Thursday 22 December 2011

makarimal akhlak



assalamualaikum semua. apa khabar?hari ini saya nak bercakap tentang akhlak. bercakap tentang akhlak, terpanggil saya untuk menceritakan tentang kisah " Usamah Bin Zaid ". sahabat kenal? INSYAALLAH, semoga sahabat kenal gerangan beliau ini. baiklah, mari saya ceritakan tentang beliau.

" Usamah Bin Zaid , hitam kulitnya putih hatinya di sisi Rasulullah " - Pada hari peperangan Uhud, beberapa sahabat yang masih kecil datang meminta izin untuk berjihad di jalan ALLAH s.w.t. sebahagian mereka diterima dan yang lain ditolak oleh Rasulullah s.a.w kerana usia mereka yang sangat kecil. antara yang tidak diterima oleh Rasulullah s.a.w adalah Usamah Bin Zaid. beliau beredar dengan linangan linangan air mata keran sedih tidak dapat berjihad di bawah panji Rasulullah s.a.w.
dalam peperangan Khandaq pula, sekali lagi Usamah bin Zaid yang ketika itu telah meningkat remaja datang bersama-sama sahabat sebayanya meminta izin untuk berperang. beliau berdiri sambil kakinya berinjit-injit agar nampak lebih tinggi dan nanti supaya diberi keizinan oleh Rasulullah. Akhirnya Nabi s.a.w bersimpati kepadanya dan memberi keizinan kepada beliau. dengan itu Usamah bin Zaid telah membawa pedang berjihad di jalan ALLAH ketika berusia 15 tahun. 
siapakah Usamah Bin Zaid sebenarnya? pasti sahabat mahu mengetahui siapakah beliau bukan? baiklah, beliau adalah anak kepada Zaid bin Harithah dan ibunya bernama Barakah al-Habasyiyah yang juga dipanggil sebagai Ummu Aiman. dahulunya Ummu Aiman adalah hamba perempuan yang dimiliki oleh bonda Rasulullah s.a.w dan beliaulah yang menguruskan Rasulullah s.a.w sewaktu ibunya masih hidup dan mejaga Rasulullah s.a.w selepas ibunya meninggal dunia. Rasulullah sangat mengasihi Ummu Aiman dengan sedalam-dalamnya. baginda juga selalu menyebut "dialah ibuku selepas ibuku, dan ahli keluargaku yang lain" . Beliau itulah ibu Usamah bin Zaid.
manakala ayah Usamah iaitu zaid bin Harithah adalah "hibb" (orang yang dikasihi0 Rasulullah s.a.w. beliau merupakan anak angkat Rasulullah s.a.w sebelum Islam, yang menjadi teman dan penyimpan rahsia Baginda sehingga beliau dianggap sebagai salah seorang ahli keluarga Baginda dan orang yang paling dikasihi oleh Baginda selepas Islam. sememangnya Rasulullah s.a.w sangat mengasihi beliau.
usia Usamah adalah lebih kurang usia cucu Rasulullah s.a.w, al-Hasan- anak lelaki Fatimah al-Zahra; Al-Hasan berkulit cerah, cantik dam]n menyerupai datuknya, Rasulullah s.a.w. Manakala Usamah berkulit gelap, kemek hidungnya dan menyerupai ibunya yang berasal dari Habsyah.
namun begitu, Rasulullah s.a.w tidak sesekali membezakan antara mereka berdua dalam memberikan kasih sayang. Baginda akan mengambil Usamah dan meletakkan pada salah satu pahanya, kemudia mengambil al-Hasan dan meletakkan pada paha satu lagi. Rasulullah s.a.w akan memeluk mereka berdua ke dadanya sambil berkata, "YA ALLAH, sesungguhnya aku mangasihi mereka berdua, maka kasihanilah mereka".
apabila Usamah bin Zaid memasuki usia dewasa, sifat yang mulia dan akhlak yang terpuji terserlah pada peribadi beliau. semua itu sememangnya melayakkan beliau endapat kasih Rasulullah s.a.w. ternyata beliau seorang yang sangat cerdik, berani, bijaksana meletakkan urusan di tempat sepatutnya, menjaga maruah, bencikan perkara keji, mesra dan disukai ramai serta bertakwa lagi warak.
dalam peperangan Mu'tah pula, Usamah berjihad di bawah panji ayahnya, Zaid bin Harithah. usianya ketika itu belum mencecah 18 tahun. dalam peperangan itu tentera Islam berhadapan dengan tentera Rom yang seramai 200 ribu orang dengan kelengkapan ketenteraan yang cukup. sedangkan tentera Islam hanya 3000 orang.
ketika berperang, Usamah menyaksikan melalui kedua matanya sendiri melihat kematian ayahnya. namun beliau sedikit pun tidak merasa lemah dan hilang semangat.
sebaliknya beliau terus berperang di bawah panji Ja'far bin Abi Talib sehingga Ja'far juga turut terbunuh di depan matanya sendiri. kemudian beliau terus berjuang di bawah panji Abdullah bin Rawahah sehingga Abdullah juga terbunuh.
akhirnya Khalid bin Al-Walid memegang panji sehinggalah tentera kecil ini dapat diselamatkan daripada cengkaman tentera Rom dan Usamah bin Zaid dapat menyaksikan dan merasai kejayaan tentera Islam.
Ya ALLAH, terharu dan bangga saya rasakan. sebenarnya Islam mempunyai banyak tokoh-tokoh yang disegani, jadi mari kita jadika sebagai contoh, semangat bagi menapakkan lagi kekukuhan  empayar Islam sehingga hari pembalasan! sungguh kalian, dewasa kini banyak kezaliman tehhadap diri sendiri telah dilakukan, manusia seakan alpa denga nikmat yang diberikan. jika perempuan ibarat berpakaian tetapi hakikatnya bertelanjang, manakala lelaki gagal menjadi imam! sungguh, sangat menyedihkan. marilah sahabat, marilah kita sama-sama berubah kearah yang lebih baik. berubah kearah jalan yang diredhainya, ke arah kehidupan yang lebih sempurna sebagai khalifah di dunia ini. jadi dengan perkongsian saya pada entri kali ini diharaps edikit sebanyak dapat membuka mata sahabat sekalian. sesungguhnya yang baik itu datang daripada ALLAH s.w.t dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri. semoga kita sentiasa diampunkan segala dosa-dosa yang dilakukan sama ada sengaja atau tidak sengaja. sedar atau tidak sedar, InsyaALLAH. husnuzon, inallaha ma'ana. =D assalamualaikum semua

No comments:

Post a Comment