Wednesday 17 September 2014

Awal waktu.

SalamAlaykum.. Hi!

Pernah dengar tak orang cakap "Malam terasa panjang bila kita solat Isyak awal", atau sendiri pernah terasa macam tu? Aku sendiri selalu rasa macam tu dan tertanya-tanya juga kenapa. Tapi bila difikirkan semula, bukan setakat solak Isyak. Bahkan untuk setiap waktu solat, kalau tidak tunaikan pada awal waktu, kita akan terasa bahawa masa itu lebih panjang jika nak dibandingkan dengan waktu yang kita solat lewat.

Ini semua ada kaitan dengan keberkatan masa. Berkat itu semua ertinya ziyadah. Apa itu ziyadah? Ziyadah ialah pertambahan, kekal atau tempoh panjang yang terisi kebaikan. Jadi bila orang kata, "semoga dapat rezeki yang berkat", itu bereti kita berdoa supaya dapat rezeki yang tidak cepat habis, dan digunakan dengan cara bermanfaat.

Keberkatan masa pula bagaimana? Bererti masa terasa panjang, sentiasa cukup waktu untuk menyiapkan kerja-kerja kita atau perkara yang tidak sia-sia. Pernah tertanya tak? Bila kita tengok seseorang itu nampak sibuk, anak ramai, jawatan besar, tapi banyak kerja-kerja yang dapat dia siapkan seperti menulis banyak buku, khidmat masyarakat, join program itu dan ini, serta pelbagai lagi tugasan yang menuntut banyak masa darinya tapi sentiasa sahaja dia berjaya melakukannya dengan baik.

Subhanallah, begitulah jika kita menjaga apa yang Allah suruh dan tidak leka dengan dunia, inshaALLAH keberkatan itu sentiasa akan mengiringi solat awal. =D


No comments:

Post a Comment