Thursday 29 December 2011

study group vs study week

assalamualaikum..
apa khabar semua? semoga baik saja ok?
hari ini saya rasa mahu update blog terlebih awal, mungkin kerana bosan. mungkin jugak hendak refresh kembali, saya baru balik dari study group. iyalah, kebiasaannya selagi jam pada laptop ni tak berdetik ke pukul 2 3 pagi, saya tak akan update blog. sibuk menelaah buku-buku. 


chantek bumi Perlis ini dikala senja

berada dalam minggu study week sesuatu yang sangat "seronok".mana tidaknya, jika sebelum ini mana pernah nak belek sangat note-note yang diberi. even dapat note itu awal, tetapi disebabkan kekangan masa mana mungkin sempat nak habiskan berjela-jela printed slide itu. sangat dukacita. bila time saya baca? itu hah! time waktu-waktu genting, maksud saya disini time mid term atau test. masa itu tahu ya saya luangkan masa untuk baca note-note itu?? itu pun bukannya habis semua saya baca. masa itu juga macam-macam ura , hikayat bakal kedengaran, "eh masuk tajuk ini" , "eh masuk tajuk itu". sudahnya jadi macam lipas tak reti baca bukulah jawabnya (errr lipas pandai baca buku ke? ), belek muka surat macam belek surat khabar. laju semacam! dalam hati "scan je apa yang patut" . konon berlagak pro , star kan? ( ini memang tabiat say, kawan-kawan jangan ikut ya =D ). padahal bila tengok kertas soalan jadi blank! mulalah spend banyak masa menghadam apakah, apakah formula, definisi, "step" yang dibaca tadi. alahai kesian betul. bila keluar saja markah, tup tup tinggi untunglah. kalau tup tup rendah hampir-hampir fail?? masa itu baru nak buat azam baru kan? tiba-tiba muncul semangat inkuiri, "balik ni aku nak mandi, aku nak solat, aku nak makan, then aku nak study subject sekian.. sekian.. ". memang buat tapi tak istiqomah betul semangat itu. inilah masalah yang membelenggu, kuatnya hasutan "setan" ini ya sahabat??

" belajar itu adalah diperintahkan, menjadi orang pandai adalah dikehendaki, ilmu dalah sangat diperlukan dalam kehidupan, tetapi menjadi orang pandai itu kalau bukan atas nama ALLAH ia merosakkan "

sebenarnya saya nak cerita benda lain, tentang tajuk entry ini. study group vs study week. bila time dah nazak macam ini, saya rasa study seorang macam tak berbaloi di kala waktu genting seperti ini. ini utuk diri saya =D. study group mungkin yang terbaik, even kita habiskan berjam-jam untuk selesaikan satu soalan yang sangat high level tetapi ia cukup berbaloi jika kita dapat jawapan itu. dengan kata lain group mate mampu mengesan kesalahan then perbaiki. cuba bayangkan anda habiskan berjam-jam waktu untuk selesaikan soalan yang high level seorang diri. masa itu muncullah soalan-soalan puaka " eh eh aku belajar ke tajuk ini", " ada ke formula ni?? ", " soalan ni nak apa sebenarnya?? " , " soalan ni typing error ke?? " , ahah ada tak kalian terpikir macam ini? sudahnya mulalah pengembaraan mimpi, pengembaraan movie, pengembaraan mukabuku dan pengembaraan tawaf kawasan rumah bukan? awesome! bagus! duk hadap buku berjam-jam, at last final answer tak keluar-keluar. haha, sebenarnya bukan salah soalan, salah kita. cuba ambil jalan yang terdekat. kita buat study group, bukan ke mudah? handphone sudah canggih, siap boleh ber"tweeter", ber"facebook", ber"skype" kenapa tidak chat sahaja classmate tu? tak pun cara paling senang, buat study group dengan housemate. ehem rumah saya ini seluruh ahlinya coursemate saya. so saya buat study group dengan housemate saya saja. mudah dan senang. kalau mengantuk, lapar, dahaga terus saja boleh ambil dalam rumah.



banyak lagi kebaikan study group, bak kata kawan saya "kalau kita tak mulakan, tak ada seorang pun yang akan mulakan". jadi nilai-nilai approach kepada itu perlu ada. nilai tolong menolong harus ada. jika kita memnudahkan orang, nescaya ALLAH akan memudahkan kita. faham apa maksud saya? maksud saya, melalui study group anda dapat menolong orang lain disamping anda belajar dan baiki kembali kesalahan anda. kadang-kadang kita merasakan ilmu yang kita ada adalah betul, tetapi sayangnya kita manusia tidak lepas dari melakukan salah, cuai dan sebagainya. jadi melalui study group, kita dapat "detect" sedikit sebanyak kesalah. "misconcept", "misunderstanding" dan segala bagai "mis-mis" itu boleh dielakkan. INSYAALLAH. lagipun tak rugi jika kita menolong orang lain, sudahlah dapat pahala, dapat ilmu lagi =D

~study week versi hw~

study week saya bagi sem ini sangat seronok, segala-gala saya buat menggunakan konsep "study group". saya lebih tekankan "study group" untuk subject yang menuntut jasa bakti, jasa baik si incik "calculator". faham ke? mesti ada yang blur-blur. maksud saya subject yang memerlukan pengiraan contohnya " Mathematics 3 ". soalan simple tetapi jalan kerjanya yaALLAH, menuntut banyak kesabaran. jika tersalah kira, INSYAALLAH markah anda pun salah. hehe

bagi subject yang menghafal seperti TITAS, EE saya tak buat study group. errr bab menghafal ini memerlukan ketenangan, so kalau buat study group saya bimbang bukan saya bincang tentang subjek tu, tapi saya bincang tentang topic-topic "HOT lagi PANAS". baik tak payah kan? bazir masa saya saja. =D

tinggal beberapa hari saja lagi sebelum saya melangkahkan kaki ke dewan peperiksaan, pejam celik pejam celik " dah habis ya perjuangan aku untuk sem 1 tahun 2 ini??". macam-macam kenangan, pengalaman suka duka saya temui. pengalaman dan tarikh-tarikh yang tak mungkin saya putar kembali, indah. benar kata orang, pengalaman mematangkan seseorang. semoga saya menjadi matang harungi sem-sem yang seterusnya. amin..

okaylah sahabat sekalian, sampai sini saja entri saya pada kali ini. jaga iman dan jaga diri baik-baik. sayang ALLAH ! =D assalamualaikum

No comments:

Post a Comment