Sunday 13 April 2014

Training of Facilitator, YADIM

Assalamualaikum..

     Hai. Pernah dengar YADIM? Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia? Hari tu, actually not hari tu pun. Dah lama senaunya. Bulan 1, 2014 ye kawan-kawan iolls join program under YADIM which is TOF (Training of Facilitator). Program tu diadakan di perak, kat Kem Ulu Kernas. Memang ululah, jauh dengan line phone tak daknya. Kawasan kem tu dekat sangat dengan air terjun, tapi kami tak pi pun mandi. 

      So program ni melibatkan banyak IPTA and IPTS antaranya UKM, UM, UniMAP, Cybernatics and macam-macam Universiti lagi. Kat sini kami dibahagikan ikut group, satu group tu bercampurlah macam-macam Universiti. Aku dapat group dengan Aimi, Diploma UniMAP. Wakil UniMAP perempuan aku yang paling tua okay. So panggilan Kak Dayah tu memang meniti kat setiap mulut ke mulut. Oh man tua dah iollss rupanya. Kami diberi tali yang berbeza warna dan wajib bagi satu nama and trademark untuk kumpulan. So kami namakan kumpulan kami "Blue Army". Leader kumpulan ialah Abang Boy yang sangat sporting, banyak bercakap kongsi pelbagai ilmu and lawak =D

     Untuk aktiviti kami dipecahkan mengikut LDK masing-masing. tiap kali sesi LDK kami akan diberi task untuk diselesaikan. Time nilah kami bertukar pendapat dan pengalaman, how to handle, how to manage certain big programmed.  Masa ni banyak ilmu yang aku kaut, and banyak jugak ilmu yang sedia ada dipolish dan dibaiki. Ekekeke ayat bm nau. So itu jelah kot aku nak cerita, meh aku sajikan sikit gambar untuk tatapan korang ye.








             Makan minum kat sini cukup melampau! Tak lapar lagi dah disuruh lunch, minum petang bagai. Kami makan 6 kali sehari tau! Makan dalam LDK masing-masing, time nilah boleh tengok peranan masing-masing. Mesti ada yang amik pinggan, gelas, air. Semua tolong menolong, yelah xnak selfish kan. Tak nak perut sendiri je kenyang. 

      Banyak je aktiviti dan cerita kat sini. Tapi aku dah lupa, yelah program ni bulan 1 sekarang dah bulan 4 baru nak update. Memang banyak lah memory otak kelupaan (Wargh sila tampar laju-laju pipi aku kerana kerosakan bahasa) Ekeke. Overall aktiviti kat sini best sangat, dapat rasa ukhuwah yang sangat erat antara satu sama lain. Rindu. Bila entah dapat jumpa lagi keluarga TOF Siri ke 5 ni. Dengar kata nanti ade Konvensyen TOF kat UKM sebelum puasa. Aku wajib pergi! ihiii..

       Korang itu je yang aku nak share, so sesape yang nak join kami ke Konvensyen TOF inshaALLAH 31/5 ni boleh contact aku. UniMAP sahaja ye, =D 

Bye~

No comments:

Post a Comment