Monday 8 September 2014

Last Semester..

Assalamualaikum semua!

Lama berbulan aku tak update blog, bapak malas punya pasal kan so aku anak tirikan saja blog ni.bhaha
Sebenarnya banyak sangat cerita aku nak share time cuti semester 3 bulan hari tu, actually tak 3 bulan pun. Lebih kurang 2 bulan lebih sikit je. Nanti aku update entri aku buat tempahan biskut raya (aku tolong makcik time puasa), sambut birthday Nini kat TC (Teluk Chempedak) and new things about me aku still bergelar students.

Korang mesti pelikkan? Dah ko kenapa still jadi students? Aha, disebabkan kecuaian aku maka untuk tahun 2014 aku tak dapat nak graduate. Aku terlupa untuk daftar 1 subjek universiti, demikianlah dengan begitu rendah dirinya aku daftar balik masuk untuk 1 semester last. (ayat tak poyo tak sah) Sedih? A bit terkilan jugak sebab aku tak dapat grad untuk tahun ni, tapi tak kisahlah because I'm happy to meet all my junior again. Aku dah pindah stay kat Uniciti Alam, Sg. Chuchuh. Rumah kat sini sangatlah cantik but sangat jauh dari Kangar and kelas!!

Aku ada mengadu kat bff aku time matriks dulu, Anisah. Aku cakap sedih bla bla xdapat grad tahun ni. Then jawapan dia tenang je and buatkan aku positive. 

"Takpe Dayah. Dayah seronoklah still dapat belajar, kita bosan kat rumah xdapat kerja lagi. Sekurang-kurangnya Dayah ada aktiviti and dapat beraktiviti kat sana. Pasti ada hikmah disebaliknya, mana tahu ada junior-junior yang perlukan pertolongan Dayah."

And nasihat aku untuk students yang sealiran, seangkatan- 

Yang penting belajar itu jihad, tak ada batas umur kau nak belajar. Kau nak ulang berkali-kali pun tak apa sebab yang bawa diri kau atas muka bumi ni ialah diri kau sendiri bukan orang lain. Pedulikan pandangan orang yang belajar tinggi tapi sentiasa negative thinking kat orang lain, bukan dia yang tanggung kau. Dan bukan dia rasa apa kau rasa, kalau dia rasa dia hebat kau lagi hebat. Kerna orang yang hebat tak akan memandang rendah kepada orang lain. Positive thinking katakau. Ingat pesan: Tuntut ilmu dari kita lahir sampai ke liang lahad, no full stop. Okay, bye!
 

 

No comments:

Post a Comment