Sunday, 30 March 2014

Yakult

Assalamualaikum..

    Pernah minum Yakult? Jangan terkejut kalau ada kawan-kawan korang yang tak pernah pun minum Yakult. Apa rasa Yakult ek?? Masam manis sikit, rasa masam tu datang dari rasa citrus lime. Yakult hanya ada satu rasa je ye. Dan if minum sejuk-sejuk memang best!


    Apa maksud Yakult? Yakult berasal daripada perkataan Espreto iaitu bahasa perantaraan dunia pada zaman dahulu yang membawa maksud susu masam. Yakult bukan bahasa Jepun ye, so please take note =D

    Apa ada dalam Yakult? Strain Shirota ialah sejenis bakteria yang hidup. Setiap 1 botol kecil Yakult ada lebih kurang 30 billion Strain Shirota. So you must keep it under temperature below than 10C (dalam peti sejuklah senang cite), sebabnya dalam keadaan sejuk bakteria akan 'tidur' dan tiada proses fermentation berlaku. Tapi if letak kat room temperature bakteria akan sibuklah duk bekerja, means proses fermentation berlaku. At the end accumulation of Lactic Acid. Sebab tu kita boleh tengok susu akan jadi pekat likat memikat (err memikat ke masam-masam gitu?) ekeke..

    Yakult ni ada dua jenis, 1. Yakult Ace 2. Yakult Ace Light
Yakult Ace Light lagi mahal dari Yakult Ace, Kenapa ek? Padahal Ace light less sugar. Aku selalu tertanya kenapalah Yakult less sugar ni mahal, not Yakult sahaja tapi Vitagen pun sama. And jawapan dia, kalau korang baca kat packaging belakang tu dia ada tulis Fruktosa (in English is Fructose). Fructose ialah sejenis gula daripada buah-buahan, so ongkosnya lagi mahal daripada gula biasa. Untuk Ace pulak sucrose digunakan. By then, lepas ni jangan merungut lagi kenapa Ace Light lagi mahal dari Ace.


Yakult Ace Light

    Kebaikan Yakult? Banyak kebaikan Yakult, salah satunya ialah ia sangat baik untuk usus. Strain yang ada dalam Yakult mampu bertahan  dengan acid yang sangat kuat dikeluarkan oleh perut iaitu hydrochloric acid. Next, Yakult jugak adalah sebagai agen pencegah kanser. Kajian saintifik terhadap Yakult telah lama dijalankan dan ia terbukti dan diakui oleh pakar dan doktor. And sesiapa yang ada masalah buang air besar tu dah boleh jinak-jinak minum Yakult setiap hari. Yakult boleh disajikan dengan pelbagai variasi minuman sejuk. Tapi ingat, jangan panaskan Yakult sebab secara tak lansung kultur hidup yang ada akan automatik mati. Kultur hidup ni tak resistance dengan high temperature okay! 

    So far, itu je yang aku nak share. Minumlah Yakult: Setiap orang, setiap hari. Yakult tak ada food additive, stabilizer, and presevative. Ambil satu botol dah cukup untuk setiap orang setiap hari.

Bye =D

Our last Class Trip

Assalamualaikum..

 Apa khabar yop? Berapa hari ek aku hilang, sorry ioolls is busy. Kali ni aku nak cerita sikit je, ni entri bergambar ye. So, lets the picture stories everything. 

Hari rabu hari tu, aku pergi class trip a.k.a Industrial Visit bersempena dengan subjek Bioprocess Plant Design yang ada tiga kekdahnya Pharmaceutical, Food and Biofuel. Kengkawan aku sibuk siapkan paperwork, terima kasih banyak-banyak sebab bertungkus lumus siapkan paperwork ye kawan-kawan. Jasamu akanku kenangan sampai bila-bila. Trip kitaorang 3 hari berurut hokeh! Sila jeles, ihii..

Al-kisahnya, pagi 26 March semua dimintak turun kat tempat bus pukul 7.10 pagi. Tapi mesti ada yang lambat kan, termasuklah Kak Ton ni. Aku pack barangin awal, petang 25hb sebab malam tu aku kerja sampai pukul 12 so untuk mengelakkan aku ni buat kerja last minit alih-alih tinggal itu ini. Maka aku pun pack le barang awal-awal, kalau umi tahu mesti umi ngis gembira dengar aku pack barang awal. Biasalah aku ni kalau nak balik Uni mane reti nak pack barang awal-awal, sampai last-last umi bising itu ini baru aku terkulat-kulat pack barang. Oh menggg..haha

Bus gerak tepat pukul 8 pagi otw ke Sungai Petani, sape orang SP mesti tahu kat mana Idaman Pharma kan? Tu first visit kitaorang.





Lepas siap talk, pusing kilang tangkap gambar bagai kami otw fiuuuuuuu gi KL. Sepanjang jalan aku asik tido membuta tak habis, aku memang pantang duk dalam bus. Aura tido tu memang infinity ah. Aku terjaga pukul 6 lebih, haa lama tak Kak Ton tido.

Masuk KL, kami terus gerak gi Nilai untuk check in kat Usim. So far okaylah kot tempat menginap, just toilet je kureng sikit (oppss, mintak maaf).

27 March 2014:  Esoknya kami ke Petron, kat sini memang layanan dorang sangat awesome. Dari talk sampai ke makanan, Kak Ton suka tak terkata baq ang. Lepas tu, kitaorang terus gi AEON Seremban. pusing-pusing kat situ dalam 3 jam sampai nak patah kaki pi tempat sama tak tahu kehala nak buat apa. Balik Usim, malam tu turun makan kedai mamak kat bawah je. Aku, Pika, Ekin, Najeeb ngan  Fit duk borak macam-macam cerita. Dah semua orang terbang entah kemana, bilik masing-masing sunyi sepi tak ada sorang pun.

Muka Kak Ton pagi-pagi memang macam ni, mata tu tak nak bukak sangat.





Kak Ton is pelahap, makan tak beringat.
Kau mampu gi Industrial Visit orang jamu Kari Kepala Ikan, sedap mak oi!




28 March 2014:   Hari ni kitaorang lawat 2 kilang, 1. Kilang Yakult kat Seremban 2. Kilang Cerebos kat Shah Alam. Kilang-kilang ni bapaknya cantik kemahen layout plant. Tapi oppss tak boleh tangkap gambau, so kalau koang nak tahu macam mana ghupernya silalah datang melawat sdn bhd, ihii. Cerebos tu korang tau tak kilang ape? Tu kilang Brands Chicken Essence adik beradik Innershine Prune & Berries tu.. OOOoooo mesti tahu ken. Habis lawatan kitaorang antau budak-budak yang request nak balik rumah kat KTM then shoot terus balik Perlis. So far everthing okay, enjoy and no words to describe. SERONOK ya amat! 


Ni antara koleksi Yakult di seluruh dunia and barangan lain.
Nilah lawatan kelas yang terakhir, kitaorang dah nak habis belajar berapa bulan je lagi. Balik nak bertarung dengan FYP, Design, Integrated Project, Test & Assignment bagai. Mood study is turn on. ZZZzzzzzz...






Okay tu je aku nak cerita, nampak gayanya buka entri bergambau jugak ni. Aku type karangan berjela, ekeke mintak maaf aku klau dah dapat peluang tulis memang tak reti nak bajet-bajet stop. Bye semua!