Friday 9 December 2011

process flow diagram

nampak aje mudah, line keluar masuk, tapi nak siapkan susah yang amat. lainlah kalau korang pro!

assalamualaikum semua. apa khabar?terasa lama tak update blog, lagipun tak tahu nak update apa lagi. tapi hari ini ada satu topic, PFD. tahukah anda apa itu PFD? PFD is stands for Process Flow Diagram. topic ini dalam subject Process Instrumentation. okay, bercakap tentang PFD teringat pasal tugas aku draw PFD untuk mini project. actually, PFD untuk group kami banyak kali di reject. ahah, kenapa? sebab bila jumpa encik Zulkarnain, he said "ya ya dah okay dah, just tambah valve, pump dan apa-apa instrument yang diperlukan je lagi"
okay lah kalau macam tu, aku pun dengan semangat inkuiri nak draw PFD. tetiba beberapa hari kemudian, aku dengan group pika (classmate) pergi jumpa incik Mahfuz ( this is our PLV). dia cakap PFD ini terlalu complicated, boleh saja nak guna. tapi mungkin akan menyusahkan awak kalau nak present nanti. PFD group kitaorang dengan group pika nak sama je. sebab kami buat tajuk sama. " Production of Citric Acid from Empty Fruit Bunches by Aspergillus Niger " tapi group pika guna starch, then kami guna EFB ( Empty Fruit Bunches). topic ni agak menarik, tapi nak hasilkan processnya sangat susah. lain kalau ada pengalaman kan? okay berbalik kepada cerita incik Mahfyz tadi, kami realize yang PFD kami tak boleh pakai. so kami ambil PFD lain, aku & fas pergi jumpa incik Mahfuz. sekali lagi hahaha, aku dah tak larat nak sebut "direject". katanya dan incik Nabil, PFD awak terlampau simple. pulak dah?? aku jadi tak tentu hala, group member aku yang lain (Jie Qi, Fasihah, Moganeswari) semua dah mula buat part diaorang, aku je tak start-start lagi. risau sudah lagakku! =_='
then Jie Qi menggunakan usaha kerasnya, draw PFD. Alhamdulillah, esok harinya pergi jumpa incik Mahfuz & incik Zul PFD kitaorang diterima. Terima Kasih ya ALLAH. maka bermula sudah perjalanan aku memulakan tugas draw PFD dalam visio. korang tahu apa itu visio? visio adalah sebuah software, nama panjangnya microsoft visio, visio ni anak beranak microsoft power point, words & segala bagai yang korang tahu. kami dapat software ni pun incik Mahfuz yang bagi, seronok! itu yang aku mampu cakap! haha, ye sangat seronok draw PFD dalam visio, terasa macam seorang Engineer =D
hehe. then sekarang masalah aku PFD dah lukis, tapi tak includekan dengan valve, pump, control valve je lagi. 
so, sekarang dah settle pasal PFD termasuk valve dan anak beranaknya. sekarang tinggal P & ID je. eh ape tu? P& ID tu ialah Piping Instrumentation Diagram. yang ni guna Pfd yang sama just includekan loop pulak, dalam kata lain macam mana korang control process tu untuk dapatkan desired product.
nampak gayanya, insyaALLAH mini project aku hampir siap. kepada group member aku (Fasihah, Jie Qi, dan Moga) aku nak cakap thank you so much! bekerja dengan you alls sangat seronok, semoga berjaya viva nanti ye! harap kita cool je masa viva esok lusa.

PFD

ini pun PFD, P&ID tak siap lagi..hehe

okaylah semua, setakat ini saja kisah PFD yang mampu aku cerita. mungkin tak menarik, sebab korang proceed pun mini project ni. tapi if korang terlibat sama, bolehlah korang rasa saat-saat genting menyiapkan project ini. doakan kami berjaya time present nanti ye! assalamualaikum semua, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang =D <3
hw


3 comments:

  1. ambooihhh sebenarnya ini lagi complicated dari print screen..hewhewhew

    ReplyDelete
  2. haha..
    waa, cik tiara terjah my blog! thanks darl =D
    memang pun benda ni lagi complicated nak buat, mau botak kepala ini rasanya =D.. hehe
    btw thanks jadi cikgu tadi (^_^)v

    ReplyDelete