Thursday 2 February 2012

sri kandi : Fatimah Khattab

Keberanian Fatimah Khattab

Fatimah binti Khattab memeluk Islam pada awal penyebaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Dia wanita mulia yang berasal daripada keluarga terhormat kaum Quraisy. Fatimah memeluk Islam bersama suaminya secara rahsia daripada pengetahuan keluarga terutama abangnya, Umar. Bagi menambah ilmu dan kefahaman tentang Islam, Fatimah dan suaminya belajar membaca al-Quran daripada Khabbab yang selalu berkunjung ke rumahnya.

Abang kandung Fatimah, Umar adalah antara orang yang paling kuat memusuhi Nabi Muhammad saw. Pada suatu hari, Umar keluar dari rumahnya dalam keadaan marah dan bengis. Umar berazam mencari Nabi Muhammad sawa dan membunuhnya apabila ada peluang. Apabila diketahui adik iparnya, Saad bin Zaid dan adiknya, Fatimah telah memeluk Islam Umar berasa sangat marah dan terus menuju ke rumah Fatimah.
Kebetulan pada ketika itu Khabbab berada di rumah Fatimah untuk mengajar mengaji al-Quran kepada Fatimah dan suaminya, Saad. Dari jauh Umar terdengar bacaan yang tidak difahami dari rumah adiknya. Dia menghampiri rumah itu perlahan-lahan supaya tidak diketahui penghuni di rumah tersebut. Apabila dia berasa yakin yang adiknya merahsiakan sesuatu, Umar mengetuk pintu tersebut dengan kuat.

Fatimah membuka pintu rumah setelah Khabbab Berjaya bersembunyi. Umar tanpa berlengah masuk ke dalam rumah. “ adakah ada orang lain bersama kamu sebentar tadi?” tanya Umar dengan keras. “tidak ada,” jawab Fatimah dengan segera. “kami berdua sahaja.” “apakah yang aku dengar tadi? Apa yang kamu baca tadi?” Tanya Umar bertalu-talu. “apa yang kamu dengar?” Fatimah bertanya lalu dan kemudian berkata, “ kau tidak mendengar apa-apa.” Sambil itu Fatimah menyembunyikan kepingan kepingan tulisan-tulisan ayat al-Quran di belakangnya. “ betul, aku mendengar apa yang kamu baca tadi. Aku tahu kamu berdua sudah mengikuti ajaran Muhammad. Adakah benar?” kata Umar dengan tegas.

Umar menghampiri adik iparnya, Saad dan mahu memukulnya tetapi Berjaya dihalang oleh Fatimah tetapi pukulan Umar terlebih dahulu mengenai Fatimah. Kepala Fatimah luka dan darah meleleh di tepi mukanya. Dengan perasaan marah Fatimah berkata “ ya, kami sudah memeluk Islam. Kami percaya kepada ALLAH dan RasulNYA. Apa yang abang mahu lakukan kepada kami, lakukan saja!” Fatimah menangis apabila habis bercakap. Sementara itu, Khabbab yang bersembunyisemakin bertambah bimbang dan kecut perut. Apabila melihat darah bercucuran daripada kepala Fatimah, Umar menyesal atas perbuatannya itu. Dia kasihan melihat adiknya menangis teresak-esak. Dia menyesal atas tindakkannya yang tergesa-gesa.

“ Berikan aku bahan yang kamu baca tadi. Aku berjanji tidak akan membuat perkara yang tidak elok. Aku ingin mengetahui apa-apa yang di bawa oleh Muhammad itu,” sikap garang Umar berubah menjadi lembut. “ kami bimbang abang tidak akan mengotakakn kata,” ujar Fatimah. “usah bimbang! Aku bersumpah kepada tuhan Muhammad, aku akan kembalikan setelah membacanya.”
Fatimah melihat wajah abangnya dan merasakan abangnya jujur. Fatimah meminta Umar mandi, jika dia masih mahu memegang al-Quran. Umar mengikut kata Fatimah dan dia pergi membersihkan dirinya. Kemudian, Fatimah menyerahkan kepingan yang bertulis al-Quran di atasnya. Umar menerima dan membaca dengan penuh teliti. Ayat-ayat al-Quran itu daripada surah Taha. Apabila selesai membacanya, Umar berkata “sesungguhnya indah kata-kata ini!”

Selepas itu, Umar terus menuju ke tempat Nabi Muhammad saw dan para sahabatnya berkumpul bersama dengan Khabbab untuk memeluk ajaran Islam. Apabila Fatimah mengetahui abangnya memeluk Islam, dia berasa sungguh gembira dan tenang.

sahabt-sahabiahku, ambillah pedoman dari kisah sri kandi Islam ini. semoga kalian dalam lindungan dan rahmat ALLAH sentiasa. INSYAALLAH, jaga diri dan iman baik-baik ye. SAYANG ALLAH! Assalamualaikum. =)

No comments:

Post a Comment