Sunday 12 January 2014

Program ISoL :WU-UniMAP

Assalamualaikum semua.

Macam mana nak mulakan ye? Hmm sebabkan kemalasan aku, so padan muka gambar trip ke Thailand hari tu semua hilang. Aku bubuh dalam 1 folder ni --> MPKK. Then hari tu cik lappy buat hal, maka dengan terpaksalah aku hantar format. Dah kau kenapa lappy? Asyik "not responding bagai bla.. bla.. blaa". Sebab kalut sangat, aku tak back up pun lansung folder yang ada dalam lappy, but aku tinggal notes kat tukang baiki ni.

'Awak bla bla bla...' Dah macam big boss gayanya. Kemain aku mengarah, actually aku ni buta sikit bab-bab lappy (oh aku dah cerita hal memalukan diri ni). Sebab tu aku mintak tolong dia baiki balik dari A-Z kecacatan lappy ni. haha. Nasib baik akulah tukang baiki ni melayan aku yang kayu ni. Lepas 2 3 hari if tak silap, baru aku dapat balik lappy. Time tu punya seronok, sebab lappy aku dah molek keeennn?? Terus lelaju tab itu tab ini. Tergerak hati aku nak update blog nak cerita pasal Trip ke Thailand ni tetiba aku realize gambar tak ada, bukan gambar je folder-folder hilang. Terus aku sms bagitau, dengan si tukang baiki jadi kalut. Pendek-pendek cerita, aku hantar balik & tak dapat di trace mana gambar tu hilang. Tak jumpa dah ah, isk isk T_T. Merajuk, aku mogok tak hupdate blog. Kesian sangat, bersawang berbulan blog ni aku kerjakan. 

Okay tutup cerita

......................................................................................................................


Entrance WU
Aku dah ada semangat nak cerita trip pergi ke Thailand. Ceriteranya aku join program Isol. So kali ni Universiti yang join venture ofkoslah UniMAP dan Walailak Universiti (WU). Walailak Universiti ni terletak di daerah Tha Sala, iaitu dalam wilayah Nakhorn Si Thammarat, Thailand. WU ni merupakan salah satu universiti awam di Thailand. Aku ni tak pernah pergi luar pun, so jakun tu adalah sikit. haha (lagi sekali buat malu diri). Program Isol ni start aktiviti kat Malaysia dulu means kat UniMAP. Kami sambut students WU and bawak berjalan ke merata tempat. Sambil-sambil tu banyaklah aktiviti dijalankan, kami belajar english universiti. Tapi aktiviti program Isol ni lebih kepada santai-santai je.


Pendek cerita start 1 Februari 2013-5 February 2013 turn kami pulak pergi Thailand. One thing aku nak cakap, service layanan dorang memang terbaik. Pantang korang cakap itu ini, memang dorang sediakan cecepat. Kami a bit segan and terharulah, sebab time dorang kat Malaysia ada je kami tak mampu nak sediakan sebab beberapa problem. Dorang pulak sangat ramah, even certain mereka not well english tapi syok berborak. Seriously, agak payah berkomunikasi sebabnya pronounce ketara lain. Kadang-kadang apa yang nak disampaikan pun tergendala. Tapi a small matter je, kami rapat sangat macam family. 20 orang dari Malaysia, 20 orang dari Thailand. 


Perjalanan kami ke Tha Sala agak mengambil masa. Kalau tak silap aku pukul 6.30 petang waktu Thailand baru kami sampai WU. Waktu di Thailand cepat sejam daripada waktu Malaysia. Kami pergi naik bus, bus WU sediakan. Dah masuk border Malaysia-Thailand, sambil tunggu kengkawan lain cop-cop passport dorang aku call umi. Aku ni memang anak manja umi, gi memana memang aku akan call umilah. Even kat U ni pun tiap hari aku call. Kalau sehari aku tak call, rasa hilang vitamin. Cewaahh giteww kau. Time bus gerak, kejap-kejap aku tengok phone. Tengok line sebenarnya, last-last hilang network coverage. Maka aku pun rasa lost, time tu aku rasa macam wahhhh jauhnya dengan Malaysia. Takutnya! Dayah dah start buat teruk. haha

  Penat! tu je aku boleh cakap, kerusi dalam bus tegak tak boleh nak adjust. And then, aircond takde. Tapi kami balun je, tak kisah pun. Student WU ni risau kat kami, selalu datang tanya "Are okay?". Kami pulak duk tanya "Where is WU? Is't still far?". Kami pakai ayat English litang pukang, sebabnya kalau kau cakap pakai ayat susun baik punyer dorang takkan paham pommm. Sepanjang perjalan mostly sama je macam kat perlis, luas pemandangan. Just yang bezanya kalau tengok billboard bahasa Thai. Cuaca time tu panas macam kat Perlis, semua totally sama. Aku lebih suka makan, borak then tido tu kejap-kejap. 20 minit tido aku bangun balik, punya excited nak sampai WU! haha

Okay, aku terus cerita aktiviti kat sana. Kami lawat Walailak naik transport unik dorang (aku tak ingat nama ape). Dinding takde, just ade cermin cover depan je. Gambar dah hilang, sorry aku tak dapat nak tunjuk. Then, kami lawat temple. Aku sebenarnya a bit takut nak gi temple-temple ni, kang kena sampuk kejung aku kat situ. haha Aku pergi temple Nakhorn Si Thammarat. Pergi pantai, buat aktiviti berkumpulan. Kena buat lukisan projek atas kertas kajang. Time tu tunjuk ah skill melukis yang macam kalau campak kat cikgu tadika 1 bintang je kot dapat. hehe Habis aktiviti akulah paling jakun gi basahkan seluar dulu memula. Sebenarnya akulah yang start jakun gi mandi laut. Kemain kan kau dayah, laut kat Malaysia depan rumah tu kau taknak mandi. Laut China Selatan lagi tu! tapi laut kat Thailand gak kau nak mandi. "Ah aku mandi laut kat oberseaaa..haha" Oh aku lupa nama pantai tu Khanom Beach. Habis mandi, kami BBQ. Tapi aku tak makan pun, was-was aku terlampau memuncak time tu. Sebabnya, bukan kami yang sediakan BBQ, tapi kedai yang area situ sediakn. Aku pulak ternampak anjing duk main-main kat kawasan tu, maka kembanglah tekak aku. Terus aku tak sentuh pape. Kalau kat Thai ni, anjing melilau ibarat macam kucing kat Malaysia. Kan bersepah kucing kat kedai-kedai makan? Tapi kalau kat Thai, kucing jarang sangat nak nampak batang hidung. Balik tempat menginap aku balun Hot cup, nasib beli hot cup kat border. 

Asisah.Dayah.Nee.Russana
<3
Nasihat aku, kalau nak pergi berjalan kemana-mana negara, silalah bawak stok makanan. Maggi sangat penting time tu! Air mineral pun aku balun bawak, sebab perangai aku perfectionist hal-hal kecik camtu maka semua aku bawak. Lantaklah nak berat ke apa, janji kurang rasa was-was aku. Thailand kan bukan negara Islam, so automatic aku feel insecure. Aku takut nak makan, before makan aku tanya dulu ni apa ni apa? Haha. Sape je nak layan aku akan? Dalam kawasan campus WU, ada 7-e. Tapi malangnya, 7-e penuh makanan berasaskan vavi. Time nak beli tu aku hati-hatilah sikit, aku tanya roomate Thai apa bondanya tu.

Malam last kami kat Thailand, WU buat farewell party. Time best! mata aku bling-bling tengok macam-macam makanan! Sedap! Kali ni aku kompiden, sebab aku tengok sendiri tukang masak. Lagipun dorang buat konsep outside kitchen. Nak makan baru masak. Time tu jugak, adalah persembahan dari student WU and UniMAP. But, that time tetiba hujan lebat. Apa lagi, berlarilah kami ke dewan berdekatan. Masing-masing duduk bersila atas lantai, jadi dah tak proper party tu but we enjoy it! Akhir party tu sedih sangat, yelah esoknya dah nak balik. Nak tinggal dah mereka semua, tak tahu bila boleh jumpa lagi. Tak tahu bila reunion lagi. Student WU siap nyanyi lagu perpisahan, ada tu yang siap nangis2 lagi. Aku bajet cool tak nangis punnn! Tak bolehlah, hilang macho aku nanti! Haha Thanks semua, aku rasa happy sangat time tu!

Dah lah panjang sangat entri ni, nanti kalau aku rajin aku sambung lagi cerita. Tapi aku rasa ni kot entri last untuk Thailand.

SalamAlaykum
^_^
  

No comments:

Post a Comment