Thursday 5 January 2012

fikir sebelum cakap

Bismillahirahmanirahim, assalamualaikum sahabat sekalian. Apa khabar iman anda? Semoga bertambah cinta kepada ALLAH. Sukanya saya menggunakan perkataan ini kan? Seronok gembira jika cinta kepada ALLAH dalam diri sahabat semakin hari semakin bertambah.

Baiklah, tajuk saya pada hari ini simple saja. “fikir sebelum cakap”, alahai di zaman serba moden ini bukan saja alatan canggih, bahasa yang digunakan pun tak ketinggalan canggihnya. Orang tua-tua selalu berpesan, cakap biar beralas, maksudnya bila kita bercakap sebaiknya kita fikir apakah kesannya di kemudian hari. Mana tahu disebabkan kata-kata yang keluar dari mulut kita menyebabkan hubungan silaturahim terputus. Banyak benar keadaan seperti ini berlaku. Subhanallah, ALLAH jadikan kita bersaudara jadi mengapa kita putuskan persaudaraan yangs ekian lama terjalin itu? Sahabat, mari muhasabah diri. Semoga sentiasa berada dalam redha ALLAH. Wahhhh, panjang “intro” saya kan? Sekadar mengingati diri dan sahabat =D

Rasulullah s.a.w bersada yang bermaksud : “ sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, hendaklah berkata-kata baik atau diam. “ riwayat  al- Bukhari dan Muslim

Dalam mengulas hadis ini, Imam al- Shafie berkata bahawa Rasulullah menyarankan kita agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata. Jika sesuatu yang mahu disampaikan kita ada baiknya, maka teruskanlah. Tetapi jika bimbang akan menimbulkan keburukan, maka adalah baik kita diam saja. Pernah sahabat terfikir begini??? Pasti pernah kan “perlu ke aku cakap? “ , “eh eh kalau aku cakap ni dia terasa tak? Dia salah paham tak?? “ , pasti ada bukansoalan-soalan ini sebelum sahabat bertanyakan sesuatu kepada orang lain? baik mari kita teruskan.

Pada kebiasaanya, kita hanya akan berkata-kata yang baik-baik jika mahu orang lain selesa bergaul dengan kita. Kita akan mengelakkan daripada mengeluarkan kata-kata yang bakal menyinggung perasaan atau menyebabkan sakit hati. Ya ALLAH minta dijauhkan dari dalam diri kita kan sahabat?

Berkata-katalah hanya yang perlu saja, tanpa meleret-leret dan panjang lebar. Rasulullah s.a.w sendiri ketika berbicara hanya mengeluarkan kata-kata yang sedikit tetapi dapat menjelaskan banyak hal. SubhanALLAH , hebat kekasih ALLAH ini! Mahu jadi seperti baginda? Kurangkanlah berkata tentang sia-sia, perbanyakkan kata-kata ilmu. =D
Menurut Abu Muhammad bin Abu Zaid, setiap hadis yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w mengandungi makna yang amat hebat dan mendalam. Kesemua pesanan baginda dalam hubungan dengan manusia (hablum minannas) dibangunkan atas prinsip-prinsip berikut:

·        Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, hendaklah ia berkata baik atau diam.
·        Salah satu tanda baiknya seseorang adalah dengan meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya.
·        Jangan mudah marah =D
·        Tidak sempurna iman seseorang antara kamu sehingga ia mencintai kebaikan untuk saudaranya sebagaimana is mencintai kebaikan untuk dirinya.

Seseorang pernah ditanya, “ mengapa engkau selalu diam? “ Dia menjawab “ Aku tidak akan menyesal kerana diam, tetapi aku sering menyesal kerana banyak bercakap “. Walaubagaimanapun, tidak boleh bersikap diam terhadap kebenaran keran ia akan menyebabkan kemungkaran bermaharajalela. Ingat itu sahabatku sekalian!
Al- Imam al-Mawardi yang merupakan salah seorang ulama tafsir yang terbilang menjelaskan dalam tafsirnya berkaitan tuntutan menjaga percakapan, bahawa setiap perkataan yang dilontarkan hendaklah memenuhi syarat-syarat:

·        Isi kandungan percakapan itu haruslah untuk sesuatu keperluan
·        Ia disampaikan sesuia dengan tempat dan masanya
·        Ia difokuskan kepada perkara yang berkaitan dengan apa yang sedang dibicarakan
·        Ia disampaikan sesuia dengan keperluan
·        Memilih kata-kata yang tepat, ringkas dan padat agar sampai maksudnya.

Tanpa mengambil kira fakta-fakta ini, dibimbangi ia akan mendekati perkara-perkara “lagha” yang menyebabkan pelakunya dipersalahkan di sisi ALLAH s.w.t.
MasyaALLAH sahabat, kata-kata inibesar kuasanya. Sering kali kan kiata diingatkan, jaga kata-kata. Bak kata pepatah “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Rosak binasalah ia “. Aik aik hw reka pepatah sendiri, tapi ikhlas saya mahu kongsi bersama sahabat semua, jagalah setiap bait yang keluar dari dirimu.

“ Jika kamu tidak mampu menggembirakan seseorang dengan kata-kata mahupun perbuatan, maka jangalah kamu menambah luka dihatinya ”

Sekian sampai disini saja perkongsian saya pada hari ini, yang baik itu datang daripada ALLAH s.w.t. yang salah itu daripada diri saya sendiri, sama-samalah kita perbaiki diri dalam mencari redha ALLAH s.w.t. jaga iman, jaga diri baik-baik ya sahabat. Sayang ALLAH! Assalamualaikum =D

2 comments:

  1. Nice thought ! May God bless you. Aminnn :D

    ReplyDelete
  2. wahhh ain komen saya lah.. heee
    aminnn ya rabb. insyaALLAH ain..
    syukran =D

    ReplyDelete