Saturday 11 February 2012

Sri Kandi : Fatimah binti Abdul Malik

Yang hidup penuh kesederhanaan

Seorang wanita yang berasal daripada keluarga kaya dan terkenal, berubah corak hidupnya setelah berkahwin dengan pemimpin yang cintakan Islam. Wanita itu, Fatimah binti Abdul Malik berkawin dengan Umar bin Abdul Aziz. Umar pemimpin sebuah kerajaan yang memilih hidup secara sederhana.

Fatimah puteri kepada orang ternama. Dia pernah hidup di mahligai yang indah, kini tinggal bersama pemimpin yang sederhana. Fatimah tidak mempunyai pembatu rumah. Dia membuat segala kerja rumah dengan tangannya sendiri. Dia menjahit baju untuk dirinya serta anak-anak. Fatimah juga memasak makanan dan menghidangkan kepada suami dan anak-anaknya. Sungguhpun, dia seorang isteri seorang pemimpin kerajaan yang besar, dia tidak pernah mengeluh apabila melakukan kerjanya sendiri.

Malah, dia turut membantu suaminya membersihkan rumah mereka apabila diperlukan. Tidak menghiraukan kehidupan dahulu, kedudukan dan keturunan mulia. Fatimah bahagia melakukan semua kerja kerana dia mahu mencari keredhaan ALLAH SWT semata-mata.
Pada suatu hari, datang seorang wanita yang mahu berjumpa dengan Umar atas urusan rasmi. Wanita itu bertanya kepada orang yang ada di hadapan rumah Umar, “ adakah rumah Umar mempunyai langsir yang menghalang saya berjumpa dengannya?”
“tidak ada. Silakan masuk”

Wanita itu pun masuk dan berjumpa dengan Fatimah yang sedang duduk menyulam kain. Fatimah mempelawanya duduk. Wanita itu melemparkan pandangan ke sekeliling ruang tamu rumah. Dia tidak melihat barang berharga di rumah tersebut. Tidak ada gelas-gelas berukir, bantal mewah, dan permaidani tebal. Rumah ini tidak seperti rumah pembesar. Wanita itu bersungut kepada dirinya, “ sungguh pelik. Rumah saya lebih cantik daripada rumah yang hamper roboh ini”.

Kemudian wanita itu melihat seorang lalaki masuk ke dalam rumah. Lelaki tersebut sedang melakukan sesuatu sambil matanya melirik kepada Fatimah. Lelaki itu berpakaian seperti oaring biasa sahaja. Tetamu Fatimah itu menjadi hairan kerana lelaki itu asyik memandang Fatimah. Wanita itu berkata kepada Fatimah, “ wahai Fatimah, saudari perlu membeli kain bagi dibuat tabir supaya saudari tidak dilihat oleh lelaki lain. Seperti lelaki itu yang sering mengerling saudari. Lelaki itu kelihatan seperti tidak waras, sedangkan saudari adalah wanita mulia dan dipandang tinggi kedudukannya.”

Fatimah tergelak kecil dan tersenyum dan berkata kepada wanita itu, “wahai hamba ALLAH, lelaki itu bukanlah tidak waras. Itulah pemimpin kerajaan ini, Umar Abdul Aziz dan suamiku.”

indah bukan sikap tawadduk Fatimah Abdul Malik? semoga sahabat sahabiah mengambil ikhtibar daripada kisah ini. jaga diri dan iman baik-baik ya. SAYANG ALLAH, RASULULLAH DAN IBUBAPA! Assalamualaikum =)

No comments:

Post a Comment