Wednesday 28 March 2012

makanan kegemaran RASULULLAH SAW

Assalamualaikum sahabiahku, apa khabar semua?semoga sihat tubuh badan agar mudah melakukan ibadah kepada ALLAH. bercakap tentang sihat tubuh badan, perkara utama yang perlu diambil kira ialah cara pemakanan kita itu sendiri. adakah sahabat seorang yang teliti terhadap pengambilan makanan? atau seorang yang ikut "dan" saja mengambil makanan?? makan itu, makan ini sesuka hati??

pernah tak sahabat terfikir, bagaimana Islam menganjurkan umatnya makan? bagaimana nabi kita yang tercinta, iaitu Nabi MUHAMMAD SAW makan?? jadi hari ini saya bawakan entry tentang makanan kegemaran RASULULLAH. semoga dengan perkongsian ini kita sama-sama amalkan dan ubah. insyaALLAH, allahuma yusahhil alaik =)


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air

panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.


6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal

melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.


7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti

tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,

memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang

kelupaan.


8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.


10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang
 popular

di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati

jadi semoga dengan perkongsian ini sahabiah mendapat sedikit

 input dan info yang berguna. mari kita makan makanan kegemaran

 RASULULLAH?! so, jaga diri dan iman baik-baik ye! SAYANG ALLAH,

 RASULULLAH, DAN IBUBAPA. Assalamualaikum

1 comment: