Monday 28 November 2011

keistimewaan puasa sunat part 2



assalamualalaikum w.b.t
sihat? Alhamdulillah, still ingat entry ni lagi?? i ada post before this, tapi tak full lagi post tu.. tangguh nampak sangat i malas nak menaip kan? sebenarnya bukan malas menaip, cuma kadang- kadang semangat inkuiri untuk menulis itu kurang =D
enough enough merapu, okay i nak sambung keistimewaan puasa sunat part 2. that day i share 3 jenis kan? readers ada buat? kalau ada buat Alhamdulillah, kalau tak buat pun tak mengapa.. nanti readers buat ok? tak rugi apa-apa pun kan? baik ada 3 lagi jenis puasa yang i tak share lagi.. mari terjah! (ingat melodi je tau terjah- terjah ni?? )

* puasa bulan Muharram
 Rasulullah bersabda " sebaik - baik setelah Ramadan ialah puasa di bulan Muharram dan sebaik- baik solat selepas solat fardu ialah solat malam"
di dalam bulan Muharram itu sendiri terunggul untuk berpuasa ialah pada hari kesembilan dan kesepuluh. ia disebut sebagai hari Asyura. Rasulullah pernah ditanya tentang Puasa Hari Asyura, lalu baginda menjawab " Ia akan menghapus dosa-dosa sepanjang tahun yang telah berlalu".

* puasa Hari Arafah
bagi mereka yang tidak menunaikan haji, maka ada peluang untuk berpuasa pada tarikh sembilan Zulhijah yang bersamaan dengan Hari Arafah. Rasululllah pernah ditanya tentang Puasa Hari Arafah, lalu baginda menjawab " puasa itu akan menghapus dosa-dosa satu tahun yang lalu dan akan datang"
dosa yang dimaksudkan dalam kedua-dua puasa sunat di atas ialah dosa-dosa kecil. adapun dosa-dosa besar, ia memerlukan taubat kepada ALLAH.

* puasa enam hari bulan Syawal
Rasulullah bersabda " siapa yang berpuasa Ramadan kemudian diiringi dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa"




jadi readers dah tahu kan kesemua jenis puasa-puasa sunat? Islam itu Indah kan sahabat?? ALLAH itu maha pemurah, setiap amalan ada saja ganjaran pahala, tapi mengapa kita masih sombong?? tak nak kejar nikmat pahala yang ALLAH tawarkan?? sempena MAAL HIJRAH ini, mari kita berpuasa sunat seterusnya kita berubah ke arah yang lebih baik.. bak kata orang kita minum dulu!! heeee,, tak adalah, kita tutup buku lama kita buka buku baru.. bukan memanjang buka mukabuku?? alahai memerli diri sendiri i ni sebenarnya =D. maka demikianlah beberapa puasa sunat yang disyariatkan oleh islam. renung-renungkan, dan selamat beramal!

assalamualaikum kembali, tak jawab dosa kalau jawab sayang! (^_^)

No comments:

Post a Comment