Thursday 15 March 2012

solat istikharah

assalamualaikum..bismillahirahmanirahim..apa khabar sahabiah?? semoga sihat iman dan diri ye. hari itu ada seorang sahabat saya bertanya, "awak macam mana nak buat solat sunat istikharah??" jadi saya terangkan sedikit sebanyak yang saya tahu, mudah saja sebenarnya. tapi kadang-kadang ada orang buatkan ia jadi sangat "complicated". so masa saya sibuk-sibuk menelaah mukabuku, saya terjumpa artikel ini. nah! ini untuk sahabat. selamat beramal =)
errr.. apa kaitan gambar ni dengan tajuk??
hw suka merapu *sigh
:: Sunat Istikharah ::

Ustaz Azhar Idrus:
Cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah.
Dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur.
Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah.
Solat ini sangat peribadi sifatnya.
Sebab itu harus dikerjakan sendirian.
Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-

Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala

Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama -

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua -

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.

Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”

Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

 Doa Istikharah:-

Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir

Ertinya:-

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (sebut pekerjaan) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (sebut pekerjaan) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

nasihat saya, istikharah tu bagus. baik untuk dilakukan, tapi tetapkan niat kita, cuba tanya pada diri dulu "aku ni nak buat istikharah, yang wajib aku dah cukup belum?? dah sempurna belum? "
nah, kalau belum.. perbaiki yang wajib dulu, baru buat yang sunat ok? sahabat dapat apa yang ingin saya tujukan sebenarnya?? petunjuk istikharah ini bukanlah melaui mimpi sahaja, sapa cakap melalui mimpi je? tak, kadang-kadang ALLAH bagi petunjuk dalam keadaan kita sedar. contohnya kita berasa keluh kesah atau berasa lapang dada bila kita nak buat perkara baik atau tak baik.. wallahualam. *peringatan untuk diri dan sahabiah ^^,
jaga diri dan iman baik-baik ya sahabat. SYANG ALLAH,RASULULLAH DAN IBUBAPA. barakallahufeek..Assalamualaikum

1 comment:

  1. semoga istiqamah dalam melakukan istikharah..semoga diberi petunjuk oleh-NYA

    Wallahu 'alam

    ReplyDelete