Tuesday 7 February 2012

SABAR, besar ganjarannya..

assalamualaikum. apa khabar sahabat? semoga sihat diri dan iman ya. saya nak tanya, jika sahabat ditimpa sesuatu musibah sejauh manakah tahap kesabaran sahabat sahabiah sekalian? wahai sahabatku, ingatlah sabar itu pemecah segala panyakit hasad dengki, iri hati dan prasangka buruk. ya, kita memang tidak sehebat nabi terdahulu ditimpa musibah dan ujian yang mana tahap kesabaran mereka amatlah tersangatlah tinggi. sahabatku tanamkan dalam diri bersikap sabar dalam melalui liku-liku hidup. bersangka baik sentiasa. jadi saya mahu berkongsi ganjaran bagi orang yang bersabar.


Ikhlas memohon kepadaNYA
“ sesungguhnya kita adalah milik ALLAH. Dan kita pasti akan kembali kepadaNYA. Ya ALLAH.. berikanlah ganjaran pahala atas musibah hambamu. Dan gantikanlah ia dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya.” (HR Muslim)
Dan untuk tuhanmu, bersabarlah.” ( surah al- Muddatstsir, ayat 7 )


Bersyukur
Dari Abu Yahya, Syuaib bin Sinaan r.a berkata, Rasulullah saw bersabda, “sungguh menakjubkan urusan orang yang beriman, semua urusannya adalah baik.” Tidaklah hal itu didapatkan kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila dia ditimpa kesenangan maka bersyukur. Maka itu adalah baik baginya. Dan apabila dia ditimpa masalah maka dia pun bersabar. Maka, itu pun baik baginya.” (HR Muslim)

Tidak mengikut orang kafir
“ maka bersabarlah kamu untuk (melaksanakan) ketepatan tuhanmu, dan janganlah kamu ikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara mereka. ( surah al- Insaan, ayat 24 )

Menantikan ganjaran syurga
Dari Anas bin Malik r.a ia berkata Rasulullah bersabda, “ sesungguhnya ALLAH berfirman, apabila Aku menguji hambaku dengan kedua-dua matanya, kemudian dia bersabar, maka aku gantikan syurga baginya.” (HR Bukhari)

Pemaaf dan tidak berdendam sesama manusia
Firman ALLAH, “ dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik.” ( surah al- Muzzammil, ayat 10 )

Memupuk sifat sabar
1.     Tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada ALLAH.
2.    Menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran.
3.    Memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan.
4.    Tenang menghadapi cubaan atau musibah.

jadi sahabat dapat apa yang ingin saya sampaikan? semoga dalam redha dan rahmat ALLAH sentiasa. jaga diri dan iman baik-baik. SAYANG ALLAH DAN RASULULLAH! Assalamualaikum =)

No comments:

Post a Comment