Saturday 4 February 2012

Sri kandi : UMMI UMARAH

UMMI UMARAH wanita kental di medan perang

Ummi Umarah atau nama sebenarnya Nasibah binti Ka’ab bin Amru bin Auf bin Al-Anshariyah, merupakan isteri Ghazi bin Amru iaitu seorang sahabat utama dan pejuang bersenjata. Ummi Umarah mendapat kedudukan paling depan antara wanita-wanita Muslimah. Dia seorang sahabat yang mulia, pejuang yang terulung, lurus, kuat beribadat, sangat rajin dan sentiasa kepada diri sendiri. Dia juga antara wanita-wanita yang pertama memeluk Islam.

Ummi Umarah sering menyertai kaum Muslimin di dalam medan perang, berjihad sambil memberi minum kepada pejuang-pejuang yang luka, mebalut luka-luka dan jika perlu turut sama mengangkat pedang bertempur di samping kaum lelaki.ndi perang Uhud, Ummi Umarah antara 10 orang yang tetap di samping Nabi untuk melindungi baginda.

Ketika pertempuran antara tentera Muslimin dengan tentera Quraisy, ramai daripada kaum Muslimin yang gugur, ada juga yang melarikan diri sehingga yang tinggal di sekitar Rasulullah hanya beberapa orang sahaja. Mereka terus berjuang bermati-matian untuk melindungi Rasulullah daripada serangan Quraisy yang bertubi-tubi. Di antara orang-orang yang masih bertahan di sisi Rasulullah ialah Ummi Umarah, suaminya serta dua orang puteranya.

Di tengah-tengah pertempuran hebat itu, tentera Quraisy membuat pelbagai percubaan untuk memecahkan pertahanan Rasulullah. Pada masa itulah, Ummi Umarah telah menunjukkan sikap kepahlawananya. Lalu dia mencapai sebilah pedang dan memikul busur dan panah, lalu dia menghentam ke kanan dan ke kiri dengan pedangnya. Ummi Umarah antara orang yang kuat semangat dan teguh kedudukannya ketika berhadapan dengan musuh di medan perang. Akhirnya peperangan itu memihak kemenangan kepada tentera Islam.

Apabila Rasulullah kembali ke Madinah, pertama yang dibuat oleh Baginda ialah mengutus Abdullah bin Ka’ab Al-Mazini untuk bertanyakan tentang kesihatan Ummi Umarah. Utusan itu telah menemui Ummi Umarah, kemudian telah kembali kepada Rasulullah memberitahunya, bahawa kesihatan Ummi Umarah baik-baik saja.
Baginda sungguh gembira mendapat tahu berita tentang Ummi Umarah itu. Kemudian baginda selalu datang menziarahinya dan kadang-kadang makan roti jagung bersama-sama. Ummi Umarah mengalami cedera parah di bahunya ekoran serangan Ibnu Qamiah ketika perang Uhud.

Ummi Umarah mempunyai kelebihan kerana menunjukkan contoh baik bagi seorang wanita Muslimah alam berjihad, yang mengambil tempat seiring dengan lelaki di medan pertempuran.

Alhamdulillah, banggakan sahabat-sahabiahku? banyak sungguh kisah sri kandi yang dapat kita jadikan idola. allahuma yusahhil alaik, jaga diri dan iman baik-baik ye. SAYANG ALLAH DAN RASULULLAH! Assalamualaikum =)

No comments:

Post a Comment