Sunday 5 February 2012

Sri kandi: Halimatun Armiah

Menundukkan singa

Ada seorang wanita bernama Halimatun Armiah yang bekerja sebagai tukang masak istan Raja Yarmuz. Dia disayangi oleh Raja Yarmuz kerana kepandaiannya dalam bidang masakan. Namun Raja Yarmuz seorang raja yang benci kepada agama Islam. Dia mahu semua rakyatnya menyembahnya sebagai tuhan.

Pada suatu gari, Halimatun mendapat petunjuk dan akhirnya memeluk Islam. Malah seluruh ahli keluarganya juga turut ikut serta. Walaupun telah memeluk Islam, Halimatun tetap menjalankan tugasnya seperti  biasa tanpa mendedahkan pengislamanya.
Suatu hari Raja Yarmuz membuat lawatan mengejut ke dapur istana. Setelah selesai membuat pemeriksaan, Raja Yarmuz berpuas hati dengan ketekunan pekerja-pekerja dapur istana melakukan kerja.

“ Halimatun, tolong bawa bekas makanan ini ke meja besar santapan Raja Yarmuz.” Perintah ketua tukang masak Halimatun menatang sebuah bekas berisi pelbagai makanan menuju ke meja besar. Tiba-tiba dia terlanggar sesuatu dan menyebabkan bekas yang dipegangnya terlepas.

“ALLAH!” Halimatun menyebut nama ALLAH tanpa disedarinya. “apa! Kamu menyebut nama tuhan orang Islam. Adakah kamu juga memeluk Islam.” Tanya Raja Yarmuz kepada Halimatun yang dipanggil menghadapnya.

Raja Yarmuz tidak berpuas hati selagi tidak mendapat jawapan daripada Halimatun. Raja Yarmuz mendesak halimatun beberapa kali sehingga Halimatun mengaku sudah bergelar Islam. “ beta mahu kamu meninggalkan agama Islam dan mengaku beta sebagai tuhan!” Raja Yarmuz murka mendengar pengakuan itu. Tetapi Halimatun tetap teguh dengan peganganya. Dia enggan menurut perintah Raja Yarmuz.

Oleh yang demikian, Halimatun dikurung ke dalam kandang singa. Singa-singa kelihatan garang dan mahu menerkamnya. Halimatun menjadi takut dan teringat kepada ALLAH lalu berdoa “ Ya ALLAH! Sekiranya Engkau Maha Berkuasa, berikan perlindunganMU ke atas diriku,”.
Tiba-tiba singa itu menunduk seolah-olah member penghormatan kepada Halimatun. Lantas Halimatun menadah tangannya mengucapkan kesyukuran. Raja Yarmuz yang menyaksikan kejadian itu kemudiannya membuat keputusan menghalau Halimatun dari negeri itu. Maka bebaslah Halimatun daripada kekejaman Raja Yarmuz. 

jaga diri dan iman baik-baik ya! SAYANG ALLAH DAN RASULULLAH! Assalamualaikum =)

No comments:

Post a Comment