Thursday 1 March 2012

Semester 4, Tahun 2 Kejuruteraan Bioproses..

assalamualaikum sahabat-sahabiah ku.. apa khabar?? semoga sihat. insyaALLAH. hari ini, Alhamdulillah sudah minggu kedua untuk semester 4. tup tup tinggal lagi 4 semester untuk diusaikan. 14 minggu kesemuanya, kini tinggal 13 minggu menuju FINAL EXAM. wink wink, bersinar mata. ALLAHU RABBI sekejap sangat masa berlalu, rasa macam baru semalam je study di UniMAP.

tak pelah, kita tak usah fikir tentang itu. sekarang yang penting pasangkan niat dan perbetulkan apa yang salah. "jika kita yakin terhadap ALLAH, nescaya DIA akan menolong kita " .
sem ini banyak benda baru saya belajar, banyak benda baru saya tukar saya ubah. Alhamdulillah semoga ia terus kekal, dan bertambah ke arah kebaikan.

hari ini, 29 Febuary 2012 maka berkuatkuasa tugas saya sebagai Setiausaha Majlis Tertinggi PPK Bioprocess Engineering sesi 2011/2012 =) .
syukur Alhamdulillah, sahabat-sahabiah percayakan saya. syukran juga untuk Ummi, Abah dan adik-adik yang sentiasa doakan saya. *hari-hari call Ummi tenang rasa hati, moms voice is the best remedy in the world. am i rite sahabat? <3

sesungguhnya tugas sebagai setiausaha untuk school ni sangatlah berat untuk diri saya, bukan senang untuk menjadi seorang pemimpin. menjadi pemimpin idaman itu banyak dugaan dan cabaran yang harus dihadapi. sebagai Pemimpin: tanggungjawab seorang yang mengaku Islam tidak dapat lari dari menjadi salah seorang yang mengajak manusia kepada kebaikan dan berusaha mencegah daripada melakukan perkara-perkara mungkar. Tugasan ini terpundak bukan sahaja kepada para pimpinan bahkan yang bukan pimpinan juga turut terlibat sama. 
bagi saya jawatan itu adalah merupakan suatu taklifan (tanggungjawab) dan bukan tashrifan (kemuliaan). saya bukanlah hendak memfokuskan tentang jawatan yang telah disandang, tetapi saya sedang memfokuskan tentang beratnya amanah dan tanggungjawab seorang pemimpin dan sudah pasti pemimpinlah orang pertama yang akan disoal di akhirat kelak. ALLAH, gentar bukan mendengar? tapi jika kita mendaji pemimpin yang berdedikasi yang tahu akan tanggungjawabnya InsyaALLAH redha ALLAH itu sentiasa ada. Oleh sebab itu, saya mengajak kalian untuk melihat kembali akan niat dan tujuan kita untuk menjadi pimpinan. Jika hanya kerana ingin berseronok dengan populariti, saya berani mengatakan bahawa anda tidak akan ke mana dan mungkin tidak mampu melaksanakan tanggungjawab yang akan diberikan kelak.


Bercakap apabila kita berada dibawah sememangnya suatu perkara yang mudah namun apabila anda berada di atas, pasti anda akan menyedari betapa sukarnya melaksanakan apa yang anda mungkin pernah idamkan suatu ketika dahulu. sekadar mengingati diri dan sahabat-sahabiah sekalian. InsyaALLAH saya akan menjadi pemimpin yang baik untuk sahabat, mohon doa ya sahabatku.

pilihlah pemimpin yang bukan hanya mampu memberi keseronokan kepada kita di dunia dengan menggadaikan kebahagiaan di akhirat akan tetapi telitilah dan pilihlah pemimpin yang mampu membahagiakan kita di dunia dengan memandu kepada ketaatan kepada Sang Pencipta sebagai jambatan untuk kita mendapat kebahagiaan hakiki di akhirat sana.
Siru ‘ala barakatillah.
saya tinggalkan sahabat dengan sepotong ayat tentang Pemimpin. mari kita renungkan :

إِنَّا عَرَضۡنَا ٱلۡأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱلۡجِبَالِ فَأَبَيۡنَ أَن يَحۡمِلۡنَہَا وَأَشۡفَقۡنَ مِنۡہَا وَحَمَلَهَا ٱلۡإِنسَـٰنُۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ ظَلُومً۬ا جَهُولاً۬

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” [al-Ahzab: 72]

jaga diri dan iman baik-baik ya sahabat! SAYANG ALLAH, RASULULLAH DAN IBUBAPA. ingat jika ada sebarang kesulitan dan masalah, mengadulah kepada ALLAH. ALLAH suka akan hambanya yang meminta-minta =) jazakallahu khoiran khathiro



No comments:

Post a Comment