Tuesday 27 December 2011

15 tahun....

Assalamualaikum.. nothing to share just terasa happy, gembira. First sekali I just want to thanks to ALLAH,  I met my old friends after 15 years. Ya, itu suatu masa yang terlalu lama. We are in the same kindergarten. Wah! Hidayah wan jumpa kawan lama. Sebenarnya saya terjumpa beliau dalam facebook, perempuan lelaki? Tidak perlulah saya mentionkan di sini. Nanti berbangga diri pula si sahabat. Apa- apa pun ALHAMDULILLAH kini kita bertemu kembali, semoga ukhwah ini akan berkekalan sehingga ke akhirnya. MasyALLAH indah bukan? Indah bila berjumpa dengan sahabat lama, terlalu banyak kenangan yang mahu dikongsi, diimbau. Tapi bukan semua mampu diingati, iyalah masa mengubah diri dan keadaan.



Okay berbalik kepada cerita facebook, saya tak pernah sedar yang saya berkawan dengan sahabat. Iyalah facebook connects people yang tak kenal pun buat-buat kenal. Sesuka hati add, then tak keep in touch pun. Saya selalu perasan akan dirinya, dalam hati “aku kenal ke dia ni? “ , “rajinya dia on9” , “eh eh dia macam kawan aku masa affan “ , “ suka betul dia like-like status orang ?! “.. haha itu adalah antara soala-soalan pelik yang selalu terkeluar dari kepala saya yang besar ni.
Sampai satu masa, I still  remember it 21 September 2011  saya pernah inbox dia di facebook. Harapan saya, saya ingin kepastian saja. Kalau betul dia, maka saya akan berjumpa balik dengan cikgu saya yang lama. Ha ! ini satu lagi, dia adalah anak kepada cikgu saya semasa di tadika. Cikgu saya yang sangat baik, sangat meninggalkan bekas di hati saya, lemah lembut orangnya, penuh sifat keibuaan. Alangkah rindunya saya kepada sang pendidik itu. Walaupun saya tahu dimana rumah sahabat, tetapi hati saya berbolak balik. Betul ke? Eh eh nanti aku salah teka, buat malu saja. Inbox saya kepada dirinya, sangat simple. “ASSALAMUALAIKUM” .  nah ! Ambil kau dia reply inbox itu,  “WAALAIKUMUSALAM” err tapi saya tak punya ayat untuk teruskan. Maka saya biarkan sahaja mesej itu. Sepi, senyap dan berbulan-bulan saya biarkan sahaja. Sahabat pun senyap, memang sah dia lansung tak ingat tentang saya. Kalau dirinya ingat, tak mungkin dia biarkan sahaja mesej itu sunyi bukan?
Selepas berbulan-bulan, saya proceed seperti biasa. Saya buat hal saya, dan dia pun buat hal dia. Actually saya pernah stalk dia! Haha, sorry ya, saya just nak dapatkan  kepastiaan. Tetapi yang hairannya saya tak pernah tergerak hati nak selongkar profile picture dia. Pelik kan? Stalk apakah itu? Stalk-stalk ayam =D
Saya kurang pasti tarikhnya, tetapi yang saya ingat saya balik ke Kuantan untuk cuti raya korban. Tentang sahabat dah lama saya abaikan! Sejak saya tak reply mesej dia di facebook, saya lupakan terus tentang dirinya. Sebenarnya tujuan saya mencari kawan itu kawan ini di facebook ialah untuk saya get close balik dengan sahabat-sahabat lama. Sungguh saya rindu waktu kecil-kecil! Banyak betul kenangan saya masa itu! Jadi, tujuan saya inbox sahabat-sahabat lama utuk saya sambung kembali ukhuwah bersama mereka. Aik aik, saya dah lari topic ini. Okay kembali kepada waktu balik Kuantan, dipendekkan cerita pak cik saya buat makan-makan sedikit. Kebetulan rumah sahabat memang terlampau dekat dengan rumah pak cik saya. Korang tahu apa saya jumpa dekat sana? Saya jumpa cikgu saya! Umi beliau! Wah! Berkelip-kelip mata saya, saya jadi speechless. Ya! Saya mengaku saya rabun, tetapi saya ini seorang yang degil. Saya keluar bukan saya tahu nak pakai cermin mata, errr saya rimas! Sekian. Hehe, saya perasan itu cikgu saya lepas umi saya cakap “ eh Along, itu cikgu tadika awak kan? “ . saya pula masa tu terpingga-pingga, dengan tak nampaknya (masa tu terkenyit-kenyit mata saya nak focus gerangan di hadapan saya, nah! Padan muka kau! Siapa suruh tak pakai cermin mata) .ya ALLAH cikgu, gembira seronok! Itu saja saya mampu describe =D . saya salam cikgu, saya salam dua orang budak perempuan (mungkin pangkat adik kepada saya sebab saya tengok mereka muda lagi) anak cikgulah tu monolog saya dalam hati. Lepas itu saya cakap-cakap dengan cikgu, cikgu Tanya saya belajar mana, buat apa dan diperkenalkan jeng jeng jeng.. hehe itu sahabat saya.
Awak saya dah sure, itu memang awak! Saya dah agak dari mula. Tapi a bit ragu-ragu tu still bermaharajalela dalam hati. Tapi lepas umi awak bagitahu saya awak belajar dekat sana, maka betullah tekaan saya selama ini. Cool dayah, cool! Petanda dah ada, kepastiaan pun dah ada, tunggu saya bertanya tuan badan saja.



Tapi saya still buat tak tahu, saya proceed saja keadaan seperti biasa. Nantilah saya jejaki kembali sahabat-sahabat lama.  Lagipun masa itu saya dah mula sibuk dengan Mini Project. Ini satu lagi, project ini buat hidup saya jadi haru biru! Baru kena siapkan mini project tapi ketensionannya mengalahkan buat FYP! Haha kalau budak 4th year tahulah kelakuan kami, maka akan perasaan pelik mereka terhadap junior menjadi square! Hehe =D.
Hari itu saya on9 facebook, sedang saya membelek-belek news feed tiba-tiba mata saya tertangkap kepada satu status. Status itu bercakap tentang jodoh, wah ramainya like status dia! Hati saya bercakap. Saya pun tidak ketinggalan untuk like status dia, dan siap saya komen lagi (ehem ehem tiba- tiba saya komen, tak tak pernah saya komen dan like status dia). Oh!  Saya baru teringat saya dah dapat jawapan. Jadi mesej yang berbulan-bulan saya tinggal sepi tanpa balas itu saya buka kembali. Saya inbox dia “ASSALAMUALAIKUM” dan dia pun menjawab “ WAALAIKUMUSALAM”. Saya bertanya “ awak ni anak cikgu tadika saya tu ke? “ dan dia manjawab “Ya”. Hehe.. yeay! Saya dah jumpa kawan saya, maka awak lah kawan yang saya cari selama ini, hebatnya! Kami reply mesej macam biasa, tetapi sangat kesian, dia lansung tak ingat tentang saya (saya dah agak dah =..=’ ) . memanglah dia tak ingat, muka saya pun dah berubah apatah lagi dirinya. Tapi dia tetap chantek comel macam dulu. Syukur ya ALLAH kau telah pertemukan diriku dengan sahabat. Saya gembira, tak mengapalah jika dirinya tak ingat tentang saya. Bukankah kita boleh bina persahabatn itu kembali.
Untuk sahabat, syukran jazilan. Terima kasih jadi kawan baik saya, penasihat saya, oh tak lupa jokes awak yang kelakar tu. Semoga kita sama-sama berjaya, kalau dah berjaya senang kita nak jumpa nanti. Ukhuwah fillah Abadan abada.
Okaylah sampai sini saja entri saya kali ini. Jaga diri, jaga iman ya sahabat sekalian. Sayang ALLAH! Assalamualaikum (^_^)v

p/s

~ alahai panjangnya entri saya kali ini, niat nak pendek saja =D

~ sorry kalau sahabat tak suka entry saya ini, i just want to share my happiness having you friends =D

~ InsyaALLAH ada jodoh kita jumpa ya =D

1 comment: