Sunday 30 March 2014

Yakult

Assalamualaikum..

    Pernah minum Yakult? Jangan terkejut kalau ada kawan-kawan korang yang tak pernah pun minum Yakult. Apa rasa Yakult ek?? Masam manis sikit, rasa masam tu datang dari rasa citrus lime. Yakult hanya ada satu rasa je ye. Dan if minum sejuk-sejuk memang best!


    Apa maksud Yakult? Yakult berasal daripada perkataan Espreto iaitu bahasa perantaraan dunia pada zaman dahulu yang membawa maksud susu masam. Yakult bukan bahasa Jepun ye, so please take note =D

    Apa ada dalam Yakult? Strain Shirota ialah sejenis bakteria yang hidup. Setiap 1 botol kecil Yakult ada lebih kurang 30 billion Strain Shirota. So you must keep it under temperature below than 10C (dalam peti sejuklah senang cite), sebabnya dalam keadaan sejuk bakteria akan 'tidur' dan tiada proses fermentation berlaku. Tapi if letak kat room temperature bakteria akan sibuklah duk bekerja, means proses fermentation berlaku. At the end accumulation of Lactic Acid. Sebab tu kita boleh tengok susu akan jadi pekat likat memikat (err memikat ke masam-masam gitu?) ekeke..

    Yakult ni ada dua jenis, 1. Yakult Ace 2. Yakult Ace Light
Yakult Ace Light lagi mahal dari Yakult Ace, Kenapa ek? Padahal Ace light less sugar. Aku selalu tertanya kenapalah Yakult less sugar ni mahal, not Yakult sahaja tapi Vitagen pun sama. And jawapan dia, kalau korang baca kat packaging belakang tu dia ada tulis Fruktosa (in English is Fructose). Fructose ialah sejenis gula daripada buah-buahan, so ongkosnya lagi mahal daripada gula biasa. Untuk Ace pulak sucrose digunakan. By then, lepas ni jangan merungut lagi kenapa Ace Light lagi mahal dari Ace.


Yakult Ace Light

    Kebaikan Yakult? Banyak kebaikan Yakult, salah satunya ialah ia sangat baik untuk usus. Strain yang ada dalam Yakult mampu bertahan  dengan acid yang sangat kuat dikeluarkan oleh perut iaitu hydrochloric acid. Next, Yakult jugak adalah sebagai agen pencegah kanser. Kajian saintifik terhadap Yakult telah lama dijalankan dan ia terbukti dan diakui oleh pakar dan doktor. And sesiapa yang ada masalah buang air besar tu dah boleh jinak-jinak minum Yakult setiap hari. Yakult boleh disajikan dengan pelbagai variasi minuman sejuk. Tapi ingat, jangan panaskan Yakult sebab secara tak lansung kultur hidup yang ada akan automatik mati. Kultur hidup ni tak resistance dengan high temperature okay! 

    So far, itu je yang aku nak share. Minumlah Yakult: Setiap orang, setiap hari. Yakult tak ada food additive, stabilizer, and presevative. Ambil satu botol dah cukup untuk setiap orang setiap hari.

Bye =D

No comments:

Post a Comment