Saturday 17 March 2012

orang chantek pakai apa-apa pun chantek..

assalamualaikum. apa khabar iman sahabat sahabiahku? ALHAMDULILLAH, semoga bertambah cinta kepada ALLAH, RASULULLAH DAN IBUBAPA. tajuk entry hari ini, amboi tak nak mengalah "orang chantek pakai apa-apa pun chantek". ayat ini bunyi agak cliche kan? tapi selalu dengar sangar, ya mungkin ada benarnya. orang chantek pakai apa-apa pun chantek. kamu tahu apa itu chantek? 

mengikut kamus dewan edisi ketiga muka surat 210 (wah hw baca kamus dewan), cantik boleh ditarifkan sebagai sangat menarik apabila dipandang (bukan orang perempuan, rupa muka, bangunan, benda, pemandangan dan lain-lain, sangat elok (bagus, molek); gadis yang, barang-barang hiasan yang...
faham ke? saya pun tak berapa faham sebenarnya, pandai sebut "wah, chanteknya!" saja. baiklah kita tengok pula apa maksud chantek dalam english pula, chantek means beautiful. Maksud panjangnya ialah deligthing the senses or exciting intelectual or emotional admiration. *oh dah faham, berlagak dalam BM tak faham, bila explain dalam English elok saja faham. =_='

****************************
sebenarnya saya nak bercerita tentang chantek, saya tidaklah arif. cuma tajuk entry ini saya ingin panjangkan " orang chantek kalau pakai apa-apa pun chantek, tapi kalau orang chantek pakai mengikut syariat ISLAM lagi chantek". sahabat rasa chantek itu hanya untuk kaum hawa saja ke? semestinya tidak kan? kaum adam pun ada chanteknya. chantek bukalah tertakluk pada kechantekkan wajah saja, tetapi haruslah selari dengan kechantekkan akhlak.
indah betul kalau chantek wajah dan chantek akhlak bukan? chantek dalam bahasa arab kita sebut jamila or jamilah.. betul ke sahabat? orang eygpt orang yang hebat arab tolong betulkan =)

cantik itu ialah apabila kamu menutup aurat dengan sempurna. sebagai seorang ISLAM kita wajib menutup aurat. menutup aurat ya sahabatku, bukan membungkus aurat. saya ingin bercakap tentang akhowat.* lagi-lagi entry tentang muslimat. bila hw nak update pasal ikhwah? err tak tahulah bila, saya lagi sayangkan kaum saya. saya sayang maruah mereka.sambung, malangnya pada hari ini ramai yang salah menafsir, pada mereka menutup aurat itu cukuplah memakai tudung diselempangkan ke bahu, baju t-shirt, seluar skinny. okay itu memang tak nampak kulit secara zahirnya, tetapi nampak bentuk badan bukan? siapa setuju dengan saya, sila like. *eh ingat FB ke nak like-like. secara jujurnya saya tidaklah sempurna untuk menasihati sesiapa, tetapi cuba bayangkan kalau kita mahu menunggu orang yang sempurna menasihati. alamatnya banyak dosa dahulu yang dilakukan sebelum memperoleh kebaikan.wallahualam, 
berbalik kepada topik, saya sedih melihat akhowat kini berpakaian. kadang-kadang saya rasakan ikhwah lagi menutup aurat. dalam hati saya tak segankah mereka?? semua orang lihat, semua mata memandang. kenapa perlu berpakaian sebegitu rupa? alasan panas? hello kalaulah Perlis ini panas, gurun sahara itu panas itu maksudnya ALLAH baru uji dengan kepanasan dunia. panas dunia ni hanyalah percikkan kecil terlampau kecil panas api neraka. allahurabbi, dengar saja dah gerun. memanglah sahabat mahu kelihatan chantek, Islam itu sendiri tidak pernah melarang penganutnya kelihatan chantek. malah sentiasa kelihatan chantek, tapi jangan sampai tabarruj. sahabat pakailah tudung nak lilit tutup muka sekalipun, tak apa. boleh, asalkan bahagian depan iaitu tudung yang dipakai mestilah dimenutupi bahagian dada. cuba renungkan ayat dibawah ini:

Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59]. 

************************************
 Batasan aurat wanita 
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316]. 

Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66]. 

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan. 

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45]. 

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]
************************************** 
Larangan Bertabarruj 
Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An Nur:60 iaitu Firman Allah, “Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabarruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [An Nur:60]

Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah, “Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [Al Ahzab:33] 

Dan Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At Termizi menjelaskan, “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya”.  

“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna :

(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya); 

(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari]. 

Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. 

yang baik itu datang daripada ALLAH SWT dan yang salah itu datang dari kesilapan saya sendiri. semoga kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik, bersama kita mencari redha ALLAH =) . so jaga diri dan iman baik-baik ya! SAYANG ALLAH, RASULULLAH DAN IBUBAPA. Assalamualaikum sahabiah

1 comment:

  1. bukanlah cantik itu pada pandangan manusia tetapi pada pandangan Allah..cantikkanlah diri dengan Akhlak yang mulia..moga Allah redha..terbaik!!!

    Wallahu 'alam

    ReplyDelete