phone call aku kat fiza betul-betul mencekik tangkai hati (aha, bahasa apa ni) mana taknya, the next berita tak sedap didengar. yaALLAH, ujian apa lagi ni. Katanya fiza, HEP tak dapat nak tolong PPK kami sebab PPK kami dah pakai duit terlampau banyak. Speechless clueless aku. Dah dewan tu lagu mana cek oi??depa nak bayaran dalam 3 4 hari lagi ni. Pusing-pusing kepala aku ni duk pikir. Nak tak nak after kelas kat Kubang, aku rushing pi Dragon semata-mata nak jumpa Cik Mismi. Nak deal pasal bayaran dewan, dah depa kata ok kita book dewan tu even duit tak tau cerita…. Aku nak kata apa kan?? Aku call balik Encik apa tah namanya tu, aku confirmkan booking dewan tu. Encik ni pulak tak nak bayar pendahuluan ke, pengakhiran.. dia nak bayaran penuh terus at tarikh yang ditetapkan. ALLAHUAKHBAR, senyum tetap senyum dayah.
Korang ingat senang nak cari fund, tiba-tiba hari sekianya kepala aku pening lagi. Khairul mesej aku cakap catering tarik diri. Hah! Padan muka kau, lepas satu-satu hal jadi. Duit, dewan, catering??? Gilos dah aku pikir, aku try tanya sape2 yang berkenaan tahu kat mane nak cari catering. Tolonglah, dah lah pening kepala duk buat surat permohonan dana. Ceh, katanya nak mintak kat Shahidan Kassim. Ni hah, aku tengah karang surat cinta untuk Shahidan. Tak tau lah dapat ke dak, susah baru aku tahu susah nak cari sponsor. 28 Mei 2012, siang after kelas kami pi pejabat Yayasan Pok dan Kassim. Depa cakap, depa tak boleh nak tolong. So depa mintak kami pi jumpa Shahidan Kassim malam harinya kat taman apa tah. Dia ada event kat situ, after isyak kami berlari-lari( ceh menipu berlari) naik kereta lerr pi taman tu. Masa kami sampai tu Dato tak sampai lagi, so kami decided pi minum air kat kedai, sempat lagi nak melepak kan kau dayah? Hahah, haus kot bang oi….zzzzzZZZ
Pendek cerita, paperwork and surat permohonan dana tu dah bagi kat Dato.aku punya ketaq lutut baq ang, takut nak jumpa bekas MB Perlis ni. Macam kucing nak beranak, resah gelisah. Padahal hahaha, bukan apa pun. Ok je orangnya, siap senyum-senyum borak sikit-sikit.dah cukup, next  depa kata esok secretary kami call ye.. dah dalam surat tu ada number phone aku je, makaaaaaaa aku tak bolehlah lekang dari phone. Siang malam aku dengan phone, tak silent kalau silent pun aku tetap buat vibrate. Punyalah mengharap. 2 hari lagi oi 30 May 2012. Apa kehai ni, satu habuk berita tak dapat lagi. Hah, pasal catering dah settle. Masa kami pi Yayasan tu, kebetulan Bell ada tanya orang yang dia kenal pasal catering. Bagai jatuh bertimpa emas, Alhamdulillah dapat jugak catering.
Mula-mula Bell yang deal dengan catering, tapi di sebabkan Bell tak tahu jumlah exact student maka kerja itu dipasskan kepada aku. Heeee, sekian terima kasih. Ni aku duk berperang dengan catering pulak. ALLAH susah jugak ye nak decide pasal makanan, tu mahal lah, ni mahal lah, tu tak sesuailah ni oklah.. pening aku, then akhirnya jadi settle. Tapi orang catering tu buat aku bengang, tak habis-habis mintak duit. Mintak bayar duit pendahuluan dulu, takut kami lari ke hape ni? Menyampah aku, dalam sehari 5 6 kali dia hantar mesej bagitau pasal duit tu. Kami pulak ada masalah kutipan duit, student pulak buat hal nak tak nak bayar. ALLAHU RABBI, ujian lagi. Sabarlah dayah.
29 May 2012, duit tak cukup lagi. Catering duk mintak RM 1000, dewan tak set up lagi. Awesome =) rasa nak senyum sampai ke ubun-ubun. Malam tu kami AJK, pi set up dewan. Arahan dekan dah keluar, semua pelajar WAJIB bayar. Pergi atau tidak kalian diWAJIBKAN bayar, kejam kan bunyi? Tapi kalau kami tak tegas, mana kami nak dapat duit. Nak bayar catering, dewan. Kesian, tulah padahnya kalau guna duit over the limit. Hahaha, ketegaq  nak buat dinner lagi. Yelah fikir budak-budak 4th year, budak-budak dekan, budak-budak bestari kami tetap usaha cari dana untuk dinner. Korang tahu tak, ku sangka panas hingga ke petang rupanya rebut petir di tengahari. Tengah susun atur dewan, susun meja…. Meja pulak tak cukup, apakah ini? Pening kepala aku sih, call balik Encik  Rahman ( baru aku ingat nama dia) tanya kat mana nak dapat meja extra. Dia cakap tak ada dah meja extra, meja yang kat dewan tu je ada. Pheww pheww pheww aku terduduk atas lantai sambil kira keluasan metre per segi. Mana nak cari meja ni, kerusi melebih-lebih. Meja pulak tak ada, herm. Esok dah lah ada test, satu habuk tak study lagi. Penatnyaaa, pengorbanan betul sem ni.


Dijadikan cerita, aku balik malam tu tak study tak hape, aku tido. Nasiblah kelas esok ada gap, so sempat study sekejap time gap tu. Meja pasal meja? Aku tak tahu, tu kerja Najeeb, dia settle sendiri. Pandailah nak hidup, Najeeb pergi Dragon awal pagi mintak tolong Cik Mismi, kena marah. Yelah malam dinner, tapi kerja tak siap lagi. Pasal decoration sebenarnya malam tu tak gerak pun lagi, aku tak tahu menahu pasal decoration. Malas aku amik port, hal yang satu ni pun tak settle. Najeeb call aku bagitau tak dapat nak cari meja, dia bagi idea suruh tanya orang catering. Maybe depa ada idea, tahu kat mana nak sewa meja. Kami perlukan 10 meja je lagi sebenarnya, slek betul kau ni meja. Orang duk sibuk study pasal test, aku,Wani dan Najeeb duk sibuk fikr kat mana nak cari meja. Time tulah keluar macam-macam idea puaka. Tapi semua Amin tak setuju, menyampah. Aku dah hampir give up sebenarnya, jawab test tah ape-ape. Aku tawakal je, jawab apa yang aku ingat. Jangan ikut aku, merepek betul time tu. Aku ingat nak pergi dewan after kelas, tapi disebabkan ada orang marah tak bagi pergi then tukar Wani yang pergi dewan. Maka aku balik Wang Ulu. Najeeb mesej cakap dah dapat meja, YaALLAH syukur Alhamdulillah dalam kesulitan sebenarnya kadang-kadang terselit kesenangan. Yang penting kita kena sabar.
AJK yang bertugas, usher- usher, penari-penari semua pergi awal. Depa yang dah sedia ada kat dewan tu tak balik-balik lagi since awal pagi. Kesian, tapi nak buat macam mane. Itulah pengorbanan. Syukur Alhamdulillah dinner berjalan dengan baik, eventhough macam-macam masalah jadi before and time dinner tu berjalan pun still ada problem sebenarnya. Tapi yang paling aku ingat kenyataan seorang hamba ALLAH tu. Betul-betul buat aku tersentap, next time cik kak jagalah tutur katamu. Kami semua AJK betul-betul terasa hati dengan awak, sakit hati sebenarnya. Kami tak expect awak seberani tu, selantang tu berkata-kata. Kalau tak puas hati dengan orang sekalipun, jagalah kata-kata tu. Keran mulut badan binasa kak oi. Sedih, aku betul-betul sedih. Dalam hati aku, ada jugak orang macam ni ye. Tapi aku fikir positif, tak guna nak marah or keluarkan kata-kata tak sepatutnya. Itu hak dia berkata-kata, biarkan dia dengan caranya. ALLAH kan ada, apa-apa pun kami bersyukur. ALHAMDULILLAH dinner menjadi walaupun sangat tragedy sebelum tu. Man jada wa jadda =) siapa yang berusaha dia mendapat hasilnya. Walaupun hasilnya tak seberapa, tapi kita kena ingat kalau ALLAH tak izinkan maka tak menjadi juga dinner tu. Disebabkan ALLAH izinkan, maka say thanks to ALLAH. Senyumlah hw, (^_^)v


Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH dinner proceed juga. Even macam-macam tak kena, tapi kata orang mana ada benda kat dunia ni perfect. Nampak je perfect, tapi sebaliknya wallahualam. Dinner last minute punya plan. Memanglah ada tak kena sangat.THE END of the Dinner PPK Bioprocess Engineering 2012. Syukran jazilan Ya Rabb.