Assalamualaikum semua...
1 Ramadhan 1438 H
Selamat berpuasa semua!! Excited betul aku tunggu Ramadhan kali ni, seronok tu lain macam sikit auranya. Malam tadi lambat pulak aku tidur, pukul 1 pagi baru tidur. Ada jer benda nak dibuat, dah macam gaya umi pulak aku rasa. Kejap kejap aku sapu rumah, kemas peti sejuk, blend segala macam bawang,lada kering (siapkan awal-awal bagi mudah nanti nak masak untuk berbuka @ sahur) & macam-macam lagi aku buat. Gaya macam esok nak raya dah!!
Tahun ni puasa kedua aku sebagai isteri, so dah teror sikitlah handle segala macam benda. Masak-masak tu main campak-campak, pappp dah siap. Pagi tadi korang sahur apa? Aku bangun pukul 4.30 pagi & masak Nasi Goreng Bodo. ha ha ha Meh aku share resepi nasi goreng yang super duper pantas.
Nasi Goreng Bodo untuk Sahur:
Bahan-bahan:
Nasi
3 biji Bawang Putih
3 biji Bawang Merah - aku dah blend siap2 stock & simpan dalam peti
1 sudu besar Bilis
3-4 biji Cili Padi - kalau korang suka pedas tambah cili lagi yer
Garam secukup rasa
1-2 sudu besar Kicap Manis- aku pakai Cap Kipas Udang
1 biji Telur
Carot- hiris nipis memanjang
Cara-cara:
1. Tumbuk bawang putih, bilis & cili padi . Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk tadi berserta 2 sudu besar bawang merah yang dah diblend.
3. Tumis hingga naik bau, masukkan kicap manis, garam & carot.
4. Gaul semua bahan tumis hingga garing & masukkan nasi.
5. Masukkan telur & gaul hingga nampak nasi sebati dengan telur (kering sikit).
Siap, cepat & pantas.
Aku tak snap pulak gambar Nasi Goreng Bodo sebab pagi tadi mana sempat pegang phone. Cepat-cepat bersahur & tunggu azan subuh. Bye!
Saturday, 27 May 2017
Tuesday, 4 October 2016
Lama tak bersua...
Assalamualaikum..
Hi semua, lamanya aku tak bersiaran. Almost a year kau tahu kak kiah oiiii.
Aku pun dah tak pandai nak berblog. Just aku review sikit sepanjang aku senyap, tak berblog bagai ni apa yang terjadi.
1. Semua dah sedia maklum Nini dah menikah bulan 5 tahun lepas.
2. Aku pun ikut jejak langkah Nini, aku menikah bulan 5 tahun ni (2016)
3. Eh aku dah dapat anak sedara baru (anak Nini), Adam Mukri. Comel uollss macam umminya cantik & comel :)
4. Aku dah grad & dah kerja & aku dah resign.. hahaha
5. Resign dari tempat kerja lama,& sekarang fulltimer buisnesswoman. Bisnes ape?? Sila like & follow FB Page: Wan Keropok Sira untuk mengetahui segala jenis info & maklumat semua aku share sini. Mohon doakan aku berjaya, dapat bantu orang lain kat luar sana . Aminnn =D
6. Alhamdulillah aku berjaya jejak kaki ke Kota Kinabalu, Sabah. Dari dulu selok sangat nak gi Sabah kan.....
Aku belanja sikit gambar ye..
Aku belanja sikit gambar kawen.

Okay, itu saja dari aku. Entah tak tahu bila lagi aku akan update blog. Sedang mencari mood & inshaAllah aku akan rajin-rajin lagi update lepas ni. & Nanti aku up tentang bisnes Wan Keropok Sira yang kau sedang jalankan sekarang :)
To be continueee....................

![]() |
Wan Keropok Sira |
![]() |
Logo Rasmi Wan Keropok Sira |
![]() |
Background Gunung Kinabalu. Waktu ni sejuk, angin bayu kuat tampar-tampar pipi kau. hihi |
![]() |
Pulau Manukan, Sabah |
![]() |
Pantai Pulau Manukan, Sabah |
Aku belanja sikit gambar kawen.

Okay, itu saja dari aku. Entah tak tahu bila lagi aku akan update blog. Sedang mencari mood & inshaAllah aku akan rajin-rajin lagi update lepas ni. & Nanti aku up tentang bisnes Wan Keropok Sira yang kau sedang jalankan sekarang :)
To be continueee....................
Subscribe to:
Posts (Atom)