Monday 28 November 2011

subhanALLAH..

haha, tak ada kaitan pun gambar dengan entry ni =D




assalamualaikum w.b.t.. hye readers! apa khabar hari ini?apa khabar iman kalian?? semoga bertambah cinta terhadap yang Maha Esa ok >_< .
tajuk entri hari ini ada sangku paut dengan kisah yang terjadi malam semalam.. masih diconsider malam ke hw?? oh tidak! pagi buta kot, menghampiri subuh.. 
ceritanya bermula sebegini,(ini mungkin cerita yang akan menaikkan bulu roma untuk orang-orang yang penakut seperti aku) hehehe... alkisahnya, semalam aku tido lambat. sibuk duk alter balik project EE aku dan sibuk bermukabuku! cis! dalam sibuk-sibuk tu mahu lagi bermukabuku.. hey-hey untuk release tension aku membaiki proposal EE ni kot balik?? hermmmm okay-okay tukar cerita, jam dah pukul 4 suku pagi! hebat! dahsyat! ganas! kau hw, a big clap.. kalaulah umi tau mahu berlubang telinga aku ni, (kenapa awak tido lambat?kenapa awak tu?kenapa awak ini?) -- ada orang serabot kan? tapi aku suka bila umi bebel, rindu nak dengar umi bebel.. sekian cukup merapu!
dalam aku duk mamai semalam, aku terfikir macam manalah aku nak baiki lagi project tu, melihatkan aku terpaksa membuat pembohongan besau punya tentang harga produk-produk itu. maka otakku ligat berfikir secara aktif dikala pagi buta (even duk atas katil, masih bergiat aktif mahu buat EE) alahai cukup, aku penat dah.. esok pula kita sambung ye kekasih "hati"?? herrrrr, sweaaattt...
masa untuk bergelimpangan! haha, seperti kebiasaan segala jenis makhluk-makhluk atas katil (bantal ikan, bantal bujur,bantal petak) aku campak ke kaki yang ada bantal alas kepala dan peluk ja.. aduhaiiii, banyaknya bantal aku kan?? tak payah selimut! aku panas!
dalam keadaan sedar tak sedar, masa tu tak silap aku baru nak mulakan pengembaraan mimpi? dan tiba-tiba aku terasa katil digoncang dengan kuatnya! arghhh itu mungkin perasaan aku yang separuh sedar ni, lupakan!masa tu aku tido dalam posisi terlentang sambil peluk bantal.
tiba-tiba aku terasa bahagian kaki kebas, terasa macam ada sesuatu merayap. masa tu aku still dalam keadaan pejam mata dan sedar tak sedar je.. ok fine! aku kena tindih! subhanALLAH, ya ALLAH apakah ini ya ALLAH. aku cuba untuk bangun, tapi tak boleh! bila kau dah kena tindih dengan makhluk itu, mungkin susah untuk kau bangun! berat nak mati, siyesly aku cakap aku tak pernah kena. selama 20 tahun aku hidup atas muka bumi ini, ini adalah kali pertama aku kena tindih! selama ni aku just dengar cerita kawan-kawan aku kena tindih je =D
sekarang aku merasa. dah dayah dah merapu, sambung cerita balik.. 
bila semangat juang untuk bangun tak mampu! aku reliaze dah masa tu aku kena tindih! ya ALLAH, aku bagaikan nak nangis, apa aku fikir masa tu ialah baca ayat Kursi, segala ayat yang aku tahu, dan kerap kali aku laungkan ALLAHUAKBAR!
degil nak matikan menatang tuh! perghhh, kau memang menguji aku. dalam aku duk berusaha bangunkan diri aku, aku nampak warna hitam merah depan mata dan badan aku sangat kebas (especially sebelah kiri, sebab dia naik ikut bahagian kiri dulu)..
dan beberapa saat kemudian, makhluk itu pun hilang! siyesly aku dengar macam dia buka pintu bilik tu keluar! argghh macam menipu ayat aku ni kan? aku tak pandai nak explain hiperbola, simile segala yang aku tau makhluk itu dah hilang!
dengan pantas kilat aku cari phone, aku pasang al-Mulk! aku pasang kuat-kuat! oh ye, lupa nak bagi tahu roomate aku tak ada! balik rumah, so aku tidolah sorang-sorang.. mungkin sebab sorang-sorang makhluk itu pun datang "menjenguk" aku.. heeeee =D
so readers bila dah kena macam tu, maka mata aku ni berkelip-kelip tak mahu tido. otak aku sibuk menghadam apa ke betul perasaan ditindih tadi?? ye lah, baru hari isnin lepas ereka (ini roomate aku) cerita dia kena tindih, siap ditunjuk kesan luvbite (kesan lebam) sebab kena  tindih tu.. aku sekadar tersengih dan tak mampu mendebatkan apa-apa.. iyelah aku tak pernah kena kan?? sekarang aku dah kena dan aku tahu perasaan pabila ditindih!! subhanALLAH aku ditindih umi abah!


p/s:

  • malam tadi aku buka tingkap masa study? orang cakap tak elok buka tingkap malam-malam, terpaksa panas lah.
  • before nak tido selalunya aku baca 3 Qul, doa tido, ayat Kursi tapi malam tadi aku kepenatan aku terlupa rutin harian! padanlah (-__-)'
  • aku tido terlentang, so please readers tido cara hikmah Rasulullah kita tido menindan atas rusuk kanan.. (ayat keling apa ni?, senang cerita tido mengiring ke kanan. thats the best way!)
  • aku ni memang penakut! untuk pengetahuan korang aku paling tak suka menonton cerita hantu! if aku tengok pun semangat inkuiri aku untuk mutekan sounds lappy! dan skrin tu kalau boleh sekecik-keciknya aku aku buat!haha -- so apa kes kau tengok cerita hantu cik hw?? hakhak..
  • jangan tido lambat lagi! bila badan kita penat, secara otomatiknya makhluk itu senang je datang "jenguk" kita!
  • pagi tadi, semangat aku call umi di pagi buta semata-mata nak cerita hal ini. & umi cakap takpe along dia lalu je tu, tak payah takut ok.. baca ayat yang along tahu, insyaALLAH dia lari =D baik umi! thanks ya, muah-muah umi abah

okay itu saja aku nak kongsi hari ini, jangan jadi macam aku ye?? sangat clumsy semalam!dah lah aku nak siap-siap, sat gi ceq mau p kangaq.. assalamualaikum semua, tak jawab dosa, kalau jawab sayang! =D

2 comments:

  1. huhuhuh takut nye .huhu.dayah oke an

    ReplyDelete
  2. dayah dah ok ina =D
    penat kot hari tu, mungkin sebab tu di "jenguk" hehe

    ReplyDelete