Tuesday 10 January 2012

SYAMAIL MUHAMMADIYAH

andainya RASULULLAH masih ada...
ingin sekali aku mendengar dan melihat baginda berbicara


Al-Hasan bin Ali r.a meriwayatkan:
"Aku pernah bertanya kepada bapa saudaraku, Hindun ibnu Abi Halah yang sangat pandai menggambarkan sesuatu. aku katakan kepadanya, 'Gambarkanlah kepadaku bagaimana cara RASULULLAH berbicara.' "

lalu dia pun berkata, " RASULULLAH adalah seorang yang kelihatan amat prihatin dan berbicara hanya pada apa yang perlu sahaja. Baginda memulakan dan mengakhiri perbualan Baginda dengan menyebut nama ALLAH.

ucapan Baginda selalunya padat, terperinci, dan jelas - tidak lebih dan tidak kurang, tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. baginda selalu mensyukuri nikmat walaupun sedikit dan sama sekali tidak pernah mencelanya. baginda juga tidak pernah mencela mahupun memuji makanan. Urusan dunia beserta isinya pula tidak pernah membuat Baginda marah.

Jika kebenaran dilanggar, Baginda tidak akan diam sehingga kebenaran itu ditegakkan. Baginda juga tidak pernah marah dan tidak pula memperjuangkan hak kepentingan peribadi. ketika menunjukkan sesuatu, Baginda selalu menggunakan seluruh tapak tangannya. Apabila dalam keadaan takjub atau terkejut, Baginda selalu membalik (telapak tangan).

ketika berbicara, Baginda terbiasa menggunakan tangan untuk memperjelas perkataan dengan cara memukul-mukulkan telapak tangan ke ibu jari kiri. ketika marah, Baginda berbalik dan berpaling. ketika berasa tenang, Baginda menundukkan pandangan. tawa Baginda adalah senyuman, dan gigi Baginda kelihatan seperti butiran salju. ' " (Riwayat al-Tarmizi)

No comments:

Post a Comment