Sunday 19 February 2012

Sri kandi : Al-Khansa binti Amru’

Ibu para syuhada

Al-Khansa binti Amru’ dilahirkan pada zaman jahiliyah dan dibesarkan di tengah suku bangsa arab yang mulia iaitu Bani Mudhar, sehingga banyak sifat mulia yang terdapat dalam diri Al-Khansa. Beliau seorang yang fasih, mulia, murah hati, tenang, berani, tegas, tidak kenal pura-pura, suka berterus terang. Selain itu, Al-Khansa juga pandai bersyair. Beliau terkenal dengan syair-syairnya yang berisi kenangan kepada orang-orang yang dikasihinya yang telah tiada, terutama kepada kedua-dua saudara lelakinya iaitu Mu’awiyah dan Sakhr.

Diriwayatkan ketika Adi bin Hatim dan adiknya, Safanah binti Hatim datang ke Madinah untuk bertemu Rasulullah saw, Adi berkata, “ Ya Rasulullah, dalam golongan kami ada orang yang paling pandai dalam bersyair dan orang paling pemurah hati, dan orang yang paling pandai berkuda.” Rasulullah saw bertanya, “siapakah mereka itu. Sebutkanlah namanya.” Adi menjawab “orang yang paling pandai bersyair ialah Umru’ul Qais bin Hujr, dan orang yang paling pemurah hati ialah Hatim Ath-Tha’i, ayahku. Yang paling pandai berkuda ialah Amru bin Ma’dikariba.” Rasulullah saw berkata,” yang telah engkau katakana itu salah , wahai Adi. Orang yang paling pandai bersyair ialah Al-Khansa binti Amru, orang yang paling murah hati ialah Muhammad Rasulullah, dan orang paling pandai berkuda ialah Ali bin Abi Talib.”

Jarir r.a pernah ditanya, “siapakah yang paling pandai bersyair?” Jarir r.a menjawab, “kalau tidak ada Al-Khansa tentu aku.” Al-Khansa sering bersyair tentang kedua saudaranya, sehingga hal itu pernah di tegur oleh Umar bin Khattab r.a. Umar pernah bertanya kepada Khansa, “mengapakah matamu bengkak-bengkak?” Khansa menjawab “aku terlalu banyak menangis atas pejuang-pejuang Mudhar yang terdahulu.” Umar berkata, “wahai Kahansa, mereka semua ahli neraka.” Jawab Khansa, “itulah yang membuat aku lebih kecewa lagi sedih. Dagulu aku menangisi Sakhr atas kehidupannya, sekarang aku menangisinya kerana ia adalah ahli neraka.”

Al-Khansa bernikah dengan Rawahah bin Abdul Aziz As Sulami. Hasil perkahwinannya itu, ia mendapatkan empat orang anak lelaki. Al –Khansa Berjaya mendidik keempat-empat anak lelakinya ini telah menjadi pahlawan-pahlawan Islam terkenal dan Khansa sendiri terkenal sebagai ibu daripada para syuhada. Hal itu disebabkan dorongannya terhadap keempat-empat anak lelakinya yang telah gugur syahid di medan Qadisiyah.
Sebelum peperangan bermula, terjadilah perdebatan yang sengit di rumah Al-Khansa. Di antara keempat-empat puteranya telah terjadi perebutan kesempatan mengenai siapakah yang akan ikut berperang melawan tentera Persia dan masing-masing saling tunjuk-menunjuk siapakah yang harus tinggal di rumah bersama ibu mereka. Masing-masing ingin turut berjuang melawan musuh. Rupanya, pertengkaran mereka itu didengari oleh ibu mereka, Al-Khansa.

Maka, Al-Khansa telah mengumpulkan  keempat anaknya dan berkata, “wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi ALLAH, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini putera-putera dari seorang lelaki dan seorang perempuan yang sama. Tidak pantas bagiku untuk mengkhianati bapamu, atau menconteng arang pada keluargamu. Jika kalian telah melihat perang, sinsingkanlah lengan baju dan berangkatlah, majulah paling depan nescaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat, negeri keabadian.

No comments:

Post a Comment