Monday 26 December 2011

jodoh

assalamualaikum.. apa khabar semua? semoga sihat dan baik-baik sahaja ^_^
actually minggu ini dah start study week, maka saya pun bergiat aktif ber"facebook". SubhanALLAH, macam tak ingat duniakan? hehe, tak adalah i main-main saja.
okay dalam sibuk bermukabuku, tiap kali saya perasan ramainya saudara dan saudari yang megupdate status facebooknya tentang jodoh, perkahwinan dan macam-macam lagi. saya pun tak ketinggalan nak update tentang itu, alahai semenjak menginjak ke angka 2 ini, hormon tak menentu. eh eh apa saya cakap ini? tak adalah, baguslah perkahwinan itukan mulia jadi jika sudah berseru maka percepatkanlah ia. seronok bukan? alahai kalau umi saya baca, mau taknya dia cakap saya ni gatal nak kawen? opsss sorry umi, im not mean it! lately saya selalu perasan kawan-kawan seangkatan i, umur sama dengan saya dah jadi suami isteri. wahhh, bahagianya anda.syukur! saya sangat sokong khitbah! bagus! dari awak duk ke hulu ke hilir tanpa ikatan yang sah, menambah dosa ayah bagi perempuan. bukankah lebih elok, molek manis awak end up hubungan itu ke jalan yang diredhai olehNYA?

~jodoh~

bila bercakap tentang jodoh, mulalah anak muda sekarang tersengih-sengih bukan? bohonglah kalau sedikit pun tidak ada rasa ingin bernikah dalam diri anda. saya pun mengalaminya. anda malu? buat apa hendak malu, itu perkara mulia bukan? just matter of time.

" ALLAH has already written the names of your spouses for you, what you need to work on is your relationship with ALLAH SWT. HE will send her/him to you when you're ready. it is only a matter of time "

see. anda faham apa maksud ayat di atas? sebenarnya ALLAH itu cukup adil, DIA telah catatkan siapa jodoh kita, perlukah kita mencari? ya! pada pandangan saya pada masa kini, di era kini kita perlu mencari. disamping itu jagalah hubungan dirimu dengan ALLAH. kalau dulu mungkin orang fikir tunggu jodoh dari ibubapa, tetapi kini bukalah sedikit pemikiran diri kalian carilah jodohmu. cari jodoh yang terbaik, yang dapat membimbing dirimu. ehem, entri ini saya lebih beratkan kepada kaum hawa, maaf ya akhi.


jika anda telah mencari dan berjumpa yang berkenan maka simpanlah dia di dalam hati, simpan rahasia cintamu terhadap dirinya. jika anda luahkan dikhuatiri ALLAH akan kurangkan rasa cinta itu. jadi SABAR! sabar ya ukhti, itu semua kerja ALLAH. jika dirinya yang terbaik untuk dirimu, maka ALLAH akan satukan jua hatimu dengan hatinya. indah bukan? hanya perlu sedikit kesabaran, INSYAALLAH serumu akan sampai.


janganlah anda khuatiri tentang siapa jodoh dirimu. bukankah perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan begitulah sebaliknya. ingat ukhti, jagalah dirimu, jaga dengan sebaiknya. lelaki yang baik akan mencari jodoh yang baik untuk menjadi ibu kepada zuriatnya. bermula dari situlah akan lahir keluarga sakinah, anak-anak yang soleh dan solehah. terasa sempurna bukan hidup? hidup berlandaskan ISLAM. indahnya =')

~jodoh versi hw~

bercakap tentang jodoh, alahai seronok betul saya ingin teruskan.banyak benda yang saya mahu berkongsi dengan pembaca. tetapi maaflah semua, saya tidak mempercayai apa itu couple. saya bukanlah seorang yang suka kepada couple. pada saya..

" kalau suka jumpalah ibu bapa, sayangnya tiada yang berani tanda tak sedia. kalau tak sedia kenapa nak bercinta? bukankah itu pintu kepada berlakunya zina? NAUZUBILLAH "

Anda semua bersetuju dengan saya? ada yang setuju ada yang tidak bukan? baiklah saya tidak kisah jika saudara saudari tidak kisah, kerana itu pegangan saya. saya mengaku terkadang saya berasa mahu bernikah (alahai gatalnya? ). saya rasa biarlah saya ikat diri saya kepada seseorang, tetapi malangnya... :-

~ saya masih belajar
~ saya tiada calon yang baik
~ saya perlu cukupkan ilmu agama saya
~ saya sulung, jadi saya perlu menjadi contoh tauladan yang terbaik untuk adik-adik
~ awak suka saya? maaf saya percaya cinta selepas nikah saja =D
~ saya pandai masak, tetapi saya kena belajar lagi. nanti kesian imam saya kena makan maggi
~ banyak lagi harapan saya masih tidak tertunai
~ harapan parents saya " along sila habiskan study dulu ya, jangan mengada nak kawen?! " (alahai kalau dah sampai seru saya nikah juga )
~ saya muda lagi, saya kena matang lagi? mungkin

okay cukuplah saya berbicara tentang jodoh. jodoh itu meluas tajuknya, jika mahu bercerita tentangnya saya rasa tidak cukup satu dua entri bukan? oh ya, ini untuk bakal jodohku..


ehem lately saya selalu melayan lagu nasyid dari kumpulan InTEAM:-

 ~ cinta hakiki
 ~ bisikan nurani
 ~ damba kasih
 ~ nur kasih
 ~ siti khadijah
 ~ doa seorang kekasih
 ~ kalimah cinta

dan sebagainya, aik aik saya jadi jiwang lah? hairan pelik.. saya jatuh cintakah?? okaylah semua, assalamualaikum jaga iman jaga diri. sayang ALLAH ya =D

1 comment: