Friday 7 November 2014

Tutorial: Steps nak delete Online browser advertising.

Hi, Assalamualaikum.

Korang pernah tak rasa annoying tahap dewa sakti time buka browsersebab ads bersepah-sepah?? Tak kisahlah Mozilla Firefox ke, Google Chrome ke, Internet Explorer ke or bla bla ke. Pernah notice tak kat browser korang ada ads sibuk mengacau kiri kanan, atas bawah or even kat gambar yang kita nak view pun ada ads by ni?? Eh pernah kena ke? Aku kan jenis buta kayu sikit, cam tak reti sangat ah nak install, uninstall software or delete kekdahnya. So, aku wonder sangat dah kenapa browser ni tetiba pop-up ads-ads bagai ni. Aku tak berminat nak bacalah oi! Lagi sakit hati kenkadang kita tak "Open link in new window" pun, tak memasal tetiba new window open. Mana aku tak hangin, bukan 1 window jer oi, 3 4 5 6 7.......Zzzzzzzz

Ads tu ada disebelah atas kanan, yang macam helai buku kena lipat.

Sehari kejadian (bhaha ayat poyo), aku still biarkan. Tapi dah nak masuk 3 4 hari browser asyik pop-up ads by ni hatiku makin meradanglah. Jadi aku cari alternative lain untuk buang ads or dalam bahasa kasaqnya mampuihkan ads ni selamanya dari browser aku. haha.

Gigihlah aku duk search cara-cara delete ads by ni, untuk pengetahuan korang aku ni paling tak suka belajar tentang laptop server bagai ni. Sebab dalam otak aku dah set susah, ni tau kat mak aku mau dia kejar keliling kubur. Malas, tak suka tu mak aku tak berkenan sangat sikapnya. Dah meh aku ajar cara-cara untuk delete ads by daripada browser korang. Maybelah kalau yang expert tentang laptop ni kata aku noob sangat sampai buat tutorial, tapi kau kena fahamlah tak semua orang expert apa yang kau expert. Macam aku expert sangat goreng telur dadar, kau pandai?? hehe

1. First sekali, time kita open browser korang akan nampak ads by ni merata-rata. Atas,bawah,kiri,kanan, tengah and suddenly ads akan pop up to new windows.

2. Next, go to computer menu. Cari Control Panel.



3. Go to Program and Features. Select menu itu.



4. Dalam tu, korang boleh nampak bertimbun-timbun software yang korang install kan? Mesti korang wonder, software ni bila aku install? Software ni untuk apa? Cuba cari programs yang korang rasa relates dengan ads tu yang jadi penyebab kenapa ads tu asyik pop up. Uninstallkan program itu. Kalau tak yakin tak sure nak uninstall program mana, buka balik browser tengok ads by ni dipromo oleh program apa. Macam dalam browser aku, ads by Inno. So aku turn back ke Program and Features, aku cari installer Inno. Uninstallkan program tersebut.









Kalau tak sure program ape yang nak kena uninstall, go back to browser then tolong check ads ni by dari mana. Yang aku bulatkan hitam tu menunjukkan ads by from Plus.. bla bla. So turn back kat program and features cari nama program tu.

5. Satu lagi, open browser korang. And kat menu bar atas sekali sebelah kanan nampak tak button yang 3 stack tu? (Open menu). Click button tu and chose menu untuk Add-ons. Dalam tu, kita boleh detect software apa yang kita terinstall tanpa sedar. Delete, remove atau disable software itu.



6. Dalam menu yang sama jugak, tolong jugak cek Plugins korang. Mungkin terselit unwanted program yang kita terinstall time open new tab, or click apa-apa link time search info dalam internet. Apply the same steps macam aku ajar, delete, remove or disablekan sahaja program tersebut.




7. Aku harap korang fahamlah serba sedikit tutorial ni, or if tak faham jugak; any inquiries boleh email aku di thelasttime53@gmail.com . Aku boleh tunjuk ajar sikit-sikit cara untuk delete ads by dari browser kita.
Ataupun kalau korang nak lagi faham, boleh jugak refer to:-

onlinebrowseradvertising.zendesk.com

Selamat mencuba! =D

No comments:

Post a Comment